laras bahasa

33
LARAS BAHASA DEFINISI Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Menurut pandangan tokoh: 1. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’. 2. Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode.

Upload: nur-farhana-hassan

Post on 26-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laras Bahasa

LARAS BAHASA

DEFINISI

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu

bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras

bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah

perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras

tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat

dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang

berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-

situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Menurut pandangan tokoh:

1. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang

digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’.

2. Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan

klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan

mode.

3. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan

gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal,

rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

4. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang

berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :-

tajuk wacana

cara penyampaian

gaya penyampaian

Page 2: Laras Bahasa

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu

digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa

menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut

kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya laras apabila bercakap dengan rakan

sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana rumah

tangga, misalnya antara suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan

sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu

tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan

pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.

CIRI-CIRI LARAS BAHASA

Penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama,

Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa,

Ciri-ciri linguistik

Ciri-ciri Keperihalan

Terbahagi kepada dua jenis:

Situasi luaran,

Situasi persekitaran

Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat

bahasa.

Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa

Empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah:

Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat).

Page 3: Laras Bahasa

Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa.

Bahan yang diperkataan, dan bahan yang diperkataan, dan

Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tidak rasmi).

Ciri-ciri Linguistik

Ciri-ciri linguistik bermaksud unsur-unsur bahasa itu, iaitu aspek bunyinya, aspek

bahasa itu, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya.

Aspek bunyi – nada suara (drama,ucapan dan lain-lain.)

Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua

perkataan),perkataan pinjaman.

Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.

JENIS-JENIS LARAS BAHASA BERSERTA CONTOH

Page 4: Laras Bahasa

.

Laras Bahasa Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu

atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras

biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.Contoh : 

“Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?”

Laras Bahasa Perniagaan

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan,

perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Contoh:  

“Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila

mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70

juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu”.

Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan  jenama barangan yang

ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya

membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.

Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah

sikap dan melakukan tindakan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh

gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Slogan: Kami Ada Cara

Page 5: Laras Bahasa

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang

ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan

sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang

terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras

kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran

istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.

Contoh  dalam bidang ekonomi : 

“Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses

pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang

mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke

dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi”.

Contoh laras sains dalam bidang biologi :  

Page 6: Laras Bahasa

“Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan

pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang

dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali”.

Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : 

“Sejauh mana pencarian OH atau H20 pada permukaan bergantung pada pH,

seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada

persamaan 8.21”.

Laras Bahasa Undang-Undang

Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak

zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat

moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contoh : 

“Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan

cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan

dengan perbicaraan berkenaan”.

Laras Bahasa Media

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan

imbuhan dan kata hubung. Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang

tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei

dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk

menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera

sebilangan besar pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

Page 7: Laras Bahasa

Pertama - bahasa yang digunakan mudah.

Kedua - gaya tulisan yang jelas dan

Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang

ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang

ramai.

Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang

berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk

dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Contoh : 

“Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan

Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi”.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora,

kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk

naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

kreatif dan imaginatif: kabur mesej

mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,

peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Page 8: Laras Bahasa

Contoh : “Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan

membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin

disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan

metafora”.

Contoh  novel : “Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah

hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku

kosong yang terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering.

Penantiannya bagaikan tiada jawapan”.

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Contoh (doa) : “Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau

kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki,

keampunan sebelum mati, rahmat pada  kala mati, dan keampunan selepas

mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian

dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu

perkiraan”.

Laras Bahasa Sukan

Page 9: Laras Bahasa

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan. Contoh :

“Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh

pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem

ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang

lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing”.

Laras Bahasa Sains Komputer

Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber. Contoh : 

“Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana

sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti

perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem

operasi (OS), program dan data”

PENUTUP

Page 10: Laras Bahasa

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju

mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu

sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu

telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu

bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain

khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa

rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, penutur

bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu

membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras formal

dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan

laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi

penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik.

Oleh itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk

yang sempurna. Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu

haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak

terutamanya orang Melayu itu sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa

mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini.  Laras bahasa Melayu moden,

terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi

sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal.

Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri,

pembelajaran laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku

sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.

LARAS BAHASA SASTERA

Page 11: Laras Bahasa

Pengenalan

Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras

bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. 

Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau

gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini

berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk

perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan

pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk

pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-

bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem,

teater, dan pementasan).

Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam

bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah

plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa

sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.

Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan,

kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula

daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan

asonansi), kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas.

Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu,

berkesan serta indah.

Page 12: Laras Bahasa

Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera

a)   Perbendaharaan Kata / Istilah

Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah difahami. Laras

kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan pinjaman juga tidak banyak

digunakan. Kadang-kadang terdapat penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan

dengan tujuan untuk menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan

nilai seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu pengertian,

sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama atau perkataan yang

berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud

yang hendak disampaikan.

Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera

mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah

ini bersifat teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang

berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras

bahasa sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang

lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut

pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan

sebagainya.

b)   Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting dalam

laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan, manakala aspek

sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur, dan binaan ayat.

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan awalan, apitan,

dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat tergantung, dan

ayat susunan songsang.

Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga lazim digunakan.

Contoh tatabahasa:

Page 13: Laras Bahasa

Contoh 1:

“Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi  berpindah daripadanya itu tiadalah

menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang

tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah

paya dan telah berugi-rugi mengusahakanbeberapa sebab-sebab yang boleh menjadi

contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-

lain sebagainya”. (Petikan daripada novel lakah Salmah)

Contoh 2:

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu

diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan

dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan pesannya.

(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Contoh 3:

pulangkan kembali

pada saat ini

gerak yang sejak dulu kaukumpul

warna-warna yang kau tusuk ke dada dinding

kata-kata yang kau benam ke mulut almari

garis-garis yang lemas

titik-titik yang kering

ke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c) Gaya bahasa

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur sintaksis,

pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran serta unsur-

unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh digunakan.

Contoh gaya bahasa:

Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang merah

pekat, juga warna kelam pangkal malam.”

(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Page 14: Laras Bahasa

Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):

Gagasan tentang tamu:

Tamunya kali ini seorang yang agung

Tamu itu juga pelanggannya

Langganan yang diimpikannya selama ini.

Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung

itu kepadanya.

Tamu itu seorang menteri.

(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman Kelantan)

Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang

lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat

dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”

(Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)

Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

(Pantun Melayu)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang

dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung

kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang

diperkatakan. Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat

Page 15: Laras Bahasa

jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti

penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras

bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan

sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.

CONTOH PETIKAN LARAS BAHASA SASTERA

CERPEN KLASIK : PUTERI JELITA DAN DAYANG HODOH

Jauh di puncak Gunung Permata tersergam indah sebuah istana yang sangat cantik

dan besar. Istana Salju Biru kelihatan sangat indah biarpun masih diselubungi kabus

tebal. Beberapa pengawal istana sedang berbual sesama sendiri sambil memeluk

tubuh menahan kesejukkan pagi. Dayang istana pula sudah mula bersiap untuk

memulakan tugasan masing-masing.

Puteri Sukma menyelak jendela yang melindungi pemandangannya. Sudah menjadi

rutin paginya untuk melihat keindahan tasik Hijau setiap pagi. Fikirannya akan menjadi

lebih tenang bila menghayati keindahan panorama tasik Hijau.

Puteri Sukma tersenyum bila terlihat, angsa-angsa putih miliknya yang sedang

memenuhi seluruh permukaan tasik. Beberapa ekor burung bangau juga kelihatan

bermain di gigi air. Dari jauh angsa dan bangau berkilauan disimbah sinar mentari. Bulu

putih mereka memancarkan cahaya seperti permata di tengah tasik Hijau.

“Puteri ...” Seperti biasa juga suara yang lembut itu akan menyapanya.

Setiap pagi pada detik yang sama, dayangnya Si Hitam akan menjenguknya dengan

sepasang persalinan buat Puteri Sukma.

“Dayang, beta tak sukalah dengan persalinan ini. Rimas beta dengan labuci dan

permata yang bertaburan pada cindai ini.” Puteri Sukma mencebik bibir setelah melihat

persalinannya untuk hari ini.

“Tapi tuan Puteri, persalinan ini bonda Permaisuri yang pilihkan tadi.” Suara dayang

Hitam perlahan. Dia takut tuan Puteri Sukma menolak untuk memakai persalinan yang

telah di pilih oleh Permaisuri.

Siapa tidak kenal dengan ketegasan Bonda Permaisuri. Baginda sangat garang dan

tegas. Malah dengan puteri Sukma yang merupakan puteri tunggalnya itu baginda juga

masih bertegas. Semuanya harus mengikut perintah Bonda Permaisuri. Jangan sampai

Page 16: Laras Bahasa

baginda merasa murka, maka buruklah padahnya.

“Dayang kenapalah hidup beta terkurung begini. Kenapa bonda selalu memarahi beta.

Bonda melayan beta seperti anak tirinya saja.” Puteri Sukma mengeluh sendiri.

Dayang Hitam hanya mendiamkan diri, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan

dengan memberi pendapat yang bukan-bukan nanti.

Ciri-ciri Keperihalan

Puteri Sukma menyelak jendela yang melindungi pemandangannya. Sudah menjadi rutin paginya untuk melihat keindahan tasik Hijau setiap pagi. Fikirannya akan menjadi lebih tenang bila menghayati keindahan panorama tasik Hijau.

Ciri-ciri Linguistik

“Dayang, beta tak sukalah dengan persalinan ini. Rimas beta dengan labuci dan permata yang bertaburan pada cindai ini.” Puteri Sukma mencebik bibir setelah melihat persalinannya untuk hari ini.

Page 17: Laras Bahasa

LARAS BAHASA SUKAN

1. Sukan

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan

ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri.

Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi

cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah

yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang

dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para

pengulas sukan akan menggunakan istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa

mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-

perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan.

Contoh laras sukan adalah seperti berikut:

"Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari

oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam

sistem ini, setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan

pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masingmasing. Dengan

perkataan lain, mereka akan melawan dengan setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam

tem ini terdapat formula-formula  yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan

Page 18: Laras Bahasa

untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan dan

kelengkapan yang diperlukan"

Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan

antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan

memerlukan perkataan-perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti,

pengadil, padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke

dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak terus,bagi

perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah kawasan D, pukulan

penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya. Laporan sukan banyak

menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek-pendek. 

Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang undang-undang, banyak

menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan ayat majmuk campuran.

Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasa

baku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah

tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah bahasa

rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam interaksi terbuka

bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza

kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi penonton dan pendengar. Hal ini

kerana nada suara yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam ulasan

perlawanan sesebuah sukan atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita

semasa atau setempat.

Page 19: Laras Bahasa

Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain

dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan radio

mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja.

i.  Laporan Berita Sukan Radio

Barrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim

melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang dibuat

secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini membentuk satu corak

di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat laporan berita terbaru dalam rancangan

sukan. Berita penting yang pertama ialah sama ada skor telah berubah dan apakah

skor terbaru.

Kemudian diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci.

Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan maklumat

dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa untuk mengulangi skor

di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan dengan menyatakan punch line atau

skor, yang berperanan sebagai ingatan, dan tidak hanya menyerahkan kembali ke

studio. Seluruh siri bahan rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan

setengah stesen ialah mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih

berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau lebih sekali

memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah hubungan di studio, ataupun

pemberita di tempat permainan lain, untuk menyampaikan berita yang bertentangan

atau pengesahan seperti 'Di sini pun belum ada sebarang skor lagi tetapi...'.

Page 20: Laras Bahasa

ii.  Radio- Televisyen

Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia

sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk

menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan

mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan

sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran

bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan

sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa

lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau

maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah

lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan penyampai radio

dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa serta agama. Bahasa Melayu

digunakan dalam laras radio dan televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh

semua lapisan masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa

Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa

Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa digunakan oleh radio dan televisyen adalah

jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan dan nada yang

disebut oleh penyampai radio atau televisyen.

Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri seperti

penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa kendala atau

masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa. Ini kerana masa telah

Page 21: Laras Bahasa

ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh melebihi masa yang sepatutnya,

kerana mungkin akan mengganggu rancangan lain yang akan ke udara. Kendala

tersebut akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini

bermaksud masa untuk menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya

rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala.

Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat

dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan yang

dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara itu akan dapat

disampaikan dengan cepat dan tepat.

Page 22: Laras Bahasa

CONTOH RENCANA LARAS BAHASA SUKAN

LUIS FELIPE SCOLARI pernah membimbing Brazil dalam banyak kejohanan bola sepak peringkat tertinggi sebelum mengemudi Portugal ke perlawanan akhir Euro 2004. Namun, jurulatih itu menjangkakan pengalaman sengit menanti skuad yang telah lima kali dinobatkan selaku juara.

Jurulatih yang pernah membantu Brazil menjulang Piala Dunia itu bercakap tentang beban yang bakal ditanggung anak-anak buahnya.

"Berdasarkan perancangan yang telah dibuat untuk kejohanan ini, Brazil telah bersedia. Semuanya telah dicatur dari awal dan kami berada di atas landasan yang betul. Jika kami dapat memastikan apa yang disasarkan diikuti, saya yakin peluang akan berpihak kepada kami.''

Brazil tidak memandang rendah keupayaan lawan dalam saingan pusingan akhir Piala Dunia 2014, Jun ini walaupun menjadi bualan ramai antara pasukan pilihan yang berpeluang untuk menjulang trofi pada kejohanan kali ini.

Scolari berpendapat, terdapat satu atau dua pasukan dari Eropah atau Amerika Selatan turut memiliki peluang seperti juara lima kali itu tetapi bukannya pencabar dari benua Afrika atau Asia.

Menurut Scolari, kehebatan negara-negara kuasa bola sepak pada tradisinya adalah penghalang utama buat Asia mahupun Afrika untuk melakukan kejutan kerana mereka memiliki banyak pengalaman dan sejarah bola sepak yang terlalu lama.

"Pasukan-pasukan ini lebih berpengalaman dan memiliki pemain yang serba boleh dan faktor-faktor ini menjadi pendorong untuk mereka mencipta kejayaan,'' kata Scolari ketika ditemu ramah FIFA.com.

Mengulas saingan yang bakal diterimanya daripada Mexico, Cameroon dan Crotia yang turut diundi dalam kumpulan bersama Brazil, Scolari berkata, beliau melihat Croatia sebagai pasukan serba-boleh.

Menurut jurulatih yang pernah membimbing Brazil menjulang Piala Dunia 2002 itu, Croatia merupakan pasukan yang secara teknikalnya bagus dalam bola sepak khusus.

"Mexico seperti kami dan juga lawan tradisi kami. Mutu permainan bola sepak mereka tinggi,'' katanya.

Page 23: Laras Bahasa

Dalam pada itu, Scolari menganggap pasukan bimbingannya itu memiliki kelebihan untuk mencabar kejuaraan sekali pun dibarisi pemain-pemain muda dan tidak seperti tahun 2002, yang mana ketika itu beliau memiliki nama-nama besar seperti Cafu, Roberto Carlos, Rivaldo, Ronaldinho dan Ronaldo. - AGENSI

Ciri-ciri Keperihalan

LUIS FELIPE SCOLARI pernah membimbing Brazil dalam banyak kejohanan bola sepak peringkat tertinggi sebelum mengemudi Portugal ke perlawanan akhir Euro 2004. Namun, jurulatih itu menjangkakan pengalaman sengit menanti skuad yang telah lima kali dinobatkan selaku juara.

Ciri-ciri Linguistik

"Pasukan-pasukan ini lebih berpengalaman dan memiliki pemain yang serba boleh dan faktor-faktor ini menjadi pendorong untuk mereka mencipta kejayaan,'' kata Scolari ketika ditemu ramah FIFA.com.

Page 24: Laras Bahasa

RUJUKAN

http://mast-tuc.blogspot.com/2011/11/cerpen-klasik-puteri-jelita-dan-dayang.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana_Sukan/20140507/rs_01/Pasukan-saya-telah-bersedia

Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Laras Bahasa, Kamaruddin Hj Husin Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1995.