laras bahasa

27
Pengenalan Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan. Laras Bahasa Secara Umum Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya. Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza- beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Konsep Laras Laras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-rubah mengikut fungsi. Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan yang disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Contohnya boleh diperhatikan pada bahan-bahan bacaan yang dibaca seperti teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi, teks sejarah, teks undang- undang dan sebagainya adalah berbeza antara satu sama lain dari segi bahan, susunan ayat, pilihan kata, jalinan fikiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti ini adalah dihasilkan oleh laras bahasa yang berbeza.

Upload: bio-nick-bio-edd

Post on 29-Jan-2016

593 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ciri-ciri laras bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: laras bahasa

Pengenalan

Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan

penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh

dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan

sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan

bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan.

Laras Bahasa Secara Umum

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu

pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan

wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam

pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa

yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut

keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata

yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa

penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat,

disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor

geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras

bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut

situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan.

Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

Konsep Laras

Laras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-rubah mengikut fungsi.

Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati

kelainan jenis bahasa yang digunakan yang disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Contohnya boleh

diperhatikan pada bahan-bahan bacaan yang dibaca seperti teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi,

teks sejarah, teks undang-undang dan sebagainya adalah berbeza antara satu sama lain dari segi bahan,

susunan ayat, pilihan kata, jalinan fikiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti ini adalah

dihasilkan oleh laras bahasa yang berbeza.

Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan beberapa orang ahli bahasa tentang pengertian laras

bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan

berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati

perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang

digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

Page 2: laras bahasa

Ure dan Ellis ( 1977), menganggap laras bahasa sebagai pola bahasa yang lazim digunakan mengikut

keadaan tertentu. Hal ini bermakna, sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan

oleh pengguna bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan konvensi sosial masing-masing.

Reid (1956), menyatakan seorang penutur dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan laras

mengikut situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistic

behavior) seseorang individu. Reid juga telah membezakan laras bahasa dan gaya bahasa. Laras

bahasa merujuk khusus kepada bidang penggunaan, manakala gaya merujuk kepada cara

pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana

yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.

Halliday (1968), menyebut bahawa laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi.

Laras akan sentiasa berubah mengikut situasi. Dia telah membuat penjenisan laras kepada tiga kategori

iaitu tajuk wacana (field of discourse), cara penyampaian wacana (mode of discourse) dan gaya

wacana (style of discourse).

Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi yang

berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti

kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk penulisan

atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki laras bahasa yang berlainan.

Menurut ahli bahasa tempatan seperti Nik Safiah Karim (1989), laras bahasa berdasarkan

penggunaannya, iaitu variasi bahasa digunakan oleh penutur dalam situasi tertentu. Dia menganggap

laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap

penutur. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial.

Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan

bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mempunyai

disiplin ilmu yang berbeza-beza.

Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu yang

sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang

baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di bursa saham ialah laras

ekonomi.

Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau pemakaian kata-kata yang khusus untuk

sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi dengan orang ramai.

Penggunaan istilah-istilah khusus yang membezakan antara variasi-variasi bahasa menjadikan sesuatu

komunikasi lebih berkesan.

Ciri-ciri Laras Bahasa

Page 3: laras bahasa

Menurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan dua faktor yang

utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud . Ciri keperihalan pula

dibahagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.

Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap anggota

masyarakat. Contohnya , apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu

mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan aspek-aspek lain anggota

masyarakat zaman itu.

Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

Terdapat empat situasi persekitaran yang menyebabkan wujudnya bahasa yang berlainan atau laras.

Situasi yang dimaksudkan ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang

diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran menyebabkan wujudnya kepelbagaian

dalam laras bahasa. Cara penyampaian merujuk bentuk perhubungan yang digunakan termasuk jenis

bahasa lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan berbeza daripada bahasa bertulis

kerana terdapat banyak variasi bahasa bertulis seperti laporan, esei, surat, wawancara, cerpen,

karangan, sajak, drama, dan sebagainya. Hasil penulisan pula berkait dengan diri penulis, pembaca dan

perkara yang ditulis. Latar belakang penulis membawa perbezaan dalam penghasilan bahasa,

penggunaan bahasa, kandungan bahan dan aspek panjang pendek sesuatu peristiwa.

Aspek lain yang menimbulkan laras bahasa yang berbeza ialah aspek peribadi dan aspek bukan peribadi.

Aspek peribadi ialah perhubungan individu dengan individu yang lain, hubungan kekeluargaan, rakan

sebaya, sahabat karib, pekerja, dengan majikan, rakyat dengan golongan istana dan sebagainya. Aspek

bukan peribadi pula adalah bukan bersifat peribadi seperti antara penulis dengan pembaca, penghasil

dan pembaca akhbar, penyajak dengan pembaca dan sebagainya.

Unsur yang ada dalam situasi persekitaran bagi menentukan laras bahasa termasuklah bahan yang

diperkatakan. Bahasa yang digunakan adalah meliputi aspek yang luas iaitu meliputi perkara-perkara

biasa seperti perbualan tentang makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya serta termasuk perkara-

perkara khusus seperti dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, astronomi, geologi dan sebagainya.

Ciri lain dalam mengenal pasti laras bahasa ialah tentang fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Aspek

perlakuan sosial termasuklah bahasa untuk menyampaikan maksud seperti menggunakan bahasa dalam

upacara-upacara tertentu seperti majlis akad nikah, jual beli, dan sebagainya. Terdapat juga situasi yang

menggunakan bahasa yang berlainan yang dihasilkan oleh interaksi seperti jenis perbualan, iaitu orang

yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.

Empat ciri-ciri situasi persekitaran menimbulkan laras yang berlainan dan terdapat hubungan yang erat

diantaranya. Hal ini adalah disebabkan interaksi antara kedua-dua pihak menghasilkan laras.

Page 4: laras bahasa

Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan

perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan oleh Nik Safiah Karim (1982) dengan melihat ciri-ciri tata

bahasa yang terdapat dalam susunan ayat dan frasa dalam laras bahasa. Nik Safiah berpendapat,

tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan menimbulkan laras bahasa yang mempunyai

pengertian yang berbeza-beza. Ciri linguistik pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang

seperti latar belakang orang yang bercakap atau menulis.

Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsur-unsur tatabahasa sesuai dengan wacana yang

dibicarakan. Contohnya laras bahasa aspek fonologi, morfologi dan sintaksis yang meneliti penggunaan

bunyi, pembentukan kata serta struktur dan binaan ayat.

Jenis-jenis Laras Bahasa

Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian wacana dan

gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa seperti bidang Matematik.

Cara penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada secara lisan atau bertulis. Gaya

Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal

atau tidak formal.

Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam

pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik atau laras

ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan sebagainya.Hal ini kerana

terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasi-situasi disebabkan interaksi

sehingga menghasilkan laras.

1 Laras Bahasa Biasa Atau Umum

Laras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia

biasanya digunakan dalam perbualan harian. Laras biasa tidak menggunakan istilah atau pola yang

khusus. Ciri-cirinya adalah bebas dan mudah difahami serta kurang terkawal dari aspek tatabahasa. Ia

juga mempunyai unsur kemesraan seperti menggunakan ganti nama diri pertama seperti aku, cek,

makcik , kak ngah dan sebagainya.

Laras bahasa biasa menggugurkan kata sendi nama seperti dari, daripada, di, akan dan hingga. Ia juga

menggunakan ayat yang pendek dan ringkas, dan ada kalanya menggunakan imbuhan asing. Terdapat

juga unsur ambiguiti atau kekaburan makna.

Contoh: Hai Mat! Nak ke mana tu? Singgahlah dulu!

2 Laras Perniagaan

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang

digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang

amat menarik. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.

Page 5: laras bahasa

Contoh : Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD Skrin

Televisyen Pensonic.

3 Laras Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang

diperkatakan. Antaranya laras bahasa sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini

kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang

akademik. Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal

dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-

istilah khusus seperti permintaan, penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras sains

dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan hidrogen dan oksigen (H2O).

4 Laras Undang-undang

Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu

sejak zaman dahulu lagi. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang laras undang-undang lebih bersifat

moden dan banya menggunakan istilah teknikal. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding

kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak

relevan dengan perbicaraan berkenaan.

5 Laras Media Massa

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata

hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.

Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca

dan penonton.

Contoh : Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan apabila pasukan Kelantan dikalahkan di

gelanggang sendiri dengan jaringan dua gol berbalas satu.

6 Laras Sastera

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan

teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta

hubungan antara kedua-duanya.

Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa

aspek seperti tema, kronologi, mesej, dan watak yang mengandungi unsur-unsur personifikasi dan

metafora.

7 Laras Rencana

Laras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam

laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan.

Page 6: laras bahasa

Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton belum dapat diukur sepenuhnya.

Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan

ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan

sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

Kesimpulan

Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.

Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut

bidang penggunaannya. Laras bahasa dalam situasi formal dan tidak formal adalah berbeza. Laras

bahasa juga berbeza mengikut faktor geografi dan daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara

penggunaan sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur . Pemilihannya adalah tidak

sama, berlainan dan berubah-ubah ikut situasi bergantung kepada masyarakat yang memilihnya dan

membangkitkan kesedaran setiap anggota masyarakat tentang situasi sosial yang wujud.

 Contoh Dan Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

             1 Bidang

a) Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan,

perbankan, perniagaan dan perdagangan.

b) Penggunaan bahasa Melayu yang terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.

c) Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek

komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustriaan dan

perusahaan.

2 Perbendaharaan Kata

                       agihan jualan agensi pemasaran baki debit

                       anggaran kos francais cek palang

        harga tetap eksport saham

        urus niaga kredit komposit

              3 Tatabahasa

a) Morfologi (Kajian terhadap perkataan)

- Kata tunggal menjadi kata khusus

Contohnya :

Kata umum Istilah

wang kewangan

ratus peratus

lebih lebihan

pasar pasaran

pegang pemegang

Page 7: laras bahasa

dagang dagangan

    .4 Akronim

Contohnya:

EPU - Unit Pembangunan Ekonomi

EON - Edaran Otomobil Berhad

BSN - Bank Simpanan Nasional

BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur

       5 Kata Majmuk

Contohnya :

kos jualan modal tetap harta semasa

untung bersih lebih asset sebut harga

 Gaya Bahasa

a) Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.

b) Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah, susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai serta tepat

yang boleh menyampaikan maksud dan membawa pengertian.

c) Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

Page 8: laras bahasa

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep,

iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza,

misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. 

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa

yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza

mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza

daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah

dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial

seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan

bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan laras bahasa dalam variasi bahasa.

KONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian.

Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu

berlangsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal

ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan. Beberapa orang pengkaji

telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras. 

Nik Safiah Karim (1982 :1) menyatakan

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa

yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras seperti yang berikut :

Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras

bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada

hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk

membincangkannya.

Halliday (1968:149) pula mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Halliday

(1985) melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Ure & Ellis (1977) – menganggap laras sebagai sejenis ‘ Language patterning regularly used in a certain kind

of situation’ (laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan).

Page 9: laras bahasa

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan

ataupun barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk

dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dan bidang tertentu.

CIRI LARAS BAHASA

Menurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama,

iaitu:

1 Ciri Keperihalan

2 Ciri Linguistik

1 CIRI KEPERIHALAN 

Terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:

A) Situasi Luaran

B) Situasi Persekitaran

A) Situasi Luaran – bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota

masyarakat.

■ Contoh, huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi

sastera lisan.

B) Situasi Persekitaran – Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

■ Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang berlainan, yakni yang

menimbulkan laras berlainan. Antaranya :

i). Cara penyampaian

■ Bentuk perhubungan yang digunakan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat tulisan, lisan, isyarat dan

sebagainya.

■ bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

■ Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei , novel, cerpen,

ii).Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan bahasa. 

■ Terdapat dua aspek iaitu :

a).Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu sebagai anggota dalam

Page 10: laras bahasa

masyarakat.

■ Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi.

■ Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan karib.

■ Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang berpangkat rendah dengan yang

berpangkat tinggi.

b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara penghasil dan pembaca

akhbar, buku dan majalah serta alat media lain.

iii) Bahan Yang Diperkatakan

■ Isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan.

■ Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah kepada bidang-bidang

khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

iv). Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

■ Perlakuan bahasa diperlukan oleh sebab bahasa ialah bahagian utama perlakuan

■ Perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud, dalam upacara tertentu.

■ Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi faktor-

faktor seperti perbualan, orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam

masyarakat. 

■ Misalnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud, bahasa dalam majlis tertentu seperti

majllis akad nikah dan sebagainya.

2. CIRI LINGUISTIK

Terdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek kata yang digunakan dalam

sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

i) Aspek Kosa Kata

Aspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan banyak istilah khusus,

istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan

dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata

pinjaman asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan

untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras-laras lain.

ii) Aspek Ayat

Dalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras.

Page 11: laras bahasa

Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras yang lain

pula proses pengguguran banyak berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat

segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.

iii) Aspek Ketenunan

Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan dengan unsur-unsur

tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh ataupun sebaliknya. Sesetengah laras

menggunakan unsur perulangan keratan rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu

laras itu.

LARAS BAHASA MENURUT MAK HALLIDAY (1985)

Halliday (1985) pula mendefinisi laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi.

Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi 

Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, matematik dan

sebagainya. 

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus

kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat

tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak

berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan. 

Jika lisan, sama ada teks tersebut merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau

doa.

Jika tulisan sama ada berbentuk esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan.

Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau

tak formal. 

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang

kenamaan atau dif-dif.

Umumnya, berdasarkan bidang dan khalayak sasaran, laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan

besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan

sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan

(rencana, iklan).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam

bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata

tatabahasa

Page 12: laras bahasa

gaya

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas ayang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks

khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah

atau pola yang khusus. 

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Laras Perniagaan 

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang

digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli berangan menerusi cara penyampaian yang

menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. 

Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter. 

Laras Ekonomi

■ Laras ekonomi berbentuk ilmiah.

■ menggunakan istilah-istilah teknikal

■ tidak mementingkan struktur ayat, 

■ bersifat formal

■mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. 

■ Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statik.

Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun

2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Akademik

Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan.

Antaranaya laras sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula

kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains,

terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan

khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah

khusus seperti permintaan, kos, modal, buruh dan susut nilai. 

Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam

melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di

bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali. 

Laras Undang-Undang

Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak

zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak

menggunakan istilah teknikal. 

Page 13: laras bahasa

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk

mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan brekenaan. 

Laras Media Massa

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata

hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.

Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan

penonton. 

Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu

dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Laras Sestera

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan

teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan

antara kedua-duanya.

Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek

seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi

dan metafora. 

Laras Rencana

Laras rencana adalah satu laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam

laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. 

Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum

dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat

ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai

rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 

KEPENTINGAN LARAS BAHASA

■ Laras bahasa amat penting.

■ Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran

maju-mundurnya.

■ Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat

membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat –

bertambah dengan pesat.

■ Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.

■ Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya

tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.

■ Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka

Page 14: laras bahasa

dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.

■ Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan

lagi.

Laras Bahasa (Laras Sains)

Laras Bahasa

    Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan khususnya dalam

bahasa Melayu. Suatu laras bahasa bermaksud variasi bahasa yang boleh

dipilih daripada sekumpulan variasi bahasa atau jenis bahasa yang ada pada

setiap pengguna bahasa. Menurut Ure dan Ellis (1977) laras bahasa

Page 15: laras bahasa

merupakan jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi yang

berlainan. Hilliday pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa

yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh berubah-ubah mengikut situasi

yang berlainan. Penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh

beberapa faktor iaitu ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-

ciri linguistik yang terdapat dalam mengungkapkan sesuatu idea.

    Menurut Abdullah Hassan bidang sains sosial mencakupi pelbagai cabang

iaitu bidang sains politik, antropologi, sosiologi, ekonomi, pengurusan,

psikologi sementara sosial kemanusiaan terdiri daripada bidang bahasa,

budaya dan sastera. Manakala sains tulen pula terbahagi kepada bahagian-

bahagian selain daripada bidang sains sosial seperti fizik, biologi, kimia dan

teknologi. 

Ciri Keperihalan

1.    Gaya bahasa yang digunakan khusus untuk ilmu sains tulen dan teknologi.

      Gaya bahasa merujuk kepada pelisanan dan penulisan yang digunakan.

Laras sains merupakan laras bersifat ilmiah atau akademik kerana laras

sains sering menggunakan istilah-istilah sains untuk tujuan akademik

terutamanya menghuraikan dan menerangkan setiap idea yang berunsur

teknikal dan fakta jelas dan selalunya berkaitan dengan uji kaji dan

penyelesaian masalah. Laras sains menggunakan gaya bahasa yang khusus

hanya untuk mengungkapkan istilah-istilah dalam subbidang sains tulen dan

istilah-istilah moden yang selalunya berkaitan dengan teknologi baru.

         Contoh: sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi

untuk melancarkan pergerakan kandungan kolon kea rah rektum. Cecair

yang dirembeskan bersifat alkali.

            Gaya bahasa laras sains juga dikenali dengan bahasa saintifik kerana

laras sains selalunya menggunakan istilah dan nama yang saintifik yang

hanya dirujuk dalam ilmu sains dan teknologi.

            Contoh nama saintifik dalam bidang biologi:

                              I.        Rambutan – Nephelium Lappaceum

                             II.        Ayam – Gallus-gallus Domestica

Page 16: laras bahasa

                            III.        Padi – Oryza Sativa

                           IV.        Katak Puru – Bufo Melanosticus

            Contoh nama saintifik dalam bidang teknologi:

                              I.        Keyboard – papan kekunci(butang yang mewakili abjad dan

nomboryang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer)

                             II.        Mouse – tetikus (sejenis peranti komputer yang digunakan untuk

mengawal kursor dan untuk memilih objek pada tabir paparan komputer)

                            III.        Telescope – teleskop(alat yang bentuknya seperti tiub panjang

dan mampunyai kanta di dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh

misalnya bintang)

                           IV.        Wallpaper – kertas dinding

2.    Penggunaan istilah atau kata dalam laras ini yang mempunyai ketaksaan

yang tinggi kerana laras sains mementingkan ketepatan makna dan faktana

laras sains sememangnya menggunakan kosa kata yang tepat, khusus dan

teknikal.

Contoh dalam bidang sains kejuruteraan:

                            I.        Resonant cross section - keratan rentas salunan/ keratan lintang

salunan

                          II.        Potenziometer solution - meter upaya penyelesaian

                         III.        Rule no later Handcuffs rain - kaedah gari selambat hujan

                        IV.        Equilibrium point - titik keseimbangan

3.    Dibahagikan kepada empat subbidang utama:

a.          Fizik

Sains fizik adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian sifat-sifat

sesuatu benda, keseimbangan dan pergerakan benda serta sifat alam

semula jadi seperti cahaya, kelajuan, kemampatan, suhu, tenaga suria,

medan elektronik dan sebagai-sebagainya.

Contoh:

Page 17: laras bahasa

·         Graviti – daya tarikan yang mengerakkan jasad-jasad kea rah pusat

sesuatu cakerawala seperti bumi.

·         Zarah – bahagian kecil sesuatu jirim misalnya atom, molekul, elektron.

·         Stereometri – ilmu ukur ruang atau isi padu sesuatu benda pepejal.

b.            Biologi

Biologi pula merupakan subbudang sains yang mengkaji tentang struktur,

fungsi, perkembangan, taburan dan proses dalam hidup pada benda-benda

hidup.

Contoh:

·         Spora - biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yang tidak

berbunga, misalnya cendawan dan kulat.

·         Arteri – saluran darah yang membawa darah yang mengandungi oksigen

keluar daripada jantung untuk mengalir ke seluruh badan.

·         Tendon – serat tisu yang kenyal berfungsi untuk menyambungkan otot

dan tulang.

c.           Kimia

Merupakan ilmu sains asas yang berkaitan dengan struktur, kelakuan,

komposisi, sifat tndak balas yang berkaitan dengan atom, ion, unsur atau

sebatian serta fenomena yang menerangkan fenomena kimia.

Contoh:

·         Platinum – unsur logam berharga berwarna putih kekelabuan, tidak boleh

calar, dan sering digunakan untuk membuat barang kemas.

·         Morfin – sejenis dadah yang diperoleh daripada candu dan digunakan

untuk melegakan kesakitan.

·         Fluorin – gas berwarna kuning pucat menyerupai klorin, berbau sengit

dan beracun.

d.    Teknologi

Merupakan kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan

praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, media massa.

Contoh:

Page 18: laras bahasa

·         Televisyen – alat yang dicipta khusus untuk penyiaran gambar hidup

serta berbunyi menerusi kabel udara pada skrin atau kaca peti televisyen.

·         Bateri – dua sel atau lebih yang disusun secara bersiri atau selari untuk

menghasilkan daya gerak eletrik.

·         Gigabait – unit data yang bersamaan dengan seribu juta atau 10x9 bait,

digunakan bagi menyatakan kemampuan storan pukal seperti cekera keras.

4.    Maklumat berdasarkan kepada hasil kajian dan fakta yang telah dibuktikan

melalui uji kaji.

Contoh:

·         Bunyi terhasil melalui getaran yang kemudiannya mewujudkan

gelombang bunyi yang bergerak melalui medium seperti udara dan air

sebelum sampai ke telinga kita.

·         Kitaran air melibatkan air mengewap (tukar kepada gas), naik ke langit,

sejuk dan memekat menjadi titisan hujan atau hablur air batu yang kita lihat

sebagai awan, jatuh ke bumi sebagai hujan, salji atau hujan batu sebelum

mengewap semula dan meneruskan kitaran.

·         Manusia bernafas mengeluarkan karbon dioksida (CO2). Tumbuh-

tumbuhan pula menukarkan karbon dioksida menggunakan cahaya matahari

yang kemudiannya menjadi makanan semasa berlakunya proses

fotosintesis.

5.    Menggunakan rumus atau formula yang berkaitan dalam bidang sains.·         Efficiency = Is Vs  x 100 %

            (kecekapan) = Ip Vp X 100%

·         Momentum,p = mv

m=jisim, kgv=halaju, ms-1

Ciri Tatabahasa

1.    Morfologi

Page 19: laras bahasa

Dalam laras sains terdapat perkataan yang tergolong dalam kategori Kata

Tunggal atau istilah umum tetapi dijadikan sebagai Kata Khusus untuk

sesuatu istilah atau ungkapan yang menjurus kepada sains.

Contoh:

·         Tikus – Tetikus

·         Tingkap – Tetingkap

·         Muat turun (download)

·         Layar – Pelayar (browser)

2.    Akronim

Dalam laras sains terdapat kata akronim yang dihkhususkan untuk

ungkapan-ungkapan sains yang dan hanya digunakan dalam mengupas dan

membincangkan perihal sains. Akronim yang dicipta selalunya digunakan

sebagai ringkasan kepada makna akronim yang selalunya panjang dan susah

untuk diingati.

Contoh:

·         Li – Litium (symbol kimia bagi sebatian litium)

·         HIV – Human Immunodeficiency Virus (Virus Kurang Daya Tahan Manusia)

·         ASTRO – Autonomous Spaces Transport Robotic Operations (Ruang

Autonomi Pengangkutan Operasi Robotik)

·         AIDS – Acquaired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom kurang daya

tahan penyakit)

3.    Kata Majmuk

Terdapat banyak kata majmuk yang wujud dalam bidang sains dan teknologi

yang digunakan khusus.

Contoh:

·         Tabung uji

·         Hala laju

·         Garis lurus

Page 20: laras bahasa

KEPENTINGAN LARAS BAHASA■ Laras bahasa amat penting.■ Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.■ Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.■ Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.■ Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.■ Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.■ Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan

atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi

situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya laras apabila

bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam

Page 21: laras bahasa

suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan

dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu

tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman

bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras

sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu

bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka,

sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat.

Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya yang dahulunya

diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana

bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian

tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah

hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras

formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan

laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan bahasa

seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi

golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari

sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu

sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara

seperti ini.  Laras bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras

khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa

tidak formal.

Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran

laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di

institut pengajian tinggi.

Page 22: laras bahasa

1.    Kursus Komprehensif Fajar Bakti, BAHASA MELAYU STPM (Kertas 1 &2 ), Nik Safiah

Karim dan Norliza Jamaluddin. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2002.

2.     Rohaniza Idris dan Nurul Farina Nazlan, m/s 26, Berita Harian, Ahad, 24.08.2008.

3.    http : www. Tutor.com.my/ stpm / laras bahasa. Htm

4.    longman Teks PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Goay Teck Chong, Choo Say Tee,

Zainuddin Ahmad, PEARSON LONGMAN, 2007.

5.    Mohd Roji Abdullah, m/s 23, Berita Harian, 24 ogos 2008