k.kerja lokomotor

28
1.0 Pengenalan Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak- kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. 1

Upload: sivam-matchap

Post on 09-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

knk

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik.Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor.Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar manakala bukan lokomotor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

1.1 Kemahiran LokomotorKemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

1.1.1 Lokomotor beritma sekata1. BerjalanPergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.2. BerlariKaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli)6. MeloncatKetika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

7. Melompat KetingtingMelompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata1. Skip

2. Melongsor

3. Galop

1.2 Kemahiran Bukan LokomotorKemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang.

1.2.1 MembongkokPergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

1.2.2 MeregangMeregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah.Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang:1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong

1.2.3 MengilasMengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

1.2.4 MemusingMemusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing:1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher.2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong.1.2.5 MenolakMenolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.

1.2.6 MenarikMenarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik:1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi .3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.

1.2.7 HayunHayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap.

1.2.8 Berbuai-buaiPergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan.

Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai:1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada.2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain.3. Hayun dengan bergayut pada palang.4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan.

1.2.9 RebahBadan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yang tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

1.2.10 BangkitUntuk bangkit, badan seharusnya mempunyai imbangan, mempunyai dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit:1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.1.3 Kemahiran ManipulatifKemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut )3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )

2.0 MatlamatAmali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi sukatan mata pelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara individu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum di samping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

3.0 ObjektifKertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan.2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan.3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar6.Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.10. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.11. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.12. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.13. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

5.0 Tarikh11 April 2014

6.0 TempatGimnasium IPG Kampus Ipoh

7.0 Kumpulan SasaranMurid-murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6

8.0 Senarai peralatan berat1) Exercise Mat2) Bangku panjang3) Peti Lombol4) Papan Anjal5) Skitel

8.1 Senarai alatan tangan1) Bola2) Gelung3) Belatan4) Riben

8.2 Senarai Semak Gerak Kerja8.2.1SebelumBILSENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN PERMAINANYATIDAKCATATAN

1Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan

2Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing

3Membuat kertas kerja

4Menghantar kertas kerja kepada pensyarah pembimbing dan diluluskan

8.2.2SemasaBILSENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN PERMAINANYATIDAKCATATAN

1Memastikan keadaan kesihatan pelajar

2Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai

3Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa

4Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul

5Penyemakan alatan

6Mengambil kehadiran pelajar

7Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal

8Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan

9Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan

10Memastikan bahawa guru menjalankan demonstrasi permainan

11Memastikan keadaan gelanggang selamat

12Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung

8.2.3Selepas

BILSENARAI SEMAK SELEPAS PERLAKSANAANPERMAINANYATIDAKCATATAN

1PostMortem

2Mengemas kawasan gelanggang atau kawasan

3Menyimpan semula alatan yang digunakan

4Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan

8.3 Panduan pelaksanaan demonstrasiSetiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen. Pergerakan asas yang dilakukan juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri yang pelbagai dan menarik untuk mengawal dan menggayakan serta mempelbagaikan pergerakan mereka tersebut. Koordinasi juga diperlukan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan ini.PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

StasenGambarPenjelasan

Stasen 1: Bukan Lokomotor

Imbangan tiga tapakImbangan tiga tapak dengan melantun dan menangkap bola

Stasen 2: Lokomotor

Dosido

Bergolek bola di pergelangan tangan sambil berjalan 4 langkah ke hadapan dan 4 langkah ke belakang.

Stasen 3: Bukan Lokomotor

Imbangan perut

Baring bertentang membuat imbangan perut sambil memegang bola ke atas kepala

Stasen 4: Lokomotor

Melantun bola sambil menukar tanganMelantun bola sambil menukar tangan dan berjalan ke arah papan anjal .

Stasen 5: Bukan Lokomotor

Imbangan Bangau .Berlari di papan anjal membuat mbangan bangau sambil memegang bola di atas peti lombol

Stasen 6: Lokomotor

Melompat dua kaki secara bersilang

Melompat dua kaki secara bersilang dengan memegang bola.

Stasen 7: Bukan Lokomotor

Duduk sebelah kakiDuduk di atas sebelah kaki sambil sebelah kaki melunjur ke tepi menukar bola dengan melantun bola kepada pasangan.

Stasen 8: Lokomotor

ketingtingKetingting sebelah kaki dengan menggunakan gelung.

Stasen 9: Bukan Lokomotor

Imbangan pungggung

Imbangan pungggung menggunakan gelung.

Stasen 10: Lokomotor

Skipping menggunakan gelung.

Skipping sambil berlari dengan menggunakan gelung.

Stasen 11: Bukan Lokomotor Imbangan berskala

Memegang gelungdan membuat imbangan berskala dengan memusing gelung sebelah tangan kanan.

Stasen 12: Lokomotor

Bergolek balak

Bergolek balak dengan memegang gelung.

Stasen 13: Bukan Lokomotor

Imbangan sisiImbangan sisi dengan memegang gelung

Stasen 14: Lokomotor

memusing badan 180 darjah di atas bangku dengan belantan

Depa tangan dan memusing badan 180 darjah di atas bangku secara berterusan sambil memegang belantan.

Stasen 15: Bukan Lokomotor

Meringkuk dan meregang menggunakan belantan

Meringkuk dan meregang sambil baring sisi dengan menggunakan belantan.

Stesen 16: Lokomotor

berlari tendang

berlari tendang ke depan dengan belantan

Stasen 17: Bukan LokomotorImbangan buaya

Imbangan buaya dengan menggunakan belantan.

Stasen 18: Lokomotor

BerskipSkip dengan menggunakan reben .

Staen 19: Lokomotor. Grapevine

Grapevine (berjalan bersilang dengan menukar kaki kanan ke depan dan belakang) dengan memutarkan reben.

Stasen 20: Bukan Lokomotor

Imbangan VImbangan V sambil memutarkan reben 360 darjah

9.0RUMUSAN / PENUTUP

Kesimpulannya, kertas kerja dan ujian amali ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini sepenuhnya merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan.Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kertas kerja ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.Dengan cara memanipulasikan alatan, kaedah pengajaran akan lebih menarik dan proaktif di samping pelajar dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan.Natijahnya, mudah-mudahan kertas kerja ujian amali Pergerakan Asas (PJM 3102) ini menjadi pedoman kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.

10.0RujukanBukuTeng Boon Tong. 1985). Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

Vasudevan T. Arasoo (1991), Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah, Selangor: siri pendidikan Fajar bakti.

P.Y Ramakrisnan (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah, Shah Alam: Siri Pendidikan fajar bakti.

Laman WebAzmi Abu Bakar.(2010). Diakses pada 6 Februari 2014 daripada http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/pismp-2-pergerakan-lokomotor-dan-bukan.html

Faharol Razi.(2012). Diakses pada 6 Februari 2014 daripada http://kami-guru.blogspot.com/2012/09/kerta-kerja-pergerakan-asas.html

Sharina BT Razmi. (2012). Diakses pada 7 Februari 2014 daripada http://gerak-kan.blogspot.com/2012/09/kertas-kerja-pergerakan-asas-ringkasan.html

Noor Izzati.(2012). Diakses pada 7 Februari 2014 daripada http://kami sukasukan.blogspot.com/2012/09/kertas-kerja-pergerakan-asas-pjm 3102_1.html

Mat King. (2011).Diakses pada 8 Februari 2014 daripada http://notakuliah pismp.blogspot.com/.../pergerakan-asas-lok.

Mira.(2011). Diakses pada 8 Februari 2014 daripada http://cikguamira.blogspot.com/2011/11/tugasan-isl-1-pjm-3102.html

23