laporan an tahunan kokurikulum tahap 2

24
LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM TAHAP 2 ( 2010 ) PADA 23, 24 DAN 25 JULAI 2010 DI KEM SUNGAI PAUH, BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS PENDAHULUAN Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti tradisi yang dianjurkan oleh unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Musa. Pada kebiasaannya, penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahap 2, namun pada tahun ini adalah dikhaskan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 sahaja. Penyertaan adalah seramai 36 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan. Seramai 12 orang guru telah bersama-sama menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini dijalankan di Kem Perkhemahan Sungai Pauh, Berinchang, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur pada 23 hingga 25 Julai 2010. Perkhemahan ini telah dikendalikan oleh Waja Diri Adventure Team, yang merupakan salah sebuah konsultan yang cukup berpengalaman dalam menganjur dan mengendalikan perkhemahan seperti ini. Konsultan ini yang diketuai oleh En. Noor Azman b. Abd Aziz, telah menyediakan segala kemudahan dan peralatan selengkapnya bagi memastikan segalan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum

Upload: mazlan-mohd-mohsin

Post on 24-Jun-2015

795 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM TAHAP 2 ( 2010 )

PADA 23, 24 DAN 25 JULAI 2010

DI KEM SUNGAI PAUH, BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS

PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti tradisi yang dianjurkan oleh unit

kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Musa. Pada kebiasaannya, penyertaan

adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahap 2, namun pada tahun ini adalah

dikhaskan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 sahaja. Penyertaan adalah seramai

36 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 21 orang murid

perempuan. Seramai 12 orang guru telah bersama-sama menyertai perkhemahan ini.

Perkhemahan ini dijalankan di Kem Perkhemahan Sungai Pauh, Berinchang,

Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur pada 23 hingga 25 Julai 2010.

Perkhemahan ini telah dikendalikan oleh Waja Diri Adventure Team, yang merupakan

salah sebuah konsultan yang cukup berpengalaman dalam menganjur dan

mengendalikan perkhemahan seperti ini. Konsultan ini yang diketuai oleh En. Noor

Azman b. Abd Aziz, telah menyediakan segala kemudahan dan peralatan

selengkapnya bagi memastikan segalan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan

teratur.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia

yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

Page 2: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu

wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka

dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang

ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila

menempuhi alam kedewasaan kelak.

Senarai Nama Pelajar Yang Menyertai Perkhemahan

BIL NAMA MURIDJA

NT

INA

NO. S/B

TA

HU

N

ALAMAT

1.MOHAMAD AMIRUL HUSSAINI B. JUBRI

L L213875 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

2.MUHAMMAD HAIRUL HAFIZE BIN MAT RUSLI

L L176344 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

3. MOHAMMAD SHAHRUL B. SUYITNO L L222010 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

4. MUHAMAD FAIEZIL B. ZUHADI L AI91189 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

5. MUHAMMAD FIRDAUS B. MASHURI L L139392 6 M-7 TENNAMARAM PALM OIL MILL

6.MUHAMMAD SYAHMI B. SALLEH KAMIL

L K056027 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

7.MUHAMMAD SYUKRINAIM B. SUWANDI

L L222475 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

8. MUHAMAD AIDIL FITERI B. OMAR L AH20471 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

9. MOHAMAD AZAMUDDEN B. ASRIN L L138830 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

10. MUHAMMAD HARRITH B. ROSMAN L AJ75408 5 BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

11. FAHMI HALIMI B. AZHAR L AL48328 5 BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

12. HAZIQ MUHSIN B. SUGIMIN L AJ75127 5 BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

13.MUHAMMAD HAFIZ FAHMI B. ABD HADI

L 990222107635

5 BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

14. MOHAMAD HAFIZZIE B. MD. SALLEH L 990709105296

5 BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

15. MOHD. HAIRUL B. SHAHARUDDIN L AJ75395 5 NO 7, RUMAH POLIS BANTUAN TENNAMARAM, BTG BERJUNTAI

Page 3: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

BIL NAMA MURID

JAN

TIN

A

NO. S/B

TA

HU

N

ALAMAT

16.SITI SARAH DURAH BTE. MOHAMAD ROSLI

P L139314 6 29, JLN 1, TMN RAJA MUSA, K. SEL

17. SITI MASZRINA BT. MASROM P L139093 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

18. SITI NADIRAH BINTI FIKHRUDDIN P AI91456 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

19. ZULIANA BINTI AMRAN P L240933 6 2, KG SERI MAKMUR, K. SEL

20. NUR ATHIRAH BT. MOHAMAD AZLI P L176252 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

21. NUR NAJWA NABILA BT. MUSA P AI37740 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

22.SHAZATUL ELYSHA BINTI AHMAD TARMIZI

P AJ34167 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

23. SITI NURHALIZAH BT. RAFIE P AH97719 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

24.NURUL FATIN SYAMIMI BT. BAHARUDDIN

P L139198 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

25. NURUL SYAFIKAH BT. ABD. HALIM P AI91181 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

26. NUR SURIANA BT. SAHROM P AI36179 6 KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL

27. NOOR AFNIE OCTAFIA BT. ABDULLAH P AI01089 6 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

28. SITI NUR AULAH BT. RIDZUAN P AH20866 6 NO 15, JLN 6, TMN RAJA MUSA, K. SEL

29. NUR SYUHADA BT. E’AJIS P L176067 6 KG LUBOK JAYA, K. SEL

30. ANIS NABILA BINTI ANIZULP AJ75665 5 LADANG BUKIT TALANG, K. SEL

31.NUR ZAWANAH IZYAN BT. MOHD. SAHEDIN

P 660509107411

5 KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA

32. NURUL NARISHA BT. ZAINI P AK95388 5 KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA

33. SITI HAJAR BT. RAWI P AN38811 5 KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA

34. NOR NABILA BT. NAZERIP AM99459 5 NO A5 TANNAMARAM PALM OIL

MILL, BATANG BERJUNTAI

35.NUREMYLIA NATASHA BT. MOHD. SHAHRIL

P AN38486 5 BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

36. NUR NADIAH AQILAH BT. JAFRIP AJ75982 5 KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA

Page 4: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Senarai Nama Guru Yang Menyertai Perkhemahan

1. Pn. Zainun bt. Muskam ( GPK Kokurikulum )

2. Pn. Farida bt. Junaidi ( GPK HEM )

3. En. Mazlan b. Mohamad Mohsin ( S/U Kokurikulum )

4. En. Rahmat b. Mukri

5. En. Ali b. Mohd. Ikhwan

6. En. Aznizan b. Othman

7. En. Ahmad Fuad b. Hussin

8. En. Shamsul Rizal b. Mohd. Judi

9. Pn. Lizana bt. Abd. Kadir

10. Cik Surianti bt. Abd. Wahab

11. Pn. Erniyanti bt. Bunangin

12. Pn. Siti Raudhah bt. Marwan

Page 5: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

TENTATIF PROGRAM :

Jumaat, 23 Julai 2010

MASA PENGISIAN PERSONALIA

7.00 – 8.00 pagi

Berkumpul di sekolah Semakan peserta Bertolak ke lokasi

GPK Koku AJK Pendaftaran Guru Pengiring

12.00 tengahari

Makan tengahari AJK Makanan

2.30 – 3.00 petang

Tiba di Bharat Teh Guru Pengiring

3.20 – 4.00 petang

Lawatan ke MARDI Guru Pengiring

4.15 – 5.00 petang

Tiba di Kem Sg Pauh Taklimat perkhemahan Solat Asar dan Zohor ( Jamak Takhir ) Minum petang

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri AJK Kerohanian AJK Makanan

5.15 – 6.00 petang

Ice Breaking (Bentuk Kumpulan) Mendirikan khemah

Fasilitator Kem Waja Diri

6.15 – 7.20 petang

Persiapan diri Makan malam

AJK Makanan

7.30 – 9.00 malam

Solat Maghrib Bacaan Surah Yaseen dan Doa

selamat Solat Isyak

AJK Kerohanian

9.10 – 10.10 malam

Cipta Identiti Kumpulan Fasilitator Kem

Waja Diri

10.30 malam Minum malam AJK Makanan

11.00 – 12.00 malam

Solo Walk Night Drop Tidur

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri

TENTATIF PROGRAM :

Page 6: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Sabtu, 24 Julai 2010

MASA PENGISIAN PERSONALIA

5.30 – 6.50 pagi

Bagun pagi Pengurusan Diri Solat Subuh Berjamaah Tazkirah

AJK Kerohanian

7.00 – 8.00 pagi Perhimpunan Pagi

Senamrobik ‘Malaysia Cergas’

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri

8.10 – 8.30 pagi

Sarapan pagi AJK Makanan

8.45 – 10.30 pagi Rintis Hutan dan Bukit

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri

10.30 – 10.50 pagi

Minum pagi ( Di Dalam Hutan )

11.00 – 12.30 tengahari

Rintis Hutan dan Bukit

12.30 – 1.30 tengahari

Makan tengahari Persiapan diri

AJK Makanan

1.30 – 2.20 petang

Solat Zuhor Berjemaah rehat

AJK Kerohanian

2.30 – 4.20 petang

Flying Fox Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri

4.30 – 5.30 petang

Minum petang Pengurusan diri Solat Asar berjemaah

AJK Kerohanian AJK Makanan

5.35 – 6.15 petang

Membeli belah di Kea Farm dan Pasar Malam Berinchang

Guru Pengiring

6.30 – 7.15 petang

Persiapan malam

Page 7: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

MASA PENGISIAN PERSONALIA

7.30 – 9.00 malam

Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak Makan malam

AJK Kerohanian AJK Makanan

9.00 – 10.00 malam Pembentangan Identiti Kumpulan

Minum malam

Fasilitator Kem Waja Diri

AJK Makanan10.05 - 11.15

malam Malam Akrab ( Malam Kebudayaan ) Fasilitator Kem Waja Diri

11.15 malam Tidur

TENTATIF PROGRAM :

Ahad, 25 Julai 2010

MASA PENGISIAN PERSONALIA

5.30 – 6.50 pagi

Bagun pagi Bersihkan Diri Solat Subuh Berjamaah Tazkirah

AJK Kerohanian

7.00 – 8.00 pagi Perhimpunan Pagi

Senamrobik ‘Malaysia Cergas’

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri8.00 – 8.30

pagi Sarapan pagi AJK Makanan

8.45 – 10.30 pagi Rintis Sungai

Fasilitator Kem Waja Diri

10.30 – 11.00 pagi

Minum pagiAJK Makanan

11.00 – 12.30 tengahari

Berkemas Bersihkan Diri

Kem Komanden Fasilitator Kem

Waja Diri Guru Pengiring

12.30 – 1.30 petang

Makan tengahari Majlis Penutupan

AJK Makanan

1.30 petang Bertolak pulang AJK Pengangkutan

ULASAN DAN PENILAIAN SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Page 8: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jumaat ( 23 Julai 2010 )

Sejak bermula jam 7.00 pagi lagi, murid-murid telah berkumpul tapak perhimpunan

sekolah. Keadaan agak meriah memandangkan ada juga ibu bapa yang turut hadir

bersama. Jam 7.30 pagi bas telah tiba. Semua murid menaiki bas. Pn. Zainun bt.

Muskam ( GPK Kokurikulum ) telah menyumbangkan nasi ayam sebagai makan

tengahari murid. En. Mazlan selaku ketua perkhemahan telah memberikan taklimat

dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua murid. Ustaz Salleh b. Mian ( Imam

Masjid Kg. Raja Musa ) membacakan doa selamat semoga segalanya di bawah

perlindungan Allah S.W.T. Tepat Jam 8.00 pagi, kami mula bertolak.

Jam 11.30 pagi – Setelah lebih kurang tiga jam setengah perjalanan, sampailah

kami di Taman Rekreasi Kuala Woh, Tapah. Di sini kami berhenti untuk makan

tengahari. Murid-murid dan guru pengiring membawa bekalan masing-masing ke tepi

sungai dan mencari tempat yang sesuai untuk makan bersama. Di samping itu juga

guru pengiring mengagihkan nasi ayam yang dibawa kepada semua murid. Selepas

makan tengahari, murid-murid berkesempatan untuk menikmati keindahan sungai

yang cantik dan bersih. Kelebihan sungai di Kuala Woh ini ialah terdapat air mata air

yang airnya panas. Keadaan seperti ini pastinya tiada di tempat sendiri.

Jam 2.30 petang – Destinasi pertama yang kami lawati ialah di Teh Bharat, Cameron

Highlands. Di sini terdapat sebuah `cafteria’ dan kedai menjual kraftangan serta

barangan makanan yang berasaskan teh dan strawberi. Tempat ini agak unik kerana

Page 9: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

terletak di pinggir ladang teh. Cuaca yang redup dan berangin ditambah pula dengan

udara yang nyaman menambah kesegaran alam semulajadi kawasan pergunungan.

Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri pokok teh yang sebenar.

Kalau sebelum ini mereka hanya tahu tentang teh yang telah siap diproses tetapi kali

ini mereka berpeluang melihat, memegang, merasa dan menghidu pokok-pokok teh

yang sebenar. Pengalaman seperti ini pastinya menjadi satu kenangan yang sukar

untuk dilupakan.

Jam 3.20 petang - Kami tiba di Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

(MARDI), Cameron Highlands. MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah

untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri

asas tani. Di antara penyelidikan yang telah di jalankan di MARDI ialah :

i) Biodiversiti Pertanian

ii) Bioteknologi Pertanian

iii) Tanaman Herba dan Sayur-sayuran

iv) Buah-buahan

v) Makanan Ternakan

vi) Tumbuh-tubuhan Lanskap dan Hiasan

Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber

pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap. Ketika di

sini murid-murid berpeluang melihat sendiri pelbagai hasil kajian pertanian termasuk

sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan tanaman herba. Ada di antara

Page 10: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

mereka yang membeli bunga-bunga segar dan hasil produk pertanian seperti jem dan

buah-buahan yang ditinkan.

Jam 4.15 petang – Kami tiba di tapak perkhemahan Kem Sungai Pauh, Cameron

Highlands. Setibanya di sini kami disambut oleh jurulatih-jurulatih Waja Diri Adventure

Team (WDAT). Encik Noor Azman bin Abd. Aziz selaku ketua jurulatih WDAT telah

memberi taklimat tentang peraturan-peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi oleh

semua peserta. Selepas itu semua peserta mendirikan solat Asar dan Zohor (Jamak

Takhir) secara berjemaah. Solat berjemaah ini telah diketuai oleh jurulatih kerohanian

iaitu Ustaz Basiron b. Anuar. Setelah selesai mendirikan solat, semua peserta dan

guru pengiring disajikan dengan minuman petang. Menu minum petang kali ini ialah

keledek goreng dan teh susu. Sajian ringkas ini agak menyelerakan memandangkan

masing-masing sudahpun berasa lapar ditambah pula suasana sejuk yang

sememangnya memberi pengalaman berbeza seperti biasa.

Slot pertama ialah `Ice-breaking’. Slot ini telah dikendalikan oleh Encik Noor Azman

sendiri selaku ketua jurulatih WDAT. Dalam slot ini para peserta telah dibahagikan

kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang ketua dan penolong ketua

kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk saling berkenal-kenalan antara satu

sama lain. Aktiviti ini bertujuan untuk menjalin keakraban antara rakan sekumpulan.

Selepas aktiviti `Ice-Breaking’ ini, Encik Noor Azman menunjukkan kepada semua

peserta bagaimana cara untuk mendirikan khemah. Setelah semua peserta faham,

Page 11: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

setiap kumpulan diberi sebuah khemah dan diminta mendirikan khemah masing-

masing.

Jam 6.30 petang – Para peserta dibenarkan untuk membersihkan diri. Mereka tidak

melepaskan peluang untuk mandi di sungai berdekatan. Kelihatan mereka sangat

seronok memandangkan air sungai tersebut sangat sejuk. Kami guru-guru pengiring

tidak berasa risau kerana sungai tersebut agak kecil dan cetak. Setelah puas

bermandi manda, semua peserta masuk ke khemah masing-masing untuk menukar

baju yang sesuai untuk makan malam dan solat Maghrib berjemaah.

Jam 7.00 petang – Makan malam. Menu pada malam ini ialah nasi putih, ayam

masak kicap serta sayur tauge-sawi masak tumis. Minuman teh-O suam.

Jam 7.30 – 9.00 malam – Solat Maghrib berjemaah. Solat Maghrib diketuai oleh

Encik Basiron. Selepas solat Maghrib diadakan pula bacaan Yaasin. Semoga dengan

adanya bacaan Yaasin ini dapat dipermudahkan segala aktiviti yang dijalankan dan

hindarkan daripada malapetaka dan mara bahaya yang cuba untuk mengganggu

gugat segala perancangan yang telah dibuat. Jam 8.40 malam, semua peserta solat

Isyak berjemaah.

Jam 9.10 malam – Slot kedua ialah Mencipta Identiti Kumpulan. Dalam slot ini setiap

kumpulan dibekalkan dengan sehelai kain putih berukuran satu meter persegi dan

`magic colour’ pelbagai warna. Setiap kumpulan diminta untuk mencipta logo bagi

Page 12: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

memperkenalkan kumpulannya. Setiap objek yang terdapat dalam logo tersebut

mestilah mempunyai makna tertentu. Setiap kumpulan dikehendaki untuk

membentangkan logo ciptaan mereka malam berikutnya.

Jam 10.00 malam – Minum malam. Biskut jagung dan nescafe O.

Jam 10.20 malam – Slot ke tiga; Sayang Si Buta. Dalam aktiviti ini para peserta

duduk di dalam kumpulan masing-masing. Mereka dikehendaki menutup mata

dengan menggunakan kain yang telah dibekalkan. Jurulatih akan memeriksa setiap

peserta menutup mata dan memastikan tiada sesiapa yang cuba untuk menipu.

Selepas itu kumpulan demi kumpulan dibawa berjalan di sekitar kawasan

perkhemahan. Setelah itu mereka diminta duduk di suatu tempat yang agak jauh dari

kumpulan lain. Seorang demi seorang daripada mereka diminta berjalan di tengah

hutan rimba berpandukan tali yang telah siap dipasang. Ketika berjalan mereka

terpaksa mengharungi semak belukar dan ada kalanya terpaksa meredah sunagi-

sungai kecil. Di hujung perjalanan mereka akan diminta duduk secara berseorangan.

Dalam keadaan seperti ini pastinya pelbagai perasaan penerpa dalam fikiran. Segala-

galanya perlu ditempuhi dengan tenang dan sabar. Hanya mereka yang benar-benar

bersemangat waja mampu melepasi semua halangan ini. Setelah semua peserta

selesai menjalani aktiviti ini, mereka dibenarkan untuk membuka penutup mata dan

dibawa pulang ke tempat perkhemahan.

Jam 12.30 malam – Semua peserta bersiap diri untuk tidur.

Page 13: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Sabtu ( 24 Julai 2010 )

Jam 5.45 pagi – Semua peserta bangun dan bersiap diri untuk menunaikan solat

subuh berjemaah. Selepas solat subuh mereka mendengar kuliah subuh yang

disampaikan oleh Ustaz Basiron. Tajuk kuliah subuh - `Kepentingan Menjaga Solat

Lima Waktu’. Di antara isi kandungannya ialah :

i) mengingatkan kepada semua peserta tentang wajibnya menunaikan

solat lima waktu memandangkan mereka semua telahpun baligh.

ii) sentiasa menjaga tingkahlaku agar menjadi seorang yang baik serta

menjadi seorang anak yang taat dan patuh kepada kedua ibu bapa dan

guru.

iii) Memperbanyakkan melakukan amalan sunat seperti puasa sunat, solat

tahajjud dan hajat; memohon doa kepada Allah S.W.T agar

dipermudahkan menuntut ilmu dan beroleh kejayaan dalam peperiksaan

UPSR.

Jam 7.00 pagi – Malaysia Cergas. Cik Azilawati selaku jurulatih kecergasan

memimpin sesi riadah pada pagi ini. Dalam aktiviti ini semua peserta melakukan

pelbagai aktiviti kecergasan seperti aktiviti regangan, berlari dan permainan kecil.

Jam 8.00 pagi – Sarapan pagi. Menu pada pagi ini ialah nasi goreng, telur dadar,

timun cameron dan nescafe susu.

Page 14: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jam 8.30 pagi – Para peserta bersiap sedia dengan pakaian sukan. Mereka juga

dinasihatkan supaya membawa bekalan air minuman secukupnya kerana perjalanan

ini agak jauh dan memakan masa. Ketua jurulatih, Encik Noor Azman meminta para

peserta berkumpul mengikut kumpulan dan mendengar taklimat yang akan

disampaikan. Aktiviti bagi slot keempat ini ialah Rintis hutan dan bukit. Aktiviti ini

merupakan aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal yang kuat dan semangat yang

tinggi. Encik Noor Azman menasihatkan para peserta agar sentiasa mematuhi segala

arahannya dan jangan sesekali mencabut, mematahkan dan membunuh flora dan

fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut. Semua peserta dibekalkan dengan dua

keping `sandwiches’ untuk makanan pagi ketika berehat di dalam hutan nanti.

Sebelum memulakan perjalanan, kami membaca doa selamat agar pengembaraan

kami nanti sentiasa dalam keadaan selamt. Tepat jam 09.00 pagi, kami memulakan

perjalanan.

Dalam aktiviti ini, perjalanannya tidak semudah seperti yang disangka. Kawasannya

berbukit bukau. Adakalanya para peserta terpaksa berpaut denga rakan yang lain

memandangkan agak sukar mendaki bukit yang tinggi. Suasana di dalam hutan ini

tenang dan masih belum tercemar. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar di

sepanjang kawasan membuatkan spesis flora dan habitat fauna dapat membiak

dengan baiknya. Memang tidak dinafikan, banyak burung-burung dan unggas

berkicauan menandakan kawasan mereka bebas daripada pencemaran.

Kebanyakkan pokok-pokok yang terdapat di sini juga berlabel. Bermacam-macam

jenis nama pokok yang sebelum ini tidak ketahui, contohnya pokok meranti tembaga,

sentul, mengkuang siku keluang, keruing dan banyak lagi.

Page 15: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Dipertengahan perjalanan, semua peserta berhenti seketika bagi melepaskan lelah.

Mereka memakan bekalan yang dibawa. Tergambar keletihan di raut wajah masing-

masing, namun masih ceria memandangkan ini merupakan pengalaman yang

pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat.

Mereka meneruskan perjalanan. Bukit bukau sama didaki, lembah dan lurah sama

dijejaki. Walau seribu halangan menerpa tetap diharungi jua. Itulah semangat

berkobar-kobar setiap peserta dalam mengharungi aktiviti kembara ini. Setelah empat

jam perjalanan, sampailah para peserta ke tapak perkhemahan. Masing-masing

berehat sambil memakan saki baki bekalan yang dibawa.

Jam 12.30 tengahari – Semua peserta makan tengahari. Menu pada tengahari ini

ialah nasi putih, ayam masak lemak cili api, kobis-karot tumis dan teh O suam. Buah

tembikai sebagai pencuci mulut.

Jam 1.15 petang – Semua peserta bersiap diri untuk menunaikan solat Zohor

berjemaah. Selepas menunaikan solat Zohor, para peserta diberi masa untuk berehat

atau melakukan aktiviti bebas sementara menunggu aktiviti seterusnya.

Jam 2.30 petang – Para peserta masih memakai pakaian sukan. Slot kelima ini ialah

`Flying Fox’. Aktiviti ini tidak kurang lasaknya sepertimana aktiviti merentas hutan

sebelum ini. Semua peserta diminta berkumpul bagi mendengar taklimat oleh ketua

jurulatih, Encik Noor Azman. Beliau telah menunjukkan peralatan-peralatan yang

digunakan untuk menjalankan aktiviti ini. Selain itu, beliau juga telah menerangkan

Page 16: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti ini.

Selepas taklimat diberi, para peserta bersiap sedia memakai abah-abah (harness)

dan sarung tangan. Setelah para peserta telah bersedia, seorang demi seorang

peserta dikehendaki mendaki bukit yang curam untuk pergi ke tempat permulaan

aktiviti flying fox. Pada mulanya para peserta agak takut untuk melakukan aktiviti ini,

namun setelah mereka mencuba, mereka merasa seronok dan ingin mencubanya

untuk kali kedua.

Jam 4.30 petang – Minum petang. Menu pada petang ini ialah pisang goreng dan

Milo susu. Selepas itu mereka bersiap diri untuk menunaikan solat Asar berjemaah.

Jam 5.30 petang – Para peserta berpeluang dibawa ke Pasar Malam Brinchang.

Pasar Malam Brinchang merupakan salah satu tarikan pelancong apabila sampai ke

Cameron Highlands. Ia dibuka pada setiap hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu ).

Pasar malam ini terbahagi kepada beberapa bahagian; di antaranya ialah bahagian

menjual makanan, sayur-sayuran, buah-buahan serta bunga-bungaan, dan barangan

cenderamata. Para peserta dan guru pengiring tidak melepaskan peluang untuk

membeli sayuran dan buah-buahan segar untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Tidak kurang juga yang membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Selama

hampir dua jam kami berada di pasar malam tersebut. Jam 7.15 malam, kami bertolak

balik ke tapak perkhemahan.

Jam 7.40 malam – Para peserta bersiap diri untuk menunaikan solat Maghrib dan

Isyak secara jamak takdim berjemaah.

Page 17: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jam 8.15 malam – Makan malam. Menu makan malam kali ini ialah nasi putih, ayam

masak sambal, kacang panjang tumis dan teh O.

Jam 9.00 malam – Slot yang keenam ialah membentangkan identiti kumpulan. Para

peserta telahpun menyiapkan logo kumpulan yang dilukis pada sehelai kain putih

malam semalam. Pada malam ini setiap kumpulan perlu membentangkan hasil logo

yang telah dibuat. Kelima-lima kumpulan telah membentangkan hasil logo mereka

dengan baik.

Jam 10.00 malam – Slot yang ketujuh ialah Malam Akrab. Malam Akrab juga dikenali

sebagai Malam Kebudayaan. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan diminta untuk

membuat persembahan. Mereka diberi masa selama 30 minit untuk memikirkan

apakah persembahan yang akan mereka persembahkan. Dengan masa yang singkat

itu, ternyata mereka dapat memanfaatkannya dengan baik. Tergambar raut wajah

yang ceria ketika mereka membuat persembahan. Setiap kumpulan menunjukkan

kreativiti masing-masing. Ada di antaranya mempersembahkan sketsa lakonan dan

juga nyanyian berkumpulan.

Jam 11.30 malam – Minum malam. Menu pada malam ini ialah biskut jem nanas dan

teh O. Kelihatannya mereka sungguh letih setelah melakukan aktiviti lasak pada

waktu siang tadi. Lebih kurang jam 12.00 malam mereka masuk tidur.

Ahad ( 25 Julai 2010 )

Page 18: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jam 5.45 pagi – Semua peserta bangun dan bersiap diri untuk menunaikan solat

subuh berjemaah. Selepas solat subuh mereka mendengar kuliah motivasi yang

disampaikan oleh Ustaz Basiron. Tajuk kuliah - `Ciri-Ciri Menjadi Pelajar Cemerlang’.

Beliau menyatakan bahawa kecemerlangan seseorang pelajar itu mestilah cemerlang

pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan

pelajar bukan hanya dilihat daripada sudut akademik semata-mata. Di antara ciri-ciri

pelajar cemerlang ialah :

i) taat kepada Allah

ii) mendirikan sembahyang

iii) menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

iv) hormati & sayangi guru

v) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai

kecemerlangan.

vi) suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

vii) membantu rakan yang memerlukan

viii) berdoa dan bersyukur kepada Allah

ix) sentiasa bertawakal

x) mahir dalam setiap mata pelajaran

berdoa dan bersyukur kepada Allah

Page 19: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jam 7.00 pagi – Malaysia Cergas. Cik Azilawati selaku jurulatih kecergasan meminta

para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas itu beliau membawa

para peserta `berjogging’ di sekitar kawasan taman sambil menghirup udara segar.

Jam 8.00 pagi – Sarapan pagi. Menu pada pagi ini ialah bihun goreng dan nescafe O.

Jam 8.45 pagi – Slot yang kelapan ialah Rintis Sungai. Aktiviti ini merupakan aktiviti

yang terakhir bagi perkhemahan tahap 2 pada kali ini. Sebelum memulakan aktiviti,

Encik Noor Azman, selaku ketua jurulatih memberi taklimat kepada semua peserta.

Beliau mengingatkan kepada semua peserta agar membawa air minuman

secukupnya kerana perjalanan agak jauh dan memakan masa. Beliau menerangkan

bahawa aktiviti ini berbeza dengan aktiviti Rintis Hutan dan Bukit. Kalau sebelum ini

aktiviti banyak menguji ketahanan fizikal dan kekentalan semangat, tetapi aktiviti

Rintis Sungai lebih kepada aktiviti santai sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan

di sepanjang sungai. Tepat jam 9.00 pagi, semua peserta diketuai oleh ketua jurulatih

mula bergerak menyusuri sungai yang mengalir damai di celah-celah hutan belantara.

Para peserta dibenar membawa kamera untuk merakam gambar-gambar flora dan

fauna di sepanjang sungai. Pengalaman menyusuri sungai seperti ini pastinya

merupakan pengalaman kali pertama dan tidak dapat dilupakan. Kelihatan para

peserta sangat teruja apabila dapat merasakan kedinginan air sungai pergunungan.

Di tengah-tengah perjalanan, semua peserta berhenti rehat. Pada ketika ini, ketua

jurulatih memberi sedikit taklimat ringkas tentang betapa pentingnya kita menjaga

keindahan dan kebersihan sungai. Sungai perlu dijaga dan dipelihara agar tidak

Page 20: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

tercemar. Setelah dua puluh minit melepaskan lelah, mereka meneruskan perjalanan.

Kicauan unggas rimba dan desiran air sungai mengiringi setiap langkah perjalanan.

Masa berjalan bagai tiada terasa. Setelah hampir dua jam, para peserta tiba di tapak

perkhemahan. Mereka diberi peluang untuk bermandi-manda sambil membersihkan

diri bagi meneruskan agenda.

Jam 10.30 pagi – Minum pagi. Menu kali ini ialah biskut jem nanas dan teh O panas.

Jam 11.00 pagi – Para peserta berkumpul di tapak perkhemahan. Kem Komanden

memberi taklimat agar semua peserta mengemaskan segala pakaian dan beg

masing-masing. Beliau juga mengingatkan kepada para peserta agar dapat

mengasingkan pakaian basah ke dalam beg plastik supaya tidak bercampur dengan

pakaian kering. Di samping itu juga para peserta dikehendaki agar dapat memastikan

tiada barang yang tertinggal. Pakaian solat hendaklah diletakkan di bahagian atas

agar mudah untuk diambil ketika singgah untuk bersolat. Seterusnya ketua jurulatih

menunjukkan cara bagaimana untuk membuka dan melipat dengan cara yang betul.

Setelah semua peserta memahami apa yang perlu dilakukan, mereka bergerak ke

khemah masing-masing dan melakukan apa yang telah diarahkan. Di samping itu

juga guru-guru pengiring sama-sama membantu para peserta mengemas dan

membuka khemah. Para peserta juga dikehendaki untuk memungut sampah dan

memastikan tapak perkhemahan bersih seperti sediakala.

Page 21: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Jam 12.30 tengahari – Setelah segala-galanya selesai, semua peserta dan guru

pengiring makan tengahari bersama-sama. Menu tengahari ini ialah nasi putih, ayam

masak rendang, tumis kacang buncis dan buah tembikai. Teh O suam dan air kosong

sebagai minuman.

Jam 1.00 petang – Majlis Penutupan Program Perkhemahan Tahap 2

Majlis Penutupan telah dipengerusikan oleh Cik Surianti bt. Abd. Wahab. Perasmian

Penutup telah dilakukan oleh Encik Mazlan b. Mohamad Mohsin selaku Setiausaha

Kokurikulum merangkap Kem Komanden bagi Program Perkhemahan Tahap 2 pada

tahun ini.

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi Majlis : Cik Surianti bt. Abd. Wahab

Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pengiring yang dapat

bersama-sama dalam majlis penutupan ini.

2. Ucapan Ketua Jurulatih : Encik Noor Azman b. Abd. Aziz

Ucapan salam kepada para peserta dan semua yang hadir. Beliau juga

mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru meluangkan masa untuk

sama-sama dalam majlis penutupan perkhemahan ini. Sebagai Ketua Jurulatih,

beliau amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

InayahNya, program perkhemahan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar

tanpa sebarang masalah. Beliau juga berharap agar segala aktiviti yang

dijalankan dapat memberi kesan dalam diri setiap peserta terutama dalam

menjalani kehidupan seharian.

Page 22: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

3. Ucapan Kem Komanden dan Perasmian : Encik Mazlan b. Mohamad Mohsin

Ucapan salam kepada semua yang hadir. Beliau menyampaikan salam Puan

Zainun bt. Muskam ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum ) yang tidak dapat hadir

bersama kerana mendapat panggilan kecemasan daripada kampung dan

terpaksa balik segera. Beliau memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T

kerana dengan keizinanNya jua, perkhemahan ini dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Harapan beliau semoga perkhemahan ini dapat memberi semangat

baru kepada semua peserta terutama dalam menghadapi peperiksaan UPSR

yang bakal menjelang. Beliau juga mengulas tentang objektif perkhemahan ini

dijalankan. Di antaranya ialah :

i. melatih para peserta agar sentiasa menepati masa

ii. memupuk semangat tolong menolong dan bekerjasama antara

rakan sekumpulan.

iii. tidak mudah putus asa dalam apa jua kesukaran yang dihadapi

iv. sentiasa bersemangat kental dan tidak mudah mengalah

v. membentuk diri individu yang sentiasa berdisiplin, bermotivasi

dan bersikap positif dalam apa jua keadaan

vi. membentuk individu yang taat perintah Allah dan sentiasa patuh

kepada nasihat ibu bapa dan guru

vii. tidak suka memandang rendah kepada kebolehan orang lain

Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua jurulatih,

Encik Noor Azman dan semua jurulatih lain yang telah memberikan komitmen

yang cukup baik sepanjang perkhemahan ini. Selepas ini beliau akan

Page 23: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

berbincang dengan pihak pentadbir sekolah agar perkhemahan seperti ini akan

dijadikan sebagai aktiviti tahunan khususnya kepada murid-murid tahun 6 yang

bakal menduduki peperiksaan UPSR. Bagi mengakhiri ucapan, dengan lafaz

`Bismillah’ beliau merasmikan penutupan Program Perkhemahan Tahap 2 bagi

tahun 2010.

4. Penyampaian Sijil- Sijil Penyertaan dan Penghargaan

Encik Noor Azman selaku ketua jurulatih merangkap ketua Konsaltant Waji Diri

Adventure Team telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dan

sijil penghargaan kepada semua guru yang turut sama-sama menjayakan

perkhemahan pada kali ini.

5. Ucapan Penutup : Cik Surianti bt. Abd. Wahab

Mengucapkan terima kasih atas kesudian Encik Noor Azman menyampaikan

sijil-sijil kepada para peserta dan guru-guru yang sama-sama menjayakan

perkhemahan kali ini. Beliau memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan

keterlanjuran bahasa sepanjang beliau mempengurusikan majlis ini. Majlis

disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr.

Jam 1.30 petang – Sesi bersalam-salaman dan bergambar kenang-kenangan. Para

peserta berkumpul dan berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Mereka berbaris

menaiki bas yang sudah sedia menunggu. Bas bertolak pulang tepat jam 1.50 petang.

Jam 3.30 petang, kami tiba di R&R Tapah untuk berhenti rehat dan membeli ole-ole

untuk dibawa pulang. Kami meneruskan perjalanan jam 4.00 petang. Bas kami

sampai di perkarangan sekolah tepat jam 6.20 petang. Ketika itu hujan turun dengan

Page 24: Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

lebatnya. Walaupun hujan lebat, namun itu bukan penghalang untuk ibu bapa terus

menunggu kepulangan anak-anak mereka. Kami semua warga SK Jalan Raja Musa

bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana semuanya selamat.

Disediakan oleh :

..............................................................( MAZLAN B. MOHAMAD MOHSIN ) Setiausaha Kokurikulum SK Jalan Raja Musa