laporan su batminton

3
LAPORAN SETIAUSAHA: SEBELUM PERTANDINGAN; Pada 22 Mac 2014 Pengerusi pertandingan badminton telah mengadakan suatu mesyuarat di bilik kuliah 1 untuk membentuk jawatankuasa pertandingan di kalangan guru-guru (PPG) untuk menyelaraskan tugas- tugas jawatankuasa yang perlu dilaksanakan sebagai persediaan sebelum pertandingan dijalankan. Sebagai jawatankuasa Setiausaha,langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah mencatatkan segala maklumat yang diperlukan untuk merangka dan menyediakan satu kertas kerja pertandingan badminton tertutup dibawah program pendidikan guru(PPG).Selain itu menyediakan surat menyurat berkaitan program dan memastikan semua jawatankuasa memahami tugas masing- masing. Walaupun tarikh pertandingan masih belum dapat ditetapkan dalam mesyuarat,namun rangka kertas kerja perlu disiapkan terlebih dahulu untuk disemak oleh Pengerusi. SEMASA PERTANDINGAN; Memastikan setiap jawatankuasa kecil pertandingan telah dan sedang melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.Selain itu memastikan perjalanan program pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu mengumpulkan maklumat-maklumat semasa pertandingan dijalankan seperti keputusan pertandingan pelawanan,buku program,jadual pertandingan serta bukti- bukti yang difikirkan penting. SELEPAS PERTANDINGAN; Mengumpul data-data maklumat pertandingan dan membuat laporan pertandingan berdasarkan peristiwa yang telah berlaku pada hari kejadian seperti laporan keputusan pertandingan,gambar-gambar

Upload: lumycee

Post on 11-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bat

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan SU Batminton

LAPORAN SETIAUSAHA:

SEBELUM PERTANDINGAN; 

Pada 22 Mac 2014 Pengerusi pertandingan badminton telah mengadakan suatu mesyuarat

di bilik kuliah 1 untuk membentuk jawatankuasa pertandingan di kalangan guru-guru (PPG)

untuk menyelaraskan tugas-tugas jawatankuasa yang perlu dilaksanakan sebagai

persediaan sebelum pertandingan dijalankan. Sebagai jawatankuasa Setiausaha,langkah

pertama yang perlu saya lakukan ialah mencatatkan segala maklumat yang diperlukan

untuk merangka dan menyediakan satu kertas kerja pertandingan badminton tertutup

dibawah program pendidikan guru(PPG).Selain itu menyediakan surat menyurat berkaitan

program dan memastikan semua jawatankuasa memahami tugas masing-masing.

Walaupun tarikh pertandingan masih belum dapat ditetapkan dalam mesyuarat,namun

rangka kertas kerja perlu disiapkan terlebih dahulu untuk disemak oleh Pengerusi.

SEMASA PERTANDINGAN;

Memastikan setiap jawatankuasa kecil pertandingan telah dan sedang melaksanakan tugas-

tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.Selain itu memastikan

perjalanan program pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu

mengumpulkan maklumat-maklumat semasa pertandingan dijalankan seperti keputusan

pertandingan pelawanan,buku program,jadual pertandingan serta bukti-bukti yang difikirkan

penting.

SELEPAS PERTANDINGAN;

Mengumpul data-data maklumat pertandingan dan membuat laporan pertandingan

berdasarkan peristiwa yang telah berlaku pada hari kejadian seperti laporan keputusan

pertandingan,gambar-gambar sepanjang pertandingan dijalankan dan penulisan refleksi dari

semua Jawatankuasa yang terlibat.

Penutup

            Tentunya, pengelolaan pertandingan ini telah memberikan impak positif terhadap

kami sebagai guru serta memberikan pengalaman yang cukup manis untuk dijadikan

panduan ketika di sekolah kelak. Selain itu, pertandingan ini secara tidak langsung telah

mewujudkan suasana yang harmonis serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan

perpaduan di kalangan guru-guru(PPG) dan pensyarah.

 Disediakan oleh

(MOHD FAZLEY BIN ZAINON)

Setiausaha Pertandingan Badminton

Page 2: Laporan SU Batminton

 Refleksi;

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga

saya menyiapkan tugasan yang amat mencabar ini. Tugasan yang diberi ini membolehkan

saya mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan permainan hoki yang menjadi kegilaan

setiap orang dewasa ini selama ini , saya hanya mengetahui permainan hoki melalui

pengetahuan dari bacaan dan berita sahaja . Namun setelah tugasan ini selesai, saya dapat

melihat dengan lebih jauh dan jelas bagaimanakah permainan hoki ini semakin begitu

popular di kalangan manusia di dunia ini .

Kalau dilihat daripada kaca mata kasar , permainan hoki adalah satu permainan

yang amat kasar dan merbahaya ini disebabkan oleh penggunaan kayu dan bola yang amat

keras. Namun sekiranya kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai sudah pasti seseorang

itu akan berminat terhadap pemainan ini. Di sini saya merakam jutaan terima kasih kepada

En Razak Bin Sulong,pensyarah yang telah membimbing saya dalam mengenal kemahiran-

kemahiran yang ada dalam permainan hoki di padang atau pun di bilik kuliah, sepanjang

tempoh menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan

rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat dari buku-buku berkaitan dengan

permainan hoki . Saya juga melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan

dengan tugasan yang diberikan.Walaupun saya mengalami kekangan masa di

sekolah ,namun dengan usaha yang gigih saya dapat juga menyelesaikan tugasan yang

diberi.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, . Saya juga mendapat ilmu pengetahuan

dalam subjek PJM3113 permainan badminton dan hoki ini. Ia memberikan saya manfaat

serta melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang

permainan hoki ini berkaitan dengan alatan yang digunakan, serta teknik yang betul untuk

melakukan kemahiran-kemahiran seperti memukul bola,mengelecek bola dan menguis bola.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana berjaya juga menyiapkan tugasan ini serta

berasa sangat beruntung kerana banyak ilmu baru yang telah saya perolehi semasa

menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.

MOHD FAZLEY BIN ZAINON

780613025463

PJM/PJPK2/AMBILAN FEB 2012 (SEM5)