pengenalpastian masalah dan pencetusan idea

Upload: desfree-kang

Post on 10-Mar-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Pengenalpastian Masalah Dan Pencetusan Idea

Pengenalpastian Masalah Dan Pencetusan IdeaDisediakan oleh:Chan Phooi FunKang Ling WeeMalliga A/P SamianM4Penyataan awal masalah Masalah dikenalpasti melalui : a. melihat dan mengkaji keadaan persekitaran b. menonton tayangan video c. menonton slaid d. mengadakan sumbangsaran atau hasil dan perbincangan e. mengadakan lawatan ke ekspo atau pusat membeli belah Hal ini dapat merangsang pelajar mengenalpasti masalah dan keperluan berdasarkan kepada keadaan persekitaran Setelah berjaya mengenalpasti masalah dan memilih penyelesaian, kamu perlu mencatatkan pernyataan ke dalam Buku Idea.

Jika terdapat kesukaran untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan, lakukan aktiviti seperti yang berikut :

Gerak Kerja :Fikirkan apa-apa yang kamu lakukan dalam sehari. Nyatakan masalah yang mungkin dihadapi. Senaraikan dalam jadual di bawah dan cuba selesaikan masalah itu.

Masalah Pernyataan Masalah

Penyelesaian Masalah

Pengumpulan maklumat / dataSelepas mengenalpasti alternatif yang dapat menyelesaikan masalah, kita dikehendaki mengumpulkan maklumat dan data yang berkaitan dengan produk yang akan dihasilkan.

Data ialah maklumat spesifikasi yang terperinci mengenai produk yang dibuat.

Maklumat ialah detail-detail reka bentuk, teknologi, bahan dan kemasan mengenai produk yang akan dibuat. Data dan maklumat diperoleh dengan kaedah :

membuat lawatan dan pemerhatian di kilang, tapak projek, ekspo, pusat penyelidikan dan pengujian, dan sebagainya

membandingkan produk yang direkod dengan produk yang sedia ada di pasaran

melalui pembacaan dan penyelidikan

Segala maklumat dicatatkan ke dalam Buku Idea.

Analisis data/ maklumatPerbincangan dalam kumpulan perlu diwujudkan untuk proses menganalisis maklumat. Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Sumbang saran setiap ahli dalam kumpulan perlu diambil kira dan dibincangkan bersama. Guru akan memberikan bimbingan dan panduan. Maklumat tambahan diperlukan sekiranya maklumat yang ada tidak dapat menyelesaikan masalah.Perkara yang perlu dititikberat dan diambil kira semasa menganalisis maklumatKaedah penyelesaian tentang teknik pembuatan Mengenalpasti kriteria keperluan mereka cipta Kebolehan menilai masalah dan mencari formula terhadap penyelesaian.Menganalisis maklumat yang relevan seperti teknik pembuatan, bahan-bahan, dan mengkaji persamaan fungsi produk yang berkaitan. Hasil analisis boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual supaya mudah dibandingkan.Merumus dan membuat keputusanBagi menilai dan memilih idea yang paling sesuai, semua pendapat hendaklah diterima dan dianalisis.Faktor-faktor Pemilihan Idea:1) Keupayaan Kendiri Projek yang direka cipta hendaklah seimbang dengan kemampuan dan keupayaan yang ada, masa serta kos yang diperuntukkan.Faktor-faktor Pemilihan Idea:2) Pengetahuan dan Kemahiran Murid mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk membuat projek yang hendak dipilih.Faktor-faktor Pemilihan Idea:3) Bahan dan Komponen Bahan dan komponen yang dipilih hendaklah sesuai dan mudah didapati. Kos bahan dan komponen juga hendaklah diambil kira.Faktor-faktor Pemilihan Idea:4) Cara Pembuatan Pemilihan teknik pembuatan hendaklah tepat dan bersesuaian bagi menghasilkan produk yang berkualiti.Faktor-faktor Pemilihan Idea:5) Kepentingan Produk Pemilihan idea hendaklah berasaskan kepentingan produk yang boleh menyelesaikan masalah dan dapatmemenuhi keperluan penggunaFaktor-faktor Pemilihan Idea:6) Mesra Alam Elakkan menghasilkan produk yang boleh mencemarkan alam sekitar, tidak selamat, dan tidak selesa.Perkembangan ideaMerupakan hasil penjanaan idea semasa proses penyelesaian masalah

Pemilihan lakaran dilakukan

Lakaran dipilih berdasarkan prinsip perkembangan idea dan percantuman beberapa lakaran idea

PROSES PERKEMBANGAN IDEAMembuat lakaranMenganalisis(membincang dan membanding setiap lakaran)Membuat rumusanMembuat keputusanMemilih idea yang terbaikYaTidakPRINSIP PERKEMBANGAN IDEALakaran Lakaran Awal Dan Lakaran Perkembangan IdeaLakaran- Penghasilan lukisan yang bersahaja (spontan), ringkas dan cepat. Tujuan lakaran:Sebagai proses sebelum penghasilan lukisan akhir untuk meluahkan idea dengan pantas serta memberikan pemahaman tambahan terhadap idea awal.

Lakaran awal- Kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.Bentuk-bentuk imej ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya.Penggunaan warna untuk lakara adalah amat terhadMerupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannyaKualiti Lakaran Dipengaruhi Oleh:Kebersihan

Kualiti garisan

Ketepatan lakaran

Sikap pelukis4 Kaedah Untuk Melakar:Melalui pengukuranMenganggar ukuran sesuatu objek secara kasar, kemudian memindahkannya di atas kertas lukisan.

Menggunakan gridMelakar dengan merujuk kepada grid yang dilukis di atas gambar asal dan grid pada kertas lukisan.

Menggunakan paksiMelakar dengan merujuk garisan paksi yang dilukis di atas gambar asal atau membayangkan garisan paksi pada bangunan/pemandangan yang dilihat.

Lakaran bebasMelakar secara bebas berdasarkan pemerhatian.Proses Lakaran- Contoh 1

Langkah 1:

Lakaran awal

Langkah 2:

Memilih lakaran yang lebih praktikal dan membuat penambahbaikan lakaran tersebut

Langkah 3:

Menghasilkan produk menggunakan idea lakaran yang akhirnya terpilih

Contoh 2:

Langkah 1: Melakar idea baruLangkah 2: Memilih lakaran yang sesuai

Lakaran idea yang digabungLangkah 3: Merancang dan menyediakan lukisan projek

Kotak penyimpan kunciSEKIANTERIMA KASIH