laporan kajian tindakankemahiran mengenal bentuk huruf kecil dalam kalanganmurid pemulihan melalui...

Download Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Post on 13-Aug-2015

535 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGANMURID PEMULIHAN MELALUI KAEDAH NYANYI DAN LUKIS. OLEH : SITI NAZIFAH BINTI MOHD NOR SK Seri Semangat,Kampung Parit Stan,82200 Benut,Pontian, Johor. ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berada di dalam kelas pemulihan sememangnya memerlukandaya kreativiti kita untuk menarik minat mereka. Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalam memastikanmereka mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan saya, murid-murid pemulihan ini memerlukansuatu bentuk pengajaran yang ringkas dan tidak terlalu berat sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualanmereka. Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk mereka pendekatan menyebut dan menulis huruf kecil melalui kaedah nyanyian dan lukisan. Pendekatan melalui kaedah ini telah saya jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan hasil daripada analisis data menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menulis ejaan terutamanyayang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian. Selain itu, ujian koordinator juga ada menunjukkan sedikit perkembangandimana sebelum ini, murid saya sukar membezakan bahagian kanan dan juga bahagian kiri, namun begitu dengankaedah yang telah saya jalankan, saya dapati mereka sudah dapat mengecam dan membezakan arah kanan dan kiri. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Melalui pengalaman mengajar kelas pemulihan selama beberapa bulan, saya dapati terdapatb e b e r a p a o r a n g m u r i d y a n g k e r a p m e l a k u k a n k e s a l a h a n e j a a n d a l a m s e s u a t u p e r k a t a a n . Didapati juga, mereka lebih mudah mengenalpasti bentuk huruf huruf besar berbanding denganhuruf kecil. Selain itu, mereka juga turut dikesan menulis sesuatu perkataan menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga dikesan sukar membezakan arah samaada kanan ataupunkiri.Apabila saya melakukan penelitian, saya dapati bahawa muridmurid saya tidak dapat menulishuruf yang seakan-akan sama bentuknya seperti huruf b dan d, manakala n dan m pula bunyinyakedengaran tidak jauh berbeza, begitu juga huruf u dan y . Manakala huruf e dan q pula, sayadapati murid saya bermasalah untuk menulis huruf tersebut lantaran keliru dengan bentuknyayang jauh berbeza dengan huruf besar.Justeru itu saya mengambil inisiatif ini memandangkan masalah yang mungkin dianggap kecil iniakan berlarutan dan pastinya murid akan menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah.Saya yakin kekeliruan ini timbul kerana murid terpaksa mengingati bentuk huruf roman yang agakbesar jumlahnya, di tambah pula bentuknya yang berbeza di antara huruf kecil dan huruf besar.Ini pastinya akan menimbulkan masalah kepada murid-murid yang boleh dikategorikan sebagaislow learner

12.0

FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas di dapati murid pemulihan di kelas saya iaitu kelas An-Nur masih belumdapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan danbeberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini seterusnya akanmenyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan cara dan sebutanyang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan dan di khuatiri mereka akan kerapmelakukan kesilapan tersebut dalam membentuk sesuatu ayat. Kajian tindakan ini meninjaupermasalahan mereka dan mencari suatu formula yang menarik dan mudah untuk dipelajari.Justeru fokus kajian ini ialah : Meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis abjad hurufhuruf kecil dimana terdapat beberapa huruf yang dikenalpasti mendatangkan masalahdalam pembelajaran kelas pemulihan An-Nur. Antara huruf huruf tersebut ialahd, b, u, e, n, m, y dan q. Pendekatan yang digunakan ialah melalui kaedah nyanyian dan lukisan. 3.0OBJEKTIF KAJIAN3 . 1 . 1 O b j e k t i f A m Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenalbentuk huruf-huruf kecil. 3 . 2 O b j e k t i f K h u s u s 3.2.1Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan a b j a d huruf-huruf kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu d, b, u, e, n,m, y dan q di kalangan murid murid pemulihan.3 . 2 . 2 M e m b a n t u m u r i d - m u r i d m e n u l i s d a n m e m b a c a d e n g a n e j a a n yang betul. 3.2.3 M e m b a n t u m u r i d - m u r i d m e m b i n a k e y a k i n a n d i r i ya n g p o s i t i f dalam aspek pembelajaran.3 . 2 . 4 M e n i m b u l k a n m i n a t m r i d d a l a m s u a s a n a p e n g a j a r a n d a n pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan. 4 . 0 K U M P U L A N S A S A R A N Kajian ini dijalankan ke atas 3 orang murid pemulihan kelas An-nur yang telah dikenalpastimengalami masalah mengenal bentuk beberapa huruf-huruf kecil. Ekperimen dilakukan selamasebulan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5 . 1 T i n j a u a n M a s a l a h Dalam kajian ini tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra danujian pos serta ujian pengamatan. 2 5.1.1Pemerhatian Aktiviti pemerhatian dilakukan melalui ujian kad imbasan yang yang diberikan kepada setiapmurid pemulihan khas iaitu seramai 6 orang. Guru akan menunjukkan kad imbasan huruf-huruf kecil untuk di kenalpasti oleh murid-murid. Sepanjang proses ujian tersebut saya mencatatkanhuruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya. Dalam hal ini terdapat beberapahuruf yang didapati mereka

gagal untuk mengenal dan menyebutnya. Antara huruf-huruf tersebutialah b,d,n,m,u,e,q dan y. 5 . 1 . 2 U j i a n P r a Beberapa ujian pra diberikan kepada murid-murid pemulihan dalam mengesahkan sejauh manakemahiran mereka mengenal pasti bentuk huruf kecil. Ujian yang dijalankan adalah selama 30minit. Antara aktiviti ujian pra yang dijalankan oleh guru ialah:a ) k a d i m b a s a n h u r u f b ) u j i a n b e r t u l i s c ) u j i a n pengamatan 5 . 1 . 2 u j i a n P o s Ujian pos dijalankan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti mengalami masalah mengenalbentuk huruf kecil. Dalam kajian ini didapati mereka kerap melakukan kesalahan mengecam huruf b,d,n,m,u,q,e dan y. Oleh itu saya telah mengenalkan formula kajian saya ini kepada mereka.Dalam hal ini 3 orang murid didapati mengalami masalah tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalahseperti berikut:1.Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b,d,n,m,u,q,e dan ysecara lalu kepada murid-murid.2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid.3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjadseperti yang di tunjukkan oleh guru.4 . M u r i d d i b e r i l i r i k n ya n y i a n d a n m e n g i k u t a r a h a n g u r u u n t u k m e n ya n y i b e r s a m a - s a m a sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.5 . K a e d a h p e n g u l a n g a n a k a n d i l a k u k a n s e h i n g g a m u r i d m e n g h a f a l l i r i k n y a n y i a n d a n seterusnya dapat melakar turutan abjad sehingga membentuk sebuah lakaran wajahmanusia.6.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid untuk melukis adalahseiring dengan lirik nyanyian 5.2Analisa Tinjauan Masalah Analisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu:a ) P e m e r h a t i a n b e r d a s a r k a n k a d i m b a s a n Setelah dijalankan ekperimen lukisan wajah menggunakan abjad-abjad kecil yang terpilihselama sebulan, terdapat beberapa perubahan pada 3 orang subjek kajian saya iaitu : Mereka dapat mengenal bentuk dan menyebutnya apabila guru menayangkankad imbasan huruf-huruf dalam skop kajian. Murid juga di dapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabiladiminta oleh guru.

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam KaranganKelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan Karangan Di Peringkat Menengah Rendah Nursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP) Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu) Jamaludin bin Badusah (Phd) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik bukan sahaja pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai. PENGENALAN Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994), Noor Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama ada di Sabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia i