lompat jauh

Upload: alice-liss

Post on 16-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lompat

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai

    orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat

    pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.

  • Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan, pelompat jauh perlu menjalani latihan yang

    sistematik di bawah bimbingan jurulatih.Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada

    kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama

    pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot

    dan kuasa eksplosif.

  • Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

    Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan

    dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang

    tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

  • Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan

    dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila

    berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh

    7 m 5 cm.

  • LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

    Lakukan bangkit tubi L-seat.Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.

    Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding.Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).

    Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal. Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.

    Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh).Tujuannya:Menguatkan quadriceps.

  • Latihan - plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

    Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan.Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

    Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

  • Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul.

  • FASA-FASA LOMPAT JAUH

    Dalam keseluruhan, gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa:

    Lari landas Lonjakan Layangan Mendarat

  • 1.Teknik Lompat Jauh Gaya LayarTeknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

    Fasa lari landas=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter.=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.

  • Fasa lonjakan=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak.

    Fasa layangan=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.

    Fasa mendarat=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

  • 2.Teknik Lompat Jauh Gaya GantungTeknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat.

    Fasa lari kandas=Sama seperti lari landas gaya layar.

    Fasa lonjakan=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.

  • Fasa layangan=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung.=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.

    Fasa mendarat=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

  • 3.Teknik Lompat Jauh Gaya KayuhTeknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

    Fasa lari landas dan lonjakan=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.

    Fasa layangan=Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah.=Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah:=Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.=Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan.=Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

  • Fasa mendarat=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

  • MENENTUKAN KAKI LONJAKAN

    Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan. Ada beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan:>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.>Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. B menolak A dari belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

  • ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

    1.Ansur Maju Lari LandasBerpasangan. A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan.Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah.Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

  • Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.

    >Kawal kelajuan semasa berlari.>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi.>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan.>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang terkawal.>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil.

  • 2.Ansur Maju LonjakanAnsur maju 1:Lonjak dari papan lonjakan.Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan rumit.

    Ansur maju 2:Melonjak dari hujung bangku.Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.Mendarat dengan tumit.

  • Ansur maju 3:Berlari, melonjak melepasi kayu atau taliRentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.Lari sejauh lima hingga enam langkah.Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

  • 3.Ansur Maju Layangan dan MendaratAnsur maju 1:Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

    Ansur maju 2:Mencecah bola dengan hujung tangan.Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.Mendarat dengan tumit.

  • Ansur maju 3:Mencecah bola dengan dahi.Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.Cuba sentuh bola dengan dahi.Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.

  • UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH1.Kawasan Lari LandasKawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.2.Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.3.Papan Penanda PlastesinDiperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.

  • 4.Kawasan MendaratKawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.5.Peraturan UmumJika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

  • KECEDERAAN DALAM SUKAN ( BAGI SUKAN LOMPATAN )Apakah ankle sprain dan bagaimanakah ia berlaku? Ankle

    sprain merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan

    pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan

    inversion, plantarflexion dan eversion samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan

    sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak

    takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat

    daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau

    agresif.

  • Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ankle sprain? Ankle sprain secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau excessive movement of the joint. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:1) Sakit2) Terdengar bunyi crack 3) Bengkak4) Lebam5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

  • Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:1) Mediala) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)2) Laterala) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) senang koyak & mudah cedera. b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) sederhana kuat. c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) paling kuat & susah cedera.

  • a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) senang koyak & mudah cedera. b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) sederhana kuat. c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) paling kuat & susah cedera. Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:1) Gred 1 Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai koyak mikroskopik. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.2) Gred 2 Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri

    dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

    3) Gred 3 Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika

    berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

  • Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:1) Gred 1 Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai koyak mikroskopik. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.2) Gred 2 Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa

    sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara

    perlahan-lahan.

    3) Gred 3 Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang

    kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang

    sakit.

  • Rawatan

    Secara ringkasnya, rawatan ankle sprain terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:

    1) Rawatan awalan (R.I.C.E)a) Rest

    Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan

    ini memburukkan lagi kecederaan.b) Ice

    Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka

    sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan

  • Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkakyang keterlaluan.d) Elevation Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

  • 2) Rawatan susulana) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

    - Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

    - Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

    - Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)

    b) Rehabilitasi- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti stretching

    (bagikecederaan ini, jenis stretching yang disyorkan adalah PNF).Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan.

    Aktivitistretching secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum

    pulihsepenuhnya.

  • - Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukanexercise pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkuranganPenggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan exercise

    tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidakterlalu berat) juga dibolehkan. Exercise yang lain adalah seperti lariansecara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki. - Mendapattkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangatpenting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang.

  • Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah:

    i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.

    ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.iii) Berdiri di atas trampolin.

    iv) Berdiri di atas wobble board.Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan

    semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

  • Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan

    Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan bracing dan taping sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.

  • Disediakan oleh :

    Norliza Binti hashim820715-04-5426

    Serifah Hairani Binti Syed Ariffin660421-01-5344

    Slide 1Slide 2Slide 3Slide 4Slide 5Slide 6Slide 7Slide 8Slide 9Slide 10Slide 11Slide 12Slide 13Slide 14Slide 15Slide 16Slide 17Slide 18Slide 19Slide 20Slide 21Slide 22Slide 23Slide 24Slide 25Slide 26Slide 27Slide 28Slide 29Slide 30Slide 31Slide 32Slide 33Slide 34Slide 35Slide 36Slide 37