laporan swot
DESCRIPTION
hiTRANSCRIPT
Laporan Swot- Khidmat Masyarakat
Setelah kami menyertai program Bina Insan Guru bagi fasa 3 pada semester 3 yang
berkaitan dengan khidmat masyarakat, kami sekelas telah memupuk sikap menyabar dan
berusaha gigih dalam menghias, membersihkan dan menceriakan tempat-tempat di Jabatan
Matematik kampus IPG kami.
Dalam program ini, kami telah memberikan sumbangan kepada pusat kebajikan
tersebut dan berjaya memupuk semangat berpasukan semasa melaksanakan kerja secara
berkumpulan. Kami juga menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara
komuniti yang baik dengan ahli kumpulan sendiri sepanjang aktiviti khidmat masyarakat
dijalankan.
Yang penting sekali, kami dapat membentuk keyakinan dalam diri sendiri dan
memberi komitmen yang sangat baik antara satu sama lain untuk melancarkan aktiviti yang
ditetapkan dalam program tersebut. Di samping itu, sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong-
menolong telah diaplikasi sepanjang kami melaksanakan setiap aktiviti dengan bersyukur.
Dengan itu, kami berpotensi menjadi seorang guru yang berwibawa dengan sikap-sikap
murni yang dinyatakan di atas.
Walaupun banyak kebaikan yang kami dapat pelajari, terdapat juga kelemahan yang
kami ada sepanjang aktiviti program BIG dijalankan, iaitu masa yang diperuntukkan itu tidak
mencukupi sehingga menyukarkan pengagihan aktiviti pengurusan diri dan kekangan masa
yang tidak mencukupi semasa mengecat dinding mural. Hal ini berlaku kerana melukis dan
mengecat dinding mural merupakan suatu kerja yang memerlukan masa yang cukup dan
kreativiti yang baik untuk melasanakannya.
Sebagai seorang bakal pendidik yang berpeluang menjadi seseorang guru
seharusnya mampu melakukan interaksi sosial yang berguna terhadap masyarakat kerana
guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi guru fasilitator
dalam pendidikan sekolah. Tugas guru adalah untuk menggalakkan sosialisasi dalam
masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh dengan cabaran dan juga
melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa. Selain itu, guru juga memainkan
peranan sebagai pemimpin yang mempunyai kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab.
Di samping itu, kami juga telah memperoleh peluang untuk mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan dalam diri kami sendiri. Antara kekuatan yang dapat dilihat adalah
dalam kepimpinan, kegigihan, tabah dan sebagainya. Oleh itu, kami harus menggunakan
kekuatan yang ada untuk memberi sumbangan dan menghulurkan bantuan dalam
kerjasama semua pihak untuk menjayakan sesuatu tugasan atau cabaran yang diberikan.
Manakala kelemahan kami dalam melaksanakan aktiviti BIG ini adalah ketahanan dalam
menentang nyamuk dan semut yang menakutkan kerana tempat yang kumpulan saya
bersihkan dan ceriakan adalah Taman Matematik yang telah lama terbiar dengan
pembiakan nyamuk yang dahsyat. Oleh itu, kami perlu mencari cara yang bernas untuk
mengatasi kelemahan tempat itu dan ketahanan diri kita.