lompat jauh ppt

29
Disediakan oleh : HAFIZAH BT HASNAWI TUAN NOR AINI BT TUAN HASSAN ZAIDAH BT NOOR HAFIZAH BT PPG SAINS UNIT 1 (KOHORT 2) L O M P A T J A U H

Upload: noor-hafiza

Post on 20-Jan-2016

609 views

Category:

Documents


93 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOMPAT JAUH PPT

Disediakan oleh :HAFIZAH BT HASNAWI

TUAN NOR AINI BT TUAN HASSAN

ZAIDAH BTNOOR HAFIZAH BT

PPG SAINS UNIT 1 (KOHORT 2)

LOMPAT

JAUH

Page 2: LOMPAT JAUH PPT

LATAR BELAKANG

Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece.

Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.

Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini.

.

Page 3: LOMPAT JAUH PPT

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia.

Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini.

Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

Page 4: LOMPAT JAUH PPT

PERALATAN

i. Pita pengukur

ii.Kasut berpaku (spike)

iii.Bendera isyarat

iv.Lorong larian

v.Papan pelepas

Vi. Kawasan pendaratan

Vii. Pengukur halaju angin

Viii. penyapu

Page 5: LOMPAT JAUH PPT

PITA PENGUKUR

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.           

Page 6: LOMPAT JAUH PPT

Kasut berpaku (spike)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh

Page 7: LOMPAT JAUH PPT
Page 8: LOMPAT JAUH PPT

Kawasan Lari Landas/ Lorong Larian

Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan

tegar yang sesuai. Berukuran1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.

Page 9: LOMPAT JAUH PPT
Page 10: LOMPAT JAUH PPT

Bendera IsyaratBendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

KAWASAN MENDARAT

Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat. 

Page 11: LOMPAT JAUH PPT
Page 12: LOMPAT JAUH PPT

KAWASAN LOMPAT JAUH

Page 13: LOMPAT JAUH PPT

PLAN LOMPAT JAUH SEKOLAH RENDAH

Page 14: LOMPAT JAUH PPT

AKSI-AKSI LOMPAT JAUH SEKOLAH RENDAH.

Page 15: LOMPAT JAUH PPT
Page 16: LOMPAT JAUH PPT

UNDANG-UNDANG & PERATURAN

 i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di buat.

ii.      Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan pemenang.

iii.      Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.

Page 17: LOMPAT JAUH PPT

iv.           Lompatan dikira batal jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;

·         Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan.

·         Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.

v.            Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

Page 18: LOMPAT JAUH PPT

vi.   Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.

vii.    Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.

viii.  Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

Page 19: LOMPAT JAUH PPT

Dalam keseluruhan, gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa:

• Lari landas• Lonjakan• Layangan • Mendarat

FASA LOMPATAN

i.              Fasa larian Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan

pelepasan).

ii.            Fasa lonjakan Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat

tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.

 

Page 20: LOMPAT JAUH PPT

iii. Fasa layangan

Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

iv.           Fasa mendarat

Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

Page 21: LOMPAT JAUH PPT

TT

TEKNIK LOMPATAN

Page 22: LOMPAT JAUH PPT
Page 23: LOMPAT JAUH PPT
Page 24: LOMPAT JAUH PPT

Menentukan kaki

lonjakan

 Latihan lonjakan

Latihan mendarat

Mengukur penujuan

LATIHAN ANSUR MAJU

Page 25: LOMPAT JAUH PPT

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN

 Peserta menjatuhkan badan ke hadapan. Kaki pertama yang mendarat merupakan kaki dominan/kaki lonjakan.

Page 26: LOMPAT JAUH PPT

LATIHAN LONJAKAN Berlari dan melonjak dengan

mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh

Berlari dan melonjak melepasi halangan.

Berlari 5 langkah dan melompat

Page 27: LOMPAT JAUH PPT

LATIHAN MENDARAT  Lompat jauh berdiri ke kawasan

mendarat menggunakan kaki lonjakan Lompat berdiri melepasi tibunan pasir

(kon)

Page 28: LOMPAT JAUH PPT

MENGUKUR PENUJUAN Pelompat membelakangkan tempat

mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak ( hujung kaki sama) dengan sisi papan. Pelompat mula langkah pertama dengan lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menandakan titik tersebut.

Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.

Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Page 29: LOMPAT JAUH PPT

SEKIAN , TERIMA KASIH….