latihan titas

Upload: ayang-ina

Post on 08-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Aktiviti 1 Nyata maksud tamadun dan huraikan ciri-ciri Asas Tamadun. Perkataan Tamadun bermaksud; Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek

: Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.

Bahasa Inggeris

: Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Bahasa Tamil

: Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.

Bahasa Cina

: Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsurunsur material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Ciri-ciri Asas Tamadun

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan) 2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. 3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. 4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi. 5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa. 6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan. 7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang tersendiri.

Perbezaan Tamadun Islam Dan Tamadun BaratTamadun Islam Kedudukan Agama Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan. Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan. Walaupun ia tetap flexible dan tidak rigid. Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan dalam Islam. Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Tamadun Barat melihat perkaraperkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata. Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama. Terikat dengan undang-undang tetapi pengwalannya terlalu longgar. Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman yang kukuh. Konsep Kemajuan Islam juga menganbil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapai dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah matlamatnya. Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara . Konsep Kemajuan Kamajuan berdasarkan keuntungan semata-mata. Berpegang dengan konsep matlamat menghalalkan cara . Tamadun Barat Kedudukan Agama Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga dicorak oleh perubahan.

Penekanan Sudut Kemajuan

Penekanan Sudut Kemajuan

-

-

Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap. Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman. Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah manusia itu sendiri.

-

Menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian. Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohanian atau spiritual.