lesson plan

Upload: boi83

Post on 10-Jul-2015

329 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKELAS MASA TARIKH BIL PELAJAR MATA PELAJARAN TAJUK SUB TAJUK 1 University of Glasgow 8.10 pagi 9.30 pagi Ogos 13,2011 /25 Kemahiran Hidup Pilihan KMT 1.4 Elektrik b. Membuat pemasangan plag 3 pin 13 Ampere

OBJEKTIF UMUM

Pelajar dapat menguasai topik elektrik teras

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar dapat : HASIL PEMBELAJARAN 1. Membuat pendawaian plag 3 pin 13 Ampere 2. Menyatakan 7 langkah bagi melakukan pendawaian plug 3 pin 13 Ampere PENGETAHUAN SEDIA ADA Pelajar telah mengetahui jenis-jenis plag dan kegunaannya

SUMBER P&P

HSP KH TING 1, buku teks KH-KMT Terbitan Percetakan Rina Sdn. Bhd, Buku Latihan AXIS Tingkatan 1, plag 3 pin 13 Ampere, pisau, penjalur wayar dan pena ujian.

NILAI

1. Bekerjasama 2. Sentiasa berhati-hati semasa melakukan kerja LANGKAH PENGAJARAN KETERANGAN

LANGKAH

CATATAN

Guru menunjukkan gambar alatan elektrik seperti cerek elektrik, peti sejuk, radio dan komputer riba kepada pelajar. Guru bertanya kepada pelajar soalan berikut: SET INDUKSI Masa: 5 minit (8.10 pg 8.15 pg) i. Apakah digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik yang ditunjukkan dengan soket alir keluar?

Guru mengaitkan jawapan yang diberi pelajar dengan topik pembelajaran pada hari ini.

Langkah 1 Nilai: Guru menayangkan video cara-cara membuat pendawaian plag 3 pin 13 Ampere kepada pelajar. PENGEMBANGAN KANDUNGAN Masa : 55 minit (8.15 pg 9.10 pg) Pelajar di minta melihat langkah-langkah pendawaian plag tersebut. Aktiviti 1 Guru meminta pelajar membentuk 5 kumpulan Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan di lakukan pelajar dalam aktiviti ini Ketua kumpulan di minta datang ke hadapan kelas untuk mengambil alatan dan bahan untuk membuat pemasangan plag 3 pin 13 Ampere ini Pelajar diminta untuk membuat pendawaian plag 3 pin 13 Ampere ini secara berkumpulan Guru memantau pelajar-pelajar semasa mereka membuat pendawaian plag tersebut 1. Bekerjasama

2. Sentiasa berhatihati semasa melakukan kerja

PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN

Penilaian Hasil Pembelajaran 1 Guru memberi helaian kuiz kepada pelajar berkaitan

langkah-langkah pendawaian plag 3 pin 13 Ampere Pelajar dikehendaki menjawab dalam masa 10 minit sahaja. Pelajar pertama yang dapat menyerahkan jawapan dengan tepat kepada guru akan diberi sebatang pen daripada guru. Guru bersama-sama pelajar menyemak jawapan kepada kuiz tersebut.

Masa: 15 minit

(9.10 pg 9.25 pg)

RUMUSAN Masa: 5 minit (9.25 pg 9.30 pg)

Guru meminta 2 orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) untuk merumuskan hasil pembelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru

KERJA SUSULAN

Guru meminta pelajar membuat latihan dalam buku Latihan AXIS muka surat 45 dan 46, soalan objektif no 1 hingga 15 dan menghantar latihan tersebut pada kelas akan datang.

CATATAN REFLEKSI