laporan peralatan diwali

2
Laporan ahli jawatankuasa peralatan Pada hari 31 Oktober 2009, sekumpulan guru pelatih dari PISMP (PT) seramai 19 orang telah menyempurnakan salah satu aktiviti peringkat Institut iaitu Pesta Deepavali 2009 yang dianjurkan oleh persatuan bahasa tamil. Pelbagai ahli jawatankuasa telah ditubuhkan dan saya Sathiskumar a/l Supramaniam dan rakan saya Kannan a/l manickam telah dilantik sebagai AJK peralatan. Antara tugas kami adalah untuk membekalkan segala peralatan yang akan digunakan dalam program ini. Kami telah menyenaraikan segala peralatan yang dikehendaki dengan bantuan rakan-rakan sekelas. Selepas mempastikan segala peralatan telah disenaraikan, kami telah memohon kebenaran untuk memohon barang-barang tersebut dari setor Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kami juga mendapati bahawa, pihak setor tidak dapat menyediakan beberapa barang yang dipesan. Oleh yang demikian, selepas berbincang dengan rakan sekumpulan, kami telah bersetuju untuk mengumpulkan wang untuk membeli barang-barang yang tidak dapat disediakan oleh pihak setor. Akhirnya, kami berjaya memperolehi barang-barang tersebut atas usaha sendiri. Kami telah berjaya mendapatkan segala peralatan yang disenaraikan seawal 9 hari sebelum program. Pada fasa semasa kami tidak menghadapi sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Segala peralatan yang dipinjam dari Institut

Upload: sweetha-ammu

Post on 21-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peralatan diwali

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Peralatan Diwali

Laporan ahli jawatankuasa peralatan

Pada hari 31 Oktober 2009, sekumpulan guru pelatih dari PISMP (PT)

seramai 19 orang telah menyempurnakan salah satu aktiviti peringkat Institut iaitu

Pesta Deepavali 2009 yang dianjurkan oleh persatuan bahasa tamil. Pelbagai ahli

jawatankuasa telah ditubuhkan dan saya Sathiskumar a/l Supramaniam dan rakan

saya Kannan a/l manickam telah dilantik sebagai AJK peralatan.

Antara tugas kami adalah untuk membekalkan segala peralatan yang akan

digunakan dalam program ini. Kami telah menyenaraikan segala peralatan yang

dikehendaki dengan bantuan rakan-rakan sekelas.

Selepas mempastikan segala peralatan telah disenaraikan, kami telah

memohon kebenaran untuk memohon barang-barang tersebut dari setor Institut

Perguruan Tuanku Bainun. Kami juga mendapati bahawa, pihak setor tidak dapat

menyediakan beberapa barang yang dipesan. Oleh yang demikian, selepas

berbincang dengan rakan sekumpulan, kami telah bersetuju untuk mengumpulkan

wang untuk membeli barang-barang yang tidak dapat disediakan oleh pihak setor.

Akhirnya, kami berjaya memperolehi barang-barang tersebut atas usaha sendiri.

Kami telah berjaya mendapatkan segala peralatan yang disenaraikan seawal

9 hari sebelum program. Pada fasa semasa kami tidak menghadapi sebarang

masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Segala peralatan yang dipinjam dari

Institut sentiasa diperhatikan dan digunakan sebaik mungkin. Kami telah mengumpul

serta memeriksa setiap alatan yang digunakan sebaik sahaja aktivitinya tamat dan

ini telah mengurangkan beban kami pada akhir program dan mengelakkan daripada

kehilangan peralatan. Kami telah mengembalikan segala peralatan yang dipinjam

dari Institut selepas digunakan.

Disediakan oleh,--------------------------

Sathis kumar a/l Supramaniam ( AJK peralatan )