laporan penuh

23
LAPORAN PENUH “BONGGA PRODUCTION” Penubuhan “Bongga Production” ini dibawah naungan subjek Teater Dalam Pendidikan yang mana kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mempunyai ahli 11 orang ahli. Selesai pembahagian kumpulan, kami mula membuat perjumpaan bagi memulakan gerak kerja awal bagi produksi kami. Pada peringkat awal, Setiap daripada kami telah diberikan tugasan masing-masing. Antara tugasan iaitu membuat surat permohona dan kelulusan aktiviti. Kami dalam kumpulan telah berbincang dan bersetuju untuk membuat Siri Bengkel Mahasiswa Bersama Komuniti “Rentas Bilik Darjah” . dalam bengkel yang bakal kami adakan, kami akan mengaplikasikan elemen Teater dalam Pendidikan yang kami pelajari kepada golongan sasaran dan golongan sasaran yang telah kami pilih iaitu berumur 12 tahun ke bawah. Dalam bengkel yang bakal kami jalankan, kami telah memilih beberapa “theatre game” yang sesuai dengan pemahaman kanak-kanak. Sebelum kami menjalankan bengkel tersebut, kami mengadakan latihan setiap malam berkenaan dengan Theatre Game bersama kami sesama ahli kumpulan 2. Setelah kami mempelajari semua Theatre Game, kami telah mengadakan pilot show bersama penyelaras dan kawan-kawan dari kumpulan 1. Hal ini memastikan agar benda yang kami ingin sampaikan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Setelah selesai dengan pilot show bersama kawan-kawan, kami telah bersetuju untuk mengadakan Mini teater kanak-kanak yang bertujuan untuk dipersembahkan pada majlis penutupan. Hal ini bertujuan bagi mendedahkan kepada kanak-kanak berkenaan dengan Teater kanak-kanak. Kami sekumpulan telah sepakat telah memilih skrip yang bertajuk

Upload: syahmieza-abd-manan

Post on 25-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PENUH

LAPORAN PENUH “BONGGA PRODUCTION”

Penubuhan “Bongga Production” ini dibawah naungan subjek Teater Dalam

Pendidikan yang mana kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang

mempunyai ahli 11 orang ahli. Selesai pembahagian kumpulan, kami mula

membuat perjumpaan bagi memulakan gerak kerja awal bagi produksi kami. Pada

peringkat awal, Setiap daripada kami telah diberikan tugasan masing-masing.

Antara tugasan iaitu membuat surat permohona dan kelulusan aktiviti.

Kami dalam kumpulan telah berbincang dan bersetuju untuk membuat Siri Bengkel

Mahasiswa Bersama Komuniti “Rentas Bilik Darjah” . dalam bengkel yang bakal

kami adakan, kami akan mengaplikasikan elemen Teater dalam Pendidikan yang

kami pelajari kepada golongan sasaran dan golongan sasaran yang telah kami pilih

iaitu berumur 12 tahun ke bawah. Dalam bengkel yang bakal kami jalankan, kami

telah memilih beberapa “theatre game” yang sesuai dengan pemahaman kanak-

kanak. Sebelum kami menjalankan bengkel tersebut, kami mengadakan latihan

setiap malam berkenaan dengan Theatre Game bersama kami sesama ahli

kumpulan 2. Setelah kami mempelajari semua Theatre Game, kami telah

mengadakan pilot show bersama penyelaras dan kawan-kawan dari kumpulan 1.

Hal ini memastikan agar benda yang kami ingin sampaikan mudah untuk difahami

oleh kanak-kanak.

Setelah selesai dengan pilot show bersama kawan-kawan, kami telah bersetuju

untuk mengadakan Mini teater kanak-kanak yang bertujuan untuk dipersembahkan

pada majlis penutupan. Hal ini bertujuan bagi mendedahkan kepada kanak-kanak

berkenaan dengan Teater kanak-kanak. Kami sekumpulan telah sepakat telah

memilih skrip yang bertajuk “Tetamu Si Beruang” yang mana sebuah skrip pendek

dan itu tugas pelakon untuk melakukan improvisasi bagi setiap watak. Dalam skrip

ini, hanya memerlukan lima orang pelakon iaitu lima jenis haiwan iaitu ayam, arnab,

kucing, musang dan beruang. Pada mulanya kami meminta pelajar tahun 1 untuk

berlakon, dan kami hanya bergerak dari segi pengurusan namun memandangkan

mereka terlalu sibuk dengan produksi masing-masing, kami bersetuju untuk

mengambil alih semula berlakon sebagai haiwan. Pada setiap malam, pengarah

lakon akan memantau lakonan kami dan bagaimana cara kami melakukan

Page 2: LAPORAN PENUH

improvisasi terhadap watak yang dipegang. Pada setiap malam juga, selesai latihan

kami akan meyambung membuat busana bagi watak yang telah dipilih. Kami dalam

sekumpulan bekerjasama dalam menyiapkan busana haiwan. Busana haiwan siap

sebelum 4hari bengkel, kami mula berlatih menggunakan busana masing-masing.

Hal ini bertujuan, bagi memudahkan kami agar dapat menyesuaikan dengan watak

berserta busana yang digunakan. 2 hari sebelum bengkel , kami telah mengadakan

pilot show bersama kumpulan 1 dan beberapa pelajar tahun 1 berkenaan dengan

mini teater kami iaitu “tetamu Si Beruang”. Dalam pilot show, kami setiap pelakon

yang memegang watak sebagai haiwan telah dikritik satu persatu. Hal ini

bertujuaan bagi memperbaiki kelemahan yang sedia wujud. Antara kritikan yang

kami terima iaitu kami masih tidak dapat mengikuti sifat dan perangai haiwan yang

kami pilih. Dari kiritikan tersebut, kami berlatih lagi bagi mencari perangai dan sifat

haiwan.

Pada hari kejadiaan iaitu hari bengkel berlangsung, kami bergerak awal sekitar

7pagi dari Sekolah Pengajian Seni bergerak ke Sekolah Kebangsaan Malawa.

Ketibaan kami disambut oleh guru-guru dan pelajar yang telah dipilih. Kami

memulakan sesi bengkel dengan melakukan senaman ringan di kawasan terbuka.

Hal ini bertujuan bagi mempersiapkan pelajar dengna bengkel yang bakal

berlangsung. Selesai senaman, kami memindahkan semua pelajar ke dalam dewan

bagi meneruskan sesi seterusnya. Di dalam dewan, kami sebagai fasilitator telah

dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan bengkel berlangsung

dengan lancar. Pembahagian 12 pelajar dengan 3 orang fasilitator amat

memudahkan kami mengawal kanak-kanak tersebut. Antara theatre game yang

kami lakukan iaitu Telephone hangit. Pada game terakhir, beberapa daripada kami

bersiap sedia untuk mengadakan mini teater. Kami telah membuat persembahan

pada majlis penutupan bengkel yang mana ramai kanak-kanak tertarik untuk

melihat biarpun bukan peserta. Selesai mini teater, upacara pemberian cendarahati

kepada pihak sekolah dan juga sijil penyertaan kepada pelajar yang terlibat.

Page 3: LAPORAN PENUH

NAMA : NOOR SYAZWANIE BT AHMAD

NO.MATRIK : BC 11110116

JAWATAN/TUGASAN : BUSANA, MAKANAN, RAKAMAN

Sepanjang latihan Teater Dalam Pendidikan (TDP) ini dijalankan selama beberapa

minggu tiada apa-apa masalah besar yang berlaku. Di sini saya ingin nyatakan

bahagian tugas yang saya jalankan sepanjang latihan sehinggalah hari pementasan

TDP iaitu bahagian busana, makanan dan rakaman.

Pertama kalinya saya ingin menyatakan tugas saya dalam busana. Terdapat

beberapa masalah kecil yang perlu saya nyatakan selama proses membuat busana

dan terdapat jalan penyelesaiannya di mana saya terpaksa menjahit lima jenis

busana yang berbeza di mana busana tersebut berbentuk busana seekor arnab,

ayam, musang, kucing dan beruang. Saya mengambil masa selama 32 jam tanpa

tidur untuk menyiapkan kesemua busana tersebut seorang diri secara kasar oleh

sebab jikalau busana tersebut tidak siap priview kami di hadapan penyelia tidak

dapat dijalankan dan saya mengambil keputusan untuk menyiapkannya bersama

pelajar-pelajar tari di dalam bilik busana kerana mereka terpaksa menyiapkan baju

pengantin beliau dan di kesempatan itu saya dapat tunjuk ajar daripada di orang

untuk memotong kain dan menjahit oleh sebab saya tidak tahu menjahit dengan

baik. Dan alhamdulillah saya dapat siapkan kelima-lima busana tersebut dan untuk

tambahan dari segi corak, ekor dan lain-lain lagi kawan-kawan telah banyak

membantu untuk menyiapkan busana tersebut supaya lebih kemas dan

alhamdulillah tiba masanya busana dapat dipakai oleh pelakon pada hari priview.

Sebagai jalan penyelesaiannya, pada projek akan datang diminta pengarah

menyusun atur bahagian busana dengan baik untuk memudahkan lagi tugasan

untuk menyiapkan busana dengan cepat dan bagi memudahkan lagi kerja dan

Page 4: LAPORAN PENUH

menjimatkan masa jika ramai rakan-rakan yang dapat tolong bagi menyiapkan

busana.

Tugas saya yang seterusnya ialah sebagai AJK makanan. Sepanjang latihan

diadakan beberapa minggu, saya ditugaskan oleh pengarah supaya menyediakan

minuman dan biskut untuk minum malam selama sesi latihan, ini kerana sebelum

ini saya hanya datang untuk melihat lakonan dan berfikir cara untuk menjahit

busana. Pada hari pertama latihan saya telah membeli satu tin besar biskut, gula

dan teh dan setiap kali latihan rakan-rakan akan membantu saya untuk

menyediakan minuman dan ia berjalan dengan lancar dengan bantuan rakan-rakan.

Pada malam sebelum pementasan saya telah keluar membeli barang untuk masak

untuk sarapan pada keesokan paginya dan pada jam 4 pagi pada 22 may 2013,

saya terpaksa pergi ke rumah penyelia saya bersama seorang rakan untuk masak

sarapan pagi iaitu mihu sebanyak 15 bungkus. Dan kekangan semasa perjalanan

kerumah penyelia saya, pegawai keselamatan UMS tidak membenarkan kami keluar

dan menyatakan kami terpaksa keluar pada jam 6 pagi dan kami berdua terpaksa

merayu agar membenarkan kami keluar oleh sebab kami terpaksa menyiapkan

sarapan pagi sebelum jam 7 pagi kerana semua ahli kumpulan saya akan bergerak

ke Sekolah tersebut dan kami dibenarkan keluar dan setibanya saya di rumah

penyelia kami, kami terpaksa masak dalam keadaan kelam kabut oleh sebab masa

tidak mengizinkan kerana kami hanya berdua sahaja ketika itu dan alhamdulillah

sarapan pagi untuk rakan-rakan berjaya saya siapkan dan saya telah menghantar

sarapan tersebut ke sekolah dan saya terpaksa meminta kebenaran daripada

penyelia saya untuk pulang mandi kerana saya tidak sempat untuk bersiap kerana

terpaksa siapkan sarapan terlebih dahulu.

Dan tugas saya seterusnya ialah sebagai rakaman, setelah saya menghantar

sarapan pagi ke sekolah tersebut, saya telah meminta tolong rakan saya untuk

membuat rakaman terlebih dahulu sementara saya pulang bersiap dan

alhamdulillah tugas saya berjalan dengan lancar setelah 1 jam saya tiba disekolah

tersebut, saya telah mengambil alih tugas saya sehinggalah majlis tersebut habis.

Semasa rakaman dijalankan tiada sebarang masalah oleh sebab saya merupakan

setiausaha dalam Kelab Seni Recording Team (S-ReT) Sekolah Pengajian Seni dan

ini tidak memberi masalah kepada saya untuk menjalankan tugas ini dan setelah

selesai majlis tersebut, keesokan harinya saya terpaksa mengambil masa selaman

Page 5: LAPORAN PENUH

satu hari untuk mengedit kembali video tersebut untuk dijadikan sebuah video yang

tersusun dengan teratur dan alhamdulillah video tersebut selamat disiapkan dan

telah dimasukkan didalm DVD untuk dijadikan bahan rujukan dan penilaian oleh

penyelia tentang tugasan saya.

NAMA : KHAMISA BINTI ADULME

NO.MATRIK: BC11110064

BAHAGIAN : PELAKON

1) JAWATAN/BAHAGIAN

Jawatan yang dipenggang oleh saya dalam Siri Bengkel Mahasiswa Bersama

Komuniti “Rentas Bilik Darjah” ialah sebagai setiausaha. Gerak kerja awal sebelum

bengkel ini bermula, saya dikehendaki memperbetulkan semula kertas kerja bagi

bengkel ini. Kemudian saya diarahkan untuk memperbetulkan kertas kerja

berkenaan bajet bagi setiap bahagian seperti publisiti, urusetia, busana tatarias.

Selesai kertas kerja diluluskan oleh penyelaras bengkel iaitu En.Sharifuddin, saya

ditugaskan untuk menghantar kertas kerja tersebut untuk mendapatkan

persetujuan daripada Dekan. Kertas kerja itu hendaklah diberikan kepada Pn.Aisah

selaku pembantu kanan Dekan. Kertas kerja dihantar bagi mendapatkan

persetujuan untuk membuat program di luar kampus beserta memohon tajaan

kewangan dari pihak sekolah. Kami terpaksa menunggu beberapa hari untuk

mendapatkan pengesahan berkenaan dengna kertas kerja tersebut. Hal ini kerana,

ketiadaan Dekan selama beberapa hari.

2) PERMASALAHAN/RISIKO

Page 6: LAPORAN PENUH

Apabila saya mula dilantik menjadi Setiausaha, terdapat beberapa permasalahan

yang wujud pada awal gerak kerja kumpulan kami bermula. Antara masalah yang

timbul iaitu pertukaran tempat bagi bengkel yang bakal berlangsung. Selain itu,

masalah lain yang wujud iaitu melakukan beberapa pembetulan dalam kertas kerja

disebabkan perubahan. Permasalahan lain wujud apabila kami tidak menuntut bajet

yang telah diluluskan. Beberapa hari sebelum bengkel berlangsung, kami

menghadapi sedikit persalahfahaman bersama pihak Sekolah Kebangsaan Malawa

berkenaan program yang bakal berlangsung.

3) PENYELESAIAN(BOLD)

Setelah kami mengenal pasti beberapa masalah yang wujud antaranya iaitu

pertukaran tempat bagi bengkel yang bakal berlangsung. Saya diarahkan untuk

mencari sekolah yang berdekatan dengan kawasan kota kinabalu. Hal ini kerana,

sekolah yang kami pilih tidak dapat member jawapan pada tarikh yang telah

ditetapkan. Kami telah bertindak mencari sekolah yang memboleh kerjasama. Oleh

itu, kami telah disarankan oleh penyelaras kami bagi memilih Sekolah Kebangsaan

Malawa, Jalan Teluk Sepanggar. Seterusnya masalah yang lain wujud iaitu

berkenaan dengna bajet yang tidak dapat dikeluarkan lebih awal daripada yang

kami sangkakan. Oleh itu, kami dalam sekumpulan telah berbincang untuk

mengumpul duit sebanyak RM 50 setiap pelajar. Daripada pengumpulan wang

tersebut, kami dapat menampung perbelanjaan awal yang diperlukan dalam

kumpulan kami bagi memastikan bengkel kami berjalan dengan lancar. Hal lain

yang dapat kami selesaikan iaitu apabila kami menghadapi permasalahan dengan

pihak sekolah. Terdapat wujud salah faham sehari sebelum bengkel berlangsung.

Pihak sekolah mengatakan mereka tidak menerima tentative penuh berkenaan

dengan program yang bakal berlangsung. Selain itu, pihak sekolah kurang

memahami bagaimana bengkel itu akan berlangsung. Hari yang sama, saya

bersama pengarah dan pengarah teknikal telah pergi ke sekolah tersebut dan

berbincang bersama guru yang terlibat dalam program yang bakal berlangsung.

Page 7: LAPORAN PENUH

Setelah berbincang, mereka mulai paham tentang program tersebut dan

memberikan kerjasama bagi menjayakan bengkel tersebut.

NAMA PENUH : MUHAMMAD HUSAINI BIN HASSAN

NO. MATRIX : BC 11110101

BAHAGIAN : MAKANAN

1) JAWATAN / BAHAGIAN

Jawatan yang dipenggang oleh saya dalam Siri Bengkel Mahasiswa

Bersama Komuniti “Rentas Bilik Darjah” ialah sebagai pengurus makanan

bersama kak nor di mana kami terpaksa menguruskan makanan untuk

kanak-kanak, VIP, dan Fasilitator. Kami telah menyediakan makanan

ringan untuk kanak-kanak seperti air kotak, air mineral dan sedikit kek

manakala untuk VIP pula kami telah menyediakan sedikit kuih muih dan

air manis dan untuk fasilitator pula kami telah menyediakan makanan

iaitu ayam penyet pada waktu tengahari. Pada waktu pagi kami telah

menyediakan sedikit alas perut iaitu bihun goreng yang di masak oleh kak

nor.

2) PERMASALAHAN / RISIKO

Kenderaan tiada untuk pergi membeli barang-barang untuk makanan

Page 8: LAPORAN PENUH

Semasa hari bengkel saya ditugaskan untuk mengambil makanan di

Alam mesra sedangkan pada masa itu saya bersiap sedia untuk

belakon

Duit tidak cukup untuk membeli makanan untuk fasilitator

3) STRATEGI PENYELESAIAN (BOLD)

Kami menyelesaikan masalah dengan menyewa kereta untuk membeli

barang-barang makanan

Kami menyelesaikan masalah ini dengan baik iaitu mewakili salah

seorang dari kami pergi mengambil makanan tersebut

Kami menyelesaikan masalah ini dengan meminjam duit daripada

En.shah dahulu untuk kegunaan membeli makanan

NAMA PENUH : MASTURA BINTI MUHAMAD

NO. MATRIK : BC 11110076

BAHAGIAN : FESILITATUR (KUMPULAN 1)

4) JAWATAN / BAHAGIAN

Saya selaku fesilitatu kumpulan satu dalam Progrem yang telah dilakukan

dalam subjek teater dalam pendidikan, yaitu merentas bilik darjah

bersama komoniti tahun 2013. Program ini bertujuan untuk memenuhi

syarat-syarat atau merupakan salah satu tugasan yang perlu lakukan oleh

pelajar tahun dua major teater. Antara tugas saya ialah menjadi ketua di

dalam kumpulan yang telah dibahagikan seramai 13 hingga 14 orang

dalam satu kumpulan, manakala fesi yang dibahagikan seramai tiga orang

dalam satu kumpulan. Tugas saya ialah memberi arahan dan mengawal

tingkah laku atau pergerakan murid-murid dalam sesuatu kumpulan.

5) PERMASALAHAN / RISIKO

Page 9: LAPORAN PENUH

Masalah berkomunikasi dengan murid-murid di sekolah rendah

Melawa, disebabkan perbezaan dailek di antara kami.

Masalah untuk mengawal tingkah laku pelajar.

Sukar untuk memberi arahan yang tepat.

Pada permulaan murid-murid terlalu pemdiam dan malu untuk

menunjuk bakat di dalam diri mereka.

6) STRATEGI PENYELESAIAN (BOLD)

Memahami dan cuba berkomunikasi secara mudah untuk murid-murid

faham.

Cuba untuk menarik perhatian murid-murid untuk menerima arahan.

Mengawal tingkah laku murid-murid dengan bercerita dan memberi

tugasan yang perlu dilakukan.

Membuat kajian yang terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengawal

tingkah laku kanak-kanak.

LAPORAN SEBAGAI PELAKON

WATAK : MIAU (KUCING)

Dalam teater kanak-kanak yang bertajuk Tetamu Si Beruang, saya memegang

watak sebagai Miau iaitu rakan kepada Arnab, Ayam, Beruang dan Musang. Miau

seekor kucing yang manja dan comel di dalam rimba itu. Miau sangat menyayangi

kasutnya tetapi sering hilang akibat disembunyikan oleh seekor haiwan iaitu

Musang. Ketika Miau sedang berjalan-jalan untuk ke rumah Beruang di mana

Beruang telah membuat majlis makan-makan untuk semua rakan-rakannya, Miau

telah terserempak dengan Musang. Miau terkejut kerana tidak menyangka Musang

ada di situ. Miau, Ayam dan Arnab sudah berpakat tidak mahu memberitahu

Musang yang Beruang buat majlis makan-makan di rumahnya. Miau tidak mahu

menjemput Musang padahal Beruang sudah menyuruh untuk mengajak semua

rakan-rakannya kerana Miau tidak menyukai Musang disebabkan Musang selalu buli

Miau dengan menyorok kasutnya. Tetapi akhirnya Miau telah memaafkan Musang

Page 10: LAPORAN PENUH

apabila Musang datang ke rumah Beruang untuk meminta maaf pada Miau, Ayam

dan Arnab.

Bagi saya watak Miau tidaklah susah kerana Miau seekor haiwan yang sederhana

sifatnya dan sangat senang untuk melakonkannya di atas pentas. Namun, ada

sedikit masalah pada kostum di mana saya tidak sempat untuk mendapatkan

kasutnya. Oleh itu, saya terpaksa melakukan improvisasi ketika dipentas di mana

saya telah menukar kasut kepada stoking yang hilang kerana disembunyikan oleh

Musang. Saya gembira kerana kanak-kanak telah memberi respon sepanjang saya

dan rakan-rakan yang lain membuat persembahan. Itu adalah satu kepuasan bagi

kami walaupun kami diberitahu bahawa vokal kami agak kurang dengar dan jelas.

LAPORAN SEBAGAI FASILITATOR

Pada hari Rabu 22 Mei 2013, sebelum saya membuat persembahan teater kanak-

kanak yang bertajuk Tetamu Si Beruang di SK Malawa, saya dan rakan-rakan telah

ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi pelajar-pelajar darjah 5. Pelbagai agenda

atau teater game telah diatur mengikut perbincangan kami satu kumpulan yang

dibantu oleh kumpulan Posaiden Twelve Production. Antara teater game yang kami

buat adalah Bunyi Rimba, Mirror, Magic Colour, Telefon Hangit sebagainya.

Ternyata menjadi fasilitator bukanlah mudah kerana ia memerlukan kesabaran dan

kreativiti untuk memberi tunjuk ajar dan penyerapan elemen-elemen teater dalam

pendidikan. Namun, atas kesedaran mengenai tanggungjawab saya sebagai

fasilitator, saya tetap mencuba memberi pemahaman kepada mereka dengan

Page 11: LAPORAN PENUH

menggunakan pendekatan teater game. Pelajar-pelajar SK.Malawa ternyata pelajar

yang bijak dan mudah memahami apa yang kami sampaikan. Ini memudahkan kami

dalam memberi ilmu kepada mereka. Setiap teater game yang dilakukan, mereka

sangat teruja ketika bermain. Teater game yang kami buat adalah penting. Salah

satu kepentingannya adalah memberi fokus. Fokus adalah elemen penting dalam

dunia teater.

Saya sangat teruja menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar tersebut kerana hanya

sekali arahan diberi mereka sudah faham dan mampu melakukan yang terbaik.

Saya begitu kagum dengan tahap IQ mereka.

NAMA PENUH : MUHAMMAD HUSAINI BIN HASSAN

NO. MATRIX : BC 11110101

BAHAGIAN : PELAKON

7) JAWATAN / BAHAGIAN

Jawatan yang dipenggang oleh saya dalam Siri Bengkel Mahasiswa

Bersama Komuniti “Rentas Bilik Darjah” ialah sebagai pelakon di mana

watak yang dipenggang oleh saya adalah seekor beruang. Dalam bengkel

ini kumpulan kami telah mempersembahkan teater kanak-kanak iaitu

Tetamu Si Beruang. Bengkel ini berlangsung pada 22 Mei 2013 di Sekolah

Kebangsaan Malawa, Jalan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Dari segi

latihan lakonan saya telah melihat beberapa watak beruang dalam cerita

Page 12: LAPORAN PENUH

One Season 3 dan Khayalan Beruang. Dalam kedua-dua cerita ini saya

telah melihat bagaimana cara beruang berjalan dan cara penggerakan

tubuhnya.

8) PERMASALAHAN / RISIKO

Semasa membuat latihan sebelah pagi kami sentiasa memulakan

latihan lewat

Kami tidak mempunyai mesin jahit untuk membuat kostum pelakon

Semasa membuat latihan kami terpaksa menguruskan kerja lain lagi

kerana kami membuat bengkel ini 2 dalam 1 iatu persembahan dan

pengajaran

9) STRATEGI PENYELESAIAN (BOLD)

Masalah dapat diselesaikan dengan baik iaitu kami terpaksa membuat

latihan lebih lama di sebelah petang

Kami menyelesaikan masalah ini dengan meminjam mesin jahit

daripada malisah

Kami menyelesaikan masalah ini dengan membuat pembahagian

tugas dan saling bantu membantu antara satu sama lain

NAMA : KHAMISA BINTI ADULME

NO.MATRIK: BC11110064

BAHAGIAN : PELAKON

1) JAWATAN/BAHAGIAN

Jawatan yang saya pegang dalam program Siri Bengkel Mahasiswa Bersama

Komuniti “Rentas Bilik Darjah” ialah sebagai pelakon. Dalam bengkel yang

Page 13: LAPORAN PENUH

berlangsung, kami telah mengadakan mini teater selesai sahaja bengkel

tamat. Dalam mini teater ini, kami telah mempersembahkan teater kanak-

kanak yang bertajuk Tetamu Si Beruang yang mana. Mini teater yang telah

berlangsung, saya telah berlakon memegang watak seekor Arnab bernama

Nanab. Bengkel ini telah berlangsung pada 22 Mei 2013 di Sekolah

Kebangsaan Malawa, Jalan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Dari segi latihan

lakonan, selain saya dibimbing oleh Pengarah lakon, saya juga diberikan

tugasan untuk menyenaraikan ciri-ciri dan sifat yang sering dilakukan oleh

seekor arnab. Dari situ, saya dapat mengolah semula sifat arnab untuk

dimasukkan dalam lakoanan. Selain itu, saya juga menonton beberapa

wayang kartun yang mana melibatkan watak arnab. Sebagai contoh, cerita

teladan kanak-kanak iaitu Sang Arnab dan Kura-kura.

2) PERMASALAHAN/RISIKO

Dalam melaksanakan Mini teater ini, saya hendaklah berlakon menjadi

seekor arnab yang mempunyai tabiat suka memakan lobak. Dan setiap kali

latihan saya kena mencari benda untuk dijadikan sebagai lobak. Selain itu,

permasalahan lain dalam menjadi watak seekor arnab ialah apabila

mengalami masalah vokal yang rendah. Bukan itu sahaja, untuk menjadi

seekor arnab, saya hendaklah membuat busana yang menyerupai seekor

arnab.

3) STRATEGI PENYELESAIAN (BOLD)

Apabila kami mendapati beberapa permasalahan, kami dalam sekumpulan

akan berbincang dalam menyelesaikan masalah tersebut. Agak kelihatan

kekoh diawal latihan apabila kena menyerupai seekor arnab, namun kawan-

kawan menyarankan saya menggunakan props yang menyerupai sebatang

lobak agar saya mudah mengikuti sifat arnab. Selain itu, masalah vokal

Page 14: LAPORAN PENUH

rendah ketika latihan juga mula diperbaiki dengan melakukan atihan vokal

sebelum latihan lakon bermula. Pengarah lakon juga menyarankan agar tidak

meminum atau memakan benda yang menyebabkan tekak sakit sehinggalah

selesai bengkel. Masalah lain iaitu dari segi pemakaian seekor arnab. Kami

dalam kumpulan telah mencari rekaan yang sesuai dalam internet berkenaan

pakaian hiawan yang sesuai digunakan untuk mini teater kanak-kanak.

NAMA PENUH : MUHAMMAD SHAHDAN BIN HAPIZI

NO. MATRIX : BC 11110105

BAHAGIAN : SETS DAN TEKNIKAL

1) JAWATAN / BAHAGIAN

Page 15: LAPORAN PENUH

Dalam siri bengkel bersama mahasiswa dengan komuniti saya telah

diamanahkan untuk mengurus bahagian sets dan teknikal. Bengkel ini

untuk penilaian dalam subjek Teater Dalam Pendidikan. Saya diminta oleh

pengarah untuk membuat sets serta mengurus segala barang

peminjaman teknikal. Saya telah membuat beberapa lakaran sets untuk

persembahan ini serta beberapa kali berbincang dengan pengarah untuk

lakaran sets yang ingin digunakan untuk memberi idea-idea yang sesuai

dalam membuat lakaran serta sets yang diinginkan oleh pengarah dalam

bengkel tersebut. Selain itu, saya juga turut serta berbincang dengan

kawan-kawan yang lain untuk memberi idea serta permudahkan kerja

saya malah kawan-kawan saya juga turut membantu saya dalam

membuat sets tersebut. Di samping itu juga, saya menguruskan bahagian

peminjaman teknikal daripada sekolah untuk kegunaan masa bengkel

tersebut dengan membuat surat serta senaraikan barang peralatan yang

diperlukan.

2) PERMASALAHAN / RISIKO

Kekangan masa yang tidak mencukupi dalam membuat sets yang

diinginkan.

Hadapi masalah dalam membuat peminjaman barang teknikal.

3)STRATEGI PENYELESAIAN

Dengan pertolongan kawan-kawan yang lain, sets dapat dibuat

dengan cepat dan mengikut tarikh yang diinginkan.

Saya telah membuat surat peminjaman barang teknikal yang

diinginkan serta senaraikan keperluan alatan kepada sekolah.

Page 16: LAPORAN PENUH

NAMA PENUH : AHMAD NURIKHWAN BIN MOHAMED

ZAINUDIN

NO. MATRIX : BC 11110011

BAHAGIAN : PUBLISITI

NO.PAGE TENGAH1.0

Page 17: LAPORAN PENUH

3) JAWATAN / BAHAGIAN

Saya mengurus bahagian publisiti dalam Bengkel Bersama Mahasiswa

“Rentas Bilik Darjah”. Bengkel ini untuk penilaian dalam subjek Teater

Dalam Pendidikan. Saya diminta oleh pengarah untuk membuat banner,

poster, buku program dan sijil. Saya telah membuat beberapa design

banner, poster dan sijil. Design-design tersebut telah ditunjuk kepada

pengarah untuk membuat cetakan banner, poster, dan sijil. Saya telah

meminta tajaan dari pihak sekolah untuk membuat cetak banner. Satu

banner dapat dicetak bersaiz 4 x 10 atas tajaan pihak SPS. Saya juga

telah membuat beberapa sijil untuk perserta, pelakon, dan penghargaan

kepada sekolah. Saya juga telah mendapatkan khidmat kawan-kawan

untuk mengantung banner di Sekolah Kebangsaan Malawa.

4) PERMASALAHAN / RISIKO

Masalah yang saya dihadapi adalah dalam cetak sijil. Sijil tidak dapat

dicetak dengan pihak sekolah kerana masa yang terlalu singkat.

Cetakan sijil yang banyak tidak dapat disiapkan dalam masa satu hari.

3)STRATEGI PENYELESAIAN

Cara penyelesaian dalam kes ini, kami telah menggunakan printer

sendiri untuk mencetak semua sijil.

NAMA PENUH : MOHAMAD ZULHUSNI BIN ABDUL AZIZ

NO. MATRIX : BC 11110084

BAHAGIAN : PELAKON DAN TIMBALAN PENGARAH LAKON

5) JAWATAN / BAHAGIAN

Page 18: LAPORAN PENUH

Dalam siri bengkel bersama mahasiswa dengan komuniti saya telah

diamanahkan untuk pelakon. Bengkel ini untuk penilaian dalam subjek

Teater Dalam Pendidikan. Saya diminta oleh pengarah untuk menjadi

pelakon bagi watak musang dalam teater kanak – kanak yang bertajuk

Tetamu Si Beruang. Saya telah mencari maklumat berkenaan watak

musang dalam internet bagi memudahkan saya melakonkan watak

musang untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak. Saya juga telah

berbincang dengan pengarah tentang watak itu dan juga berkenaan

maklumat yang saya kaji sama ada boleh digunakan atau tidak untuk

watak musang. Selain itu, saya juga turut serta berbincang dengan

kawan-kawan yang lain untuk memberi idea serta permudahkan kerja

saya malah kawan-kawan saya juga turut membantu saya dalam

melakukan latihan dan melakonkan watak musang. Saya juga telah

berbincang dengan pengarah lakon dan minta tunjuk ajar dari segi

lakonan daripadanya. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk

lakonan kerana perlu menyusun pergerakan dalam lakonan semasa atas

pentas. Selain menjadi pelakon, saya juga telah ditugaskan oleh pengarah

untuk menjadi timbalan pengarah lakon untuk membantu pengarah lakon

yang menguruskan lakonan untuk semua watak yang terlibat dalam

teater Tetamu Si Beruang. Saya dan pengarah lakon telah membantu

watak-watak lain untuk belakon dengan lebih baik dan menjadi watak

yang dilakonkan menjadi lancar dan tidak menghadapi masah dari segi

lakonan. Saya telah menguruskan pelakon dalam masa latihan untuk

persediaan bengkel.

6) PERMASALAHAN / RISIKO

Kekangan masa yang tidak mencukupi dalam lakonan kerana

banyak kerja.

Masalah untuk berlakon dan berkomunikasi dengan kanak-kanak.

3)STRATEGI PENYELESAIAN

Page 19: LAPORAN PENUH

Bekerjasama dengan ahli kumpulan telah dapat menyelesaikan

segala masalah.

Saya telah membahagikan masa untuk latihan lakonan dan belajar.