lompat jauh

Upload: sweetha-ammu

Post on 04-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lompat jauh

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LOMPAT JAUHMata pelajaran: Pendidikan Jasmani / Olahraga Tunjang : Kemahiran Tajuk : OlahragaSubtajuk / Kemahiran: Padang / Lompat jauhTarikh: 08.09.2015 (selasa)Masa : 8.00 8.30 pagiTahun : 4 VALLUVARBil. Murid : 18 orang (2 murid lelaki dan 16 murid perempuan)Pengalaman sedia ada: Murid telah mempelajari teknik asas larian dan lompatan dengan betul secara individu.Standard kandungan: 1.10 berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul.Standard pembelajaran: 1.10.1 berlari dan melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belak kaki.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : 1) Psikomotor : i) Melakukan fasa-fasa acara lompat jauh dengan teknik yang betul2) Kognitif :i) Menyatakan fasa-fasa yang terlibat dalam lompat jauh.ii) Menjelaskan teknik dalam fasa lompat jauh dengan betul.3) Afektif :i) Melakukan aktiviti dengan berasa yakin, gembira dan menunjukkan minat semasa melakukan aktivitiPenerapan nilai : Amanah, bertanggungjawabKemahiran Berfikir: Membuat perkaitan, membuat gambaran mentalPenggabungjalinan : Tunjang kecergasan (koordinasi)Kesepaduan : Sains (kesan tarikan gravity)Alatan : Kon (2), batang kayu (2), tali skipping (4), pita ukur (1), pemain muzik (1), tali rafia (1), belon (3), wisel (1),Bahagian / MasaAktivitiButiran Mengajar / Fokus PengajaranOrganisasiAlatan / StrategiCatatan

Permulaan (5 minit)1.1 Bertanya kepada semua murid tentang:

1. Kehadiran2. Kesihatan

1.2 Memanaskan badan

1. Lari setempat

2. Lompat bintang

3. Lompat sisi

Lutut tinggi Tangan dihayun ke atas / ke bawah

Berdiri tegak Kaki rapat Tangan rapat ke peha Lompat

Kaki kangkang dan tangan didepakan Berdiri menghadap sisi kanan Kaki digerakkan seluasnya Tukar ke sisi kiriSoalan guru Semua hadir hari ini? Adakah semua sihat hari ini?

Murid disusun di hadapan guru. Murid mengikuti guru melakukan gerakan aerobik ringkas. Gerakan dilakukan sebanyak 2 set dengan iringan muzik yang menarik. Selepas selesai kesemua gerakan aerobik, regangan dilakukan oleh guru sambil diikuti murid.

Alatan: Pemain muzik Nilai Murni:Bertanggungjawab, berani mencuba, mematuhi arahan dan peraturan.

Gabungjalin:Pergerakan lokomotor

Kemahiran Berfikir:Meramal, menghubung kait

Perkembangan (12 minit)

Langkah 1 (san)(5 minit)

Langkah 2 (mal)(5 minit)

Langkah 3(5 minit)

3- Lari, Lompat dan Sentuh Belon

Lari hujung kaki. Mata pandangan sasaran Kedua-dua kaki lonjak Murid melompat dan menyentuh belon yang diikat pada batang kayu. Mendarat dengan dua belah kaki. Lutut bengkok

Guru menggunakan wisel untuk memulakan dan memberhentikan lompatan Belon diikatkan pada sebatang kayu. Guru akan memegang kayu pada aras rendah pada awal dan meningkatkan aras ketinggian selepas cubaan pertama. Murid akan lari sehingga ke garisan dan lompat dua belah kaki sambil sentuh belon pada ketinggian yang berbeza.

Alatan

Batang kayu Belon Wisel Belon dan kayuSkittal dan kayuGuruMurid

Untuk tahap yang lebih sukar, guru boleh mengangkat belon ke aras yang lebih tinggi untuk lonjakan yang lebih tinggi.

Kemuncak/ Permainan Kecil(10 minit)Lompat jauh

Kaki rapat. Kira 10 hingga 15 langkah dari papan lonjak. Lari landas Lari dengan maksimum tetapi terkawal. Melonjak Melayangkan badan Mendarat Membengkokkan lutut. Murid diberi 3 kali ulangan Murid berdiri di belakang garisan dan mulakan lompatan bila diarahkan oleh guru. Guru mengukur jarak lompatan murid, dengan meletakkan kon-kon kecil di tepi laluan lompatan sebagai penanda aras bagi jarak lompatan yang dilakukan.MendaratMelayangLonjakLari landas

Alatan Pita pengukur Tapak lompat jauh Kon kecilKemahiran Berfikir:Menghubung kait

Kesepaduan: Sains

Gabungjalin:Pergerakan lokomotor

Penutup(5 minit)Gerak kendur :

4.1 - Lunjur kaki

Soal jawab secara lisan

4.2 - Rumusan Murid berjalan-jalan di sekitar kawasan skital secara perlahan Tangan dan kaki dihayunkan Berdiri seluas bahu. Tepuk kaki bermula bawah pinggang hingga ke buku lali.

Duduk melunjur Hujung tangan cuba sentuh hujung kaki. (Badan dibongkokkan / diturunkan secara perlahan-lahan. )

1. Guru menyimpulkan proses pengajaran dan pembelajaran2. Guru memuji semua murid kerana memberikan kerjasama yang baik.

Murid bebas dalam kawasan terkawal

Soalan dan jawapan murid secara lisan1. Apakah fasa-fasa yang terlibat dalam aktiviti lompat jauh? Jelaskan.Larian (12 langkah), lompatan (tidak melebihi papan), lonjakan (melayangkan badan setinggi mungkin) dan pendaratan (bengkokkan kaki semasa mendarat).

Kemahiran Berfikir:Menghubung kait dan membuat kesimpulan

Kesepaduan: Sains

Gabungjalin:Pergerakan lokomotor

REFLEKSI: