ifolio.ukm.my · web viewbeliau mahu peserta opkim yang juga merupakan anak-anak angkat supaya...

17
LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN KOMUNIKASI PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2014 TARIKH : 17- 22 JANUARI 2014 TEMPAT : KG.GEMBUT, TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI NAMA : SITI NORATIKAH BINTI ABD HASIM

Upload: ledat

Post on 04-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROGRAMOPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

(OPKIM) 2014TARIKH :

17- 22 JANUARI 2014TEMPAT :

KG.GEMBUT, TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGINAMA :

SITI NORATIKAH BINTI ABD HASIM

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

NAMA : SITI NORATIKAH BINTI ABD HASIM

NO. MATRIK : A143448

JAWATAN : AJK KHIDMAT SOSIAL

BUTIRAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM)

KG.GEMBUT, TANJUNG SEDILI,

KOTA TINGGI, JOHOR

PENGANJUR : PERSATUAN MAHASISWA JOHOR (PERMAJ)

JKKK KG. GEMBUT, TANJUNG SEDILI

PUSAT KHIDMAT PARLIMEN KOTA TINGGI

TARIKH ASAL : 17 - 22 JANUARI 2014

TARIKH SEBENAR : 17 - 22 JANUARI 2014

TEMPAT ASAL : TELUK SENGAT, KOTA TINGGI

TEMPAT SEBENAR : KAMPUNG GEMBUT, TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI

JUMLAH PESERTA (ANGGARAN) :55 ORANG

JUMLAH PESERTA (SEBENAR) : 65 ORANG

PERASMI PENUTUP : YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI RASMAN BIN ITHIN

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) SEDILI

JUMLAH PENDAPATAN SEBENAR : RM 2,200.00

JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR : RM 1,404.50

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti-Aktiviti :

Memasak Bersama Penduduk KampungAktiviti ini telah dicadangkan oleh setiausaha JKKK Kampung Gembut, Tanjung Sedili iaitu En. Mohd Foad. Beliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan yang ingin dilakukan oleh beliau dimana peserta OPKIM akan bekerjasama sesama sendiri serta dibantu oleh ayah dan ibu angkat untuk menyediakan makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Oleh itu, jadual memasak telah dibuat oleh AJK jamuan untuk menentukan giliran memasak. Dengan aktiviti baru yang sebegini, saya dapat menimba pengalaman belajar memasak daripada penduduk kampung serta dapat merapatkan lagi hubungan antara saya dengan ayah dan ibu angkat saya.

Khidmat Sosial dan Gotong-RoyongProgram gotong-royong ini dinamakan Khidmat Sosial Dan Gotong-Royong Perdana Bersama Masyarakat Setempat. Program ini telah dilakukan disekitar Dewan Serbaguna Kampung Gembut, Masjid Jamek Kampung Gembut dan Kampung Sayang pada 19 Januari 2014. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Saya telah ditugaskan untuk melakukan gotong-royong di sekitar Dewan Serbaguna kampong Gembut. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong tersebut adalah menanam pokok, membersihkan kawasan dalam dewan serbaguna serta kawasan sekitar dewan tersebut. Saya telah memilih untuk melakukan tugas menanam pokok yang didatangkan khas dari Jabatan Perhutanan Johor. Semua aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk Kampung Gembut. Aktiviti ini juga telah dikunjungi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rasman Bin Ithnin.

Sukaneka dan Sukan RakyatProgram ini telah dijalankan pada 19 Januari 2014 pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Antara acara yang dijalankan adalah lari berpasangan, boling padang, tarik upih, masuk air dalam botol, kupas kulit epal, rebut kerusi, semakin jauh semakin sayang dan tarik tali. Aktiviti sukan ini dapat menarik minat penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur terutama kanak-kanak. Oleh yang demikian, melalui aktiviti ini hubungan antara penduduk kampung itu sendiri bertambah erat, hubungan antara saya dengan

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

penduduk kampung bertambah rapat serta saya dapat berkomunikasi terus dengan penduduk kampung.

Ceramah AgamaCeramah agama ini telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang bertajuk bahayanya syiah : Ancaman kepada Akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Disini saya memainkan peranan saya sebagai ajk kerohanian. Saya memastikan kesemua mahasiswi turun ke surau Kampung Gembut untuk mendengar ceramah tersebut. Ceramah yang dihadiri oleh ramai penduduk kampung serta mahasiswa ini telah memberi penerangan atau pencerahan tentang syiah dengan lebih mendalam. Pada malam itu juga, saya telah diberitahu tentang statistik mereka yang menganut syiah, amalan yang sentiasa dilakukan oleh penganut syiah serta cara pemakaian penganut syiah. Saya dan para hadirin yang lain dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan penganut syiah. Penceramah juga telah menerangkan cara untuk mengatasi diri saya daripada terpengaruh kepada syiah. Kesimpulan daripada ceramah ini dapat saya simpulkan bahawa sebagai manusia kita harus sentiasa menuntut ilmu kerana ilmu Allah itu sangatlah luas.

Lawatan ke Perkampungan Orang AsliProgram ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahgia Tuan Haji Rasman bin Ithnin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili semasa kami sedang menjalankan program khidmat sosial dan gotong-royong. Beliau memberi cadangan kepada ketua kampung untuk membawa semua mahasiswa/i melawat perkampungan orang asli suku kaum kanak di mana suku kaum ini hanya terdapat di sini di seluruh Asia. Lawatan ini mendapat kerjasama daripada semua mahasiswa/i. Saya sangat teruja untuk pergi ke perkampungan tersebut. Apabila saya melawat ke perkampungan orang asli tersebut, saya dapat mengetahui bagaimana kehidupan orang asli, cara mereka berkomunikasi, cara mereka mencari makanan dan mereka selalunya sentiasa menghabiskan masa mereka di hutan. Oleh itu, dengan cara ini, saya dapat merapatkan hubungan dengan orang asli supaya mereka tidak berasa janggal apabila berada dalam kelompok orang biasa. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sangat menarik yang boleh diketengahkan kerana dengan aktiviti seumpama ini membolehkan saya lebih mendalami lagi kehidupan mereka.

Sesi PendidikanAktiviti ini telah dijalankan pada 21 Januari 2014 di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gembut yang merupakan sekolah berasrama dan Sekolah Menengah Syed Jaafar Albar. Saya telah ditugaskan untuk berada di Sekolah Kebangsaan Gembut. Di Sekolah Kebangsaan Gembut, pihak OPKIM telah memilih pelajar tahun 5 dan tahun 6.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Setibanya saya dan peserta OPKIM yang lain di sekolah tersebut, kami disambut oleh Guru Besar dan guru-guru sekolah tersebut. Aktiviti yang dilakukan bersama pelajar tahun 5 adalah explorace bersama dengan beberapa mahasiswa/i dalam setiap kumpulan. Mereka sangat teruja dan sangat seronok apabila aktiviti tersebut mula dijalankan. Manakala bagi pelajar tahun 6, mereka diberi ceramah motivasi serta LDK. Saya telah diberi tugasan untuk menjadi fasilitator semasa sesi motivasi ini dijalankan. Para pelajar tahun 6 telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat dua orang fasilitator. Di sini saya memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membantu dan membimbing kumpulan saya untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan kepada mereka. Para pelajar sekolah ini memberi kerjasama yang sangat baik dan mereka sangat seronok dengan kedatangan kami ke sekolah tersebut. Terdapat satu slot dimana para pelajar tahun 6 ini perlu memuhasabah diri mereka. Saya memainkan peranan dalam memberi nasihat kepada mereka dengan mengatakan bahawa jasa ibu dan bapa perlu dikenang selalu serta mereka mestilah belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka. Program sebegini seharusnya perlu terus dijalankan kerana program sebegini dapat melatih saya untuk mengendalikan pelajar-pelajar serta dapat menyelami isi hati mereka seterusnya mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah.

Malam PenutupanProgram ini tiada malam kebudayaan kerana ingin menghormati bulan maulidur rasul. Oleh itu, kami hanya mengadakan malam penutupan di mana dihiasi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Syukri . Al-Fadhil ustaz ini menceritakan cara untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu, ustaz ini menyatakan bagaimana cara kita untuk menjadi pendakwah dan bagaimana ilmu yang kita ada, kita dapat dekatkan diri kepada Allah serta sejauh mana kita mempraktikan ilmu yang kita dapat dalam kehidupan kita. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung serta mahasiswa/i. Dengan adanya program sebegini, saya sebagai hamba Allah dapat bermuhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

LAMPIRAN 1

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

Majlis Perasmian oleh wakil Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Simbolik majlis penyerahan anak angkat.

Para peserta OPKIM memasak untuk sarapan pagi untuk semua peserta dan ayah ibu angkat.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Ceramah tentang bahayanya syiah oleh pegawai Jabatan Agama Islam Johor.

Majlis gotong-royong yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rasman Bin Ithnin.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Peserta OPKIM menanam pokok di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Kampung Gembut.

Penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung oleh pemuda UMNO Kota Tinggi.

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Acara sukaneka tarik upih yang disertai oleh penduduk kampung dan peserta OPKIM.

Explorace yang disertai oleh pelajar Tahun 5 SK Gembut yang mencuri perhatian.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

LDK semasa program motivasi untuk pelajar Tahun 6 SK Gembut.

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

Lawatan ke kampung orang asli untuk mendekati suku kaum Kanak.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

PERMASALAHAN YANG TIMBUL

Walaupun program ini berjalan dengan lancar namun masih terdapat beberapa masalah yang

timbul. Antara masalah yang timbul ialah kurangnya masa saya bersama dengan ahli keluarga

angkat kerana masa saya hanya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak

OPKIM. Hal ini menyebabkan keluarga angkat saya tidak berkesempatan untuk membawa saya

berjalan-jalan melihat sekitar Kampung Gembut dengan lebih dekat. Selain itu, ada aktiviti yang

berjalan lewat daripada waktu yang telah dijadualkan disebabkan oleh kelewatan peserta untuk

berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Akhir sekali, masalah yang timbul ialah masalah

pemberian HP yang sedikit sedangkan untuk menjalankan program ini dan memastikan program

ini berjalan dengan jayanya memerlukan masa yang lama.

CARA MENGATASI

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi maslah yang timbul ialah dengan memberi

masa yang lebih panjang untuk peserta bersama dengan ahli keluarga angkat mereka. Pihak

OPKIM perlu menyediakan lebih banyak aktiviti peserta bersama dengan orang kampung.

Melalui aktiviti itu, para peserta akan berasa lebih dekat dengan orang kampung. Selain itu,

untuk mengatasi masalah yang berikutnya iaitu tentang kelewatan peserta untuk berkumpul,

ketua pengarah haruslah memainkan peranan beliau. Ketua pengarah mestilah bertindak dengan

lebih tegas. Akhir sekali, program ini sepatutnya diberikan HP lebih daripada 2 unit kerana ia

mengambil masa yang lama untuk dijalankan.

KESAN KEPADA KOMUNITI

Kesan kepada masyarakat Kampung Gembut ialah melalui program ini mereka dapat

memperkukuhkan lagi semangat kerjasama di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilakukan

seperti aktiviti memasak secara gotong-royong dan aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan sekitar kampong. Selain itu, terdapat juga kesan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan

Kampung Gembut iaitu mereka mendapat motivasi untuk terus bersemangat dalam menuntut

ilmu supaya mereka juga dapat menjejakkan kaki ke university serta mereka mendapat kesedaran

tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan dan betapa besarnya pengorbanan ibu bapa

dalam membesarkan mereka.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewBeliau mahu peserta OPKIM yang juga merupakan anak-anak angkat supaya menyediakan makanan untuk ayah dan ibu angkat masing-masing. Ini merupakan satu perubahan

KESAN KEPADA PELAJAR

Ini merupakan projek pertama yang saya sertai semasa saya berada di Universiti Kebangsaan

Malaysia. Melaui program OPKIM ini, saya dapat didedahkan dengan kehidupan masyarakat

luar. Saya juga dapat mendekatkan diri dengan mereka melalui pengambilan anak angkat. Selain

itu, saya dapat meningkatkan mutu khidmat masyarakat terhadap masyarakat umumnya dan

khususnya kepada masyarakat Kampung Gembut. Program ini juga member peluang kepada

saya membina kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi melalui latihan dalam

kumpulan (LDK) yang dianjurkan. Di samping itu, saya dapat melatih diri berorganisasi dan

berinteraksi dengan pelajar lain dan orang awam. Akhir sekali, saya dapat melatih diri

menghadapi cabaran pada masa akan datangserta perlu peka dengan keadaan sekeliling.

PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan antaranya

merapatkan hubungan di antara mahasiswa/i dengan masyarakat melalui pengisian yang lebih

padu dan berkesan serta menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh

masyarakat dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.

Masalah yang timbul telah diatasi dengan baik kerana kewujudan kerjasama antara satu

sama lain dalam kalangan ahli jawatankuasa, peserta dan penduduk kampung. Penerimaan

penduduk kampung amat memuaskan dan menjadi satu galakan untuk PERMAJ mengadakan

OPKIM sekali lagi ditempat mereka satu hari nanti.

Tidak lupa juga program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli yang

terlibat sama ada pelajar mahupun penduduk kampung tersebut.Ini sekaligus dapat meningkatkan

kemahiran komunikasi antara sesama ahli yang terlibat.