Download - Laporan Pemulihan Dalam Komuniti
LAPORAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH
Pendahuluan
Program pemulihan dalam komuniti merupakan satu subjek yang perlu diambil oelh
semua semester 6 bagi program pendiidkan khas sekolah rendah. Pada semester ini
kami didedahkan dengan subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). PDK ini
merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan golongan
orang kurang upaya (OKU) menjalani program pemulihan dengan penglibatan aktif
ahli keluarga dan komuniti sendiri supaya dapat mengecapi peluang sama arata dan
membolehkan mereka diintegrasikan dalam masyarakat ke arah kehidupan
berdikari.
Saya sebagai guru pelatih yang bakal mengajar dalam bidang pendidikan
khas seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan kanak-
kanak OKU ini. Oleh yang demikian, melalui mata pelajaran ini, saya mendapati
ianya amat berguna kepada saya bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan
yang akan membantu saya dalam menjadi seorang warga pendidik yang berjaya.
Dalam subjek ini, memerlukan guru pelatih untuk menjalankan satu program
bersama anggota PDK selama seminggu di PDK yang terpilih.
Oleh itu, saya telah ditempatkan bersama guru-guru pelatih yang lain di
Pemulihan Dalam Komuinti Semenyih, PDK ini terletak di Pekan Semenyih,
Selangor. Jarak antara IPGM Kampus Ilmu Khas ialah 34km yang mengambil masa
selama 30 minit untuk sampai. Kedudukan PDK ini terletak berhampiran Balai Polis
Semenyih dan bersebelahan dengan Perpustakaan Semenyih. Kedudukan PDK ini
tidak jauh dari jalan utama Pekan Semenyih.
Guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti di PDK semenyih seramai 10 orang
yang diwakili oleh 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kumpulan ini terdiri
daripada gabungan beberapa ahli dari kumpulan G 6.1 Masalah Pendengaran dan
G6.2 Masalah Pembelajaran. Ahli kumpulan ini telah dikelompokkan mengikut
pilihan yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing.
Aktiviti yang dijalankan di PDK Semenyih telah dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu aktiviti keceriaan, aktiviti akademik dan aktiviti lawatan ke rumah
(home visit). Aktiviti keceriaan yang dirancang mengandungi aktiviti seperti
mengemas stor, mencuci kolam renang, menghias bilik snoozelan, melukis mural,
mengindahkan kawasan PDk dan aktiviti menanam pokok bunga di halaman PDK
semenyih. Bagi aktiviti akademik pula, kami telah jalankan aktiviti lawatan ke
Muzium Islam Kuala Lumpur, mengadakan bengkel membuat dadih dan
mengadakan ceramah Rehabilitasi kepada ibu bapa kanak-kanak Oku di PDK
semenyih. Manakala aktiviti lawatan ke rumah dibuat berdasarkan jenis masalah
kanak-kanak oku yang elibatkan kanak-kanak masalah Cerebral Palsy, Masalah
Syndrome Down dan masalah Autisme.
Semua aktiviti ini telah dijalankan selama seminggu bermula pada 7 Oktober
2013 hingga 11 oktober 2013. Aktiviti ini dijalanakn di PDK Semenyih dan
kawasan sekitar. Program yang dijalanakan ini telah mendapat dana daripada
pelbagai pihak yang memberikan sumbangan wang ringgit dan juga sumbangan
dalam bentuk barangan. Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan termasuklah
sumbangan daripada badan berkanun, golongan koprat dan sumbangan daripada
individu perseorangan. Dana yang dikumpul sedikit sebanyak membantu dalam
pengurusan program yang telah dirancang.
Tanggungjawab dan Jawatan yang disandang
Dalam menjalankan program ini saya telah dilantik menjadai penolong setiusaha
bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) induk. Malahan saya turut dilantik untuk menjadi
Setiausaha bagi aktiviti keceriaan. Saya juga menjadi pengacaran bagi Majlis
Penutupan bagi Program Khidmat Siswa PDK Semenyih ini.
Tugas saya sebagai seorang Penolong Setiausaha bagi AJK induk adalah
membantu setiusaha dalam menyiapkan kertas kerja, surat-surat dan dan segala
perkara yang berkaitan. Tugas saya ini banyak membantu setiausaha untuk
melancarkan lagi proses menyiapkan tugasan yang tidak dapat setiausaha siapkan.
Kerjasama yang saya berikan dapat menjadikan sesuatu perancangan yang
dirancang dapat berjalan dengan baik. Tugasan seorang setiausaha sememangnya
memerlukan penolong untuk membantu setiausaha dalam menjalankan tugas
beliau. Penyediaan surat menyurat diserahkan kepada saya kerana setiausaha
menguruskan kertas kerja dan tugasan yang lain. Kebanyakkan tugasan penolong
setiausaha berlaku pada peringkat sebelum dan selepas. Hal ini kerana saya terlibat
dalam menyediakan kertas kerja, surat menyurat pada peringkat awal. Selain itu
saya turut terlibat dalam aktiviti selepas program ini dijalankan. Selepas program
dijalanakan, saya perlu membuat laporan untuk Setiausaha yang memerlukan saya
mencatatkan dan menyediakan pada penghujung program ini.
Seterusnya tugas yang diamanahakan kepada dalam menjayakan program
khidmat siswa ini ialah memegang jawatan sebagai Setiusaha Aktiviti Keceriaan.
Tugas saya dalam aktiviti ini ialah menyediakan kertas kertas program yang hendak
dijalanakan. Beberapa cadangan telah diutarakan oleh ahli-ahli kumpulan.akan
tetapi tidak semua cadangan tersebut dapat diterima atas beberapa faktor seperti
kewangan dan masa. Malahan dalam menjalanakn tugas sebagai Setiusaha ini,
saya turut menyediakan belanjawan yang diperlukan untuk menjalankan program
Khidmat Siswa ini. Tugasan seperti ini memerlukan saya untuk terlibat dengan
semua ahli untuk merancang segala akitiviti tersebut. Setiap aktiviti keceriaan
memerlukan saya menyediakan bajet untuk membeli peralatan dan keperluan
sepanjang aktiviti keceriaan dijalankan. Perkara ini memerlukan hubungan
komunikasi yang baik bagi mengelakkan ahli-ahli berkecil hati. Saya bersyukur
kerana semua ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik dan memberikan
sepenuh kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas ini.
Selain itu, tugas saya sebagai setiausaha aktiviti kecerian ialah mengambil
gambar aktiviti semasa. Gambar ini diperlukan bagi menjadi bukti bahawa sesuatu
aktiviti itu telah berlaku. Gambar-gambar yang diambil perlu ada di dalam
penyediaan laporan pada penghujung program ini. Pada penghujung program ini
saya perlu menyediakan laporan penuh bagi semua aktiviti keceriaan yang telah
dijalankan. Tugasan saya yang berkaitan tuigsan seorang setiausaha ialah
menyediakan surat menyurat. Antara surat yang perlu disediakan aialaha surat
memohon sumbangan bagi mengutip dana untuk aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan
ini memerlukan dana yang besar berbanding aktiviti-aktiviti yang lain. Berikutnya
tugas yang saya jalankan ialah membuat pembahagiaan kumpulan utnuk
setiap[ aktiviti keceriaan. Aktiviti keceriaan dibahagikan kepada beberapa akitiviti
seperti aktiviti melukis mural, mencuci kolam renang, menanam pokok di halaman
PDK dan sebagainya. Dan tugas saya yang lain ialah membuat perancangan bagi
setiap aktiviti yang memerlukan penelitian untuk mengelakkan masalah dalam
menyediakan perlatan, kewangan dan sebagainya.
Antara tugasan lain yang saya pikul dalam program ini ialah menjadi
pengacara majlis bagi Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Siswa PDK
Semenyih. Saya merasakan tugsan ini amat mencabar saya dari segi emosi dan
fizikal. Malahan tugsana ini memberikan saya pengalaman yang amat berguna.
Dalam menjadi pengaca majlis bagi Program Khidmat Siswa saya memperoleh
pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana kecuali saya terlibat sendiri
dalam menjadi pengacara majlis. Cabaran saya yang pertama dalam menjadi
pengacara majlis adalah menyediakan skrip dan teks untuk Majlis Penutup ini. Saya
perlu membuat beberapa rujukan mengenai pengurusan acara. Ini melibatkan
aspek-aspek protocol yang memerlukan penelitian. Malahan penggunaan nama
panggilan dan pangkat perlu diteliti bagi mengelakkan kesalahan semasa acara
berlansung. Pengalaman ini sikit sebanyak memberikan pengalaman berharga bagi
saya sebagai seorang guru pelatih yang bakal menguruskan acara di sekolah kelak.
Kekuatan
Dalam menjalankan Program Khidmat Siswa ini saya dapat menilai kebolehan dan
keupayaan saya dalam menguruskan sesuatu program. Dalam menjalankan
program ini saya dapat membuat refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan yang
dapat saya kenal pasti setelah saya membuat penilaian dari pelbagai aspek dalam
penglibatan saya dalam program ini. Saya akui bahawa saya bukan seorang yang
mampu buat sesuatu pekerjaan tanpa ada sedikit kesilapan ataupun kelemahan.
Oleh yang demikian selepas sesi post mortem yang di buat selepas majlis penutup
itu, saya dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan kekuatan dan kelemahan
saya.
Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam penglibatan saya dalam
program seperti ini ialah dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam
menyelesaiakan masalah yang dihadapi. Dengan adanya bantuan dan perbincangan
bersama, maka masalah yang dihadapai dapat ditangani dengan mudah. Oleh yang
demikian, saya dapati bahawa kerjasama antara ahli kumpulan merupakan sesuatu
kekuatan yang dapat ditonjolkan dalam program ini. Sesuatu program yang formal
sebegini tidak dapat berjalan lancar jika diuruskan dan dibuat secara individu.
Selain itu, kekuatan saya dalam menjalankan program ini ialah dapat buat
kerja mengikut masa yang ditetapkan walaupun masa yang diberikan tersebut
adalah terhad. Contoh yang dapat saya berikan ialah dimana saya perlu menyiapkna
2 jenis surat dalam tempoh yang agak terhad. Ini berlaku kerana setiusaha terlepas
pandang tentang soal surat jemputan semasa pergi ke pejabat ADUN. Oleh itu
dalam masa yang terhad itu, saya perlu menyediakan surat jempiutan tersebut.
Dengan adanya bantuan dari rakan dan merujuk kepada sumber internet, maka
saya dapat menyiapkan surat tersebut walaupun saya tidak pernah menyediakan
surat seperti itu.
Selain itu, kekuatan saya juga ialah dapat menyediakan surat-menyurat
mengikut format yang sebenar. Penggunaan surat amat penting bagi program rasmi
seperti ini. Penyedian surat dapat menunjukkan gambaran tentang sesuatu program
tersebut. Oleh itu saya merasakan bahawa surat yang dibuat dapat menarik
penerima dan mesej dapat disampaikan dengan mudah berdasarkan surat yang
dibuat itu.
Kekuatan yang dapat dikenalpasti dalam program ini ialah kebolehan
komunikasi bersama pekerja PDK dan juga Ibu bapa. Komunikasi merupakan
medium penting bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai seorang bakal
guru, kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting kerana
setiap hari guru akan menggunakan komunikasi untuk menjagar anak murid. Selain
itu, komunikasi turut berlaku di antara ibu bapa dan juga orang disekeliling. Apabila
seseorang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, maka ini dapat
memudahkan seseorang untuk masuk dan bergaul dalam komuniti.
Kekuatan yang berikutnya ialah kejayaan melaksanakan program Khidmat
Siswa ini dengan jayanya. Saya akui masih terdapat kelemahan,
waaubagaimanapun saya cukup berbangga dan gembira apabila dapat
bergandingan dengan ahli kumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus dalam
menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Segala masalah yang timbul dapat di atas
walaupun berlaku pada saat-saat akhir. Kejayaan dalam menjayakan program
merupakan kejayaan semua ahli.
Kelemahan
Dalam menjalanakn sesuatu program, kita tidak akan terlepas daripada melakukan
kesilapan. Oleh itu kelemahan yang dapat saya kenalpasti selepas program ini ialah
masalah dalam menyediakan surat. Pertama kali saya menyediakan surat, saya
menghadapi beberapa masalah dari segi mendapatkan “letter head” daripada pihak
PDK Semneyih. Perkara ini berlaku kerana pihak PDK tidak mahu pihak saya
menggunakan Logo PDK untuk kepentingan tertentu. Namun selepas mengadakan
beberpa perbincangan akhirnya pihak PDK membernarkan kami menggunakan logo
PDK.
Seterusnya ialah kelemahan dari menyediakan surat dalam bentuk format
yang betul. Ini berlaku disebabkan oleh rujukan dibuat itu Cuma diambil daripada
bahn atau sumber internet. Oleh yang demikian format yang diperolehi tersebut
mempunyai beberapa perbezaan kecil. Namun selepas surat tersebut dirujuk
kepada pensyayarah pembimbing, maka saya dapat membetulkan kesilapan
tersebut sebelum dihantar ke pihak-pihak yang dirujuk. Dengan adanya
perbincangan dengan pensyarah, saya dapat mengetahui format surat yang betul.
Dalam menguruskan program ini, saya menghadapi masalah untuk
menguruskan masa. Ini menyebabkan saya mempunyai kelemahan dalam aspek
pengurusan masa. Masa amat penting dalam menguruskan sesuatu aktiviti atau
program. Dalam menguruskan program ini, saya terlibat dengan praktikum selama
sebulan di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Maka perhubungan
antara ahli kumpulan agak terbatas disebabkan faktor jarak yang agak jauh. Oleh itu,
waktu saya banyak dihabiskan untuk membuat persiapan mengajar seperti
menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Maka dalam tempoh itu, saya
tidak dapat menumpukan kepada program ini. Selepas tamatnya praktikum barulah
saya dapat memberikan tumpuan kepada program ini, namun masa yang tinggal
adalah sangat pendek.
Semasa menjalankan program ini, saya dapati bahawa banyak program
berubah pada saat-satakhir. Ini menyebabkan timbul masalah dalam mencari jalan
penyelesaian. Apabila sesuatu perubahan berlaku pada saat akhir, maka saya
bersama-sama ahli kumpulan perlu memikirkan altenatif lain bagi mengelakkan
masalah itu timbul. Ini berlaku semasa Majlis Penutup di mana ADUN yang dijemput
tidak dapat hadir pada saat-saat akhir disebabkan oleh perkara yang tidak dapat
dielakkan.oleh itu, saya terpaksa membuat perubahan dengan menggantikan
pensyarah pembimbing bagi merasmikan majlis penutup.
Cara mengatasi dan cadangan
Setiap kelamahan yang berlaku mesti dibuat penambahbaikan. Oelh itu bagi
meperbaiki kelamahan yang berlaku saya merasakan bahawa saya perlu membuat
perancangan dengan rapi berdasarkan aspek pengurusan masa. Dengan adanya
perancangan yang baik , maka masalah dalam menguruskan masa akan berjalan
dengan baik dan tidak akan timbul masalah pada saat terakhir.
Selain itu bagi membuat penambahbaikan yang berlaku dari aspek
penyediaan surat, maka saya perlu membuat rujukan dan mendapatkan nasihat
daripada pensyarah pembimbing bagi mengelakkan masalah seperti itu akan
berulang lagi pada masa yang akan datang. Dengan adanya bantuan daripada
pensyarah maka segala yang dibuat kan menepati kehendak dan secara tidak
langsung akan mengurangkan kesilapan.
Bagi masalah yang dihadapi untuk perubahan pada saat-saat akhir, saya
perlu menyediakan plan B bagi memastikan saya sudah bersedia jika berlaku
sesuatu pada saat terakhir. Cadangan untuk membuat plan ini hasil daripada
perbincangan post mortem yang dibuat selepas majlis penutup itu dijalankan. Saya
perlu mengambil serius dalam menyediakan ‘back-up plan’. Dengan adanya bak-up
plan secara tidak langsung tidak akan memberikan tekanan apabila berlakunya
perubahan.
Kesimpulan
Dalam menjalankan program ini saya mendapati bahawa saya banyak
menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk saya
gunakan pada masa akan datang. Pengetahuan ini akan menjadikan saya lebih
matang dalam mengguruskan sesuatu program kelak. Seorang guru tidak akan
terlepas daripada menjalankan sesuatu program di sekolah nanti. Banyak aktiviti
yang dijalankan memerlukan guru untuk menyediakan semua keperluan dan
persediaan bagi menguruskan sesuatu program. Guru bukan sahaja menjadi
seorang pendidik tetapi seorang guru memegang tanggungjawab dalam semua
perkara di sekolah.
Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam
berkomunikasi. Dengan melibatkn diri dalam program seperti ini, maka saya dapat
meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi. Sebagai seorang guru, kemahiran
berkomunikasi amat penting kerana guru sememangnya menggunakan medium
komunikasi untuk penyampaian ilmu kepada murid-murid di dalam kelas.
Malahan dalam menguruskan program ini, saya dapat membina hubungan
dengan lebih akrab dengan ahli kumpulan dari kumpulan G 6.2 masalah
Pembelajaran. Sebelum program ini, hubungan antara saya dan ahli kumpulan lain
tidaklah begitu rapat. Akan tetapi selepas program ini, saya merasakan bahawa
keekuatan atau hubungan itu semakin kuat. Hal ini berlaku kerana kami terlibat
dalam mengharungi masalah dah suka duka sepanjang program ini dijalankan. Saya
mengharapkan bahawa perhubungan yang dibina akan terus kekal sampai bila-bila.
PROGRAM KHIDMAT SISWA DI
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI,
SEMENYIH, KAJANG
“LAPORAN KHIDMAT SISWA”
NAMA
MUHAMMAD KHAIRUL AMZAR BIN GHAZALI
TARIKH :
7 – 11 OKTOBER 2013
BERTEMPAT DI :
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK), SEMENYIH