pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta alatan

22
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 1.0 Pengenalan Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Semester 2 Ambilan Januarai 2008. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Semua pelajar bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan taksiran Kerja Kursus Pendek berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan. Secara terperincinya, kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Perancangan yang dilakukan haruslah meliputi tiga pergerakan utama iaitu: i. Lokomotor ii. Bukan lokomotor iii. Manipulatif alatan. 2.0 Matlamat Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

Upload: xavier-johi

Post on 08-Feb-2016

115 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lokomotor

TRANSCRIPT

Page 1: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 1.0 Pengenalan

Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran

yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi

Semester 2 Ambilan Januarai 2008. Secara amnya, pergerakan asas

terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan

manipulatif alatan. Semua pelajar bagi program ini diwajibkan untuk

menyiapkan satu tugasan taksiran Kerja Kursus Pendek berkaitan dengan

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan. Secara

terperincinya, kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan

rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan

alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Perancangan yang

dilakukan haruslah meliputi tiga pergerakan utama iaitu:

i. Lokomotor

ii. Bukan lokomotor

iii. Manipulatif alatan.

2.0 Matlamat

Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah

untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan

asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan

pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru

menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat

dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses

pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar

berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor

dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani,

intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk

semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan

serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

Page 2: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

3.0 Objektif

� Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan

mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.

� Menbantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas

dengan berkesan..

� Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi

membentuk pergerakan yang kreatif.

� Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru

dalam membuat perancangan dan strategi.

� Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai

seorang bakal guru.

4.0 Tarikh

7 Ogos 2008

5.0 Masa

11.30 pagi

6.0 Tempat

Padang bola jaring Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Page 3: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

7.0 Senarai mengikut susunan perancangan

Jenis Pergerakan Aktiviti

Lokomotor

1. Guling ke hadapan

2. Guling ke belakang

3. Skip ke hadapan

4. Berjalan pendek

5. Teng-teng

Bukan Lokomotor

1. Berdiri bentuk Y

2. Tekan tubi

3. Lari setempat

4. Hayun tangan

5. Lompat setempat

6. Lompat bintang

Manipulatif Alatan

1. Melanton bola sambil berjalan

2. Berjalan sambil mengimbang

bola di kaki

3. Melantun bola sambil

mengimbang badan

4. Menggelecek bola sambil berlari

5. Melambung bola ke udara

6. Skkipping sambil berlari

7. Memusingkan gelung dengan

tangan

8. Berlari mengundur sambil

menggerakkan reben

9. Menggerakkan reben sambil

mengimbangkan badan

Page 4: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

8.0 Senarai alatan

Jenis Alatan Alatan Bilangan

Alatan Berat Kon

Tilam

16

2

Alatan Tangan Gelung rotan

Bola sepak

Bola keranjang

Reben

Tali skipping

1

1

1

1

1

Page 5: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

PERGERAKAN LOKOMOTOR

1. Berjalan pendek

i. Badan berada dalam keadaan

yang lurus.

ii. Mata memandang ke

hadapan.

iii. Angkat kaki kanan dan

melangkah ke hadapan

dengan jarak yang kecil.

iv. Angkat kaki kiri dan

melangkah ke hadapan

dengan jarak yang kecil.

2. Teng teng

i. Kaki kanan di angkat

kebelakang sehingga

mencapai sudut 90 darjah.

ii. Badan berada dalam keadaan

tegak.

iii. Mata memandang ke

hadapan.

iv. Kaki kiri menjengkek ke

hadapan.

v. Pelajar hanya dibenarkan

menggunakan sebelah kaki

Page 6: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

sahaja untuk bergerak

kehadapan.

3. Skip ke hadapan

i. Kaki kanan diangkat dan lutut

dibengkokkan 90 darjah.

ii. Kaki kiri melangkah ke

hadapan dengan kaki kanan

berada dan sebaliknya.

iii. Mata memandang ke

hadapan.

iv. Tangan dihayun sehingga

paras bahu.

v. Koordinasi kaki, tangan dan

mata.

4. Guling ke hadapan

i. Berdiri tegak dengan tangan

diluruskan ke atas dan ambil

nafas.

ii. Bengkokkan lutut, tangan

diluruskan dan bersedia untuk

berguling.

iii. Naikkan pinggul dan rapatkan

tangan dan dada ke tilam

kemudian berguling.

iv. Guling ke hadapan.

Page 7: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

v. Kembali kekedudukan dekam

dan luruskan kedua-dua

tangan.

5. Guling ke belakang

i. Bersedia dengan tangan lurus

ke atas.

ii. Bengkokkan lutut, tapak

tangan ke atas dan jari

menghala ke belakang.

iii. Sedia untuk berguling ke

belakang dan letakkan

punggung di atas tilam.

iv. Tolak badan dan tangan.

v. Guling ke belakang.

vi. Mendekam dan berdiri

semula.

Page 8: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Berdiri bentuk Y

i. Badan berada dalam keadaan

lurus dan tegak.

ii. Kaki kanan diangkat ke atas

secara perlahan-lahan sehingga

bukaan kaki mencapai 160

darjah dan tarik nafas.

iii. Kedua-dua tangan diangkat ke

atas membentuk huruf ‘Y’.

iv. Imbangkan badan.

2. Tekan tubi

i. Badan meniarap di atas lantai.

ii. Kedua-dua tapak tangan

dikembangkan dan siku

diluruskan.

iii. Tangan menahan berat badan.

iv. badan diluruskan.

v. Badan diturunkan rapat ke lantai

dan siku dibengkokkan.

Page 9: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

vi. Badan dinaikkan semula dan

siku diluruskan.

vii. Aktiviti ini diteruskan mengikut

kiraan yang ditentukan.

3. Lari setempat

i. Badan berada dalam keadaan

tegak.

ii. Berlari setempat dan tangan

dihayunkan di mana siku

membentuk 90 darjah.

iii. Lutut diangkat tinggi ke atas.

iv. Mata pandang ke hadapan.

4. Hayun tangan

i. Tangan kanan diangkat ke

hadapan dan tangan kiri

diangkat ke belakang.

ii. Kedua-dua tangan dihayun pada

arah yang berbeza.

iii. Tangan kanan dihayun dari

bawah ke belakang.

iv. Tangan kiri dihayun dari atas ke

hadapan.

v. Kedua-dua tangan dihayun

secara serentak dengan arah

yang berbeza.

Page 10: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 5. Lompat setempat

i. Badan berada dalam keadaan

lurus.

ii. Kedua-dua kaki diangkat ke atas

secara serentak.

iii. Kedua-dua belah lutut diangkat

tinggi sehingga mencapai paras

dada.

iv. Lompat setempat dengan mata

memandang ke hadapan.

6. Lompat bintang

i. Badan berdiri tegak.

ii. Tangan didepakan pada paras

bahu dan kaki dibuka selaras

dengan bukaan tangan semasa

melompat.

iii. Badan kembali tegak selepas

melompat.

iv.

MANIPULATIF ALATAN

1. Melanton bola sambil berjalan

i. Badan berada dalam keadaan

yang lurus.

ii. Mata memandang ke hadapan.

iii. Tangan memegang bola.

iv. Angkat kaki kanan dan

melangkah ke hadapan dan kaki

kiri berada dibelakang.

v. Angkat kaki kiri dan melangkah ke

hadapan dan kaki kanan berada

Page 11: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

di belakang.

vi. Bola dilantunkan semasa

berjalan.

vii. Koordinasi tangan dan kaki.

2. Berjalan sambil mengimbang

bola di kaki

i. Badan berada dalam keadaan

yang lurus.

ii. Mata memandang ke hadapan.

iii. Bola diletakkan di atas kaki

kanan.

iv. Angkat kaki kanan dan

melangkah ke hadapan dengan

jarak yang sederhana.

v. Angkat kaki kiri dan melangkah ke

hadapan dengan jarak yang

sederhana.

vi. Pergerakan kaki dilakukan secara

perlahan-lahan dan imbangkan

kedudukan bola supaya tidak

jatuh.

3. Melantun bola sambil

mengimbang badan

i. Bahagian badan dibengkokkan ke

hadapan sehingga mencapai

sudut 90 darjah.

ii. Kaki kanan diangkat ke atas

perlahan-lahan sehingga bukaan

kaki mencapai sudut 90 darjah.

iii. Tangan kanan melantun bola

dengan mata memandang ke

Page 12: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

hadapan.

iv. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.

v. Kedudukan badan dimbangkan

dan ambil nafas.

4. Menggelecek bola sambil

berlari

i. Kon disusun dengan jarak yang

sama dalam bilangan lima.

ii. Badan berada dalam keadaan

tegak dan berdiri lurus di hadapan

kon yang telah disusun.

iii. Bola digelecek menggunakan

kedua-dua belah kaki dan melalui

kon-kon yang telah disusun

mengikut arah zig zag.

iv. Bola digelecek sambil berlari.

5. Melambung bola ke udara

i. Badan berdiri tegak.

ii. Tangan memegang bola.

iii. Bola dilambung ke udara bermula

dari paras pinggang dan ke atas.

iv. Sambut bola apabila bola jatuh ke

bawah.

6. Skipping sambil berlari

i. Badan berdiri tegak.

ii. Kedua-dua tangan memegang

Page 13: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

hujung tali skipping.

iii. Lari beberapa langkah ke

hadapan kemudian lompat tali

skipping.

iv. Tali skipping dihayun ke hadapan

semasa berlari.

v. Kaki melompat apabila tali

skipping mencecah kaki.

vi. Lutut diangkat tinggi semasa

melompat.

7. Memusingkan gelung dengan

tangan

i. Badan berdiri tegak.

ii. Tangan kanan didepakan dan

gelung diletakkan di tangan

kanan.

iii. Dalam keadaan berdiri, tangan

kanan dipusingkan dari depan ke

belakang membentuk satu

bulatan.

iv. Gelung dipusingkan secara

automatik semasa tangan

dipusingkan.

v. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.

Page 14: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 8. Berlari mengundur sambil

menggerakkan reben

i. Badan berada dalam keadaan

sedia.

ii. Mata memandang ke hadapan.

iii. Berlari secara mengundur ke

belakang.

iv. Tangan kanan menggerakkan

reben kanan ke kiri.

v. Kedua-dua aktiviti ini dilakukan

secara serentak.

9. Menggerakkan reben sambil

mengimbangkan badan

i. Bahagian badan dibengkokkan ke

hadapan sehingga mencapai

sudut 90 darjah.

ii. Kaki kanan diangkat ke atas

perlahan-lahan sehingga bukaan

kaki mencapai sudut 90 darjah.

iii. Tangan kanan menggerakkan

reben dari atas ke bawah sambil

badan memusing dari kanan

untuk membentuk bulatan..

iv. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.

v. Kedudukan badan dimbangkan

dan ambil nafas.

Page 15: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

10.0 Pelan Kedudukan Ujian Amali

Page 16: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

Petunjuk Alatan Berat

Tilam

Kon

Petunjuk Alatan Tangan

Bola sepak

Bola keranjang

Tali skipping

Reben

Gelung rotan

11.0 Pelan Pergerakan Ujian Amali

Page 17: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

12.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga

komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan

dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan

tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih

menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan

menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan

dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.

Page 18: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

13.0 Refleksi

Pelajar PISMP-IPG Semester 2 Ambilan Januari 2008 telah

menerima tugasan taksiran kerja kursus pendek Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan bagi mata pelajaran Pergerakan Asas pada 21 Jun

2008. Taklimat berkaitan dengan kerja kursus ini telah disampaikan oleh

Puan Punithavathi a/p Sinnapoo kepada kumpulan PISMP-IPG 2A

semasa berada di dalam kelas. Berdasarkan kepada kertas soalan yang

kami terima, kami dikehendaki menyediakan dan melaksanakan satu

perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

dengan menggunakan alatan. Kerja kursus ini harus dilaksanakan secara

individu.

Sebelum kami melaksanakan tugasan ini, Puan Punitha telah

memberi sedikit pendekatan berkaitan dengan jenis-jenis pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor serta alatan yang boleh digunakan untuk

membuat sesuatu pergerakan. Kami telah menjadikan pendekatan

tersebut sebagai garis panduan untuk kami merancang pergerakan yang

kreatif. Selain daripada merujuk buku-buku rujukan, kami juga berusaha

Page 19: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

mencari maklumat melalui internet dan membuat rujukan daripada nota-

nota yang telah diberi oleh Puan Punitha semasa waktu kuliah. Kami

hanya diberi masa selama 3 minggu bagi menyiapkan tugasan ini.

Tugasan kami dimulakan dengan menyenaraikan jenis-jenis

pergerakan yang ingin dilakukan. Pergerakan yang kami pilih merangkumi

kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Hal ini

lebih memudahkan kami untuk mengembangkan idea merangka

rangakian pergerakan yang kreatif. Secara keseluruhannya, saya telah

mendapat input yang banyak mengenai Pergerakan Asas.

Bagi mendapatkan satu rangkaian pergerakan yang terancang,

saya menyusun pelan kedudukan ujian amali terlebih dahulu.

Berdasarkan kepada pelan tersebut, terdapat 11 stesen yang digunakan.

Melalui stesen-stesen tersebut, saya telah menyusun dan menyesuaikan

semua pergerakan yang telah dipilih. Secara keseluruhannya, bilangan

pergerakan yang perlu kami lakukan adalah sebanyak 20 pergerakan.

Jadi, saya telah membahagikan setiap stesen kepada 2 pergerakan.

Beralih pula kepada alatan pula, saya menggunakan alatan berat

dan alatan tangan. saya turut menyusun kedudukan setiap alatan yang

digunakan berdasarkan kepada aktiviti yang dilakukan. Saya cuba untuk

meminimumkan penggunaan alatan bagi menggelakkan sebarang

kesulitan yang timbul semasa menyusun pelan kedudukan.

Setelah selesai draf rangkaian pergerakan yang pertama, saya

terlebih dahulu menunjukkan draf tersebut kepada Puan Punitha untuk

diperbetulkan. Selepas meneliti draf rangkaian pergerakan tersebut, Puan

Page 20: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

Punitha bersetuju dengan hasil kerja saya. Bagi membuktikan

keberkesanan pergerakan yang saya rangka, saya telah diminta oleh

Puan Punitha untuk melaksanakan demonstrasi awal sebelum tibanya

ujian amali yang sebenarnya.

Semasa saya membuat demonstrasi, terdapat beberapa masalah

yang timbul. Antaranya ialah susunan alatan yang tidak betul dan

mengelirukan. Masalah ini berlaku kerana berlakunya kesilapan semasa

saya menyusun dan menyediakan stesen seperti yang telah dirancang

dalam draf. Selain itu, Puan Punitha juga meminta saya mengubah

beberapa pergerakan kepada pergerakan yang lain bagi menyesuaikan

pergerakan tersebut dengan stesen yang telah saya susun.

Setelah mendapat teguran dan komen daripada Puan Punitha,

saya telah membuat pembetulan terhadap beberapa pergerakan dan

susunan stesen. Saya rangka semula rangkaian pergerakan yang lebih

tersusun dan sistematik di samping menitik beratkan cadangan dan

komen yang diberikan oleh pensyarah.

Secara keseluruhannya, saya berasa amat gembira dan bersyukur

kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya tanpa sebarang

masalah selain daripada mendapat input yang berguna hasil daripada

pencarian maklumat yang kami laksanakan. Selain daripada maklumat

yang kami perolehi, kami juga telah dibantu oleh Puan Punitha di mana

beliau banyak memberi input berkenaan dengan Pergerakan Asas

teruatamanya ketika sesi kuliah di kelas. Akhir sekali, saya berharap agar

hasil kerja kami ini dapat diterima oleh Puan Punitha dengan hati yang

terbuka. Sekian, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Page 21: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.

Page 22: Pergerakan Lokomotor, Bukan Lokomotor Serta Alatan

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.