rancangan pelajaran-topik :anak angkat dlm. persperktif islam

36
PENGENALAN Penerapan Kemahiran Berfikir (KB) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran Berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersirat. Blog ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selepas membaca blog ini guru dapat : 1. Memahami maksud dan konsep KB. 2. Menguasai teknik penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain. 5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KB dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian. BERFIKIR

Upload: khatini-osman

Post on 12-Jun-2015

867 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RANCANGAN PELAJARAN .TOPIK: ANAK ANGKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

PENGENALAN

Penerapan Kemahiran Berfikir (KB) dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Islam amat penting selaras dengan

tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran Berfikir adalah

antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara

tersirat.

Blog ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang

kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Selepas membaca blog ini guru dapat :

1. Memahami maksud dan konsep KB.2. Menguasai teknik penerapan KB dalam pengajaran dan

pembelajaran.3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran

dan pembelajaran.4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran dan

pembelajaran kepada guru lain.5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KB dalam

pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian.

BERFIKIR

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk

mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat

pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses

berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif serta

sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh

dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran

berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea.

Page 2: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

STRATEGI BERFIKIRModul Pengajaran & Pembelaj aran

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula

melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan,

menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KB secara

kritis dan kreatif digunakan. Kebiasaannya apabila anda berhadapan

dengan sesuatu perkara misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali

timbul di pemikiran anda ialah :

1. Apakah objek itu?

2. Apakah kegunaannya?

3. Bagaimanakah menggunakannya?

4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda

sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan

aspek yang berikut :

. Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu

. Kemahiran - menyoal diri sendiri tentang objek itu

. Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara

pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam rajah

berikut

Page 3: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

RASIONAL

Blog ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk

menjalankan aktiviti pembelajaran yang aktif dan membawa kepada

‘Higher Order Thinking Skills”

i- Kemahiran pembelajaran aras 3,4 dan 5 (Merujuk kepada Taksonomi Bloom)

ii- Aktiviti yang dirancang untuk digabungjalinkan dengan pelbagai media

iii- Aktiviti yang berpusatkan pelajar.

Kemahiran/sikapKemahiran/sikap NilaiNilai

Pengetahuan Pengetahuan

PROSES BERFIKIRPROSES BERFIKIR

Page 4: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN: IBADAH(Persediaan Sebelum Mengajar)

Tingkatan Lima

Masa 80 minit

Tajuk Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan : Anak angkat

Fokus Pemikiran / pengetahuan : Pelajar dapat menyatakan pengertian anak angkat menurut ajaran Islam.

Amalan : Menjaga amanah Allah merupakan tanggungjawab yang besar.

Penghayatan : Sentiasa bekerjasama sebagai salah seorang daripada ahli keluarga.

Pembudayaan : Mematuhi batas-batas pergaulan di antara anak angkat dengan keluarga angkat.

Kaedah 1. Kontekstual2. Kajian kes3. Masteri Learning

PengetahuanSedia ada Pelajar

1. Boleh menulis Jawi dengan baik2. Boleh menerima arahan ringkas3. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga ketika melakukan

kerja-kerja amal.

Sumber Pengajaran &Pembelajaran

1. Gambar penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga angkat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. VCD/ Komputer3. LCD4. Keratan akhbar/ majalah

Persediaan 1. Bilik tayangan yang lengkap2. Bahan Bantu Mengajar (BBM)3 Lembaran kerja4 Soalan-soalan

Page 5: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Hasil Pengajaran & Pembelajaran

Aras 1:1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil

anak angkat4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Aras 2:1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat2. Menjelaskan hikmah-hikmah diharuskan mengambil anak

angkat3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

Aras 3:1. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak

angkat kepada ayah angkat.2. Menjaga hubungan baik kekeluargaan.

Page 6: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

RANCANGAN PELAJARAN (1)

Matapelajaran : Pendidikan IslamTingkatan : 5 ProgresifBilangan murid : 33 orangTarikh : 10 Februari 2009Hari : SelasaMasa : 8.45 – 9.55 pagi ( 80 minit)Tajuk : Anak angkat

Objektif : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam

2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat

3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak angkat

4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Kemahiran berfikir : Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke

dalam keluarga

Penerapan : a) Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila

b) Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar : Kad bergambar, VCD dan LCD

Pengetahuan sedia ada murid : Boleh menulis Jawi dengan baik

Boleh menerima arahan ringkas

Page 7: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/ Nilai/ BBM

Set Induksi

-- Gambar-

gambar penyerahan dan penerimaan anak angkat.

- VCD penyerahan anak angkat

- -Guru mempamerkan gambar-gambar penyerahan dan penerimaan anak angkat di hadapan kelas.

-- -Murid meneliti gambar-gambar

tersebut.-- -Guru seterusnya menayangkan VCD

tentang penyerahan anak angkat -- -Murid menonton tayangan VCD

tersebut -- -Guru mengemukakan beberapa

soalan yang ada hubung kait dengan mengurus atau menjaga anak yatim

-- -Murid memberikan pelbagai jawapan-- -Guru seterusnya mengaitkan jawapan

murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut.

-

BBM:Kad –kad gambar ,VCD dan LCD

Langkah 1

Pengertian anak angkat menurut Islam “seseorang yang dipelihara oleh bukan ibu bapanya sebenar atau bukan dari ahli waris yang terdekat yang wajib menjaganya semasa ketiadaan ibu bapanya”

-Guru menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam

-Murid mendengar pengertian dan penerangan guru.

-Murid diminta untuk membaca dan memahami pengertian anak angkat menurut Islam

Nilai:

Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Page 8: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Langkah 2

-Hukum mengambil anak angkat:“Harus dalam Islam”

-Nabi Muhammad mengambil Zaid b Harithah sebagai anak angkat

-Guru menerangkan hukum mengambil anak angkat dalam Islam

-Guru juga menceritakan sirah Nabi Muhammad yang mengambil Zaid b. Harithah sebagai anak angkat.

- -Guru menilai tahap kefahaman murid dengan mengemukakan beberapa soalan:1- Berikan maksud anak angkat menurut Islam2- Nyatakan hukum mengambil anak angkat

Nilai:

Sabar dalam mendidik anak angkat untuk kejayaan masa depan.

Langkah 3

Peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak angkat:

- anak angkat tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa angkat

- batas pergaulan bersama keluarga angkatnya tetap sama dengan kedudukan asalnya sama ada mahram ataupun bukan mahram

- harta pusaka daripada keluarga angkatnya adalah tidak berhak ke atas anak angkat atau sebaliknya.

- -Guru menyatakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak angkat

-- -Murid mendengar penerangan guru

dengan teliti-- -Murid diminta untuk menyebut

kembali satu persatu peraturan-peraturan yang perlu diikuti untuk mengambil anak angkat.

Penerapan ilmu:

Ibadah berpakaian menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan

Page 9: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Langkah 4

Penilaian:-Kuiz

Guru menilai tahap kefahaman murid dengan mengemukakan beberapa soalan dalam bentuk kuiz:1- Berikan maksud anak angkat menurut Islam2- Nyatakan hukum mengambil anak angkat3- Nyatakan peraturan-peraturan pengambilan anak angkat mengikut syara’

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Guru mengemukakan soalan- soalan kuiz dan murid diminta menjawabnya dalam kumpulan.

Kumpulan yang menjawab dengan tepat akan diberikan markah.Kumpulan yang memperoleh markah yang banyak dikira sebagai pemenang

Penutup

Rumusan tentang isi pelajaran

-Guru meminta murid membuat rumusan tentang isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut

-Guru memberikan penghargaan kepada murid kerana mereka dapat menjalankan aktiviti p& p dengan baik.

Page 10: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

RANCANGAN PELAJARAN (2)

Mata pelajaran : Pendidikan IslamTingkatan : 5 ProgresifBilangan murid : 33 orangTarikh : 13 Februari 2009Hari : JumaatMasa : 7.30 – 8.40 pagi (80 minit)Tajuk : Anak angkatObjektif :Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat

2. Menjelaskan hikmah-hiikmah diharuskan mengambil anak angkat

3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

4. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada ayah angkat

Kemahiran berfikir : Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke dalam keluarga

Penerapan : Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar :Buku teks

Pengetahuan sedia ada murid :1. Boleh menulis Jawi dengan baik

2. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga

ketika melakukan kerja amal .

Page 11: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/ Nilai/ BBM

Set Induksi

Gambar seorang ibu menyusukan anaknya

-- -Guru mempamerkan gambar

seorang ibu menyusukan anaknya di hadapan kelas.

-- -Murid meneliti gambar tersebut.-- -Guru mengemukakan beberapa

soalan yang ada hubung kait dengan mengurus atau menjaga anak yatim

-- -Murid memberikan pelbagai jawapan-- -Guru seterusnya mengaitkan

jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut

BBM:

Kad gambar

Langkah 1

Tanggungjwb ibu kepada anak angkatnya

- -Guru meminta murid memikirkan tentang peranan seorang ibu

-- -Murid memberikan pelbagai jawapan -- -Guru seterusnya mengemukakan

soalan: - bagaimana pula peranan seorang ibu kepada anak angkatnya?

- - murid memberikan pelbagai - jawapan dan andaian-- -Guru memperbetulkan jawapan

murid dan menyenaraikan tanggungjawab ibu kepada anak angkatnya.

-- -Murid menyebut satu persatu

tanggungjawab ibu kepada anak angkatnya

Nilai:Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Page 12: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Langkah 2

Hikmah diharuskan mengambil anak angkat

-- -Guru menjelaskan hikmah-hikmah

diharuskan mengambil anak angkat-- -Murid mendengar penjelasan guru

dengan jelas dan teliti

Nilai:

- Berusaha dan beriltizam memberi pendidikan terhadap anak angkat

Langkah 3

Masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada ayah angkat:

1. harta pusaka

2. wali

3. tidak menjaga keturunan

- -Murid diminta untuk memikirkan masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada ayah angkat.

-- -Guru memperbetulkan jawapan

murid-- -Guru menghuraikan masalah yang

timbul akibat menasabkan anak angkat kepada ayah angkat.

-- -Murid menyebut kembali masalah-

masalah yang timbul satu persatu.

Nilai:

Menjaga hubungan baik kekeluargaan

Penutup

Rumusan isi pelajaran

- -Guru mengingatkan murid sentiasa mentaati ibu bapa angkat selagi tidak menyalahi syariat Allah.

-- -Guru menasihatkan murid supaya

beradab dengan saudara angkat.-- -Murid dikehendaki menjawab soalan-

soalan daripada lembaran kerja yang disediakan.

Nilai:Silaturrahim sentiasa diutamakan

BBM:1. Lembaran kerja

Page 13: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

ANAK YANG DIPELIHARA OLEH BUKAN IBU BAPA KANDUNGNYA Biasanya anak angkat diambil oleh pasangan

yang tidak mempunyai zuriat akibat mandul.

HARUS DALAM ISLAM

ANAK AMANAH ALLAH

PENGERTIAN ANAK ANGKAT

HUKUM MENGAMBIL

ANAK ANGKAT

INFO MINDA

HIBBAH

Pemberian sesuatu seperti harta kerana kasih sayang kepada seseorang

WASIATPesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya selepas dia meninggal

Page 14: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

PERATURAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

1. HARAM MEMBINKAN DAN MEMBINTIKAN ANAK ANGKAT KEPADA BAPA ANGKAT

Islam mengharamkan memberi nasab anak angkat kepada bapa angkat dan

mewajibkan anak angkat dibinkan dan dibintikan kepada bapa kandungnya sendiri sebagai

Perbuatan menasabkan kepada bapa angkat termasuk dalam DOSA BESAR dan DILAKNATI ALLAH.

Contoh : Rasullullah S.A.W sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat sebelum diutus sebagai rasul dan dikenali dengan panggilan Zaid bin Muhammad sehinggalah turun ayat surah al-Ahzab yang melarang perbuatan tersebut.

Bagi menguatkan hubungan antara bapa angkat dan anak angkat bukannya hubungan nasab (keturunan)Rasullullah mengahwini bekas isteri Zaid.

Allah memerintahkan agar anak angkat dipanggil dengan panggilan tertentu, seperti ‘wahai saudaraku’ jika tidak diketahui bapa kandungnya yang sebenar.

Memuliakan pertalian nasab (keturunan)

Page 15: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

2. BATAS-BATAS PERGAULAN ANAK ANGKAT

Anak angkat tetap dikira ajnabi( orang asing) walaupun diperlihara semenjak kecil.Batas-batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dan keluarga angkat wajib dijaga dan tertakluk kepada ketentuan hukum antara bukan mahram.

3. PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitu juga sebaliknya.Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta keluarga angkatnya melalui HIBBAH, HADIAH dan WASIAT (tidak melebihi 1/3 daripada harta keluarga angkat)

Page 16: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

HIKMAT LARANGAN MEMBIN & MEMBINTIKAN KEPADA BAPA ANGKAT

Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab antara mereka.

Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya

Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya terpelihara

Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengan anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka

Memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali

Page 17: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

HIKMAT MENGAMBIL ANAK ANGKAT

Meringankan beban hidup keluarga yang miskin

Mengeratkan silaturrahim keluarga ke dua-dua belah pihak

Mendapat pahala dan keredhaan Allah

Antara jalan penyelesaikan bagi pasangan yang tidak mempunyai anak

Membahagiakan rumahtangga bagi mereka yang tidak dikurniakan anak

PETA MINDA

ANAK ANGKA

T

PENGERTIAN ANAK ANGKAT:

Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa

kandungnya

PENGERTIAN ANAK ANGKAT:

Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa

kandungnya

HUKUM MENGAMBIL

ANAK ANGKAT:

Harus dalam Islam

HUKUM MENGAMBIL

ANAK ANGKAT:

Harus dalam Islam

PERATURAN MENGAMBIL

ANAK ANGKAT

Page 18: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Mendapat pahala

Meringankan beban hidup keluarga miskin.

Menimbulkan rasa kasih sayang

Mengeratkan silaturrahim

Membahagiakan rumah

tangga.

Mendapat pahala

Meringankan beban hidup keluarga miskin.

Menimbulkan rasa kasih sayang

Mengeratkan silaturrahim

Membahagiakan rumah

tangga.

                                

AKTIVITI 1 – TEKA SILANG KATA

1      2        3 4          5     

Page 19: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

               

               

    6           

               

    7           

                

Melintang:

4Status hubungan antara keluarga angkat dan anak angkat yang dipelihara sejak kecil

6 Diperlukan ketika pernikahan seorang anak angkat

7 Islam memeliharanya

Menegak:

1 Dapat harta melaluinya

2 Tidak melebihi dari satu pertiga

3 Pemberian kepada anak angkat

5 Penghargaan Islam kepada bapa kandung

 

AKTIVITI 2: MELENGKAPKAN RAJAH

Page 20: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

HARAM

DIBIN ATAU

DIBINTIKAN ANAK

ANGKAT KEPADA

BAPA ANGKAT

SEBAB AKIBAT

AKTIVITI 3 : PENYELESAIAN MASALAH

MERCEDEZ CAMRY

HONDA JAZZHILUX

RUMAH SEWALADANG

KOLAM IKANDUSUN

SAHAM&

WANG

Page 21: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Encik Mustafa adalah seorang kaya yang mempunyai banyak harta. Dia mempunyai tiga orang anak dan seorang daripadanya adalah bukan anak kandungnya tetapi dipelihara sejak kecil lagi seperti anak sendiri. Kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berbelah bagi.Sifat baik Encik Mustafa adalah sama adil dan sama rata terhadap anak-anaknya.Beliau terfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta-harta yang dimiliki kepada anak-anaknya. Bolehkah anda membantunya menyelesaikan masalah ini ?

LATIHAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

Bahagian A: Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan tepat atau terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Hukum mengambil anak angkat ialah…..

Page 22: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

A. sunat C. wajibB. harus D. haram

2. Manakah antara yang berikut merupakan anak angkat Rasulullah S.A.W.?A. Umar bin Al-KhattabB. Abu Bakar As-SiddiqC. Zaid bin HarithahD. Bilal bin Rabah

3. Apakah hukum membinkan dan membintikan anak angkat?A. sunat C. haramB. harus D. Wajib

4. Penyataan yang berikut adalah benar mengenai pemberian harta keluarga angkat kepada anak angkat, kecuali....A. anak angkat diharuskan mewarisi keluarga angkatB. anak angkat diharuskan mendapat hadiahC. anak angkat diharuskan mendapat hibbahD. anak angkat diharuskan mendapat harta melalui wasiat

5. Pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai....A. mahram C. ajnabiB. senasab D. sebangsa

6. Syarat anak angkat boleh mendapat harta pusaka keluarga melalui wasiat dan sebagainya ialah......A. tidak melebihi 2/3 hartaB. melebihi separuh daripada hartaC. tidak melebihi 1/3 hartaD. 2/3 daripada harta

Bahagian B: Soalan Isi Tempat Kosong

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Anak angkat tidak boleh mewarisi ______________keluarga angkatnya dan begitu juga sebaliknya.

2. Tidak mendapat _____________merupakan faktor pasangan suami isteri mengambil anak angkat.

Page 23: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dengan keluarga angkatnya terpelihara

3. Larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat bertujuan memelihara ___________________keluarga daripada bercampur aduk dan tercemar.

4. Orang yang berhak menjadi wali nikah bagi anak angkat ialah _______________

Bahagian C : Soalan StrukturArahan : Soalan 5-9 berdasarkan carta di bawah.Anak angkat mendapat harta pusaka keluarga dengan beberapa cara. Nyatakan cara-cara tersebut.

Cara

5. 6.

7.

Terangkan hikmat larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat.

Hikmat

8. 9.

Bahagian D: Soalan Subjektif

Arahan : Jawab semua soalan yang berikut.

1.(a) Allah SWT memerintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada anak angkat. i. Jelaskan pengertian anak angkat.

__________________________________________________________

Page 24: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

ii. Nyatakan dua sebab pasangan suami isteri mengambil anak angkat.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________ iii. Jelaskan dua hikmat mengambil anak angkat.

_____________________________________________________________ ______________________________________________________________

(b) Islam melarang membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat. Terangkan tiga hikmat larangan membin dan membintikan anak angkat.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________ ________________________________________________________________

(c) Nyatakan dengan ringkas mengenai perkara di bawah ini. i. Batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat

____________________________________________________________

ii. Pewarisan harta pusaka keluarga angkat oleh anak angkat ____________________________________________________________

JAWAPAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

A. Soalan Objektif1. B2. C3. C4. A5. C

Page 25: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

6. C

B. Soalan Isi Tempat Kosong1. harta2. zuriat3. keturunan4. bapa kandung

C. Soalan Struktur5. hibbah6. hadiah7. wasiat8. mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian

nasab mereka9. memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi pasangan yang tidak mempunyai anak dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan sempurna

(b) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab antara mereka memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara

(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah

ii.anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta keluarga angkat. (b) i. kerana ibu merupakan orang yang paling dekat dengan anak kerana anak tersebut memerlukan penyusuan yang sempurna

Page 26: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

daripada ibu ii. Islam sempurna akal dewasa / berusia matang

(c) berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut murtad

B. Soalan Isi Tempat Kosong10.harta11.zuriat12.keturunan13.bapa kandung

C. Soalan Struktur14.hibbah15.hadiah16.wasiat17.mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian

nasab mereka18.memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi pasangan yang tidak mempunyai anak dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan sempurna(c) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab antara mereka memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara

(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah

ii. anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta keluarga angkat.

Page 27: RANCANGAN PELAJARAN-TOPIK :ANAK ANGKAT DLM. PERSPERKTIF ISLAM

______________________________________________________________