kertas 1 sjk bm.doc

25
2 Soalan 1 – 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Lelaki yang bertali leher dan memakai kot itu ialah Jabatan Pelajaran Melaka. A pengawal B pengawas C pengurus D pegawai 2 “Cis, berani tuan hamba mengambil keris !” kata Laksamana Hang Tuah kepada Hang Jebat. A saya B beta C patik D hamba Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Upload: laura-johnson

Post on 14-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D

Soalan 1 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1 Lelaki yang bertali leher dan memakai kot itu ialah JabatanPelajaran Melaka.

A pengawal B pengawas C pengurus D pegawai

2 Cis, berani tuan hamba mengambil keris ! kata Laksamana HangTuah kepada Hang Jebat.

A saya B beta C patik

D hamba

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Kakak dan adik sedang melipat baju di bilik .

A tepi

B sudut

C tengah

D belakang

4 Cabutan nombor bertuah itu akan dijalankan

A semenjak B sehingga C selagi

D sejak

hadiah masih ada.

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Encik Tan membeli

A otak-otak B oleh-oleh C obor-obor

D onde-onde

di pusat kraf tangan Melaka.

6 Almari yang berat itu tidak oleh bapa seorang diri.

A mengangkat

B berangkat

C terangkat

D diangkat7 Oleh sebab ramai murid berkebolehan dalam acara padang, makaOlahraga di sekolah itu.

A tertubuh

B bertubuh

C penubuhan

D menubuhkan

Kelab

8 Pemenang pertama pertandingan tarian itu telah menerimaRM2000.00 dan piala pusingan.

A wang kopi

B wang tunai

C wang simpanan

D wang pendahuluan

sebanyak

9 Kemenangan pasukan bola sepak itu terhasil tendangan percuma.

A daripada

B dengan

C oleh

D dari10 Selepas berusaha keras mengerjakan kebun itu, akhirnya keluarga Pak Mat

hidup senang.

A masih B mesti C harus

D dapat11 Banglo yang termewah di taman itu mempunyai halaman yang

A paling B sekali C benar D betul

luas.

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.12 Pengurus bank itu namanya pada resit penerimaan.

A menandatangai

B mengecap

C mencetak

D menaipSoalan 13 berdasarkan gambar di bawah.13 Jurutera itu mengelek tiga kertas pelan rumah ke pejabatnya.

A batang B gulung C bidang D gelung

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.14 Aminah jatuh di tepi longkang.

A tertiarap B terbaring C terjunam

D terjelepok15 Yee Mei cemerlang dalam pelajaran dan sukan. , dia terpilih sebagaiMurid Contoh.

A Walau bagaimanapun

B Di samping itu C Tambahan pula D Lantaran itu

16 Leftenan Adnan sanggup daripada menyerah kalah kepada tenteraJepun.

A putih hati

B putih mata

C putih tulang

D putih gading

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.17 Pameran kucing di Melaka mendapat sambutan yang .

A hangat B dingin C sejuk

D hebatSoalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Tiang lampu yang dilanggar oleh lori itu telah .

A serong

B bengkok C bongkok D condong

19 Cadangan untuk membina kilang besi dibantah oleh penduduk.

A segala

B separuh

C setengah

D segelintir20 Nasihat Cikgu Selvi kepada Rajesh umpama diturutinya.

A mencurahkan air ke daun keladiB anjing dengan bayang-bayang

C menanam tebu di tepi bibir

D melepaskan anjing tersepit

kerana tidak

21 Dato Lee Chong Wei merangkul pingat emas dalam Kejohanan Badminton AllEngland.

Pilih perkataan seerti bagi merangkul. A mengendong

B menggondol

C mengalung

D mencapai22 Devi berasa serba salah kerana memungkiri janji terhadap kawannya.Pilih perkataan berlawan bagi memungkiri.

A menepati

B memenuhi

C melakukan

D mengingkari

Soalan 23Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

23 Telur perlu dipukul sehingga naik.

A Apakah bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bahulu? B Mengapakah telur diperlukan untuk membuat kuih bahulu?

C Adakah telur perlu dinaikkan untuk membuat kuih bahulu? D Bagaimanakah cara untuk membuat kuih bahulu lembut?

Soalan 24Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.24 Apakah maklumat yang disampaikan oleh guru disiplin?

A Saya tidak sempat menyalin maklumat itu.

B Guru disiplin yang menyampaikan maklumat itu.

C Maklumat yang disampaikan oleh guru disiplin amat jelas.

D Beliau menasihati kami supaya menjaga kebersihan sekolah.

Soalan 25 - 26Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.25I II IIIKebanyakan rakyat Malaysia kini sudah celik huruf.

Para penonton terhibur mendengar cerita-cerita celik itu. Bayi itu menangis kelaparan sebaik sahaja celik matanya.

IVGadis celik yang petah bercerita itu mendapat tepukan gemuruh.

AI dan II

B C DI dan III II dan IV III dan IV

26I IISemua makanan yang terhidang licin dimakan oleh abang. Majlis perasmian itu berjalan licin seperti yang dirancang.

III IVBerhati-hati apabila berjalan di atas lantai yang licin. Kain songket yang licin itu sangat mahal harganya.

AI dan III

BII dan IV

CI, II dan III

DII, III dan IV

Soalan 27 - 28Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.27 Pantai yang bersih itu menjadi tumpuan pelancong pada setiap hujung minggu.

A Pada setiap hujung minggu, pelancong yang bersih bertumpu di pantai itu. B Setiap hujung minggu, para pelancong bertumpu ke pantai yang bersih itu.

C Pada hujung minggu, setiap pelancong bertumpu untuk membersihkan pantai itu.

D Pantai tumpuan dikunjungi oleh pelancong yang bersih pada setiap hujung minggu.28 Tunggu di kantin sehingga saya tiba, kata Ranjit kepada kawan-kawannya.

A Ranjit diminta menunggu kawan-kawannya di kantin sehingga mereka tiba. B Kawan-kawan menyuruh Ranjit menunggu di kantin sehingga mereka tiba. C Ranjit meminta kawan-kawan menunggunya di kantin sehingga dia tiba.

D Kawan-kawan di kantin diminta menunggu sehingga Ranjit tiba.Soalan 29- 30Pilih ayat yang betul.29ASyabas, terimalah buku lima aku !

BWah, susahnya soalan-soalan ini !

CEh, tadi kotak besar itu ada di situ !

DAmboi, malang sungguh nasibku kali ini !

30INenek mempercantik selimut adik dengan kain yang berwarna-warni.

IIBerapa hari lagi, majlis perkahwinan kakak akan dilangsungkan.

IIIGolongan lelaki pun boleh menghadiri kursus memasak.

IVKain sutera merupakan di antara kain yang termahal.

AI dan III

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Cuti umum diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha mengingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Hari Kebangsaan diraikan dengan meriah bagi melahirkan rasa bangga dan cinta akan negara. Acara kemuncak sambutan biasanya diadakan di ibu negara khasnya di Dataran Merdeka.

Lagu Negaraku berkumandang mendahului acara sambutan. Rakyat Malaysia berdiri tegak sebagai tanda hormat kepada negara yang tercinta semasa Jalur Gemilang dikibarkan. Pada 31 Ogos 1957, lagu keramat telah dinyanyikan dengan linangan air mata gembira oleh rakyat seluruh negara.

Ketika itu, Jalur Gemilang dinaikkan dan bendera British telah diturunkan bermakna tamatnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Dengan segala daya usaha, kemerdekaan negara tercapai tanpa setitis darah pun tumpah di bumi bertuah ini. Oleh itu, kemerdekaan negara perlu kita kenangi, hargai dan syukuri.

Usaha Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak, sangat besar ertinya kepada generasi masa kini. Dengan itu, kita harus bertanggungjawab untuk memajukan negara yang tercinta biar seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara yang dibangunkan oleh modal insannya yang berilmu, bersopan dan mampu bersaing dalam segala bidang di peringkat antarabangsa.

31 Mengapakah Hari Kebangsaan disambut dengan meriah ?

A Agar dapat turut serta dalam acara sambutan yang diadakan. B Sebagai tanda hormat kepada lagu dan bendera negara.

C Untuk melahirkan rasa bangga dan mencintai negara.D Bagi mendapatkan cuti umum.

32 Acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan biasanya diadakan di

A British.

B Dataran Mederka.

C Sabah dan Sarawak.

D setiap pelosok negara.

33 Bilakah bendera Jalur Gemilang dinaikkan serentak dengan bendera British diturunkan ?

A 31 Ogos 1957.

B 31 Ogos setiap tahun.

C Sambutan Hari Kebangsaan diadakan.

D Setiap kali lagu Negaraku berkumandang.

34 Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR tentang sejarah kemerdekaan negara ?

A Kemerdekaan negara berjaya diperoleh tanpa pertumpahan darah.

B Bendera British dan Jalur Gemilang dinaikkan pada malam 31 Ogos 1957.

C Air mata gembira mengiringi lagu Negaraku semasa kemerdekaan diisytiharkan.

DTunku Abdul Rahman dan rombongannya berperanan besar dalam menuntut kemerdekaan

35 Malaysia berhasrat menjadi negara terkenal melalui rakyatnya yang

A berpengetahuan, bersopan-santun dan boleh bersaing dalam pelbagai bidang. B mengisi tanggungjawab memerdekakan negara dengan usaha keras.

C berlinangan air mata gembira apabila Negaraku diperdengarkan. D ingin menyumbang peranan dalam memerdekakan negara.

Soalan 36-40Baca laporan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.LAPORAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SJK(C) KONG MIN

Pada 23 April 2011, SJK(C) Kong Min telah mengadakan Pameran Keselamatan Jalan Raya sempena Minggu Keselamatan. Pameran tersebut diadakan di dewan sekolah. Pameran ini dianjurkan oleh Kelab Sivik sekolah dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, Jabatan Bomba dan Hospital Daerah Melaka Tengah.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menyedarkan murid-murid supaya mengutamakan keselamatan di jalan raya. Di samping itu, pameran ini juga merupakan satu daripada aktiviti tahunan Kelab Sivik.

Pameran yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dan ibu bapa. Kami berpeluang untuk mengetahui punca-punca kemalangan berlaku dan akibatnya dengan lebih lanjut melalui gambar-gambar yang dipamerkan. Selain itu, kami juga dapat melihat tugas-tugas anggota bomba, polis dan pembantu hospital semasa menolong mangsa-mangsa kemalangan.

Di samping itu, murid-murid telah didedahkan dengan peraturan peraturan jalan raya dan langkah-langkah boleh diambil ketika kemalangan berlaku. Penerangan disampaikan oleh seorang pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Aktiviti kemuncak ialah demonstrasi penggunaan model jalan raya sebenar oleh murid-murid. Kami kagum melihat kecekapan mereka menggunakan jalan raya dengan mematuhi segala isyarat dan papan tanda yang terdapat pada model jalan raya. Sebelum jamuan ringan, sesi soal jawab telah diadakan antara pihak berkenaan dengan warga dewan.

Guru Besar sangat berterima kasih kepada semua pihak kerana pameran ini dapat memberi kesedaran kepada murid- murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain. Beliau juga bercadang agar pameran ini dapat diadakan setiap tahun.

Disediakan oleh, 26 APRIL 2011.

TSewKin(TAN SEW KIN) Setiausaha Kelab Sivik,

SJK(C) Kong Min.

36 Pameran Keselamatan Jalan Raya dianjurkan oleh

A Kelab Sivik SJK(C) Kong Min.

B Jabatan Keselamatan Jalan Raya. C Hospital Daerah Melaka Tengah.

D Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah.37 Apakah aktiviti yang mendapat sambutan hangat?

A Tugasan pembantu hospital.

B Ceramah tip-tip keselamatan jalan raya.

C Demonstrasi penggunaan model jalan raya.

D Pameran gambar punca dan kesan kemalangan.

38 Guru Besar berharap Pameran Keselamatan Jalan Raya diadakan setiap tahun supaya

A murid dapat didedahkan punca-punca kemalangan jalan raya.

B sesi soal jawab dapat dilakukan bagi semua pengguna jalan raya.

C murid dapat menyaksikan demonstrasi penggunaan model jalan raya.

D dapat menyedarkan murid tentang keselamatan jalan raya pengguna diutamakan.39 Perkataan berpeluang bermaksud

A bernasib. B berharap.

C beruntung.D berkesempatan.

40 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A Pihak sekolah pernah menganjurkan pameran tersebut.

B Murid- murid dapat menggunakan model jalan raya dengan cekap.

C Jamuan diadakan selepas demonstrasi penggunaan model jalan raya.

D Hanya polis dan pembantu hospital dapat membantu mangsa kemalangan .KERTAS SOALAN TAMAT