laporan pemulihan dalam komuniti

13
LAPORAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH Pendahuluan Program pemulihan dalam komuniti merupakan satu subjek yang perlu diambil oelh semua semester 6 bagi program pendiidkan khas sekolah rendah. Pada semester ini kami didedahkan dengan subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). PDK ini merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani program pemulihan dengan penglibatan aktif ahli keluarga dan komuniti sendiri supaya dapat mengecapi peluang sama arata dan membolehkan mereka diintegrasikan dalam masyarakat ke arah kehidupan berdikari. Saya sebagai guru pelatih yang bakal mengajar dalam bidang pendidikan khas seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan kanak-kanak OKU ini. Oleh yang demikian, melalui mata pelajaran ini, saya mendapati ianya amat berguna kepada saya bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan yang akan membantu saya dalam menjadi seorang warga pendidik yang berjaya. Dalam subjek ini, memerlukan guru pelatih untuk menjalankan satu program bersama anggota PDK selama seminggu di PDK yang terpilih. Oleh itu, saya telah ditempatkan bersama guru-guru pelatih yang lain di Pemulihan Dalam Komuinti Semenyih, PDK ini terletak di Pekan Semenyih, Selangor. Jarak antara IPGM Kampus Ilmu Khas ialah 34km yang mengambil masa selama 30 minit untuk sampai. Kedudukan PDK ini terletak berhampiran Balai Polis Semenyih dan bersebelahan dengan Perpustakaan

Upload: aqeef-arfan

Post on 26-Oct-2015

194 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pemulihan Dalam Komuniti

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

LAPORAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH

Pendahuluan

Program pemulihan dalam komuniti merupakan satu subjek yang perlu diambil oelh

semua semester 6 bagi program pendiidkan khas sekolah rendah. Pada semester ini

kami didedahkan dengan subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). PDK ini

merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan golongan

orang kurang upaya (OKU) menjalani program pemulihan dengan penglibatan aktif

ahli keluarga dan komuniti sendiri supaya dapat mengecapi peluang sama arata dan

membolehkan mereka diintegrasikan dalam masyarakat ke arah kehidupan

berdikari.

Saya sebagai guru pelatih yang bakal mengajar dalam bidang pendidikan

khas seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan kanak-

kanak OKU ini. Oleh yang demikian, melalui mata pelajaran ini, saya mendapati

ianya amat berguna kepada saya bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan

yang akan membantu saya dalam menjadi seorang warga pendidik yang berjaya.

Dalam subjek ini, memerlukan guru pelatih untuk menjalankan satu program

bersama anggota PDK selama seminggu di PDK yang terpilih.

Oleh itu, saya telah ditempatkan bersama guru-guru pelatih yang lain di

Pemulihan Dalam Komuinti Semenyih, PDK ini terletak di Pekan Semenyih,

Selangor. Jarak antara IPGM Kampus Ilmu Khas ialah 34km yang mengambil masa

selama 30 minit untuk sampai. Kedudukan PDK ini terletak berhampiran Balai Polis

Semenyih dan bersebelahan dengan Perpustakaan Semenyih. Kedudukan PDK ini

tidak jauh dari jalan utama Pekan Semenyih.

Guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti di PDK semenyih seramai 10 orang

yang diwakili oleh 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kumpulan ini terdiri

daripada gabungan beberapa ahli dari kumpulan G 6.1 Masalah Pendengaran dan

G6.2 Masalah Pembelajaran. Ahli kumpulan ini telah dikelompokkan mengikut

pilihan yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing.

Aktiviti yang dijalankan di PDK Semenyih telah dibahagikan kepada 3

bahagian iaitu aktiviti keceriaan, aktiviti akademik dan aktiviti lawatan ke rumah

(home visit). Aktiviti keceriaan yang dirancang mengandungi aktiviti seperti

Page 2: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

mengemas stor, mencuci kolam renang, menghias bilik snoozelan, melukis mural,

mengindahkan kawasan PDk dan aktiviti menanam pokok bunga di halaman PDK

semenyih. Bagi aktiviti akademik pula, kami telah jalankan aktiviti lawatan ke

Muzium Islam Kuala Lumpur, mengadakan bengkel membuat dadih dan

mengadakan ceramah Rehabilitasi kepada ibu bapa kanak-kanak Oku di PDK

semenyih. Manakala aktiviti lawatan ke rumah dibuat berdasarkan jenis masalah

kanak-kanak oku yang elibatkan kanak-kanak masalah Cerebral Palsy, Masalah

Syndrome Down dan masalah Autisme.

Semua aktiviti ini telah dijalankan selama seminggu bermula pada 7 Oktober

2013 hingga 11 oktober 2013. Aktiviti ini dijalanakn di PDK Semenyih dan

kawasan sekitar. Program yang dijalanakan ini telah mendapat dana daripada

pelbagai pihak yang memberikan sumbangan wang ringgit dan juga sumbangan

dalam bentuk barangan. Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan termasuklah

sumbangan daripada badan berkanun, golongan koprat dan sumbangan daripada

individu perseorangan. Dana yang dikumpul sedikit sebanyak membantu dalam

pengurusan program yang telah dirancang.

Tanggungjawab dan Jawatan yang disandang

Dalam menjalankan program ini saya telah dilantik menjadai penolong setiusaha

bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) induk. Malahan saya turut dilantik untuk menjadi

Setiausaha bagi aktiviti keceriaan. Saya juga menjadi pengacaran bagi Majlis

Penutupan bagi Program Khidmat Siswa PDK Semenyih ini.

Tugas saya sebagai seorang Penolong Setiausaha bagi AJK induk adalah

membantu setiusaha dalam menyiapkan kertas kerja, surat-surat dan dan segala

perkara yang berkaitan. Tugas saya ini banyak membantu setiausaha untuk

melancarkan lagi proses menyiapkan tugasan yang tidak dapat setiausaha siapkan.

Kerjasama yang saya berikan dapat menjadikan sesuatu perancangan yang

dirancang dapat berjalan dengan baik. Tugasan seorang setiausaha sememangnya

memerlukan penolong untuk membantu setiausaha dalam menjalankan tugas

beliau. Penyediaan surat menyurat diserahkan kepada saya kerana setiausaha

menguruskan kertas kerja dan tugasan yang lain. Kebanyakkan tugasan penolong

setiausaha berlaku pada peringkat sebelum dan selepas. Hal ini kerana saya terlibat

dalam menyediakan kertas kerja, surat menyurat pada peringkat awal. Selain itu

Page 3: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

saya turut terlibat dalam aktiviti selepas program ini dijalankan. Selepas program

dijalanakan, saya perlu membuat laporan untuk Setiausaha yang memerlukan saya

mencatatkan dan menyediakan pada penghujung program ini.

Seterusnya tugas yang diamanahakan kepada dalam menjayakan program

khidmat siswa ini ialah memegang jawatan sebagai Setiusaha Aktiviti Keceriaan.

Tugas saya dalam aktiviti ini ialah menyediakan kertas kertas program yang hendak

dijalanakan. Beberapa cadangan telah diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan.akan

tetapi tidak semua cadangan tersebut dapat diterima atas beberapa faktor seperti

kewangan dan masa. Malahan dalam menjalanakn tugas sebagai Setiusaha ini,

saya turut menyediakan belanjawan yang diperlukan untuk menjalankan program

Khidmat Siswa ini. Tugasan seperti ini memerlukan saya untuk terlibat dengan

semua ahli untuk merancang segala akitiviti tersebut. Setiap aktiviti keceriaan

memerlukan saya menyediakan bajet untuk membeli peralatan dan keperluan

sepanjang aktiviti keceriaan dijalankan. Perkara ini memerlukan hubungan

komunikasi yang baik bagi mengelakkan ahli-ahli berkecil hati. Saya bersyukur

kerana semua ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik dan memberikan

sepenuh kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas ini.

Selain itu, tugas saya sebagai setiausaha aktiviti kecerian ialah mengambil

gambar aktiviti semasa. Gambar ini diperlukan bagi menjadi bukti bahawa sesuatu

aktiviti itu telah berlaku. Gambar-gambar yang diambil perlu ada di dalam

penyediaan laporan pada penghujung program ini. Pada penghujung program ini

saya perlu menyediakan laporan penuh bagi semua aktiviti keceriaan yang telah

dijalankan. Tugasan saya yang berkaitan tuigsan seorang setiausaha ialah

menyediakan surat menyurat. Antara surat yang perlu disediakan aialaha surat

memohon sumbangan bagi mengutip dana untuk aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan

ini memerlukan dana yang besar berbanding aktiviti-aktiviti yang lain. Berikutnya

tugas yang saya jalankan ialah membuat pembahagiaan kumpulan utnuk

setiap[ aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan dibahagikan kepada beberapa akitiviti

seperti aktiviti melukis mural, mencuci kolam renang, menanam pokok di halaman

PDK dan sebagainya. Dan tugas saya yang lain ialah membuat perancangan bagi

setiap aktiviti yang memerlukan penelitian untuk mengelakkan masalah dalam

menyediakan perlatan, kewangan dan sebagainya.

Page 4: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

Antara tugasan lain yang saya pikul dalam program ini ialah menjadi

pengacara majlis bagi Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Siswa PDK

Semenyih. Saya merasakan tugsan ini amat mencabar saya dari segi emosi dan

fizikal. Malahan tugsana ini memberikan saya pengalaman yang amat berguna.

Dalam menjadi pengaca majlis bagi Program Khidmat Siswa saya memperoleh

pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana kecuali saya terlibat sendiri

dalam menjadi pengacara majlis. Cabaran saya yang pertama dalam menjadi

pengacara majlis adalah menyediakan skrip dan teks untuk Majlis Penutup ini. Saya

perlu membuat beberapa rujukan mengenai pengurusan acara. Ini melibatkan

aspek-aspek protocol yang memerlukan penelitian. Malahan penggunaan nama

panggilan dan pangkat perlu diteliti bagi mengelakkan kesalahan semasa acara

berlansung. Pengalaman ini sikit sebanyak memberikan pengalaman berharga bagi

saya sebagai seorang guru pelatih yang bakal menguruskan acara di sekolah kelak.

Kekuatan

Dalam menjalankan Program Khidmat Siswa ini saya dapat menilai kebolehan dan

keupayaan saya dalam menguruskan sesuatu program. Dalam menjalankan

program ini saya dapat membuat refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan yang

dapat saya kenal pasti setelah saya membuat penilaian dari pelbagai aspek dalam

penglibatan saya dalam program ini. Saya akui bahawa saya bukan seorang yang

mampu buat sesuatu pekerjaan tanpa ada sedikit kesilapan ataupun kelemahan.

Oleh yang demikian selepas sesi post mortem yang di buat selepas majlis penutup

itu, saya dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan kekuatan dan kelemahan

saya.

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam penglibatan saya dalam

program seperti ini ialah dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam

menyelesaiakan masalah yang dihadapi. Dengan adanya bantuan dan perbincangan

bersama, maka masalah yang dihadapai dapat ditangani dengan mudah. Oleh yang

demikian, saya dapati bahawa kerjasama antara ahli kumpulan merupakan sesuatu

kekuatan yang dapat ditonjolkan dalam program ini. Sesuatu program yang formal

sebegini tidak dapat berjalan lancar jika diuruskan dan dibuat secara individu.

Selain itu, kekuatan saya dalam menjalankan program ini ialah dapat buat

kerja mengikut masa yang ditetapkan walaupun masa yang diberikan tersebut

Page 5: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

adalah terhad. Contoh yang dapat saya berikan ialah dimana saya perlu menyiapkna

2 jenis surat dalam tempoh yang agak terhad. Ini berlaku kerana setiusaha terlepas

pandang tentang soal surat jemputan semasa pergi ke pejabat ADUN. Oleh itu

dalam masa yang terhad itu, saya perlu menyediakan surat jempiutan tersebut.

Dengan adanya bantuan dari rakan dan merujuk kepada sumber internet, maka

saya dapat menyiapkan surat tersebut walaupun saya tidak pernah menyediakan

surat seperti itu.

Selain itu, kekuatan saya juga ialah dapat menyediakan surat-menyurat

mengikut format yang sebenar. Penggunaan surat amat penting bagi program rasmi

seperti ini. Penyedian surat dapat menunjukkan gambaran tentang sesuatu program

tersebut. Oleh itu saya merasakan bahawa surat yang dibuat dapat menarik

penerima dan mesej dapat disampaikan dengan mudah berdasarkan surat yang

dibuat itu.

Kekuatan yang dapat dikenalpasti dalam program ini ialah kebolehan

komunikasi bersama pekerja PDK dan juga Ibu bapa. Komunikasi merupakan

medium penting bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai seorang bakal

guru, kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting kerana

setiap hari guru akan menggunakan komunikasi untuk menjagar anak murid. Selain

itu, komunikasi turut berlaku di antara ibu bapa dan juga orang disekeliling. Apabila

seseorang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, maka ini dapat

memudahkan seseorang untuk masuk dan bergaul dalam komuniti.

Kekuatan yang berikutnya ialah kejayaan melaksanakan program Khidmat

Siswa ini dengan jayanya. Saya akui masih terdapat kelemahan,

waaubagaimanapun saya cukup berbangga dan gembira apabila dapat

bergandingan dengan ahli kumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus dalam

menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Segala masalah yang timbul dapat di atas

walaupun berlaku pada saat-saat akhir. Kejayaan dalam menjayakan program

merupakan kejayaan semua ahli.

Kelemahan

Dalam menjalanakn sesuatu program, kita tidak akan terlepas daripada melakukan

kesilapan. Oleh itu kelemahan yang dapat saya kenalpasti selepas program ini ialah

Page 6: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

masalah dalam menyediakan surat. Pertama kali saya menyediakan surat, saya

menghadapi beberapa masalah dari segi mendapatkan “letter head” daripada pihak

PDK Semneyih. Perkara ini berlaku kerana pihak PDK tidak mahu pihak saya

menggunakan Logo PDK untuk kepentingan tertentu. Namun selepas mengadakan

beberpa perbincangan akhirnya pihak PDK membernarkan kami menggunakan logo

PDK.

Seterusnya ialah kelemahan dari menyediakan surat dalam bentuk format

yang betul. Ini berlaku disebabkan oleh rujukan dibuat itu Cuma diambil daripada

bahn atau sumber internet. Oleh yang demikian format yang diperolehi tersebut

mempunyai beberapa perbezaan kecil. Namun selepas surat tersebut dirujuk

kepada pensyayarah pembimbing, maka saya dapat membetulkan kesilapan

tersebut sebelum dihantar ke pihak-pihak yang dirujuk. Dengan adanya

perbincangan dengan pensyarah, saya dapat mengetahui format surat yang betul.

Dalam menguruskan program ini, saya menghadapi masalah untuk

menguruskan masa. Ini menyebabkan saya mempunyai kelemahan dalam aspek

pengurusan masa. Masa amat penting dalam menguruskan sesuatu aktiviti atau

program. Dalam menguruskan program ini, saya terlibat dengan praktikum selama

sebulan di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Maka perhubungan

antara ahli kumpulan agak terbatas disebabkan faktor jarak yang agak jauh. Oleh itu,

waktu saya banyak dihabiskan untuk membuat persiapan mengajar seperti

menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Maka dalam tempoh itu, saya

tidak dapat menumpukan kepada program ini. Selepas tamatnya praktikum barulah

saya dapat memberikan tumpuan kepada program ini, namun masa yang tinggal

adalah sangat pendek.

Semasa menjalankan program ini, saya dapati bahawa banyak program

berubah pada saat-satakhir. Ini menyebabkan timbul masalah dalam mencari jalan

penyelesaian. Apabila sesuatu perubahan berlaku pada saat akhir, maka saya

bersama-sama ahli kumpulan perlu memikirkan altenatif lain bagi mengelakkan

masalah itu timbul. Ini berlaku semasa Majlis Penutup di mana ADUN yang dijemput

tidak dapat hadir pada saat-saat akhir disebabkan oleh perkara yang tidak dapat

dielakkan.oleh itu, saya terpaksa membuat perubahan dengan menggantikan

pensyarah pembimbing bagi merasmikan majlis penutup.

Page 7: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

Cara mengatasi dan cadangan

Setiap kelamahan yang berlaku mesti dibuat penambahbaikan. Oelh itu bagi

meperbaiki kelamahan yang berlaku saya merasakan bahawa saya perlu membuat

perancangan dengan rapi berdasarkan aspek pengurusan masa. Dengan adanya

perancangan yang baik , maka masalah dalam menguruskan masa akan berjalan

dengan baik dan tidak akan timbul masalah pada saat terakhir.

Selain itu bagi membuat penambahbaikan yang berlaku dari aspek

penyediaan surat, maka saya perlu membuat rujukan dan mendapatkan nasihat

daripada pensyarah pembimbing bagi mengelakkan masalah seperti itu akan

berulang lagi pada masa yang akan datang. Dengan adanya bantuan daripada

pensyarah maka segala yang dibuat kan menepati kehendak dan secara tidak

langsung akan mengurangkan kesilapan.

Bagi masalah yang dihadapi untuk perubahan pada saat-saat akhir, saya

perlu menyediakan plan B bagi memastikan saya sudah bersedia jika berlaku

sesuatu pada saat terakhir. Cadangan untuk membuat plan ini hasil daripada

perbincangan post mortem yang dibuat selepas majlis penutup itu dijalankan. Saya

perlu mengambil serius dalam menyediakan ‘back-up plan’. Dengan adanya bak-up

plan secara tidak langsung tidak akan memberikan tekanan apabila berlakunya

perubahan.

Kesimpulan

Dalam menjalankan program ini saya mendapati bahawa saya banyak

menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk saya

gunakan pada masa akan datang. Pengetahuan ini akan menjadikan saya lebih

matang dalam mengguruskan sesuatu program kelak. Seorang guru tidak akan

terlepas daripada menjalankan sesuatu program di sekolah nanti. Banyak aktiviti

yang dijalankan memerlukan guru untuk menyediakan semua keperluan dan

persediaan bagi menguruskan sesuatu program. Guru bukan sahaja menjadi

seorang pendidik tetapi seorang guru memegang tanggungjawab dalam semua

perkara di sekolah.

Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam

berkomunikasi. Dengan melibatkn diri dalam program seperti ini, maka saya dapat

Page 8: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi. Sebagai seorang guru, kemahiran

berkomunikasi amat penting kerana guru sememangnya menggunakan medium

komunikasi untuk penyampaian ilmu kepada murid-murid di dalam kelas.

Malahan dalam menguruskan program ini, saya dapat membina hubungan

dengan lebih akrab dengan ahli kumpulan dari kumpulan G 6.2 masalah

Pembelajaran. Sebelum program ini, hubungan antara saya dan ahli kumpulan lain

tidaklah begitu rapat. Akan tetapi selepas program ini, saya merasakan bahawa

keekuatan atau hubungan itu semakin kuat. Hal ini berlaku kerana kami terlibat

dalam mengharungi masalah dah suka duka sepanjang program ini dijalankan. Saya

mengharapkan bahawa perhubungan yang dibina akan terus kekal sampai bila-bila.

Page 9: Laporan Pemulihan Dalam Komuniti

PROGRAM KHIDMAT SISWA DI

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI,

SEMENYIH, KAJANG

“LAPORAN KHIDMAT SISWA”

NAMA

MUHAMMAD KHAIRUL AMZAR BIN GHAZALI

TARIKH :

7 – 11 OKTOBER 2013

BERTEMPAT DI :

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH