51 idea bisnes
DESCRIPTION
Contoh idea untuk buat bisnes.TRANSCRIPT
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 1/65
2014COACH BAHAR
[51 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH] Ebook kecil ini adalah hasil penulisan coach bahar dari pengalaman beliau menjana duit dari rumah.
Mungkin ebook ini akan mengubah nasib anda dari seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang
luar biasa.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 2/65
1
Prakata
Tahun 2015 ramai yang menjangkakan tahun yang sangat mencabar.
Tidak kira kepada mereka yang sedang bekerja ataupun mereka yang
berniaga. Ramai yang tertanya-tanya rahsia mendapatkan pendapatanalternatif untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Antara industri yang akan berkembang pesat pada tahun 2015 adalah
industri pengiklanan. Rata-rata peniaga dari berskala kecil hingga besar
takut prestasi jualan mereka menurun. Maka dengan itu mereka percaya
dengan pengiklanan sahajalah akan dapat meningkatkan hasil jualan
mereka. Mereka yang bermain dalam industri pengiklanan saya ingatkan,
kaut untung cepat tetapi jangan membesarkan syarikat anda kerana jika
tahun berikutnya ekonomi masih merundum maka budget pengiklanan
yang terlebih dahulu mereka ketepikan.
Jika boleh, untuk mereka yang mahu berjinak-jinak untuk mencari
jalan alternatif mendapatkan pendapatan saya syorkan buat dari yang
kecil. Terdapat 1001 cara untuk membuat bisnes dari kecil, jangan terus
besar sekali. Anda baru dalam bidang ini, mulakan dulu dengan
mengumpul duit dengan kemahiran yang anda ada. Berdikit-dikit sehingga
mendapat betul-betul idea untuk berbisnes. Anda harus berjinak-jinak
dalam bidang pemasaran. Ramai diantara kita boleh membuat hingga
kilang yang besar-besar tetapi tidak pandai menjual.
Jika anda belum ada barangan , ambil dan cari barangan untuk anda
jual dari orang lain. Saya contohkan jika di rumah anda berdekatan dengan
kilang roti atau sandwich , anda cuba memasarkannya. Jika sebuah sekolah
mengambil 400 keping roti bun sehari dan anda menghantar 5 sekolah,
anda akan mendapat keuntungan (0.20 X 2000 X 20 hari ) maka
pendapatan bersih anda sehari adalah RM8000 sebulan tanpa ada kilang.
Nasihat ini bukanlah boleh saya berikan semua dalam golongan yang sama.
Mungkin boleh saya berikan 1001 idea bisnes untuk dijalankan tetapi ianyabergantung juga kepada orang yang betul, masa yang tepat dan tempat
yang baik untuk menjalankan bisnes tersebut.
Saya akan berikan 50 idea mengikut amatan saya ianya sesuai
dijalankan pada tahun 2015 dengan perancangan yang betul. Tetapi itu
semua bergantung plan strategi pemasaran yang terbaik. Ada idea yang
saya berikan untuk mereka yang belum menjalankan bisnes, juga ada saya
berikan untuk mereka yang ingin mencuba nasib dalam bisnes.
COACH BAHAR.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 3/65
2
Idea 1 :
PENULIS BEBAS (FREELANCE WRITER)
Saya telah menulis secara sambilan lebih 5 tahun. Jujur saya katakan
saya sudah mengumpul lebih RM100,000 hasil dari penulisan saya. Anda boleh
menulis untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Saya cadangkan untuk
anda mengasah bakat anda menulis. Sebelum menjadi penulis saya nasihatkan
anda pergi mencari ilmu penulisan dari mana-mana seminar yang dianjurkan.
Anda boleh menulis
1. Artikel
2. Blog
3. Iklan
4. Thesis atau kertas kerja
5. Rencana dan pelbagai lagi sumber
Di Malaysia kerjaya ini mempunyai potensi yang besar. Semakin lama anda
menjadi penulis dan semakin mahir anda menulis anda akan dibayar lebih
mahal.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 4/65
3
Idea 2 :
MENJUAL IDEA ATAU MENJUAL PENGETAHUAN YANG ANDA ADA
Anak saudara saya membeli informasidari internet untuk membuat coconut shake.
Jika anda tahu membuat coconut shake yang
paling best anda boleh menjual pengetahuan
anda kepada ramai. Cara anda menjual
mungkin dengan menggunakan email, ebook,
infomasi dari youtube, video atau mereka boleh berbual dengan anda melalui
perjumpaan atau telifon.
Anda boleh memberi idea bisnes, idea projek, pengetahuan dari pengalaman
yang lepas. Idea bisnes yang anda dapat mungkin dari pembacaan anda yang
banyak atau pengalaman anda.
Ramai orang yang memerlukan bantuan anda.
SIAPA?
Misalnya anda adalah bekas pegawai bank, anda mahir dalam proses pinjamandari bank. Ilmu itu boleh anda membantu ramai orang lain diluar sana.
Apa yang anda perlu buat untuk menjual idea
1. Banyak baca buku dan banyak pengalaman berjumpa orang
2. Tulis dan recordkan semua idea anda. Idea adalah penting
3. Jika ilmu atau pengetahuan, buatlah penulisan dan perkongsian atau
kelas.
4.
Pastikan ilmu yang anda kongsikan adalah ilmu yang BENAR dan terbaik.
"Kalau nak belajar berenang,
belajarlah dari itik. Kalau nak
belajar melompat, belajarlah dari
tupai". Carilah orang yang betul
untuk membimbing anda untuk
berjaya.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 5/65
4
Idea 3 :
PENGINAPAN :: BED AND BREAKFAST
Jika anda hanya berdua sahaja di rumah dan rumah anda mempunyai banyak
bilik. Saya syorkan anda untuk membuat homestay. Homestay adalah bila anda
menyediakan penginapan dan bermalam bersama keluarga anda. Idea ini
sudah biasa tetapi ramai orang menyediakan homestay yang berasingan
dengan penginapan keluarga mereka.
Beberapa perkara yang perlu anda tahu dalam bisnes homestay
1. Lokasi
Anda perlu memastikan lokasi homestay anda mudah dicari dan
mempunyai jaringan jalan yang baik untuk datang. Adalah satu
kelebihan jika homestay yang anda sediakan berdekatan dengan
beberapa tempat menarik. Atau homestay anda berada di kampung,
anda boleh memberi pakej inap dase kepada mereka.
2.
Keselesaan
Pastikan bilik penginapan yang anda sediakan selesa. Perlulah
mempunyai bilik yang berasiangan dengan keluarga anda dan lengkap
dengan kemudahan asas yang lain seperti tandas dan lain. Anda perlulah
pastikan ianya bersih.
3. Makanan
Keluarga yang mengambil pakej anda boleh mengambil sekali pakejmasakan anda. Mereka dapat merasa masakan setempat. Sebagai
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 6/65
5
contoh jika anda berada di negeri Sembilan, masakan yang paling
terkenal adalah masak lomak cili api.
4. Pengiklanan
Anda perlu pastikan pengiklanan yang baik.
Periklanan yang murah adalah melalui FB atau
blog. Selamat mencuba.
Idea 4 :
TERBAIK DARI LADANG :: JUAL PRODUK ANDA
Jika anda mempunyai tanah dan ladang untuk menanam sayuran. Mungkin
anda boleh menjualnya pada hari minggu dipasar pagi. Perkara ini mudah kan
..bukan susah sangat. Pilihlah sayuran yang menjadi pilihan ramai.
Tanam ….. tuai ……. jual .
Motivasi::Kita tak perlu
merebut semua peluang yg
datang...kita tak perlu
mengerjakan semua
perkara yg terfikir oleh
kita...utk menjadi seorang
yg berjaya dan kaya, cukup
ceburi satu @ beberapa
bidang shj...dan
kerjakannya sekuat dayadan upaya anda.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 7/65
6
Idea 5 :
MENJUAL KREATIVITI ANDA
Saya menjual secara online tasbih sufi. Tasbih sufi sebenarnya dibuatoleh kakak saya. Dia seorang yang kreatif. Anda juga mungkin begitu. Anda
boleh jual gelang tangan, anda boleh menjaul kasut yang dibuat sendiri, anda
boleh jual cenderamata sendiri. Wah banyak lah yang anda boleh buat
sebenarnya. Jangan beri alasan, jika anda tak pandai buat anda cari orang yang
pandai membuat dan anda menjual dari rumah secara kecil-kecilan.
Rahsia kejayaannya adalah perlukan komitmen yang tinggi. Contohnya
anda mendapat tempahan dua ratus utas tasbih sufi untuk majlis pertunangananda perlu dan perlu memberi komitmen yang tinggi untuk menyiapkannya.
Pilihlah barangan yang sesuai untuk dijual dan selalunya barangan yang
selalunya laku dijual adalah barangan yang kesukaan ramai.
Jika anda pandai mengambil gambar, anda boleh mengambil gambar
yang unik dan dijadikan poster untuk dijual. Anda juga boleh menjadi
photographer untuk majlis-majlis yang kecil seperti konvo taska, pasti, majlis
keraian di majlis yasinan dan lain-lain mengikut kreativiti anda.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 8/65
7
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 9/65
8
Idea 6 :
CALL CENTRE
Anda faham dengan call centre ? kadang-kadang ada beberapa syarikat
yang kecil memerlukan perkhidmatan call center untuk produk mereka.
Pelanggan mereka ramai dan mungkin perlu beroperasi 24 jam. Mungkin
produk yang mereka jual adalah produk yang dijual diluar Negara. Anda perlu
mendapatkan kontrek dari syarikat yang berkenaan.
Bila saya tinggal di UK dulu, kawan-kawan university saya banyak
menjadi call centre bagi beberapa syarikat. Mereka mendapat pendapatan
yang lumayan. Mungkin anda juga boleh jadi telemarketer untuk produk yang
sudah diiklankan di surat khabar atau TV.
MOTIVASI DARI COACH BAHAR
"Anda hanya boleh menang dangan melupakan kekalahan anda semalam. Sebelum itu, buat
persiapan hari ini bagi memastikan kemenangan anda hari esok." bertindak sekarang, bangun,
bangun. ayuh bangun.”
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 10/65
9
Idea 7 :
JUAL BUKU LAMA ANDA
Idea ini menarik. Jarang orang Malaysia buat bisnes ni. Anda tentu
sahaja mempunyai banyak buku-buku lama. Novel, buku dari darjah 1 hingga
tamat universiti, dan majalah-majalah. Itu baru anda, tak termasuk lagi yang
nenek, mak ayah dan adik-beradik anda punya. Jika mahu, boleh sahaja pergi
dari rumah-ke rumah dan beli buku-buku lama dan jual depan rumah anda.
Menarik bukan?.
Dari dibakar dan dibuat alas nasi lemak buku-buku ini, ada baiknya anda
jual dan buat bisnes sendiri. Orang pun suka, dahlah dapat beli buku dengan
harga murah, dapat ilmu, dapat buku-buku lama yang mungkin ada nostalgia
bagi mereka.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 11/65
10
Idea 8 :
POTONG RUMPUT
Nampak macam tak lumayan kan bisnes ambil upah potong rumput.
Cuba anda buat kiraan. Jika sebuah rumah anda dapat RM30, sehari anda
dapat 3 buah rumah, darab dengan 30 hari, bukan ke dah dapat RM2,700
sebulan?. Itu kalau sehari 3 buah rumah. Kalau anda rajin bolehlah anda dapatlebih.
Korbankan sedikit tenaga untuk pergi jauh sedikit dari kawasan kejiranan
anda. Cari rumah-rumah yang perlukan khidmat anda. Jangan menunggu kerja
datang pada anda. Anda kena usaha lebih. Jangan lupa berikan nombor telefon
anda pada tuan rumah agar pada masa akan datang mereka akan hubungi
anda kembali untuk dapatkan khidmat anda.
"Seringkali apa yg anda rancangkan tidak menjadi kenyataan tetapi
anda tetap mendapat pengalaman melaluinya."
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 12/65
11
Idea 9 :
KEDAI DOBI DENGAN PERKHIDMATAN MENGAMBIL DAN
MENGHANTAR
Mungkin di tempat anda sudah ada kedai dobi. Apa yang istimewa
dengan kedai dobi anda yang baru dibuka ni?. Ha, kedai dobi anda ada
perkhidmatan mengambil dan menghantar!. Kebanyakan kedai dobi tiada
perkhidmatan ini atau mungkin tiada. Jadi, ini peluang anda!
Anda hanya perlu menggunakan semaksima mungkin mesin basuh di
rumah anda. Gunakan juga pelembut fabrik bagi menghasilkan cucian yang
wangi. Anda boleh membuat kelainan dengan memberikan pilihan kepada
pelanggan jenis aroma pelembut yang mereka inginkan.
Anda perlu membuat flyers atau pamplet bagi mewar-warkan
perkhidmatan anda ini. Pergilah ke taman-taman dan kampung-kampung dan
edarkan kepada mereka. Gunakan ruang media sosial facebook, instagram,
twitter, dan apa sahaja. Paling penting, anda kena rajin membuka mulut
menceritakan pada orang perkhidmatan anda ini.
Nak lebih menarik, anda tawarkan khidmat anda ini pada orang-orang
tua yang tinggal sendirian. Berikan potongan harga pada golongan ini. Anak-
anak mereka mesti sanggup membayar untuk orang tua mereka asalkan orang
tua mereka tidak perlu susah-susah membasuh baju.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 13/65
12
Idea 10 :
JUAL KEREPEK DARI RUMAH KE RUMAH
Bisnes Simple tapi orang suka. Ramai orang suka benda yang diinginkan
sampai depan mata mereka tanpa mereka guna tenaga. Kerepek memang
digemari ramai. Duduk petang-petang terasa ingin mengunyah sesuatu. Nak ke
kedai terasa malas. Ha, guna peluang ni untuk anda buat bisnes jual kerepek.
Guna motor buruk di rumah anda untuk menjaja dari rumah ke rumah.
Pastikan anda letak target hari ni nak jual berapa bungkus kerepek.
Selagi tak habis bungkusan tak boleh balik. Kalau sampai malam, malam lah
baru balik. Disiplinkan diri anda untuk berjaya dalam berniaga.
Berikan senyuman, sapa mesra pelanggan anda, dan jangan paksamereka untuk beli kerepek anda. Mungkin kali ni dia akan beli tetapi akan
datang dia tekad tak nak beli lagi. Kalau anda nak untung lebih, anda boleh
buat kerepek anda sendiri. Tapi jika tidak berkesempatan belilah secara borong
di kedai-kedai dan bungkuskan kecil-kecil.
Anda beuntung kalau rumah anda dekat dengan universiti atau
penempatan pelajar. Guna peluang keemasan ini untuk pergi ke penempatan
mereka dan jajalah kerepek anda. Saya yakin kerepek anda akan cepat terjualdari biasa.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 14/65
13
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 15/65
14
Idea 11 :
CAR WASH DARI RUMAH
Perniagaan car wash ni memang nampak biasa-biasa sahaja tapi kalau
kena dengan caranya boleh buat duit dengan mudah. Majoriti rakyat Malaysia
mempunyai kereta sekurang-kurangnya 1 buah kereta untuk 1 keluarga. Rebut
peluang ini untuk menarik perhatian pemilik kereta ini untuk menggunakan
perkhidmatan cuci kereta dari anda.
Anda tidak perlu tempat yang mewah dan serba cantik untuk
memulakan perniagaan. Cukup dengan mempunyai sabun basuh kereta yang
sesuai, hos air, span, dan yang paling penting layanan yang istimewa. Jangan
berat mulut ketika melayan pelanggan. Tanya khabar dan berikan senyuman.
Sediakan kerusi plastik dan surat khabar. Lagi cantik jika ada air sirap sejuk bagi
menghilangkan dahaga. Apalah sangat harga air sirap sejuk jika pelanggan akan
datang ke car wash anda berkali-kali.
Bagi menarik lebih banyak pelanggan, anda boleh membuat banner
dengan menggunakan kain rentang sahaja. Tulis di situ ‘Cuci 5 kali percuma 1
kali’. Sediakan sehelai kad dan buat cop kedai anda sendiri. Cop yang biasa-
biasa sahaja, RM2.00 sebiji sudah memadai. Sediakan juga flyers dan pamplet
untuk diedarkan di kawasan kejiranan anda
Jika ada rezeki lebih, anda boleh bersedekah pada hari Jumaat dengan
mengadakan servis membasuh kereta secara percuma. Tapi janganlah anda
buat sepenuh hari tu dapat basuh percuma. Buatlah pada jam 2.30 hingga jam
4.30 petang sahaja.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 16/65
15
Idea 12 :
BENGKEL KERETA / MOTOSIKAL DI RUMAH
Majoriti keluarga di Malaysia pasti mempunyai kenderaan. Paling kurang
pun sebuah basikal. Bila ada kenderaan pasti kenderaan mereka perlu dibaiki.
Jadi perkhidmatan membaiki kenderaan ni memang selalu diperlukan. Anda
rebut dan gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk membuat bengkel.
Apa dia? Anda tiada modal untuk membuat bengkel?. Sebab itulah
tajuknya saya tulis bengkel rumah. Anda gunakan ruang yang sedia ada dan
manfaatkan sebaik-baiknya untuk membuka sebuah bengkel.
Anda tiada duit untuk membeli alat ganti?. Saya tidak mengatakan anda
perlu membeli alat ganti dengan banyak dan melaburkan duit yang banyak
untuk alat ganti sahaja. Cukuplah anda memberikan layanan yang baik dan
jujur dengan kerosakan kenderaan pelanggan anda itu. Jangan kerosakan kecil
tapi anda mengada-adakan kerosakan yang besar supaya dapat untung yang
besar. Alat ganti yang tiada itu anda belilah dengan pembekal atau kedai lain.
Bina hubungan dengan pembekal agar anda dapat harga istimewa.
Ambil maklumat pelanggan anda dan buat catatan nama, nombor
telefon dan jenis kerosakan kenderaan. Selesai anda membaiki kenderaan
mereka, rajin-rajinkanlah untuk menghubungi mereka kembali dan
bertanyakan tentang keadaan kenderaan mereka. Pasti sahaja mereka akan
berasa terharu dengan keprihatinan anda. Apabila anda ada catatan tentang
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 17/65
16
jenis kerosakan kenderaan mereka, pada masa yang akan datang mereka
kembali ke bengkel anda, anda akan mudah untuk mengenal pasti kerosakan
yang lain atau sekurang-kurangnya membantu anda menyelesaikan misteri
kerosakan kenderaan mereka.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 18/65
17
Idea 13:
KELAS TUISYEN / KELAS MENGAJI
Setiap dari kita pernah bersekolah. Anda mesti ada subjek tertentu yang
anda kuasai dengan baik. Bonus sekiranya anda berjaya menjejakkan kaki ke
menara gading. Pandangan ibu-bapa akan lebih yakin untuk anda mengajar
anak-anak mereka. Tidak perlu banyak subjek yang anda tawarkan, cukuplah 1
2 subjek sebagai permulaan.
Jika anda beragama Islam, anda boleh membuka kelas mengaji Iqra’.
Takkan alif ba ta hingga ya anda tak tahu. Jadi, gunakan ilmu yang sedia anda
untuk diberikan pada anak-anak sekeliling. Dekati jiran-jiran anda dan sebarkan
pada mereka yang anda sekarang ada membuat kelas mengaji atau kelas Iqra’.
Anda bukan sahaja dapat saham di dunia tapi insya-Allah saham akhirat juga.
Bisnes seperti ini menggunakan modal yang sedikit. Anda hanya perlu
sedikit ruang dalam rumah anda. Bonus sekiranya anda mempunyai meja dan
kerusi . Selebihnya, modal untuk fotostat bahan-bahan pengajaran.
Memang anda tiada pengalaman dalam bisnes tuisyen jadi, janganlah
letak harga yang tinggi. Letak harga yang lebih rendah dari harga yang biasa.
Dalam masa yang sama anda kenalah rajin mengkaji jenis-jenis soalan yang
sentiasa keluar dalam peperiksaan. Paling penting, berniaga berniaga juga, tapi
niat perlulah ikhlas untuk mengajar anak-anak ini. Berusahalah sehabis baik
agar mereka faham dan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 19/65
18
pelajaran. Anda juga perlu rajin merujuk guru-guru yang berpengalaman jika
mahu pergi jauh dalam bisnes tuisyen ini.
Jika anda mempunyai kenderaan, anda boleh membuat tuisyen privasi
ke rumah anak didik anda. Cas lebih sedikit untuk tenaga dan kos duit minyak.Ini lebih menarik dan memudahkan pelanggan anda.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 20/65
19
Idea 14 :
PERKHIDMATAN MEMASAK DAN MENGHANTAR
Di tempat anda pasti ada orang yang sibuk. Sebagai contoh guru yang
perlu keluar awal pagi, orang yang kerja pejabat, jururawat, kakitangan
kerajaan, dan pekerjaan lain. Mesti ramai yang suka jika ada perkhidmatan
memasak dan menghantar terus ke rumah mereka. Lauk-pauk yang dijual di
kedai kebanyakannya sudah sejuk, mahal, kena ke kedai dan membelinya.
Dengan perkhidmatan anda ini, mereka bukan sahaja tidak perlumengeluarkan tenaga tapi makanan yang disediakan juga panas-panas.
Ambil maklumat dan data jenis pelanggan anda. Mungkin pelanggan
anda menghidap diabetes, janganlah anda masak manis-manis. Mungkin
pelanggan anda alahan kepada udang, janganlah anda masak udang sambal
untuknya. Ambil tahu juga mengenai makanan kegemaran mereka, dan
masaklah makanan kegemaran mereka sedap-sedap. Sekali-skala tanyakan
kepada pelanggan anda mereka mahukan masakan yang bagaimana.
Cuba berikan diskaun kepada pelanggan anda yang berusia emas. Ambil
tahu makanan apa yang mereka tidak boleh makan dan masa mereka makan.
Jarang-jarang kan orang buat perkhidmatan sebegini?. Ini peluang anda!
Hubungi anak-anak mereka dan tawarkan perkhidmatan anda ni. Untung orang
tua mereka, tidak perlu guna tenaga untuk ke pasar, memasak, dan membasuh
pinggan mangkuk.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 21/65
20
Idea 15 :
BUAT DUIT DARI PERKONGSIAN YANG ANDA TAHU
Kita selalu dengar Sharing is Caring. Maka, berkongsilah. Setiap dari kita
mesti ada sesuatu yang kita tahu. Kongsikan pada orang lain, buat kelas dalam
rumah, kenakan sedikit yuran.
Contohnya, anda tahu menjahit, buat kelas jahitan. Buat pakej, pakej
jahitan baju kurung yurannya RM 200 seorang contohnya. Jika anda tahu
menjahit menggunakan kain felt untuk dijadikan kerongsang, bantal yang
comel, dan keychain, maka berkongsilah!. Dan jalankan bisnes anda dari sini.
Jika anda seorang yang pakar dalam membuat website, mungkin anda
boleh ajarkan orang bagaimana mereka bentuk blog yang menarik pada
mereka yang berminat
Jika anda seorang petani, boleh berkongsi bagaimana dari pertanian
anda boleh buat duit. Contohnya seminar serai dan cili. Jika anda pandai
membuat roti dan kek, buat kelas membuat roti dan kek. Mungkin pada anda
betulke ni boleh buat bisnes?. Ada ke orang nak?. Tak cuba tak tahu. Tak
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 22/65
21
semua orang seperti anda. Mungkin bagi anda sungguh mudah membuat roti
tapi bagi mereka yang lain, mereka buntu dan tak tahu nak mula dari mana.
Rajin-rajinkanlah diri untuk membuat iklan. Tak perlulah sampai buat
banner untuk peringkat yang awal ni. Cukup sahaja print menggunakan kertasA4 putih, gunting kecil-kecil, dan agih-agihkan pada kenalan, pelajar universiti,
dan jiran tetangga. Gunakan facebook dan media elektronik yang lain dengan
sebaiknya.
"Dalam perjalanan hidupanda akan bertemu
simpang ke kiri @ ke
kanan. Anda juga akan
temui peluang & cabaran.
Perkara yang lebih penting
dalam memilih pilihan itu
adalah harus anda
memfokuskan pencapaianmatlamat yg telah anda
impikan." Sudahkah anda
mempunyai matlamat itu?
kalau belum lakukan
sekarang.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 23/65
22
Idea 16 :
KEDAI BARANGAN BASAH KHUSUS
Kedai barangan basah khusus ni sama seperti kedai lain cuma yangbezanya anda fokus pada jenis jualan anda. Katalah anda jual sayur-sayuran
kampung. Jual pelbagai jenis sayuran kampung. Pucuk ubi, pucuk paku pakis,
kangkung, bayam, petola, daun tenggek burung, peria katak, daun turi, daun
kesum, bunga kantan, dan macam-macam lagi.
Di kampung saya, ada seorang makcik tua yang jual sayur-sayuran
kampung menggunakan motor buruknya. Anda jual lah sahaja di depan rumah
anda. Saya lihat pembeli sayuran makcik tu adalah orang kampung saya juga.
Seorang guru. Dan sayuran yang dibeli itu mudah sahaja didapati di kawasan
kampung malahan di tepi-tepi parit juga ada. Yang bezanya, makcik ini pandai
mencari peluang dengan menunggu waktu pulang guru-guru di hadapan pagar.
Anda juga boleh jual pelbagai jenis daging. Daging ayam, lembu,
kambing, rusa, landak, itik, angsa, kerbau, dan arnab. Usahalah sedikit cari
pembekal daging-daging ini dan jual di hadapan rumah anda. Menarik bukan?.
Kalau orang dah tahu anda jual macam-macam jenis daging, orang akan datang
ke tempat anda, sebab tempat lain takde bisnes macam ni.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 24/65
23
Idea 17 :
KEDAI ALAT TULIS & FOTOSTAT YANG DIBUAT DI RUMAH
Sebagai permulaan bisnes, anda boleh sahaja bermula dengan
perkhidmatan fotostat sahaja. Cari mesin fotostat second hand dan mulakanperniagaan anda. Bonus bagi anda yang tinggal dalam taman dan kampung
atau kejiranan yang ramai penduduk. Beri keistimewaan pada khidmat anda
ini. Mungkin kedai anda buka 24 jam. Takdelah sampai anda kena tunggu
pelanggan 24 jam. Anda kan bisnes dalam rumah jadinya, bila ada pelanggan
sahajalah anda perlu bekerja. Jika tiada, anda bebas baring, makan, dan rehat.
Mungkin sahaja pelanggan anda itu terdesak mahukan khidmat fotostat.
Mana ada kedai fotostat bukak malam-malam dan 24 jam?. Takde kan?. Ha, inipeluang anda!. Pastikan juga anda iklankan perkhidmatan anda ini. Beritahu
jiran, orang kampung, orang taman, dan kariah masjid. Kreatifkan diri anda.
Buat diskaun bagi pelajar sekolah dan sesiapa yang fotostat lebih 1000 helai.
Alang-alang anda buat bisnes di rumah, ambik peluang ini menjadikan
masa menunggu tidak terasa. Letaklah TV anda di tempat yang sesuai agar
pelanggan juga dapat menonton TV bersama-sama. Hidangkan air bujang sejuk
pun dah cukup melegakan tekak yang dahaga. Mana ada kedai fotostat lainbuat macam ni, ye tak?...kan..kan…
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 25/65
24
Idea 18 :
PENGANGKUTAN – BAS SEKOLAH/ TEKSI/ TRANSIT DENGAN GUNA
KERETA SENDIRI
Sebagai permulaan bisnes anda, anda guna sahaja kenderaan yang sedia
ada di rumah. Kalau motor, gunalah motor. Kalau ada kereta, guna kereta.
Bonus kalau anda sememangnya ada van. Tawarkan pada ibu-bapa yang
mempunyai anak-anak yang bersekolah untuk menggunakan perkhidmatan
anda. Khidmat anda istimewa dari bas kerana anda mengambil dan
menghantar anak-anak mereka tepat depan pintu rumah mereka. Keselamatan
anak-anak mereka terjamin. Kalau hujan pun tiada masalah kerana boleh
menunggu dalam rumah. Kalau hujan, ambiklah hati pelanggan dengan
menjemput mereka menggunakan payung hingga mereka masuk kenderaan.
Pasang lagu-lagu yang menarik perhatian mereka ketika dalam
kenderaan. Mungkin hari ni dengar nasyid, esok dengar lagu korea, lusa lagu
pop, tulat lagu rock. Mugkin juga pasang CD yang memberi pengetahuan pada
mereka.
Sekali-skala beri perkhidmatan penghantaran percuma. Jangan lama-
lama, sehari cukuplah. Minyak kan mahal sekarang ni. Atau mungkin boleh
kurangkan seringgit dua dari harga asal. Atau boleh sahaja sebulan sekali
belanja mereka makan aiskrim. Tak dapat cornetto aiskrim Malaysia 20sen pun
jadiklah.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 26/65
25
Idea 19 :
MENJAGA ANAK ORANG / TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Pada peringkat awal bisnes, anda boleh mencari pengalaman menjaga
anak orang lain di rumah anda. Anda tidak perlukan sebarang modal. Jaga anak
orang baik-baik. Lama-kelamaan anda akan dikenali dan makin ramai akan
menghantar anak mereka ke rumah anda. Pada peringkat permulaan,
janganlah letak harga terlalu tinggi setaraf dengan taska di luar sana. Cukuplah
RM200 / RM250 seorang.
Jika anda mahu bisnes anda ini pergi jauh, anda perlu merancang dengan
teliti. Anda perlu mempersiapkan entiti perniagaan dengan lesen Majlis
Perbandaran dari Majlis Tempatan serta tenaga pengajar yang mempunyai
kelulusan di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Jika berminat, tak
salah kalau anda belajar sedikit lagi tentang ilmu pendidikan awal kanak-kanak.
Dah namapun berniaga, perlulah ada pengorbanannya.
Berniaga satu perjuangan, juga satu pertarungan. Yang menang terus berlari, yg kalah
tersungkur lesu. begitulah pusiangannya dua perniagaan dan seterusnya. Yg kalah hari ni tak
perlu putus asa utk mengejar kejayaan esok. Yg menang berhati-hati, tak tentu nasib sentiasa
menyelebahinya. "Berniaga bukan senang"
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 27/65
26
Idea 20 :
TUKUNG URUT
Tukang urut mungkin biasa didapati di kawasan kampung. Itu pun di
kampung saya sudah tidak banyak tukang urut yang boleh didapati apatah lagi
di bandar-bandar. Gunakan kemahiran anda mengurut orang untuk dijadikan
bisnes. Mungkin anda tidak yakin dengan kemampuan anda mengurut.
Ambillah sijil kemahiran dari mana-mana institusi atau belajarlah dari sesiapa
yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran.
Ya, saya tahu anda bisnes mengurut dari rumah sahaja namun, buatlah
sesuatu yang berbeza. Selalu tukang urut ni bau minyak angin memanjang.
Tukarlah suasana dengan aroma-aroma yang menangkan. Pasang lagu-lagu
yang perlahan ataupun instrumental. Sediakan bilik khas untuk mengurut agar
pelanggan berasa selesa.
Sentiasalah bertanya kepada pelanggan sama ada dia berasa sakit
ataupun tidak. Ikut cita rasa dia, jangan ikut cita rasa anda. Jangan sampai
pelanggan takut nak berurut dengan anda. Sekali-skala berkongsilah tips dan
berbual dengan pelanggan.
Paling penting, urutlah dengan kasih sayang dan berdoa semoga pesakit
diberikan kesembuhan. Tetapkan harga anda, jangan biarkan pelanggan yangmenetapkan harga. Sekali-skala, berikan diskaun pada pelanggan tetap anda.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 28/65
27
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 29/65
28
Idea 21 :
Kafe di rumah
Mewujudkan kafe di rumah ini adalah idea pelik tapi benar. Mungkin
ianya adalah satu idea baru di daerah anda tetapi belum cuba belum tahu
sambutannya. Jika anda boleh memasak satu masakan yang special seperti nasi
biryani gam batu pahat atau nasi arab Yamani, anda boleh tawarkan bisnes ini.
Pada mulanya mungkin anda panggil dan mencuba kawan-kawan
terapat anda ataupun jiran-jiran untuk mencuba masakan anda. Di Muar ada 2
atau 3 buah menjadikan ruangan halaman depan rumah mereka menjadikan
café. Ianya lebih sempoi dan santai. Ketengahkan kelainan, waktu yang
tertentu sahaja misalnya hanya makan tengah hari sahaja atau pagi sahaja atau
malam sahaja untuk tidak mengganggu keluarga anda.
Kejayaan kafe ini adalah konsep yang best dan makanan yang best. Jika
kawasan kediaman anda berdekatan dengan dengan pejabat. Anda boleh
menawarkan masakan di rumah yang berlainan setiap hari seperti ala-
kampung. Satu lagi idea mungkin jika anda boleh menawarkan makanan pakej
kepada pelajar universiti atau pekerja kilang jika mereka menyewa berdekatan
dengan rumah anda. Mereka boleh makan dan menempah setiap hari dan
membayar sebulan. Kalau nak seribu daya…..cubalah fikir idea bertindak.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 30/65
29
Idea 22 :
PENULIS BISNES PLAN
Duit datang dari masalah. Cuba fikirkan apa masalah orang lain dan anda
cuba selesaikan. Penyelesaian itu adalah duit. Mungkin anda seorang suri
rumah tetapi anda mempunyai degree dalam pengurusan perniagaan atau
anda pernah bekerja di bank. Anda biasa membuat kertas kerja untuk bisnes
proposal dan bisnes plan. Anda boleh membantu ramai orang untuk membuat
bisnes plan.
Cuba anda tawarkan kemahiran anda, masuk dalam FB atau buat blog
atau masuk perkhidmatan anda di dalam Mudah.com saya yakin ianya sangat
berbaloi. Lebih-lebih lagi jika anda boleh membuatkan proposal kepada banyak
IKS yang tidak tahu membuat kertas kerja untuk mendapatkan geran atau
mendapatkan pinjaman dari bank.
Anda mungkin mendapat bayaran yang lumayan dengan mudahkan
kerja orang lain. Anda perlu banyak pengalaman dan dengan banyak membaca,
rangkaian rakan niaga anda akan menjadi perunding yang sangat dikehendaki
oleh para peniaga. Saya beri anda satu lagi idea. Mungkin ramai yang mahu
berniaga tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam sesuatu bisnes. Anda
boleh membuat berapa banyak bisnes plan (bank bisnes plan) dan menjualnya
kepada mereka yang berkehendakkan dan dijual secara online.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 31/65
30
Idea 23 :
LIFE COACH
‘ Life coach ‘, anda pernah terfikir tak perkara ini. Ramai sebenarnya
mereka yang mempunyai bakat tetapi membiarkan bakat mereka begitu
sahaja. Mungkin anda mempunyai bakat dalam bidang ini. Saya berikan
contoh, saya sendiri mahukan coach yang boleh membimbing saya secara
personal untuk saya kurangkan berat badan saya. Saya tidak suka makan ubat
kurus tetapi saya sedar saya mahu kurangkan berat badan untuk kesihatan
saya. Bila ada coach yang membimbing maka mungkin impian saya mudahtercapai.
Life coaching ini baru di Malaysia tetapi ianya sudah terlalu biasa di luar
negara seperti di eropah, US dan UK. Mungkin antara bidang yang mereka
mahukan bimbingan adalah seperti bimbingan kerjaya, bimbingan kesihatan,
bimbingan pengurusan pribadi, bimbingan kecantikan dan bimbingan
kewangan. Kadang-kadang untuk berjaya lebih cepat kita perlukan mentor dan
coach untuk mempercepatkan impian yang mahu kita capai.
Coaching ini mungkin melibatkan kita berjumpa dengan pelanggan,
melalui percakapan dari phone dan dari pelbagai kaedah komunikasi.
Ingatan :: Program Coaching bukanlah boleh memastikan anda mengubah
secara total pelanggan, anda hanya boleh memberikan panduan dan melatih
pelanggan anda ke arah apa yang mereka mahukan. Saya doakan anda berjaya.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 32/65
31
Idea 24 :
SEWAKAN KERETA ANDA
Anda ada kereta ?.
Jika ada kereta sudah cukup untuk buat duit, selain anda boleh sewakan
tu anda boleh tawarkan perkhidmatan pengangkutan. Mungkin dengan hanya
ada kat rumah je anda boleh tawarkan perkhidmatan untuk mengambil dan
menghantar anak jiran ke sekolah. Mungkin juga anda boleh menghantar
kawan-kawan ke pejabat mereka setiap hari.
Dulu masa saya masih belajar di universiti saya tawarkan perkhidmatan
menghantar pelajar ke pekan untuk mereka membeli belah dan mengambilmereka semula bila nak balik.
Jika kereta anda sebuah kereta mahal, mungkin anda boleh sewakan
untuk majlis perkhawinan. Biasanya digunakan oleh pengantin bangsa cina.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 33/65
32
Idea 25 :
MENJUAL ANAK POKOK
Jika anda ada kawasan tanah dirumah anda, mungkin anda boleh
membenihkan anak pokok. Anda boleh belajar macam mana nak buat, cari
benih yang baik untuk di tanam. Anak benih seperti anak pokok durian, anak
pokok mangga, pokok ciku dan banyak lagi.
Kenapa jual anak pokok ?
1. Kos untuk menyediakan benih anak pokok ini adalah hanya dalam
RM3-RM4 sahaja.2. Mudah dijual. Anda boleh jual di pasar malam jika ada kereta,
mungkin boleh jual dengan jiran-jiran.
3. Harga jual adalah tinggi dari RM15-RM20 sepokok. Untungnya
tinggikan.
Jika nak seribu daya, jika tak mahu seribu dalih. Saya pasti anda akan berjaya
dalam projek anda. Saya ada syorkan kawan saya dalam projek ini. Kalau anda
berjaya menjual 100 pokok sebulan sudah tentu anda sudah mendapatRM2000 sebulan.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 34/65
33
Idea 26 :
INDUSTRI ON-LINE :: E-BOOK
Mengapa saya menulis e-book
1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan
RM100 sehari. Menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyakberbanding menulis buku.
2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi
boleh di jual ke pasaran Indonesia, Brunei dan Singapura. Kalau bernasib baik
boleh di jual ke US dan UK bila di terjemah.
3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income.
hasilnya mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali.
4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu dicetak dengan memerlukan kos
cetakan yang mahal. Anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi
kandungannya jika jualan buku anda kurang laku. Jika anda nak update
kandungannya boleh beri semula pada pembaca dan diberikan percuma.
5. E-book di malaysia kurang saingan. Masih banyak tajuk dan e-book yang
boleh di kupas. Kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika
lakunya 1000 berapa untung anda. Tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi
kaya kan...
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 35/65
34
6. Menulis seperti bercakap dengan diri sendiri. Anda akan bermotivasi setiap
hari lebih lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. Bukan sahaja ilmu menulis
tetapi ilmu pemasaran dan yang lainnya. Ianya boleh juga dikira sebahagian
dari perkongsian ilmu.
7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh
membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan
anda kerana e-book selalunya panduan "penyelesaian masalah".
8. Tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda,
anda sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di
kongsi. Jika anda seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tips dan
cara memasak, jika anda seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan
lain-lain.
9. Ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui
email. Lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date.
10. Tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua
sekarang ni ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai
yang membaca melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana -mana dan
boleh dibaca bila-bila masa.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 36/65
35
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 37/65
36
Idea 27 :
INDUSTRI ON-LINE :: MENJUAL PRODUK KECIL-KECILAN
Saya sangat suka menjual melalui online kerana mudah dan cepat. Saya
dah buat berpuluh ribu dengan menjual produk melalui on-line. Kita menjual
barangan yang orang mahu. Kita mungkin boleh menjual ubat untuk kesihatan,
barang keperluan dan yang lainnya.
Produk saya yang pertama yang saya jual secara online adalah ubat
kuruskan badan. Mudah sahaja, anda buat iklan di online, dapat tempahan,
pastikan menerima bayaran dan akhirnya anda boleh hantar melalui pos laju.
Saya mempunyai beberapa page yang menjual secara online seperti
pagebook/barangberjenamahargamurah : menjual handbeg.
Pagebook/tasbihsufi : menjual tasbih.
Sahabat baik saya adalah seorang pensyarah. Beliau telah buat duit lebih
RM10,000 sebulan hanya menjual produk melalui online.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 38/65
37
Idea 28 :
MEMBELA HAIWAN PELIHARAAN
Burung kenari, burung merpati dan arnab.
Cari haiwan yang senang dibiak, kedua-dua haiwan ini adalah haiwanpeliharaan dan ramai peminatnya. Selain dari itu senang dijual sama ada di
pasar malam, melalui facebook dan blog.
Selain dari itu, terdapat pelbagai jenis binatang yang sering dipelihara
dan ia terdiri daripada pelbagai spesies yang jarang ditemui. Malah terdapat
juga binatang peliharaan yang dipelihara bukan sahaja mahal tetapi
memerlukan perbelanjaan tinggi untuk menjaganya.
Tidak hairanlah perniagaan haiwan peliharaan menjanjikan pendapatan
lumayan. Minat untuk membela binatang eksotik semakin meningkat di
kalangan masyarakat kerana keunikannya dan memiliki haiwan tersebut
memberi satu kepuasan serta kebanggaan.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 39/65
38
Idea 29 :
MEMBUAT PERKHIDMATAN CATERING DARI RUMAH
Kesenangan memasak di rumah untuk keluarga atau orang-orang
tercinta boleh dijadikan sarana menghasilkan pendapatan. Dengan membuka
Catering sendiri sebagai Bisnes Dari Rumah akan dapat membuat keuntungan
lebih dari hal yang selama ini hanya menjadi hobi. Meskipun kedengarannya
cukup sederhana, namun penting untuk tahu tentang Bagaimana Memulai
Bisnes Catering Dari Rumah.
Mulakan dengan mencari tahu informasi tentang Bisnes Cateringsebanyak mungkin. Belajar tentang ilmu bisnes, pemasaran dan operasi perlu
juga bila belum memiliki pengetahuan di bidang ini. Ikuti beberapa kelas untuk
mempersiapkan diri menjadi seorang usahawan catering, atau baca beberapa
artikel tentang ilmu bisnes dari Internet dan buku-buku yang terdapat banyak
di pasaran.
Ramai orang sudah tidak ada masa untuk memasak dengan bilangan
yang banyak dengan barang kelengkapan yang kurang. Anda boleh mulakan
dengan majlis yang kecil seperti sambutan hari jadi dan kenduri malam jumaat.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 40/65
39
Idea 30 - 37:
7 IDEA BISNES SIMPLE UNTUK SISWA
1. JUAL TOPUP
Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi. Semua orang pakai
handphone. Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit
dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual
benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”.
Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun
untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.
2. NASI LEMAK ATAU BURGER
Bisnes untuk orang lapar. Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa
setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya‟, boleh jual dalam
100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan
burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal
dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga.
Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni
malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang
tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.
3. JUAL T-SHIRT
Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar. Setiap persatuan
pelajar ini wajib buat program masing-masing sebab pihak universitisudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat
t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi
ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment,
semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti
yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 41/65
40
4. PRINTING
Tak semua orang ada printer sendiri. Ada sesetengah fakulti tak
banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam
20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer
sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar
RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan
jimat kos.
5. MAKANAN RINGAN
Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda. Di satu
sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti,
biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosongdi sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar,
penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan
hambaNya”. He he he. Sampai sekarang masih ada yang buat.
Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang
yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi.
Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.
6. VIDEO MONTAJ & DESIGN
Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di
awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang
berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak.
Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka.
Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita
memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.
7. SERVIS FOTOSTAT
Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi
“kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang
tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah
pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar
sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari
pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos
RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun takkisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 42/65
41
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 43/65
42
Idea 38 :
WEB DESIGNER
Tahun 2015 adalah tahun Teknologi Maklumat. Sesiapa yang tidak
menggunakan kemudahan IT dalam pemasaran mereka, perniagaan mereka
sukar untuk berkembang cepat. Dalam kajian yang dibuat, bisnes yang dulunya
memerlukan masa 3 tahun untuk berkembang tetapi dengan menggunakan
pemasaran online dapat menyingkatkan masa untuk sesuatu bisnes tersebut.
Kini semua maklumat dihujung jari. Pelanggan kita mencari maklumat syarikat
kita melalui google sahaja. Itu sebabnya penyediaan dan kesedaran dikalangan
peniaga tentang pentingnya website atau blog dalam bisnes kita.
Jika anda berkemahiran dalam IT, anda boleh memberi perkhidmatan
dalam menyediakan website. Anda boleh juga menawarkan tapak server
kepada website yang anda bina dan dibayar secara tahunan atau bulanan. Saya
mempunyai pengalaman mengambil upah membina website. Harganya
bergantung kepada berapa detail sebuah website yang dibina. Pelanggan
dikenakan bayaran dari RM1000 – RM5000 satu website.
Selain dari itu juga anda boleh menawarkan perkhidmatan menulis surat
jualan kepada pelanggan anda disamping website yang dibina. Surat jualan
yang hebat mempengaruhi jualan sesuatu produk yang dijual di on-line.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 44/65
43
Idea 39 ::
EVENT PLANNER
Anda boleh merancang sesuatu event dari rumah sahaja. Mungkin event
itu untuk perseorangan atau untuk korporat. Contohnya ada satu syarikat yang
mahu membuat hari keluarga, jadi anda akan merancang bermula dengan
mencari tempat untuk event tersebut. Selepas itu anda cuba sesuaikan dengan
kemudahan yang ada dan aturcara yang sesuai bagi syarikat tersebut. Dalam
menguruskan acara, anda perlu mempunyai rangkaian yang baik.
Anda juga boleh secara sambilan dari rumah mengurus acara majlis
perkhawinan seseorang dari menempah dewan, mencari catering yang paling
rendah, mencari pelamin, mencari baju pengantin dan seterusnya mencari
jurugambar yang baik untuk mereka.
Perkara yang paling penting dalam bisnes pengurusan acara adalahkepercayaan orang terhadap kemampuan kita. Anda boleh memberikan
perkhidmatan yang lebih murah kerana anda menguruskan event dari rumah
dan perlu memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Banyak lagi
acara yang boleh anda buat sebagai contoh majlis bertunang, majlis hari jadi,
majlis perpisahan, kem motivasi, kem bina semangat berpasukan dan banyak
lagi. Semua majlis tersebut haruslah bersesuaian dengan jenis bisnes anda.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 45/65
44
Idea 40 ::
MENGAMBIL UPAH MEMBERSIH RUMAH
Anda tinggal dimana? Jika anda tinggal dikawasan perumahan atau
dibandar, mengambil upah untuk membersihkan rumah adalah satu kerja yang
banyak permintaannya. Apa tidaknya, ramai yang bekerja disiang hari dan
rumah mereka tidak sempat dikemas. Saya selalu melihat masalah sebagai
peluang.
Anda boleh menghantar info dengan perkhidmatan yang anda lakukan.
Mungkin anda boleh memberi perkhidmatan hanya beberapa jam sahaja
sehari memandangkan kerja anda hanyalah part time sahaja. Jika ada rumah
baru nak dikemas atau rumah baru pindah biasanya perkhidmatan cleaner ini
penting.
Semasa saya di universiti dulu, saya pernah mengambil upah untuk
mengambil sampah setiap rumah kondominium dengan upah RM20 serumahdalam sebulan. Sampah akan dikutip 3 kali seminggu. Kalau 150 rumah di situ
banyak juga dapat setiap bulan. Lepas dah banyak kerja saya cari pembantu
dan menawarkan pembersih rumah dengan harga RM120 seminggu untuk 4
jam. Saya cari orang tempatan untuk membantu saya.
Satu bisnes yang berjaya. Duit besar datang bila orang nak cepat
misalnya nak masuk kedai, bersihkan rumah yang tertinggal , penyewa baru
masuk dan lain-lain.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 46/65
45
Idea 41 ::
MENULIS UNTUK MAJALAH
Adakah anda tahu menulis untuk majalah atau surat khabar anda akan
dibayar ?. Ya…ianya benar. Anda akan dibayar setiap penulisan anda. Adamajalah yang keluar sebulan sekali dan ada majalah yang ditulis dua kali
sebulan. Tulislah perkara yang anda minat dan cuba ketengahkan bakat anda.
Cari nama dulu, lebih banyak anda menulis maka lebih ramai yang kenal
anda. Mungkin anda akan menjadi rujukan kepada mereka. Selepas itu
mungkin anda akan dibayar dengan harga yang mahal setiap karya anda.
Selamat mencuba.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 47/65
46
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 48/65
47
Idea 42 ::
PERFORMANCE
Pernahkah anda terfikir dengan bakat yang anda ada boleh
mendatangkan pendapatan sampingan. Bekerja dari rumah , bukanlah
bermaksud tidak bergerak langgung dari rumah dan duduk di rumah tunggu
duit. Saya mentafsirkan kerja dari rumah ini lebih bekerja sendiri dan menjadi
bos sendiri. Salah satu kerja dari rumah dan bekerja sendiri adalah membuat
persembahan di majlis-majlis.
Membuat persambahan nyayian di event
Menjadi DJ
Membuat persembahan tarian
Membuat persembahan lawak
Membuat persembahan silapmata
Membuat persembahan silat
Saya berikan beberapa contoh di atas mengikut kemahiran yang anda
boleh. Kerja itu semua adalah part time sahaja tidak mengambil masa yang
lama. Anda akan di bayar mengikut persembahan yang anda persembahkan.
Mungkin persembahan anda untuk di majlis-majlis rasmi atau juga majlis kerja
kahwin.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 49/65
48
IDEA 43 ::
MENYERTAI SYARIKAT JUALAN LANGSUNG
Secara jujur saya katakan yang saya tak pernah join sebarang syarikat
jualan langsung. Tetapi saya yakin jika anda masuk dalam bisnes jualan
langsung yang tepat anda dapat menjual produk dan menjana pendapatan
yang baik. Saya nasihatkan untuk memilih syarikat jualan langsung yang betul
dan telah lama bertapak.
Ramai juga dikalangan sahabat saya yang berjaya membuat perniagaan
dengan menggunakan rangkaian bisnes mereka. Dengan rangkaian bisnes yang
besar, bisnes dapat dijalankan dengan cepat dan lancar. Anda juga boleh
menjual barangan anda sendiri dengan menjual secara single marketing.
Perkara yang penting adalah “jangan tipu orang”. Menjuallah dan
mematuhi syariah jualan. Kita bukan semata-mata untuk mencari duit dalam
bisnes tetapi kita juga ingin mencari keberkatan. Saya doakan untuk anda
berjaya dalam bisnes yang anda ceburi. Kepada mereka yang baru dalam
bisnes, trading adalah baik kerana ianya menjualkan barangan orang lain.
Belajarlah dulu menjual sebelum betul-betul masuk dalam bisnes sebenar.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 50/65
49
IDEA 44 ::
BAIK PULIH KOMPUTER DAN HANDPHONE
Kalau dulu mungkin komputer ni satu benda yang tak semua orang ada
tetapi sekarang ni dari budak kecil sampai orang tua semua ada komputer.
Komputer dah jadi murah dan dah jadi satu keperluan. Makin lama komputer
maskin kecil dan semua orang ada komputer sendiri.
Bila dah ada komputer dan dah ada handphone mesti selalu rosak. Jikaanda mempunyai kepakaran membaik pulih dua barang ni saya rasa anda
boleh buat duit dengan memberi perkhidmatan baikpulih komputer dan baik
pulih handphone.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini dan sambil-sambil minum
kopi petang-petang mungkin anda boleh membetulkan komputer jiran anda,
rakan anda dan mengambil upah dari perkhidmatan tersebut.
Bukan semua orang tahu, kekadang masalah mudah sahaja. Mereka tak
tahu pasang modem kat rumah, mereka tak tahu komputer problem.
Perkhidmatan ini boleh anda buat yang berdekatan dengan kolej atau
universiti. Selain dari itu mungkin juga anda boleh menawarkan penyewaan
komputer secondhand kepada pelajar kolej dan universiti dengan sewaan
bulanan. Masih ada golongan yang tidak mampu dan mahukan computer
untuk kerja harian mereka.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 51/65
50
Idea 45 ::
BISNES DROPSHIP
Ramaikan kita dengar memberi alas an tak pandai berniaga sendiri ?,
lebih ramai yang kata “kami tak ada modal”. Tiba-tiba ada satu konsep yang
dinamakan dropship. Dropship berniaga tanpa modal, berniaga tanpa pejabat,
anda hanya menjual sahaja. Anda jualkan barangan orang lain dan syarikat itu
akan menguruskan penghantaran setelah mendapat bayaran dari anda.
Dropship konsepnya mudah dan murah. Kita tak payah susah-susah cari
modal untuk beli stok barang fizikal. Tak perlu menyimpan stok. Hanya
promosikan barang dan selebihnya akan diuruskan syarikat dropshipper.
Syarikat dropshipper akan berikan harga yang lebih murah daripada harga
pasaran. Perbezaan harga tersebut kita simpan sebagai profit jualan produk
yang dijual. Tiga orang terlibat di dalam proses ini iaitu penjual, pembeli dan
dropshipper -syarikat yang menguruskan inventori dan penghantaran produk.
Penjual akan meletakkan gambar dan description produk di website
mereka dan iklankan produk melalui online atau off-line. Pembeli akan
membuat pembayaran untuk membeli produk tersebut. Pembeli membayar
harga produk tersebut dengan harga pasaran beserta kos penghantaran.
Penjual menyerahkan order detail seperti nama, alamat, kuantiti kepada
dropshipper beserta dengan bayaran produk tersebut. Akhirnya, Dropshipper
akan menghantar produk tersebut terus kepada pembeli. Kebiasaannya identiti
syarikat dropshipper dirahsiakan untuk menjaga kepentingan penjual yang
mempromosikan produk tersebut.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 52/65
51
Idea 46 ::
SEWAKAN WIFIKalau anda pengguna Unifi atau Streamyx, cara ini mungkin untuk anda.
Begini. Anda keluar dari pagi hingga ke petang, hujung minggu pula keluar.
Kadang-kadang sahaja guna internet, paling lama pun mungkin dalam 3-4 jam
sahaja sehari. Tetapi tiap-tiap bulan perlu bayar penuh. Guna atau tak guna
masih perlu bayar. Apa kata anda tawarkan kepada 3 orang jiran anda
unlimited access kepada internet anda dengan harga misalnya RM35 sebulan?
Hanya berikan password sahaja kepada mereka. Alang-alang tak guna, baik kasi
orang lain guna. Duit pun dapat. Amacam, anda perlu kretif untuk buat duit.
Idea 47 ::
JADI EJEN TAKAFUL KENDERAANKomisyen yang kita akan dapat sekiranya kita menjadi ejen insurans
kereta adalah 10% dari jumlah yang dibayar. Sebagai contoh ada kereta yang
kadar perlindungan takafulnya adalah RM 500, maka kita akan dapat RM50
sebagai komisyen. Jadi, untuk mendapatkan duit tambahan sebanyak RM100
sebulan, kita hanya perlu cari 2 orang rakan sahaja setiap bulan. Setahun 24
orang. Selepas habis setahun, follow up balik kawan-kawan lama tersebut,
minta renew lagi dengan kita. Takkan tak ada 24 orang kawan yang pakai
kereta?.
Idea 48 ::
TRADING DI MUDAH.MY
Marketplace yang terkenal di Malaysia adalah Mudah.my. Ada jugawebsite lain seperti Lelong dan eBay. Di sini ramai seller dan buyer berkumpul
untuk jual beli barang terpakai dan juga barang yang baru. Teknik ini
dinamakan beli dan jual balik. Teknik ini pernah ada orang buat dan
memberikan pulangan sekitar RM500 sebulan. Pastikan anda sentiasa alert
dengan harga market price sesuatu barang dan sentiasa rajin membuka
website yang saya sebutkan di atas. Contoh harga iPhone 4 second hand
sekarang RM900. Suatu hari ada jumpa orang yang hendak jual dengan harga
RM850, murah RM50. Terus beli. Pegang dulu dalam dua minggu dan jual
semula dengan harga yang lebih tinggi. Kemahiran tawar menawar penting.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 53/65
52
Idea 49 ::
PART TIME ATAU FULLTIME BABYSITTING
Mungkin anda sukakan kanak-kanak, anda mungkin boleh menawarkan
penjagaan baby secara fulltime atau parttime terpulang pada kelapangan
anda. Ramai dah orang buat idea ni tapi tak ramai yang menawarkan
penjagaan baby sebelah malam atau pada weekend. Jika anda mahu
menawarkan yang lebih special bila anda menawarkan kelainan dengan bahasa
inggeris atau anda boleh menawarkan baby SPA dah tentu ibu bapa boleh
membayar anda dengan harga yang lebih mahal.
Dipusat penjagaan anda mungkin anda tambah dengan kemahiran
berbahasa inggeris atau berbahasa arab. Permainan juga yang ditawarkan yang
lebih merangsang minda anak-anak. Ibu bapa sekarang boleh dan mampu
membayar jika perkhidmatan yang ditawarkan terbaik.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 54/65
53
Idea 50 ::
BUAT KUIH, BISKUT DAN CAKE DARI RUMAH
Anda pandai buat cake, anda pandai buat biskut dan ramai orang nakmakan cake dan biskut anda. Kenapa anda tak nak buat? Ramai betul kawan
saya yang sekarang membuat kek dan biskut dari rumah. Mereka menjual
kepada penggemar kek dan biskut, ada yang dijual melalui online dan ada yang
menjual melalui off-line melalui tempahan.
Anda ramai kawan, anda ada jiran. Mereka ada majlis untuk hari jadi dan
yang lain-lain. Mungkin boleh menempah biskut dan kek dari anda. Saya sudah
menjual kuih raya selama lebih 10 tahun pada musim perayaan dan dapat
menambah sedikit pendapatan pada musim perayaan. Sekarang lebih ramai
yang sukakan homemade biskut dari yang di beli dari kedai dibuat di kilang.
Anda juga boleh mengajar orang buat kek dan biskut jika anda pakar
dalam membuat kek. Kakak saya mengajar orang buat kek, pendapatan
sampingan dia sebulan pun boleh RM4000. Ambillah yuran yang murah pada
mulanya, ramai orang nak belajar dan minta mereka membawa bahan mereka
sendiri. Kek yang mereka buat mereka akan bawa balik.
Anda juga boleh jumpa mereka yang nak melangsungkan perkahwinan
dan anda tawarkan doorgift pada mereka. Biskut dan kek yang kecil diberikan
kepada kenalan dan sahabat handai yang datang. Pemasaran yang paling
murah dan cepat adalah melalui facebook dan media internet.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 55/65
54
Idea 51 ::
BONUS :: 11 nasihat bisnes
Idea / Nasihat bisnes – 01
"Jika buat bisnes , Jangan membabi buta"
Saya teringat seorang mentor berbangsa Cina yang mengajar saya 10 tahun
dulu dalam selok-belok berniaga.
Babi selalu menyondol, tak kira apa yang ada di depan. Untung sabut timbul,
untung batu tenggelam. Jika bisnes jangan macam tu. Bisnes bukan perjudian.Bisnes perlu ada ilmu, bisnes perlu ada seni dan bisnes perlu ada matlamat.
sebab itu bisnes kita mengalami kerugian. Saya juga macam tu dulunya, tanpa
ilmu, tanpa pengalaman main buat je sehinggalah saya dapat menguasai seni
bisnes yang betul.
Idea / Nasihat bisnes – 02
MELIHAT MASA DEPAN BISNES
Ramai rakan niaga saya bila ditanya bagaimana melihat masa depan bisnes
kita. Jangan melihat masa depan bisnes dengan mengunakan mata kita,
perlunya melihat masa depan bisnes dengan masa depan mereka yang lebih
muda 10-15 tahun dari kita.
Masa depan bisnes kita selalunya telah ketinggalan. Sebagai contoh umur kitasudah 45, apa masa depan bisnes yang berpotensi.
Jika dilihat masa depan umur kita, kita akan melihat skop yang kecil. Jika anda
melihat mereka yang berusia 20an dan 30an. Apa mereka minat, apa mereka
makan, apa mereka buat, apa mereka minat, apa mereka suka dan anda akan
faham apa yang cuba saya sampaikan.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 56/65
55
Idea / Nasihat bisnes – 03
JAGA BISNES ANDA SENDIRI.
Berbisnes bukan sekadar semangat yang berkobar-kobar. Berbisnes perlu adaseni. Jika hanya ada semangat , jika semangat hilang bisnes anda juga hilang.
Setiap hari kita belajar, setiap hari kita memperbaiki kesalahan yang ada.
Kekadang cabaran dalam bisnes membuatkan kita lwbih matang dan
berpengalaman.
Jika anda ada bisnes, cuba perhatikan bisnes anda baik-baik. Lihat semula dsri
kesempurnaan nya. Dari segi marketingnya, dari segi operasinya, dari segi
pentadbirannya. Ya tentu kita anda buat silap dan salah sebelum ini...belajardan perbaiki.
Di kawasan anda misalnya, apa kelebihan kedai anda? Apa keunikan kedai
anda atau produk anda. Mungkin kelainan nya hanyalah sedikit contohnya
layanan yang baik. Tapi dengan sedikit kelainan tadi anda lebih baik dari 20
kedai yang ada di situ.
Hari ni jom kita ke tengok bisnes kita. Tengok balik ada yang tak kena. Tengok
apa yang ada masalah dan perbaiki. Mungkin dari masalah marketing nya,
stafnya, operasinya.
Idea / Nasihat bisnes – 04
Idea bisnes pagi ini adalah idea hebat untuk anda mulakan bisnes kecil. Orang
niaga perlu pandai cari peluang dan gunakan peluang yang ada.
Apa kuih yang anda pandai buat? Sedap tak sedap tolak tepi dulu. Kalau tak
tahu buat kan boleh belajar.
Jika anda pandai buat kuih atau roti mungkin anda boleh menawarkan
perkhidmatan membuat kuih dan roti kecil-kecilan. Anda jangan jual kuih tepi
jalan tapi anda tawarkan untuk catering.
Sebagai contoh, saya menawarkan 6 catering seminggu. Untuk 1000 orang
tetamu kuih yang diperlukan adalah 2000 biji. Jika 6 majlis anda perlu siapka
12000 biji. Jika 3 biji seringgit anda dapat menjual RM 4000.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 57/65
56
Jika anda ada kemahiran membuat roti. Anda menjual untuk sekolah dan di
letak di kantin atau koperasi. Kalau satu sekolah menengah yang 1000
pelajarnya anda hantarkan 200 biji. Jika anda jual 80 sen sebiji untuk roti yang
dijual seringgit untuk 4 sekolah berapa pendapatan anda? Saya kirakan.
Jualan
1 sekolah = 200 biji.
Yang laku mungkin 180 biji sehari.
180 biji x 5 hari.
Jika anda hantar untuk empat sekolah
=3600 biji × 0.80
Pendapatan seminggu
= RM2880.
Modal
Sebiji roti modalnya adalah
0.25 x 4000 biji
= RM1000
Untung
RM2880 - RM1000
Jumlah
RM 1880
Lumayan bukan. Nak senang kenalah berusaha.
Itu jika kira pendapatan seminggu. Jika saya kira pendapatan sebulan. Banyakkan...RM1880 x 4 minggu
Jumlahnya
RM 7520 Sebulan
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 58/65
57
Idea / Nasihat bisnes – 05
Salah satu bisnes yang keuntungannya adalah melebihi 100% adalah training.
Tahun 2014 adalah masanya bila dalam kegawatan.
Saya mencadangkan anda jika mahu mulakan bisnes kecil-kecil buatlah bisnes
training kecil-kecil dulu. Anda boleh mulakan dengan apa sahaja kepakaran
yang anda ada. Tengok kepakaran anda, apa yang anda pandai buat.
Jika anda pandai menjahit, jika anda pandai memasak, jika anda pandai
berpidato, jika anda panda melukis, jika anda pandai berbahasa inggeris atau
jika anda pandai matematik. Semua anda boleh ajarkan. Tawarkan kepada
orang lain walaupun seorang untuk mengajar.
Tak mungkin anda langsung tidak punya pengalaman walaupun sekecil
membuat kapal terbang kertas. Kapal terbang kertas boleh jadi bisnes dalam
majlis-majlis opening atau penutup. Kapal terbang kertas boleh jadi
cenderahati.
Anjurkan mini seminar, anjurkan kelas , anjurkan stady group untuk semua ini.
Mulakan hari ini...
Moga idea ini semua berguna kepada anda. Mohon doakan saya dan saya
mendoakan anda semua berjaya dan ceria juga dilindungi Allah.
Idea / Nasihat bisnes – 06
Buat bisnes kecil-kecil dulu. Tumpukan dengan jualan. Anda boleh mulakan
dengan apa yang anda mahir. Contohnya adalah anda boleh berikanperkhidmatan menjahit atau memasak jika anda pandai memasak atau
menjahit.
Anda boleh jemput rakan anda yang anda biasa ke rumah anda dan
menawarkan harga berpatutan contohnya makan nasi arab di hujung minggu
dengan harga RM20 sekepala. Jika dapat 20 orang yang datang tentu anda
dapat jualan RM 400 jumlah yang hebat.
Ulang setiap minggu dan hari cuti dengan pelanggan lain. Bisnes ini banyak dibuat di UK dan eropah yang dipanggil ' home cafe ' . Secara part time anda
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 59/65
58
boleh mendapat lebih 1000 sebulan. Kalau ditolak kos mungkin untungnya RM
500 lumayan bukan?.
Idea / Nasihat bisnes–
07
Saya tak kenal Tiger Woods. Semalam saya membaca bukunya. Dia ditanya
ramai orang bagaimana dia boleh sangat berjaya dalam golf.
Katanya ramai yang membuat teori sendiri. Ada yang kata, semangatnya, ada
yang kata dia dilatih bapanya, ada yang kata sekolahnya, ada yang kata
fizikalnya yang sesuai. Mungkin sebahagiannya benar.
Dalam bukunya, dia berlatih setiap hari. Lebih 1000 bola dipukulnya untukmendapat ketepatan. Hanya usaha yang kuat membawa dia berjaya itupun tak
pasti. Dia mengaku menghambakan dirinya dengan apa yang dia minat dan dia
impikan.
"Semua orang yang berjaya, bermula dari tempat dia berdiri sekarang".
Malam tadi lewat jam 1 pagi saya menonton tv. Satu dokumentari berkenaan
pemuzik. Bermain biola dan piano. Wah rupanya bukan kerana bakat tetapi
latihan yang kerap.
Idea / Nasihat bisnes – 09
NASIHAT
"Kita kalah dan terus kalah kerana putus asa, kita menang kerana semangat
dan harapan."
Mungkin kita tidak pernah ada pengalaman diserang bertubi-tubi. Itu
pengalamannya. Jika ada masalah datang, ianya akan anda merasainya.
Setiap hari kita tidak boleh menjangka hujan akan turun dengan lebatnya
hingga banjir, kita tidak boleh mengawal gemba bumi, dan kita tidak boleh
mengelak kemalangan. Yang boleh kita buat adalah sentiasa bersedia.
Kita perlu bertahan bila keadaan sukar, jangan sesekali putus asa dan
menyerah kalah. Ianya sama dalam keadaan besar atau kecil.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 60/65
59
Idea / Nasihat bisnes – 10
SENI BERNIAGA
Belajar dengan siapa sahaja dan terus belajar. Belajar walau dengan anak-anakkecil.
Semakin dewasa kita semakin takut. Semalam saya bersama anak saya Ikhwan
ramadhan yang umurnya belum dua tahun.
Dia riang, dia gembira bermain. Anak kecil lebih berani kerana mereka tidak
mengenal risiko. Mereka buat dulu baru fikir. Banyak tindakan mereka
akhirnya berjaya. Jika tidak mereka bangun dari jatuh dan mencuba semula
tanpa putus asa. Jika tidak hari ini mereka akan sambung esok. Kita yangdewasa ni yang takut mereka mendapat bahaya.
Tetapi kekadang perkara yang kita tidak sangka boleh mereka capai dengan
hati yang gembira.
Sangat berbeza dengan orang dewasa, mereka lebih berkira-kira. Lebih
mengharapkan semua percubaan berakhir dengan kejayaan. Mereka berfikir
panjang hingga tidak bergerak-gerak duduk di titik yang sama.
Idea / Nasihat bisnes – 011
Jika anda mula nak berniaga, kalau boleh elakkan perkara dibawah :-
1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu
sedangkan projek belum bermula.
2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika pinjamdari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada masalah
hubungan kekeluargaan juga bermasalah.
3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan kerana
sukar dikawal selia.
4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 61/65
60
5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu
bisnes.
6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda.
Idea / Nasihat bisnes – 012
KELUAR DARI KESEDIHAN
Diceritakan satu hari se ekor keldai milik seorang petani telah masuk ke sebuah
lubang kolam. Petani tadi berfikir bagaimana mahu menolong keldai itu keluar
sedangkan keldai itu terlalu berat dan mengambil keputusan menimbus sahaja
keldai tersebut lagi pun keldai tadi sudah tua, tidak berguna lagi untuknya.
Petani itu mengambil skop , cangkul dan pongkis dan menimbus kolam itu
dengan tanah dan dia meminta bantuan dari jirannya. Apa yang menakjubkan
keldai tadi menggoncang-goncangkan badannya dan tanah tersebut turun ke
bawah. Bila jatuh ke bawah keldai tadi memijak tanah tersebut. Diulang hingga
satu perkara yang menakjubkan pada keldai tadi akhirnya keldai itu dapat
meloncat keluar dari lubang.
Jika anda masih di dalam masalah dan kesedihan anda seperti keldai di dalamkolam tersebut, sebenarnya anda akan ditimbus lebih banyak sampah dan
tanah oleh dunia sekeliling anda. Sudah jatuh lebih ditimpa-timpa.
Tanah dan sampah itu sebenarnya adalah masalah dan kesedihan. Anda perlu
menggoncangkan tanah dan sampah yang dituang orang dalam kolam tersebut
dari badan anda agar jatuh ke bawah. Lalu sedikit demi sedikit anda perlu pijak
tanah tersebut dan cuba melompat keluar dari lubang tersebut. Jika tidak,
sampah dan tanah tersebut yang di buang orang dalam kolam tadi akan
membunuh anda.
Nasihat : Bebaskan diri dari kebencian, bebaskan fikiran dari kecemasan,
hiduplah sederhana, berilah lebih banyak, tersenyumlah serta milikilah teman
yang boleh membuat anda tersenyum. Ini lumrah dunia . Faham ke ni?.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 62/65
61
Idea / Nasihat bisnes – 013
BAGAIMANA ANDA MAHU LAKUKAN UNTUK BERSARA AWAL ?
Biasanya umur persaraaan adalah antara 60 - 65 tahun, tidak mustahil untukanda merancang untuk bersara lebih awal dari itu. Saya berikan 15 tips
bagaimana anda boleh bersara awal dari umur persaraan. Beberapa perkara
perlu anda buat dan ikut peraturan yang telah saya berikan.
1. RANCANG UMUR PERSARAAN ANDA.
Anda perlu menetapkan matlamat umur berapa untuk anda bersara, misalnya
umur anda sekarang adalah 37 tahun, mungkin anda mahu bersara pada umur
40 tahun.
2. LEARN TO MANAGE FINANCES.
Terdapat banyak cerita orang yang menang loteri berjuta dan akhirnya papa
kedana. Sebelum anda memikirkan bagaimana boleh anda mendapat banyak
lagi duit, anda perlu belajar bagaimana menguruskan duit dengan baik.
mulakan simpanan untuk hari persaraan anda. Mula untuk berjimat dan
membeli perkara yang lebih penting terlebih dahulu.
3. BELAJARAnda harus belajar sesuatu yang anda minat sebelum anda bersara, jika ada
degree atau diploma lebih baik. Jika tidak anda boleh menumpukan beberapa
perkara kemahiran yang boleh mendatangkan duit bila zaman persaraan nanti.
4. MEMBUAT SIMPANAN AWAL DAN LAKUKANNYA SEKERAP MUNGKIN
Lebih kerap dan lebih awal anda menyimpan lebih cepatlah anda pencen. Gaji
sekarang anda asingkan siap-siap untuk anda menyimpan. Buat satu tabungan
khas yang tidak diusik dan target untuk jumlah yang kita dapat. Saya
nasihatkan untuk menyimpan sekurangnya 10% dari hasil bulanan anda.
5. REDUCE YOUR EXPENSES.
Anda bukan semestinya mengikat perut untuk tidak berbelanja. Cuba ambil
kertas dan senaraikan apa yang anda beli dan belanja setiap bulan. Sebenarnya
lebih 15% yang anda beli adalah perkara yang anda tidak perlukan.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 63/65
62
==============================
10 TIPS KEJAYAAN BEKERJA DARI RUMAH
1. MENYEDIAKAN TEMPAT KERJA KHAS YANG SELESAPerkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada
printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika
anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk
anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau
boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu
bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.
.
.
2. BEKERJA MENGIKUT WAKTU.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak
mulakan kerja. Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu
kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di
rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri,
jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 64/65
63
3. HUBUNGAN DENGAN KERJA SECARA BERTERUSAN
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara
berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.4. AMBIL MASA REHAT
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil
waktu rehat. Contohnya ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila
anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti
lebih hebat.
.
.
5. JANGAN DIBERSIHKAN.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa
untuk anda buat kerja. Kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari,
anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah...
.
.
6. DISIPLIN
Kalau nak buat perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari.
Jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
..
7. TINGGALKAN RUMAH SEHARI DALAM SEMINGGU
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat
rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan
BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk
keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
.
.
8. BUAT KERJA SECARA RUTIN
1. Bangan tidur,
2. Bersihkan diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat
kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
7/16/2019 51 Idea Bisnes
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 65/65
8. Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. List kerja apa nak dibuat esoknya
10. Ulang langkah pertama.
.
.9. BUAT KERJA ANDA.
Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat
kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk
letak rumah anda. Ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan
pulak anda yang buat. Faham kan yang ni.
.
.
10.STAY PROFESSIONAL
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti
anda bekerja di office. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tips nya.
Saya selalu ingat mak pesan "beri pada mereka yang meminta dan
memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ".
--- TAMAT ---