laporan penuh projek kemaskini stor sukan dan cat tiang gol

13
PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013 LAPORAN PENUH PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG (SKBP) DISEDIAKAN OLEH : GURU PELATIH IPGKDA 1.0 PENGENALAN Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek ini diberi nama Kemaskini Stor Sukan dan Cat Tiang Gol di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang yang melibatkan kami sendiri iaitu guru pelatih semester 8 dalam menghias dan menyusun atur kembali stor sukan sekolah serta mengecat semula tiang gol yang terdapat di SKBP. 2.0 RASIONAL Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu, stor sukan perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini dan menyusun atur kembali stor sukan SK Bukit Pinang agar lebih teratur, kondusif dan memudahkan segala pengurusan keluar masuk barang dilaksanakan. Manakala tiang

Upload: fsaa

Post on 28-Oct-2015

319 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

REPORT

TRANSCRIPT

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

LAPORAN PENUH PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG (SKBP)

DISEDIAKAN OLEH : GURU PELATIH IPGKDA

1.0 PENGENALAN

Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk

mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru

permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta

aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.

Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal

pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih

ini. Projek ini diberi nama “ Kemaskini Stor Sukan dan Cat Tiang Gol di Sekolah

Kebangsaan Bukit Pinang” yang melibatkan kami sendiri iaitu guru pelatih

semester 8 dalam menghias dan menyusun atur kembali stor sukan sekolah

serta mengecat semula tiang gol yang terdapat di SKBP.

2.0 RASIONAL

Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian

oleh pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana

bilik ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,

stor sukan perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut

peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek

ini dibuat adalah untuk mengemaskini dan menyusun atur kembali stor sukan SK

Bukit Pinang agar lebih teratur, kondusif dan memudahkan segala pengurusan

keluar masuk barang dilaksanakan. Manakala tiang gol adalah salah satu

peralatan yang penting dalam banyak sukan yang cenderung dilaksanakan di

sekolah seperti tiang gol bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya.

Justeru, rasional mengecat semula tiang gol adalah bagi tujuan keselamatan dan

juga sebagai salah satu cara bagi menambahkan keindahan dan keceriaan

sekolah.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

3.0 OBJEKTIF

Melalui projek ini, kami berharap akan dapat :-

i. Menjadikan stor sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang lebih kondusif

dan teratur untuk keselesaan guru dan murid.

ii. Meningkatkan keselamatan dalam penggunaan alatan sukan.

iii. Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan, cara

penggunaan alatan di stor sukan dan proses keluar masuk peralatan

sukan.

iv. Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.

v. Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor

sukan.

4.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT

TIANG GOL

5.1 SEBELUM PERLAKSANAAN

Berbincang bersama GPK Kokurikulum, Pn. Rohaya mengenai projek

yang akan dijalankan.

Membuat draf kertas cadangan dan meminta pandangan guru – guru.

Menyediakan kertas cadangan ‘Projek Kemaskini Stor Sukan dan

Tiang Gol’.

Menyerahkan kertas cadangan kepada Guru Besar SKBP untuk

mendapatkan kelulusan.

5.2 SEMASA PERLAKSANAAN

Mendapatkan peruntukan daripada sekolah.

Membersihkan stor sukan menyusun atur peralatan sukan.

Membeli cat dinding, cat kayu dan keperluan – keperluan lain yang

difikirkan sesuai untuk keceriaan stor sukan.

Mengecat tiang gol.

Memulakan proses mengecat dinding dan almari stor sukan.

Membuat draf banner untuk diletakkan di hadapan stor sukan.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

Mendapatkan persetujuan daripaka GPK Kokurikulum dan Guru Besar.

Memenuhi dan menceriakan papan maklumat kokurikulum di hadapan

stor sukan.

Membuat label peralatan yang terdapat dalam stor sukan.

Menampal label tersebut mengikut kategori.

5.3 SELEPAS PERLAKSANAAN

Membuat laporan penuh Projek Kemaskini Stor dan Cat Tiang Gol.

Membuat refleksi projek.

Menfailkan segala maklumat dan laporan bergambar ke dalam fail

sekolah.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

6.0 LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN

DAN CAT TIANG GOL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG

6.1 Kemaskini Stor Sukan

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

6.2 Proses Mengecat Tiang Gol

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013