laporan station rengkuk pj

3
LAPORAN STATION RENGKUK (HARDI DAN AMINAH) Sebelum ujian rengkuk dilakukan, ujian tekan tubi dilakukan kepada murid-murid tahun 4 setiap kelas mengikut turutan. Ketika itu, Saya dan Aminah sedang menanda atau melekatkan garis iaitu tape kemudian tampal pada ‘Form’. Tape yang kami gunakan ialah double tape dan kertas untuk lapik di bahagian bawahnya agar murid dapat merasa menanda mengikut tahap pencapaian masing-masing. Kami gunakan 5 form di mana setiap satu form untuk seorang sahaja murid yang melakukan ujian rengkuk tersebut. Kami sediakan form untuk ujian rengkuk ini secepat yang boleh agar tidak kelam-kabut setelah ujian tekan tubi selesai dijalankan. Kerana selepas tekan tubi, ujian rengkuk station tugas saya dan Aminah pula. Kami meletakkan form yang telah kami lekatkan tape tadi di bahagian luar kelas tahun 6 atau koridor. Kami melihat satu kelas tahun 4 tersebut yang telah selesai melakukan ujian tekan tubi, lalu dengan nada yang kuat kami memanggil murid-murid kelas tahun 4 tersebut pergi ke arah station kami, iaitu rengkuk. Mereka pun datang dengan tergesa-gesa ke arah kami lalu kami menyuruh mereka beratur dan duduk menghadap kami. Seterusnya, Aminah membuat penerangan tentang apa itu rengkuk serta kelebihannya dan saya pulak melakukan contoh aksi rengkuk mengikut bunyi Metronome yang kuat kedengaran pada speaker yang dipasang. Kemudian setelah selesai kami membuat penerangan dan contoh kepada murid-murid tersebut, kami mengambil kertas ujian segak murid kelas tersebut lalu memanggil 5 orang murid yang pertama untuk mangambil tempat masing-masing. Kami dibantu oleh rakan yang lain iaitu Sofyan, Nur Nazlia, Maziah, Rogaya dan Aiza. Selepas selesai 5 orang murid tersebut melakukan ujian rengkuk, diganti dengan 5 orang murid yang lain dan seterusnya sehingga selesai 1 kelas tersebut dan seterusnya kelas yang lain.

Upload: aidamohdhafiz

Post on 18-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

LAPORAN STATION RENGKUK (HARDI DAN AMINAH)Sebelum ujian rengkuk dilakukan, ujian tekan tubi dilakukan kepada murid-murid tahun 4 setiap kelas mengikut turutan. Ketika itu, Saya dan Aminah sedang menanda atau melekatkan garis iaitu tape kemudian tampal pada Form. Tape yang kami gunakan ialah double tape dan kertas untuk lapik di bahagian bawahnya agar murid dapat merasa menanda mengikut tahap pencapaian masing-masing. Kami gunakan 5 form di mana setiap satu form untuk seorang sahaja murid yang melakukan ujian rengkuk tersebut.Kami sediakan form untuk ujian rengkuk ini secepat yang boleh agar tidak kelam-kabut setelah ujian tekan tubi selesai dijalankan. Kerana selepas tekan tubi, ujian rengkuk station tugas saya dan Aminah pula. Kami meletakkan form yang telah kami lekatkan tape tadi di bahagian luar kelas tahun 6 atau koridor.Kami melihat satu kelas tahun 4 tersebut yang telah selesai melakukan ujian tekan tubi, lalu dengan nada yang kuat kami memanggil murid-murid kelas tahun 4 tersebut pergi ke arah station kami, iaitu rengkuk. Mereka pun datang dengan tergesa-gesa ke arah kami lalu kami menyuruh mereka beratur dan duduk menghadap kami.Seterusnya, Aminah membuat penerangan tentang apa itu rengkuk serta kelebihannya dan saya pulak melakukan contoh aksi rengkuk mengikut bunyi Metronome yang kuat kedengaran pada speaker yang dipasang. Kemudian setelah selesai kami membuat penerangan dan contoh kepada murid-murid tersebut, kami mengambil kertas ujian segak murid kelas tersebut lalu memanggil 5 orang murid yang pertama untuk mangambil tempat masing-masing. Kami dibantu oleh rakan yang lain iaitu Sofyan, Nur Nazlia, Maziah, Rogaya dan Aiza. Selepas selesai 5 orang murid tersebut melakukan ujian rengkuk, diganti dengan 5 orang murid yang lain dan seterusnya sehingga selesai 1 kelas tersebut dan seterusnya kelas yang lain. Selepas selesai ujian rengkuk dijalankan terhadap semua kelas tahun 4, saya dan Aminah mencabut tape pada form dan buang ke tong sampah. Kemudian, form-form yang telah kami gunakan untuk ujian rengkuk tersebut kami cabut, susun dan meletakkannya pada form-form yang lain. Selesai mengemas dan menyusun form, saya dan Aminah membantu rakan-rakan lain pada station berikutnya.

KelebihanAntara kelebihan ujian rengkuk yang kami lakukan terhadap murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Panji adalah mudah di susun form untuk melakukan ujian rengkuk. Form juga mudah di bawa ke mana-mana kerana ringan. Selain itu, murid mudah faham pergerakan rengkuk setelah ditunjuk ajar oleh kami. Ini kerana pergerakan rengkuk melibatkan dua hala iaitu turun dan naik seperti naik turun bangku. Pergerakan rengkuk juga mudah dikira jika murid melakukan dengan betul caranya.Kelemahan Antara kelemahan ialah terdapat murid-murid lain yang menggangu rakan-rakan mereka melakukan ujian rengkuk seperti membuat bising yang menyebabkan sukar untuk kami menilai atau mengira. Selain itu, mereka menyempit-yempit di ruang celah-celah ketika rakan-rakan mereka sedang melakukan ujian tersebut. Selain itu, bunyi Metronome pada speaker tergendala kerana masalah teknik ketika itu, lalu Sofyan dan yang lain terpaksa menggunakan kiraan pada telefon bimbit kepunyaan mereka. Kiraan tersebut juga mempunyai masalah juga, kerana terlalu laju atau perlahan. Tetapi masalah tersebut dapat kami selesaikan juga dengan cara kiraan mengikut bunyi Metronome.Murid juga tidak dapat melakukan pergerakkan rengkuk dengan betul walaupun banyak kali kami menegur. Contonya seperti bahu sebelah sengit ketika sedang naik, salah satu tangan naik atau tidak serasi, kaki dinaikan.Double tape yang kami tampal juga mudah tanggal ketika murid melakukan pergerakkan dengan tangan ditolak. Ini terpaksa kami menampal semula dengan cara menggunakan stapler untuk mengguatkannya agar tidak mudah tanggal. Antara lain kelemahannya ialah, terdapat murid yang tiada ketika nama mereka dipanggil ketika sebelum ujian rengkuk hendak dijalankan. Ini menyebabkan rakan-rakan mereka terpaksa memanggil atau mencari rakan mereka yang hendak melakukan ujian tersebut.Penambahbaikkan1. Guru kelas atau guru subjek pada ketika itu harus mengawal murid-murid tersebut sebelum dan semasa ujian rengkuk dilakukan. Ini dapat memudahkan urusan ujian ini dilakukan.2. Masalah teknik seperti bunyi Metronome harus diperiksa terlebih dahulu sebelum melakukan ujian ini.3. Tape haruslah sesuai dengan form yang ditampal. Oleh itu, kami harus belajar daripada pengalaman yang telah kami lakukan ini.4. Tempat ujian rengkuk juga harus sesuai dengan kawasan sekitar tersebut.5. Murid harus memberi kerjasama dan peka dengan apa kami hendaki.