laporan pengajaran mte 3111

Upload: yeit-fong-tan

Post on 04-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    1/7

    Rancangan Mengajar Harian

    Tajuk : Bentuk Dan ruang

    Bidang : Bentuk Dua Dimensi

    Kelas : 4 Amanah

    Masa : 10.0011.00

    Objektif Pelajaran : Murid dibimbing untuk : mencari luas bentuk dua

    dimensi

    Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk mengira luas segi empat sama dan

    segi empat tepat

    Alat Bantu Mengajar :Geoboard , gelang getah dan lembaran kerja.Pengetahuan sedia ada :

    Nilai murni : Bekerjasama, Penghargaan dan kreatif .

    LANGKAH/ MASA

    AKTIVITI P& P CATATAN

    SetInduksi

    5 minit

    Guru memaparkan sebuah pelan rumah di atas papantulis.

    Muird diminta meneka bilangan jubin berukuran 1 mpanjang yang diperlukan untuk menutup kawasan

    ruang tamu.

    Murid diterapkan konsep luas kepada murid.

    Luas = kawasan atau permukaan yang dilitupi olehsesebuah bentuk.

    Langkah 1

    10 minit

    Murid dalam kumpulan berdua.

    Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah geoboarddan gelang getah yang berlainan warna.

    Murid-murid diberi peluang untuk meneroka geoboarddengan membina segi empat sama dan segi empattepat dengan menggunakan sehelai gelang getah.( Guru tunjuk cara membina bentuk segi tiga)

    Muird menyatakan ciri-ciri bentuk-bentuk tersebut.

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    2/7

    Langkah 2

    15 minit

    Murid diminta meregang sehelai gelang getah pada 4paku pada geoboard untuk membina sebuahsegiempat sama yang terkecil.

    Guru menerangkan bahawa 1 petak atau ssebuah segi

    empat sama yang terkecil bersamaan dengan 1 unitpersegi.

    Persegi ialah unit yang digunakan untukmengira luas.

    Murid dibimbing membina sebuah segiempat samadengan meregangkan sehelai gelang getah 3 unit kekanan dan 3 unit ke bawah.

    Seterusnya mereka akan meregangkan gelang getahyang berlainan warna pada paku-paku secaramelintang dan menegak dalam segi empat yang dibina

    tadi.

    Murid diminta mengira bilangan segi empat sama yangterkecil yang dapat dibentuk dalam segi empat samaitu. (9)

    Murid menyatakan luas segi empat sama = 9 unitpersegi

    Ulangi aktiviti di atas dengan membina sebuah segiempat tepat dengan meregangkan gelang getahdengan 4 unit ke kanan dan 2 unit ke bawah.

    Murid diminta mengira bilangan segi empat sama yangterkecil yang dapat dibentuk dalam segi empat samaitu. (8)

    Murid menyatakan luas segi empat tepat = 9 unitpersegi

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    3/7

    Langkah 3

    25 minit

    Setiap kumpulan diberi Lampiran l.

    Murid diminta mengira luas bagi kesemua bentuk segiempat yang ditunjukkan dalam jadual denganmenggunakan geoboard.

    Murid diminta melengkapkan bahagian luas dalam unitpersegi.

    Guru memberi penerangan, anggapkan sisi segiempat sama terkecil berukuran 1cm atau jarak antara2 paku ialah 1cm.

    Maka luas 1 unit persegi = 1cm persegi (cm)

    Murid akan mengira luas dalam cm dan catatkanjawapan mereka dalam luas dalam (cm)

    Rujuk kepada bentuk yang dibina atas geoboard,murid mengira panjang dan lebar setiap segi empattepat dan catatkan nilainya pada ruangan panjang danlebar.

    Akhirnya , murid akan melengkapkan ruanganpanjang x lebar .

    Didapati luas segi empat tepat dalam adalah samadengan panjang darab lebar segi empat tepat tersebut.

    Murid dibimbing menyatakan :-

    Luas = panjang x lebar

    Penutup

    5 minit

    Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

    Murid diminta melengkapkan lembaran kerja yangdiberi.

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    4/7

    Lampiran1

    Segi empat Luas

    (unit persegi)

    Luas

    ( cm)

    panjang

    ( cm)

    Lebar

    (cm)

    Panjang x

    Lebar ( cm)

    A

    B

    C

    D

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    5/7

    Lembaran Kerja

    Kirakan luas bagi setiap bentuk di bawah

    2cm

    2cm

    5cm

    1cm

    3cm

    3cm

    4cm

    Luas = _____ cm

    Luas = _____ cm

    Luas = _____ cmLuas = _____ cm

    2cm

    5cm 7 cm

    3cm

    2cm

    Luas = _____ cm

    Luas = _____ cm

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    6/7

    Laporan : Segmen Pengajaran Dalam Kelas

    Peringkat AKtiviti

    Perancangan Segmen

    Pengajaran

    Perjumpaan 1 ( 20/1/2013)

    Perbincangan mengenai pilihan tajuk, kemahiran dan

    alat bantu mengajar bagi sesi pengajaran yang akan

    dilaksanakan.

    Merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

    tempoh masa 1 jam.

    Pembelian bahan-bahan yang diperlukan untuk

    membina Geoboard:- papan, cat dan paku.

    Perjumpaan 2 ( 3/2/2013)

    Membina geoboard.

    Menyediakan jadual dan lembaran kerja.

    Sesi pengajaran dan

    rakaman

    Sesi pengajaranpembelajaran diadakan pada 14/2/2013.

    Pengajaran mencari luas segi empat sama dan segi empattepat melibatkan murid secara maksimum. Murid dalam

    kumpulan berdua diberi peluang untuk meneroka sendiri

    konsep luas dengan bahan konkrit. Geoboard digunakan

    bagi membantu murid mencari luas secara konkrit..

    Pada permulaan, murid dibimbing mencari luas dengan

    membilang bilangan segi empat sama terkecil yang dilitupi

    oleh segi empat sama atau segi empat tepat ( unit persegi).Selepas itu murid baru dibimbing menukarkan luas dalam

    unit persegi kepada cm persegi.

  • 8/13/2019 laporan Pengajaran Mte 3111

    7/7