laporan penyediaan alat bantu mengajar
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
1/7
KAEDAH
PANDANG
DAN SEBUT
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
2/7
APORAN PENYEDIAAN ALAT BANTU MENGAJAR
Pengenalan
Mazhab daripada Teori Psikologi Kognitif menyatakan kanak-kanak belajar bahasa
melalui pengalaman yang bermakna , termasuk perkataan, ayat, dan cerita yang
bermakna kepada mereka. Mazhab ini menganggap bahawa ayat dan seluruh
perkataan itu lebih bermakna daripada bunyi (fonem) atau huruf dalam sesuatu
perkataan itu.
Teknik-Teknik Pandang dan Sebut
y Guru menunjukkan kepada murid-murid perkataan berkaitan benda yang
terdapat di sekeliling mereka seperti meja (terdapat gambar meja dan
perkataan meja ditulis di papan tulis)
y Guru cerakinkan perkataan meja menjadi suku kata me dan ja.
y Suku kata tersebut dipecahkan lagi kepada huruf yang berasingan iaitu m e j
a. (kaedah cerakin)
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
3/7
Laporan:
Alat Bantu Mengajar 1 (Latihan Menyebut Perkataan)
Rajah 1.0
Cara pelaksanaan:
i. Guru memperkenalkan 6 paparan bergambar kepada murid-murid dengan
meletakkan paparan tersebut di hadapan kelas.
ii. Seterusnya, guru menunjukkan satu per satu paparan bergambar dan meminta
murid-murid menyebut objek yang ditunjukkan oleh guru tersebut.
iii. Untuk membuatkan murid-murid lebih faham, guru meminta salah seorang murid
ke hadapan dan menunjukkan satu persatu gambar dan menyebutnya dengan
kuat di hadapan murid-murid yang lain.
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
4/7
Alat Bantu Mengajar 2 (Latihan Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata)
Rajah 2.0
Cara Pelaksanaan:
i. Guru memaparkan paparan besar di hadapan kelas supaya murid-murid dapat
melihat dengan jelas.
ii. Kemudiannya, guru menunjukkan paparan gambar yang pertama kepada murid-
murid dan meminta mereka menyebut gambar yang dilihat oleh mereka. (murid-
murid menyebut baju)
iii. Seterusnya, guru memperkenalkan kaedah cerakin iaitu mencerakinkan
perkataan baju tersebut menjadi suku kata iaitu ba ju. Pada peringkat ini, guru
akan menyebut suku kata bu dan murid-murid akan mengikut bersama-sama
menyebut suku kata tersebut. Kemudiannya, guru menyebut ju dan murid-murid
ikut menyebut bersama-sama.
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
5/7
iv. Guru meminta salah seorang murid bangun dan membaca suku kata sebentar
tadi dengan kuat. Murid-murid lain diminta memberi perhatian dan mendengar
dengan teliti.
v. Kemudiannya, guru mencerakinkan suku kata ba ju tersebut kepada huruf-
huruf yang berasingan. Guru menyebut b dan murid-murid akan mengikut
perlakuan guru iaitu menyebut b. (seterusnya a j u)
Rajah 2.1
Cara pelaksanaan:
i. Sebagai peneguhan, guru akan melakukan satu permainan yang dikenali
sebagai Kereta Suku Kata.
ii. Dalam permainan ini, kepingan suku kata di selerakkan di atas meja.
iii. Guru meminta murid-murid mengambil satu kepingan suku kata
iv. Kemudiannya, guru meminta setiap orang murid-murid mengeja danmembunyikan suku kata yang dipegangnya.
v. Seterusnya, guru meminta mereka mencari pasangan suku kata masing-masing.
Misalnya salah seorang murid mengambil suku kata bo. Manakala seorang
murid lagi mengambil suku kata la. Mereka akan berpasangan dan bersama-
sama melekatkan suku kata tersebut di atas kereta yang terpapar gambar bola.
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
6/7
Alat Bantu Mengajar 3
y Latihan Membina dan Menyebut Semula Perkataan Yang Sama
y Latihan Membina dan Membaca Ayat
Rajah 3.0
Cara pelaksanaan:
i. Guru merentangkan paparan kain di hadapan kelas dan meminta dua orang
murid memegang rentangan kain tersebut.
ii. Kemudiannya, guru mengeluarkan gambar dan meminta murid menyebut objek
pada gambar tersebut. (murid-murid menyebut buku)
iii. Guru memberitahu murid-murid bahawa perkataan buku terbina daripada suku
kata bu + ku. Kemudian, guru meminta murid-murid menyebut suku kata bu
bersama-sama. Seterusnya, guru menyebut suku kata ku dan murid-murid akan
ikut menyebut bersama-sama. Selepas itu, guru meminta murid-murid menyebut
perkataan buku bersama-sama.
iv. Seterusnya, bagi memperkenalkan latihan membina ayat kepada murid-murid,
guru memperkenalkan ayat tunggal iaitu Ini buku. Guru membaca ayat tunggal
tersebut dan murid-murid ikut membaca bersama-sama. Kemudain, guru
mengeja dan murid-murid ikut bersama-sama.
-
8/3/2019 Laporan Penyediaan Alat Bantu Mengajar
7/7
v. Guru mengembangkan lagi ayat tunggal tersebut dengan memperkenalkan ayat
Ini buku Ani. Guru mengeja dan membaca ayat tersebut dan murid-murid ikut
bersama-sama.
vi. Selepas guru memberi penerangan, sebagai peneguhan, guru boleh meminta
murid tersebut mencerakinkan suku kata bu ku tersebut menjadi huruf
berasingan dengan meminta murid tersebut menulis di atas papan putih. (murid
menulis b u k u di papan tulis).
vii. Seterusnya, guru boleh meminta salah seorang murid mengeja suku kata dan
membaca ayat yang terpampang pada kain rentang tersebut.