laporan tahunan kokurikulum sjk

Upload: hei-yii-tiong

Post on 14-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ini merupakan contoh laporan tahunan bagi kegiatan kokurikulum

TRANSCRIPT

Laporan Tahunan Kokurikulum SJK(C) Ming Chiang 2013

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI

KO KURIKULUM 2013Pengenalan Aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2013 kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

Peruntukan yang disediakan daripada peruntukan Sekolah mengikut ketetapan perancangan setiap unit Kelab Persatuan, Kelab Sukan & Permainan serta Unit Beruniform.

Perayaan Sekolaha. Sukaneka telah dijalankan pada 12 November 2013.

b. Perayaan Hari Guru telah dijalankan pada 23 Mei 2013yang disertai oleh seluruh warga dan dimeriahkan dengan jamuan makan, dan juga persembahan guru dan murid.

c. Pertandingan dalam yang melibatkan persatuan, kelab permainan dapat dijalankan mengikut perancangan di awal bulan Februari hingga Oktober.

d. Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan telah dijalankan pada 13 November 2013 dengan dihadiri para waris dan bekas pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan kokurikulum.

Lawatan KokurikulumAktiviti lawatan sekolah telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2013 dengan membawa murid tahun 3,4,5,dan 6 melawat ke ladang penternakan Tang sebagai lawatan sambil belajar.Kokurikulum Mingguana. Perancangan dapat dilaksanakan mengikut takwim yang bermula pada selepas Tahun Baharu Cina 2013 hingga berakhir pada bulan Oktober.

b. Peruntukan aktiviti sepanjang tahun dipohon oleh guru pemimpin mendapat kelulusan pihak pentadbir bagi melancarkan program yang dirancang.

c. Penyertaan sekolah dalam bidang ko akademik dan unit beruniform mencapai penyertaan ke peringkat Daerah. Ini merupakan salah satu pencapaian yang membanggakan. Tarikh-tarikh pertandingan telah dilaksanakan mengikut surat yang diterima daripada pihak penganjur.PenutupKesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANGLAPORAN TAHUNAN AKTIVITI KO KURIKULUM 2012

Pengenalan Aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2012 kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

Peruntukan yang banyak telah disediakan daripada peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi mengikut ketetapan perancangan setiap unit Kelab Persatuan, Kelab Sukan & Permainan serta Unit Beruniform.

Perayaan Sekolaha. Sukaneka telah dijalankan pada 9 November 2012b. Perayaan Hari Guru telah dijalankan pada 15 Jun 2012 yang disertai oleh seluruh warga dan dimeriahkan dengan jamuan makan, permainan dan juga persembahan guru dan murid.

c. Pertandingan dalam yang melibatkan persatuan, kelab permainan dapat dijalankan mengikut perancangan di awal bulan Mac hingga Oktober.

d. Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan telah dijalankan pada tarikh yang ditetapkan dalam takwim dengan dihadiri para waris dan warga sekolah.e. Sambutan bulan Kemerdekaan dapat dijalankan pada 30 Ogos 2012 yang dipenuhi dengan aktiviti mengebarkan jalur gemilang, pertandingan melukis, mewarna, pertandingan kelas tercantik, mendeklamasikan puisi serta ucapan khas.

Kokurikulum Mingguana. Perancangan dapat dilaksanakan mengikut takwim yang bermula pada bulan Februari 2012 hingga berakhir pada Oktober 2012.

b. Peruntukan aktiviti sepanjang tahun dipohon oleh guru pemimpin mendapat kelulusan pihak pentadbir bagi melancarkan program yang dirancang.

c. Penyertaan sekolah dalam bidang ko akademik dan unit beruniform mencapai penyertaan ke peringkat kebangsaan. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan. Tarikh-tarikh pertandingan telah dilaksanakan mengikut takwim daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Kejayaan Kokurikulum di Anugerah Kokurilum Peringkat Bahgian.a. Murid Tahun 6, Janet Hii telah mewakili bahagian Sarikei untuk menyertai pertandingan tiga bahasa yang diadakan di Bahagian Bintulu.PenutupKesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG