laras bahasa kanak

Upload: ahmad-fawwaz-danial

Post on 18-Oct-2015

1.200 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

huuyj

TRANSCRIPT

Laras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti; Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif. Kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa Bilangan imbuhan yang digunakan terhad, dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal. Bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga. Contoh Laras Bahasa Kanak-kanak; Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.