fakta pengasas syiah

Download Fakta Pengasas Syiah

Post on 27-Dec-2015

85 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Religion

TRANSCRIPT

Fakta Pengasas SyiahPENGASAS Syiah, Abdullah bin Saba, seorang Yahudi berasal dari Yaman, hidup di abad ketujuh yang menetap di Madinah dan memeluk Islam, namun keislamannya sangat dipersoalkan.

Kerana kritikannya ke atas pentadbiran Khalifah Uthman, Abdullah telah dibuang dari kota Madinah. Dia pergi ke Mesir dan mendirikan sebuah pusat anti-Uthman serta mempromosikan kepentingan Ali. Dia tahu Ali berpengaruh besar di situ, tambahan pula Ali adalah anak saudara Rasulullah saw. Padahal, Ali sendiri yang mengusirnya ke Madain.

Setelah Ali wafat, Abdullah bin Saba terus-menerus memarakkan cerita bahawa Ali masih hidup, tidak pernah terbunuh. Dia menyebarkan khabar tentang sifat ketuhanan yang dikatakannya ada pada Ali, dan bahawa selepas waktu tertentu Ali akan kembali memerintah bumi dengan adil.

Abdullah bin Saba memainkan peranan penting dalam konspirasi Yahudi hendak memusnahkan Islam dari dalam dengan rancangan menghapuskan hal-hal keyakinan Islam yang murni. Inilah manifestasi bidaah dalam ajaran Syiah yang kita saksikan selama berabad-abad ini.

Syiah menghina agama Islam dan menganggap Islam itu musuh nombor satu. Dalam alaf ini kita melihat mereka bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani dalam menghancurkan Iraq serta Afghanistan. Sejak dari dahulu pun Syiah secara senyap-senyap menikam Islam dari belakang. Iran berpura-pura anti-Israel dan Amerika, sedangkan itu hanya lakonan dan retorik belaka.

Orang Syiah selalu mengagungkan Ali melebihi Rasulullah s.a.w sendiri. Ali yang mereka sanjung itu sebenarnya pembela kehormatan Islam dan umat Islam, dan tidak pernah bekerjasama dengan musuh Islam, apatah lagi menumpahkan darah dan merampas kekayaan Muslim. Fikirkanlah dengan waras, patutkah ahli Sunnah berpaling daripada ajaran yang benar dan mendukung ajaran Syiah yang sesat itu?sa/islampos/alqimmah/jewishencyclopedia)

SYIAH

Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain. Kemungkinan ada yang tidak bersetuju ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan selainnya adalan pecahan dari golongan Syiah. Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan. Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya. Akidah-akidahnya sudah tidak disebar dan dipegangi lagi tapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah dalam ajaran syiah. Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.

Kekuatan Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri. Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunni berdiri tegak meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Diperpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan syiah masih diguna pakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak syiah. Ajaran-ajaran mereka masih diamalkan. Oleh itu, untuk menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya.

Syiah Di Malaysia

Syiah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy pada tahun 1989m dan terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk menyebarkan akidah Syiah di Malaysia([1]). Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.

Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor([2]):

1) Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad sollallahualaihiwasallam. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah sollallahualaihiwasallam.

2) Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jama(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mutah dalam mazhab Syiah.

3) Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.

Cara Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia

Dakwah syiah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:

1- Ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia. Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah([3]). Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur([4]).

2- Melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia([5]).

3- Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku([6]). Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran([7]).

4- Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia. Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran. Antara mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini([8]). Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor(1937-2002) bekas presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran([9]). Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia.

Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatahlagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjutkan nyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulamak Syiah([10]). Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya.

5- Menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti Majalah Fatimah dan majalah al-Quds([11]). Buku-buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia([12]). Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy([13]).

Puak Syiah Di Malaysia:

Syiah telah berpecah kepada pelbagai puak dan golongan. Puak dan kumpulan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama: Syiah Pelampau yang dikatakan oleh setengah orang telah pupus dan berakhir pengaruhnya di dunia Islam. Apatah lagi Syiah yang ada sekarang tidak mengaku yang mereka asalnya daripada Syiah pelampau tersebut.

Kedua: Syiah Ismailiyyah yang terdapat di India, Pakistan, timur dan selatan Afrika, dan di beberapa negara Arab.

Ketiga: Syiah Imamiah atau Ithna Asyariah yang tersebar di Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Kuwait, Bahrain, negara-negara Balkan, India, Pakistan, dan selainnya.

Keempat: Syiah Zaidiyyah yang tersebar di Yaman dan ia lebih cenderung dan