lemah jantung
DESCRIPTION
notaTRANSCRIPT
Lemah Jantung
Pengenalan
Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh penyakit yang
mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk
memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan
umur.
Sebab-sebab lemah jantung:
Penyakit jantung koronari
Tekanan darah tinggi
Masalah injap jantung
Kadar denyutan jantung yang luar biasa
Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
Diabetes
Penyakit jantung akibat alkohol
Penyakit Kelenjar Tiroid
Penyakit lain yang dapat menyebabkan aliran darah melemah, misalnya anemia.
Kelebihan tekanan pada jantung.
Terdapat penyekatan aliran darah dari jantung seperti aortic stenosis.
Gangguan degupan jantung.
Simptom
Letih
Sesak nafas
Aktiviti fizikal yang terhad
Bengkak Kaki
Komplikasi
Aktiviti harian yang terhad
Kekerapan memasuki hospital
Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit.
Rawatan
Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)
Pengambilan air dan garam secara terhad
Senaman berkala mengikut kemampuan
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
Farmakologi
Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang
dinasihatkan oleh doktor
Pencegahan
Cara Hidup Sihat:
1. Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
2. Pemakanan sihat dan seimbang
3. Tidak merokok
4. Tidak minum minuman beralkohol
5. Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi,
kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung
yang luar biasa
PENYEBAB PENYAKIT LEMAH JANTUNG
Lemah jantung ini terjadi ketika bahagian jantung terjadi penyumbatan di salurannya.
Dengan adanya penyumbatan ini, aliran darah tidak dapat dialirkan dengan normal ke
seluruh tubuh.
Faktor keturunan
Faktor keturunan ini menjadi perkara yang tidak dapat ditolak dari terjadinya penyakit
lemah jantung yang dideritai oleh seseorang. Jika salah seorang anggota keluarga
seperti orang tua yang pernah mengalami penyakit lemah jantung ini, maka mungkin
terjadinya penyakit lemah jantung yang dideritai adalah kerana faktor keturunan.
Keadaan jantung yang tak prima
Kemampuan jantung untuk mengepam darah dan sari makanan yang terkandung di
dalamnya akan mengalami penurunan kualiti jika jantung sedang mengalami
gangguan. Keadaan jantung yang tidak prima boleh disebabkan oleh berkurangnya
oksigen yang disebabkan penyempitan saluran darah. Kekurangan oksigen ini bila
berlaku lebih lama boleh mengakibatkan matinya jaringan pada otot jantung
disebabkan otot jantung tidak mengalami kemerosotan otot seperti otot-otot yang lain.
Hal ini menyebabkan proses mengepam darah yang dilakukan juga menurun.
Degupan jantung juga boleh menyebabkan terjadinya jantung lemah. Jantung yang
sering dirasakan berdebar-debar juga merupakan petanda bahawa jantung dalam
keadaan yang tidak prima sehingga menyebabkan terjadinya jantung lemah.
Keadaan darah
Keadaan darah juga sangat memberikan pengaruhnya kepada kualiti dari kerja
jantung. Jika seseorang mengalami tekanan darah tinggi ataupun kurang darah, hal ini
akan mempengaruhi aliran darah yang dihasilkan.
Ayat Al-Quran Penawar Penyakit Lemah Jantung
Surat Al-'Isrā' (The Night Journey) - اإلسراء سورة Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan
mohon doa kepada Allah s.w.t.
(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan
mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu
telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak
perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang
amat besar.
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid
dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan
mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan
mereka melainkan bertambah liar.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah,
sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada
Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan
itu.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap
tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun.
Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar
dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding
yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga
sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan
mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu
sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar
bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang
yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena
sihir".
Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-
bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan
kebenaran.
Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita
akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"
Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -
Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa
menghidupkannya)!" Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita
hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!" Maka
mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek:
Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!"
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya,
dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya
mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang
kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin
dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi
manusia.
Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Ia kehendaki, Ia akan memberi
rahmat kepada kamu; atau jika Ia kehendaki, Ia akan menyeksa kamu. Dan Kami tidak
mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan
mereka.
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di
langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas
setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
Surah Al-Nahl - النحل سورة
Surah Al-Nahl ayat 35 hingga 47
Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami
tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek
kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya".
Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka.
(Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul
semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum
Allah) dengan cara yang jelas nyata?
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi
hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat
yang mendustakan Rasul-rasulnya.
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak
disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata):
"Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati". (Itu tidak benar),
bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar; tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Allah menghidupkan semula orang-orang yang mati) untuk menerangkan kepada mereka apa
yang mereka berselisihan padanya, dan supaya orang-orang kafir mengetahui bahawa mereka
adalah orang-orang yang berdusta.
Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami
berkata kepadanya: "Jadilah engkau! ", maka menjadilah ia.
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh
musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang
baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak,
kalaulah mereka mengetahui.
Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri
kepada Tuhannya.
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari
kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah
kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu
tidak mengetahui.
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami
pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya.
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan
melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan
mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak
menyedarinya?
Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan
kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.
Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana
sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
Cara Mengubati Penyakit Lemah Jantung Mengikut Rasulullah
Amalan Doa Penyembuhan
Selain memakan ramuan traditional, pesakit hendaklah banyak berdoa kepada Allah s.w.t
kerana Allah s.w.t sahajalah yang memberi penyembuhan .Ubat yang dimakan merupakan
ikhtiar manusia sebagai hamba yang lemah semata-mata.
Antara doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w supaya diamalkan pagi dan petang ialah seperti
berikut :