laporan reflektif program anak angkat

5
Laporan Reflektif – Program Perkhemahan Anak Angkat Program perkhemahan anak angkat yang dijalankan pada 4 hingga 6 Ogos 2015 di Pusat Kokurikulum Daerah Larut Matang, Selama, Perak telah disempurnakan dengan lancar dengan kerjasama pihak pengurusan dan bimbingan mentor- mentor. Program Bina Insan Guru ini telah disertai oleh semua kumpulan 4PISMP. Seramai 75 orang peserta telah merancang dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menyediakan semua bahan dan barangan yang diperlukan untuk menjayakan program ini. Semperna program ini, kami telah menjalankan aktiviti perkhemahan, interaksi dengan keluarga angkat serta aktiviti khidmat masyarakat di kawasan kampung Ulu Selama. Sepanjang program ini dilaksanakan, saya telah menimba banyak pengalaman yang berharga. Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperoleh daripada program perkhemahan anak angkat ini. Pertama sekali, unsur-unsur seperti bekerjasama, tolong-menolong dan keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa aktiviti khidmat masyarakat dijalankan, semua guru pelatih yang terlibat berkerjasama dan bersikap rajin apabila menjalankan tugas yang diberi. Antara aktiviti yang terlibat termasuk gotong-royong, program teknik menjawab soalan matematik UPRS dan melukis mural. Bukan itu sahaja, semasa setiap kumpulan kecil mendirikan khemah masing-masing, turut menunjukkan nilai bekerjasama, tolong-menolong dan teleransi yang diamalkan. Ini dapat

Upload: lihui-goh

Post on 08-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Reflektif Program Anak Angkat

Laporan Reflektif – Program Perkhemahan Anak Angkat

Program perkhemahan anak angkat yang dijalankan pada 4 hingga 6

Ogos 2015 di Pusat Kokurikulum Daerah Larut Matang, Selama, Perak telah

disempurnakan dengan lancar dengan kerjasama pihak pengurusan dan

bimbingan mentor-mentor. Program Bina Insan Guru ini telah disertai oleh

semua kumpulan 4PISMP. Seramai 75 orang peserta telah merancang dan

membuat persediaan yang secukupnya untuk menyediakan semua bahan

dan barangan yang diperlukan untuk menjayakan program ini. Semperna

program ini, kami telah menjalankan aktiviti perkhemahan, interaksi dengan

keluarga angkat serta aktiviti khidmat masyarakat di kawasan kampung Ulu

Selama. Sepanjang program ini dilaksanakan, saya telah menimba banyak

pengalaman yang berharga.

Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperoleh daripada program

perkhemahan anak angkat ini. Pertama sekali, unsur-unsur seperti

bekerjasama, tolong-menolong dan keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan

dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa aktiviti khidmat

masyarakat dijalankan, semua guru pelatih yang terlibat berkerjasama dan

bersikap rajin apabila menjalankan tugas yang diberi. Antara aktiviti yang

terlibat termasuk gotong-royong, program teknik menjawab soalan matematik

UPRS dan melukis mural. Bukan itu sahaja, semasa setiap kumpulan kecil

mendirikan khemah masing-masing, turut menunjukkan nilai bekerjasama,

tolong-menolong dan teleransi yang diamalkan. Ini dapat memupuk semangat

berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan.

Seterusnya, program ini dapat menwujudkan perhubungan erat dan

dinamis antara guru-guru pelatih. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara

satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami

mempelajari kemahiran berkomunikasi. Program perkemahan anak angkat ini

sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam

diri setiap peserta. Nilai seperti kasih sayang, cinta kepada alam sekitar,

berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap guru pelatih. Sudah

tentu nilai-nilai murni ini dapat memartabatkan profesion perguruan ini.

Page 2: Laporan Reflektif Program Anak Angkat

Sepanjang program ini dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa

kelemahan yang wujud. Pertama sekali, aktiviti khidmat masyarakat yang

perlu dilaksanakan tidak dirancang mengikut perancangan yang sepatutnya.

Bagi sekumpulan peserta, mereka telah menggunakan masa interaksi

bersama keluarga angkat untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Ini

menyebabkan mereka yang terlibat kurang masa untuk melakukan aktiviti

bersama keluarga angkat. Selain itu, kelemahan yang wujud ialah penyediaan

makanan yang kurang memuaskan terutamanya bagi peserta vegetarian.

Lauk yang disediakan tidak mencukupi malahan peserta vegetarian hanya

dihidangkan sejenis lauk sahaja sedangkan mereka membayar yuran yang

sama dengan orang lain.

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas,

saya mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan bagi program ini.

Pada pendapat saya, jadual aktiviti yang dirancang perlu mendapat

pengesahan daripada pihak pengurusan untuk mengelakkan keliruan. Oleh

disebabkan tempoh interaksi bersama keluarga angkat sememangnya tidak

panjang, malah tidak seharusnya mengganggu masa tersebut untuk

menjalankan aktiviti lain. Oleh itu, perancangan aktiviti khidmat masyarakat

perlu sesuai mengikut jadual dan masa. Bagi mengelakkan kekurangan masa

untuk menghabiskan tugas, malah bilangan peserta untuk tugas-tugas yang

berbeza perlu dirancang dengan elok agar tenaga kerja dapat dimanfaatkan

secara maksimum. Seterusnya, bagi penyediaan makanan, saya berpendapat

menu makanan yang jelas perlu dirancang dan ditunjukkan kepada pihak

kantin yang menyediakan makanan. Dengan itu boleh menjamin kuantiti

makanan mencukupi untuk semua peserta.

Seterusnya, program khidmat masyarakat ini telah memberi peluang

kepada semua peserta untuk mengalami dan menimba pengalaman

kehidupan di kampung. Bagi peserta yang kebanyakkannya hidup di bandar,

pengalaman ini amat berharga. Antara pengalaman baharu yang dialami

termasuk makanan kampung, mandi air bukti yang sejuk, mengenali pelbagai

jenis pokok buah-buahan, serta melibatkan diri dalam aktiviti khas kampung

seperti mandi di air terjun, menangkap udang galah, memanah dan ramai

lagi. Pada masa yang sama, peserta mendapat peluang untuk berinteraksi

Page 3: Laporan Reflektif Program Anak Angkat

bersama keluarga angkat yang berbangsa Melayu. Interaksi ini memberi

peluang kepada para peserta untuk memahami budaya kaum Melayu dan

juga cara hidup kampung Melayu.

Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada para guru pelatih

untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Sempena program khidmat

masyarakat dilaksanakan, para peserta berpeluang untuk berkomunikasi dan

berinteraksi dengan pihak penurusan sekolah dan kanak-kanak.

Sememangnya profesion kita akan selalu berhadapan dengan kanak-kanak

pada masa yang sama juga perlu berkomunikasi dengan pihak pengurusan

sekolah. Di samping itu, kami juga berpeluang untuk memberi sumbangan

dalam bidang pendidikan. Walaupun kerja gotong royong dan melukis mural

yang dilakukan hanya kerja yang mudah sahaja, tetapi pihak sekolah amat

menghargai sumbangan kami.

Dari segi ancaman, terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang

program ini dilaksanakan. Pertama sekali adalah cuaca yang tidak menentu.

Oleh sebab khemah yang didirikan berada di kawasan terbuka, malah timbul

kerisauan peserta sekiranya hujan. Ini disebabkan hujan yang lebat akan

menyebabkan khemah dan barangan peserta basah dan seterusnya

merampas tempat tidur para peserta. Bagi mengatasi ancaman ini, peserta

terpaksa mengalihkan beg-beg dan barangan ke dalam stor semasa keluar

dari kawasan perkhemahan untuk menjalankan aktiviti. Selain itu, ancaman

yang seterusnya adalah binatang seperti lembu yang berkemungkinan akan

mencerobohi kawasan perkhemahan. Terdapat juga satu orang kurang

siuman yang selalu berkeliaran berhampiran dengan kawasan perkhemahan.

Tambahan pula, tapak perkhemahan yang didirikan khemah tidak mempunyai

pagar. Semua ancaman ini menimbulkan kerisauan peserta terhadap

keselamatan diri.

Secara kesimpulannya, program ini telah memberi pengalaman yang

amat berharga dan gembira. Program ini memberi peluang kepada saya

untuk berinteraksi dengan keluarga angkat kaum Melayu dan juga mengalami

kehidupan kampuang Melayu. Saya bersyukur kerana program ini

disempurnakan dengan lancar.