laporan pemeriksaan rumah-rumah …repository.um.edu.my/91903/1/laporan pemeriksaan rumah...3...

46
3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH DISEDIAKAN OLEH: DR. SR BRIT ANAK KAYAN (KETUA PENYELIDIK) DR. SR RODIAH ZAWAWI DR. SR ZURAINI MD ALI ENCIK IMADUDDIN ABDUL HALIM SR NOR HANIZA ISHAK PENAJA: PUSAT JARINGAN MASYARAKAT DAN INDUSTRI (CItRa), UNIVERSITI MALAYA DENGAN KERJASAMA: PERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA (PERZIM), MELAKA WORLD HERITAGE SDN. BHD. (MWHSB) DAN KOMUNITI KAMPUNG MORTEN, MELAKA JANUARI, 2014

Upload: tranquynh

Post on 26-Jun-2018

322 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

3

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

DISEDIAKAN OLEH: DR. SR BRIT ANAK KAYAN (KETUA PENYELIDIK)

DR. SR RODIAH ZAWAWI DR. SR ZURAINI MD ALI

ENCIK IMADUDDIN ABDUL HALIM SR NOR HANIZA ISHAK

PENAJA:

PUSAT JARINGAN MASYARAKAT DAN INDUSTRI (CItRa), UNIVERSITI MALAYA

DENGAN KERJASAMA:

PERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA (PERZIM), MELAKA WORLD HERITAGE SDN. BHD. (MWHSB)

DAN KOMUNITI KAMPUNG MORTEN, MELAKA

JANUARI, 2014

Page 2: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

2

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri (CItRa), Universiti Malaya selaku penaja program ini terutamanya kepada

Puan Serina Abdul Rahman (Pengurus), Encik Muhammad Khairul Anuar bin Senin (Pegawai Projek) dan Puan Nurhafizah binti Jafri (Penolong

Pendaftar) kerana telah banyak membantu dalam proses menjayakan program jalinan masyarakat ini. Terima kasih diucapkan kepada

Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) terutama kepada Datuk Haji Khamis bin Haji Abas (Pengurus Besar), Puan Fadhilah binti Md

Saleh, Puan Noor Azimah Md Ali, Puan Latifah Abdul Latif dan Encik Abdul Jamil bin Zainal. Ucapan terima kasih juga kepada Melaka World

Heritage Sdn. Bhd. (MHWSB) terutamanya kepada Tuan Haji Rosli Haji Nor (Pengurus Besar). Sekalung penghargaan kepada komuniti

Kampung Morten, Melaka kerana telah memberi kerjasama dalam aktiviti pemeriksaan rumah-rumah terpilih. Akhir sekali, jutaan terima kasih

diucapkan kepada para pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya seterusnya kepada pihak Pengurusan

Fakulti Alam Bina serta Pihak Pengurusan Universiti Malaya kerana telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Page 3: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

3

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2

Isi Kandungan 3

Senarai Jadual 4

Senarai Rajah 5

1.0 Pengenalan 7

1.1 Matlamat Program 8

1.2 Objektif Program 8

1.3 Kaedah Pemeriksaan 8

2.0 Ringkasan Laporan Dilapidasi 9

2.1 Sejarah Ringkas Kampung Morten, Melaka 10

2.2 Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 11

2.3 Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim 15

2.4 Rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar 18

2.5 Rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin 22

2.6 Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 26

2.7 Rumah Hajah Zaleka bte Mohd 30

2.8 Rumah Puan Salmah Bee bte Mamat 34

2.9 Rumah Puan Hajah Mariam binti Othman 38

3.0 Rumusan 42

4.0 Lampiran 45

Page 4: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

4

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan kecacatan. 7

Jadual 2.1: Menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 13

Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa. 16

Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 20

Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin. 24

Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 28

Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 32

Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat. 36

Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman. 40

Jadual 3.1: Kecacatan dan panduan pembaikan umum bagi 8 buah rumah terpilih. 43

Jadual 3.2: Keadaan keseluruhan bagi 8 buah rumah terpilih. 44

Page 5: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

5

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 11

Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala). 12

Rajah 2.3: Pandangan hadapan Villa Sentosa. 15

Rajah 2.4: Pandangan hadapan rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 18

Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala). 19

Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin. 22

Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala). 23

Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 26

Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala). 27

Rajah 2.10: Pandangan hadapan rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 30

Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala). 31

Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat. 34

Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala). 35

Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman. 38

Rajah 2.15: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Hajah Mariam Othman (tidak mengikut skala). 39

Page 6: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

6

1.0 PENGENALAN

Page 7: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

7

1.0 PENGENALAN

Projek pemeriksaan keadaan rumah-rumah terpilih (8 buah rumah warisan) di Kampung Morten, Melaka adalah di bawah Program Jalinan

Masyarakat melalui peruntukan CItRa Community Engagement Grant 2013 (No. Geran: 2013 CE/5). Pemeriksaan rumah-rumah ini telah

dijalankan melalui jalinan kerjasama antara 6 orang penyelidik daripada Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM),

kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage Sdn. Bhd. (MWHSB), komuniti Kampung Morten, Melaka dan

43 orang pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, UM. Pemeriksaan ini telah dijalankan pada 26-27 Oktober 2013 ke atas

rumah-rumah terpilih seperti di Jadual 1.1:

Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan keadaan bangunan.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

No. Rumah/Pemilik/Wakil Alamat

1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 126, Kg. Morten, Melaka

2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Villa Sentosa, Kg. Morten, Melaka

3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar 135-A, Kg. Morten, Melaka

4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin 54, Kg. Morten, Melaka

5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 106, Kg. Morten, Melaka

6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad 110, Kg. Morten, Melaka

7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat 59, Kg. Morten, Melaka

8. Rumah Puan Hajah Mariam Othman 103, Kg. Morten, Melaka

Page 8: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

8

Laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk menganalisa secara umum kerosakan rumah-rumah terpilih. Analisa keadaan keseluruhan rumah-

rumah yang terpilih bertujuan memberi panduan pelan penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah yang dipilih sebagai sampel pemeriksaan.

1.1 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama program ini ialah untuk menjalin kerjasama antara pihak UM (akademik), melalui sokongan, penyelarasan dan galakan terhadap

penglibatan rakan industri dan komuniti. Hasil (output) daripada program ini disasarkan untuk menggalakkan, menyelaras dan meningkatkan

aplikasi aktiviti program bagi keperluan praktikal rakan industri dan komuniti yang terlibat, terutamanya dalam memelihara bangunan warisan.

1.2 OBJEKTIF PROGRAM

Di bawah program ini, objektif yang telah digariskan adalah seperti berikut:

(a) Menjalin kerjasama antara sektor akademik, industri dan komuniti;

(b) Memeriksa keadaan semasa bangunan (rumah-rumah terpilih) bagi menilai keadaan semasa dan mengenalpasti kecacatan umum; dan

(c) Memberi panduan penyelenggaraan dan pembaikan masa hadapan kepada pemilik-pemilik

1.3 KAEDAH PEMERIKSAAN

Pemeriksaan keadaan rumah-rumah yang terpilih dilakukan dengan pemerhatian visual terhadap keadaan dan tahap keusangan rumah-rumah

terbabit menggunakan templat pemeriksaan keadaan bangunan (Rujuk Lampiran A). Kaedah ini adalah bagi mengenalpasti dan merekodkan

kecacatan umum pada rumah-rumah terpilih melalui laporan dilapidasi.

Page 9: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

9

2.0 RINGKASAN LAPORAN

DILAPIDASI

Page 10: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

10

2.0 RINGKASAN LAPORAN DILAPIDASI

2.1 SEJARAH RINGKAS KAMPUNG MORTEN, MELAKA

Kampung Morten adalah sebuah Kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mempunyai keluasan seluas 12 ekar.

Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 600 orang penduduk yang berbangsa Melayu. Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md Nor

pada tahun 1922. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi ketua kampung secara rasmi semasa penubuhan Lembaga Kampung pada tahun

1922. Penduduk asal Kampung Morten adalah dari Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana pelaksanaan pembangunan yang ketika itu

dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli tanah tersebut yang pada masa itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak

Khalil. Maka salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada Pegawai Daerah iaitu J. F. Morten setelah tuan tanah

bersetuju untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM10000.

Dalam perjumpaan semasa penubuhan lembaga itu, satu perbincangan telah diadakan untuk memberi nama pada kampung baru yang belum

bernama itu. Nama-nama yang dicadangkan ialah Kampung Bunga, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Morten. Suara terbanyak memilih

nama 'Kampung Morten' yang telah dicadangkan oleh Datuk Othman Md Nor sendiri dengan alasan bahawa ianya diambil sempena nama J. F.

Morten sebagai mengenang jasa dan usahanya yang bersungguh-sungguh sehingga terbinanya Kampung Morten.

Sumber: Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim, (http://rumahwarisanibrahimhashimvillasentosa.blogspot.com/p/sejarah-kg-morten.html)

Page 11: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

11

2.2 RUMAH TUAN HAJI JORET BIN ALI

Menurut Tuan Haji Joret bin Ali rumah ini (Rajah 2.1) telah dibina pada sekitar tahun 1922 dan berusia lebih kurang 91 tahun. Anggaran

keluasan kawasan lantai rumah ini adalah 214m2. Dari segi gaya senibina, rumah ini mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka.

Dinding, tiang dan lantai rumah ini dibina menggunakan kayu. Manakala bumbungnya pula dibina menggunakan atap zink. Antara ciri menarik

yang ada pada rumah ini ialah struktur peran. Dulunya, peran digunakan sebagai ruang untuk penghuni. Walaubagaimanapun, ianya kini

digunakan untuk menyimpan barang-barang. Rajah 2.2 menunjukkan pelan lantai rumah ini.

Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 12: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

12

Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3.

4.

Page 13: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

13

Pada keseluruhan, rumah ini masih berkeadaan baik. Kecacatan biasa yang terdapat pada rumah ini adalah serangan anai-anai, kebocoran dan

pergerakan tanah (Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Papan lantai reput diserang anai-anai.

2.

Kayu alang reput akibat lembapan

daripada kebocoran.

Page 14: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

14

3.

Lembapan pada siling akibat kebocoran

air bertakung.

4.

Tiang condong akibat keadaan

pergerakan tanah (hanya satu tiang yang

condong dan bukan keseluruhan façade).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 15: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

15

2.3 RUMAH TUAN HAJI IBRAHIM HAJI HASHIM (VILLA SENTOSA)

Menurut pemilik rumah iaitu Tuan Haji Hashim bin Dato Demang Haji Abdul Ghani, Villa Sentosa (Rajah 2.3) telah dibina pada kira-kira suku

pertama abad ke 20 dengan pengaruh reka bentuk “bumbung limas Melaka”. Pada masa kini rumah ini dijadikan muzium peribadi oleh pemilik

sekarang. Villa Sentosa turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri kerana pembinaannya berkait rapat dengan “Akta Pembaharuan Tanah

British 1920”. Sebagaimana fungsinya sekarang sebagai muzium, rumah ini mempunyai koleksi almari, persalinan Melayu tradisional, perabot

lama, senjata lama dan banyak lagi barang antik yang dipamerkan di dalam rumah ini.

Rajah 2.3: Pandangan hadapan Villa Sentosa.

Page 16: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

16

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pada keseluruhannya, keadaan semasa Villa Sentosa adalah pada tahap memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat kecacatan biasa termasuklah

pereputan (gelegar kayu) dan pengelupasan cat pada elemen rumah (Jadual 2.2).

Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Kayu gelegar reput akibat lembapan.

2.

Pereputan dan cat menggelupas akibat

terdedah kepada lembapan.

Page 17: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

17

3.

Cat pada dinding simen terkupas.

4.

Cat pada dinding kayu terkupas kerana

terdedah kepada cuaca.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 18: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

18

2.4 RUMAH HAJAH KAMARBEE BINTI HAJI ABU BAKAR

Rumah tradisional Melayu Melaka ini dimiliki oleh Puan Hajah Kamarbee bte Haji Abu Bakar. Rumah ini (Rajah 2.4) terletak di 135-A,

Kampung Morten, 75350, Melaka. Rumah ini dibina pada tahun 1945 dan telah diubahsuai sebanyak dua kali pada tahun 1963 dan 1996.

Ubahsuai yang pertama pada tahun 1963 dilakukan pada bahagian belakang rumah dengan menambah ruang dapur. Kawasan yang ditambah

untuk dapur dibina pada aras tanah dengan menggunakan batu-bata sebagai dinding dan zink sebagai bumbung. Ubahsuai yang kedua pada

tahun 1996 adalah pada tangga masuk utama. Pada asalnya ia terletak pada sebelah kiri rumah dan diubah kepada bahagian hadapan rumah pelan

lantai rumah adalah seperti pada Rajah 2.5.

Rajah 2.4: Pandangan hadapan rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar.

Page 19: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

19

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala).

1.

2.

3.

4.

Page 20: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

20

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pada keseluruhannya, rumah ini berkeadaan baik. Walaupun begitu, hasil pemeriksaan mendapati terdapat rekahan pada bahagian sambungan

rumah, pengelupasan cat dan pereputan kayu (Jadual 2.3).

Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Rekahan antara sambungan dinding

simen dan rasuk kayu.

2.

Cat dan simen plaster pada dinding

tertanggal akibat kelembapan.

Page 21: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

21

3.

Pereputan pada kayu kekuda bumbung

kerana terdedah kepada keadaan bilik air

yang sentiasa lembap dan basah.

4.

Sebahagian daripada ukiran pada

bumbung mengalami pereputan akibat

terdedahnya kepada cuaca panas dan

lembap.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 22: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

22

2.5 RUMAH DATOK SIDANG ABDULLAH TY HUSIN

Rumah yang dimiliki oleh Datok Sidang Abdullah Thamby Husin ini terletak di No 54, Lorong Tun Mamat 3, Kampung Morten, Melaka

(Rajah 2.6). Reka bentuk rumah ini menggambarkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka dengan reka bentuk bumbung dan tangga yang

biasa terdapat pada rumah-rumah tradisional Melayu Melaka yang lain. Rumah ini telah dibina pada tahun 1922 menjadikan umur rumah ini

lebih kurang 91 tahun sekarang. Keluasan lantai pula adalah dianggarkan sebanyak 51.9m2 (Rajah 2.7). Rumah ini masih berkeadaan seperti

asal kerana tidak ada pengubahsuaian dilakukan.

Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 23: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

23

Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2. 3.

4.

Page 24: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

24

Secara keseluruhan, rumah ini masih dalam keadaan baik. Namun, harus diberi perhatian bahawa terdapat pereputan bahan kayu akibat serangan

anai-anai, kecacatan biasa seperti cat tertanggal dan lembapan (Jadual 2.4).

Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Pereputan akibat serangan anai-anai

pada sambungan antara alang kayu dan

tiang simen.

2.

Pereputan akibat serangan anai-anai

pada sambungan antara alang kayu dan

dinding kayu.

Page 25: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

25

3.

Cat pada bahagian tepi dan depan tangga

luntur.

4.

Pereputan kayu akibat terdedah kepada

cuaca.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 26: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

26

2.6 RUMAH TUAN HAJI ALI BIN HAJI ABDUL GHANI

Rumah yang dimiliki oleh Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani ini terletak di 106, Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah (Rajah 2.8).

Menurut pemiliknya, rumah ini telah dibina pada tahun 1980-an. Dengan itu rumah ini boleh dikira masih baru dari segi usia berbanding dengan

rumah-rumah lain di lokasi pemeriksaan. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.9.

Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 27: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

27

Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala).

1.

2.

3.

4.

Page 28: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

28

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pemeriksaan ke atas rumah ini mendapati ianya berkeadaan baik. Namun begitu, terdapat rekahan pada elemen rumah serta serangan anai-anai

pada struktur kayu (Jadual 2.5).

Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Rekahan pada dinding akibat keadaan

tanah yang tidak rata.

2.

Rekahan pada dinding akibat keadaan

tanah yang tidak rata.

Page 29: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

29

3.

Serangan anai-anai pada tiang kayu yang

senget akibat keadaan tanah yang tidak

rata.

4.

Rekahan di bahagian sambungan antara

alang dan dinding simen.

Page 30: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

30

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

2.7 RUMAH HAJAH ZALEKA BTE MOHD

Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Zaleka bte Mohd ini terletak di No 110, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.10). Sejarah rumah ini

mempunyai kronologi yang menarik. Ini kerana menurut tuan rumah, ianya telah dipindahkan dari tapak asal berhadapan Sungai Melaka untuk

mengelakkannya daripada rosak akibat banjir. Ketika proses pemindahan dilakukan, bahagian-bahagian utama rumah dibuka satu persatu dan

ditanda untuk memudahkan pemasangan semula rumah. Kemudian kesemua bahagian-bahagian tadi dipasang semula seperti asal di tapak rumah

yang ada sekarang. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.11.

Rajah 2.10: Pandangan hadapan rumah Hajah Zaleka bte Mohd.

Page 31: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

31

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3.

4.

Page 32: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

32

Hasil pemeriksaan mendapati rumah dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun, terdapat lembapan pada siling, pereputan pada struktur bahan

kayu (Jadual 2.6).

Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Lembapan pada siling.

Page 33: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

33

2.

Pereputan akibat lembapan.

3.

Pereputan akibat lembapan.

Page 34: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

34

4.

Keadaan bawah daun pintu yang rosak

akibat pereputan.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

2.8 RUMAH PUAN SALMAH BEE BTE MAMAT

Rumah yang terletak di No 59, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.12) ini dimiliki oleh Puan Salmah Bee bte Mamat. Rumah ini menurut

pemiliknya pernah mengalami proses pembaikan setelah terbakar pada kira-kira 21 tahun yang lalu. Menurut pemiliknya lagi, sebahagian besar

bahagian yang terjejas diganti dengan bahagian baru yang dibeli daripada pelbagai tempat. Bahan yang digunakan untuk membina rumah ini

sebahagian besarnya adalah kayu, hanya tangga utama menggunakan konkrit. Keluasan lantai rumah ini adalah kira-kira 41.04m2 (Rajah 2.13).

Page 35: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

35

Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 36: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

36

Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3.

4.

Page 37: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

37

Pada keseluruhannya, keadaan rumah ini adalah pada tahap memuaskan. Namun begitu, pemeriksaan mendapati terdapat serangan anai-anai

pada keseluruhan rumah (Jadual 2.7).

Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

2.

Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

Page 38: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

38

3.

Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

4.

Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 39: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

39

2.9 RUMAH PUAN HAJAH MARIAM BINTI OTHMAN

Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Mariam binti Othman ini dibina pada tahun 2009 (Rajah 2.14). Walaupun ia masih baru namun rumah ini

dibina dengan ciri-ciri tradisional. Fungsi rumah ini adalah ianya digunakan sebagai homestay. Berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan,

keluasan lantai rumah ini adalah 93m2 (Rajah 2.15).

Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 40: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

40

Rajah 2.15: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Hajah Mariam Othman (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3.

4.

Page 41: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

41

Pada keseluruhannya, rumah ini masih dalam keadaan yang memuaskan. Jadual 2.8 menunjukkan kecacatan biasa yang terdapat pada rumah

Puan Hajah Mariam Othman. Antaranya ialah kerosakan daun tingkap, reputan pada komponen kayu yang terdedah kepada elemen cuaca.

Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman.

No. Gambar Kecacatan Umum

1.

Kemasan pada tingkap kayu yang rosak

akibat terdedah kepada cuaca dan

persekitaran.

2.

Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang

muda dan tidak sesuai pada bahagian

bendul.

Page 42: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

42

3.

Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang

muda dan tidak sesuai pada bahagian

bendul.

4.

Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang

muda dan tidak sesuai pada bahagian

bendul.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 43: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

43

3.0 RUMUSAN

Page 44: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

44

3.0 RUMUSAN

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah-rumah terpilih dan panduan pembaikan umum. Antara kecacatan

umum yang terdapat pada rumah-rumah yang telah diperiksa adalah serangan anai-anai, pereputan kayu, struktur rumah tidak sekata, kebocoran

dan pengelupasan cat. Hasil dari pemeriksaan, bahagian rumah-rumah yang terjejas memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan adalah

berdasarkan tahap keusangan dan kecacatan.

Jadual 3.1: Kecacatan umum dan panduan penyelenggaraan dan pembaikan bagi 8 buah rumah terpilih.

Bil Kecacatan Umum Rumah-Rumah Terpilih Panduan Penyelenggaraan dan Pembaikan

1. Serangan anai-anai Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan.

2. Pereputan kayu Struktur-struktur yang tidak kukuh perlu diperiksa secara berkala

3. Struktur rumah tidak sekata (senget/condong) Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan.

4. Kebocoran Pemeriksaan struktur bumbung dan lapisan penutup atap secara berkala.

5. Pengelupasan cat Pengecatan secara berkala menggunakan cat yang bersesuaian dengan bahan.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 45: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

45

Jadual 3.2 menunjukkan rumah-rumah yang telah diperiksa dan keadaan keseluruhan rumah-rumah tersebut. Pada keseluruhannya rumah-

rumah yang diperiksa berkeadaan baik dan sederhana baik. Walaubagaimanapun, penyelenggaraan secara berkala perlu dilaksanakan

berdasarkan tahap keusangan sesebuah rumah tersebut.

Jadual 3.2: Keadaan keseluruhan bagi 8 buah rumah terpilih.

No. Rumah/Pemilik/Wakil Keadaan Keseluruhan

1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala

3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala

8 Rumah Puan Hajah Mariam Othman Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Page 46: LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH …repository.um.edu.my/91903/1/Laporan Pemeriksaan Rumah...3 LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA

46

4.0 LAMPIRAN

A: Templat Pemeriksaan

B: Borang Kaji Selidik (Masuk)

C: Borang Kaji Selidik (Keluar)