laporan pemeriksaan tandas curah

17
PENGHARGAAN Saya (MUHAMMAD KHUZAIFAH BIN AZLI, BPKA 2011-0074) pelatih Pembantu Kesihatan Awam melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan laporan bagi Pemeriksaan Tandas curah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kepada Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan, PPKP U36 Tn Hj Mohammad Ridzuan b. Mohd Amin, PPKP U29 Mohree bin Mokhtar, PKAK U22 En Azni Bin Piai dan juga seluruh anggota unit bakas kerana banyak memberikan tunjuk ajar selama saya berusaha menyiapkan laporan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai program yang telah dianjurkan oleh unit BAKAS, dengan adanya peluang ini sedikit sebanyak dapat memberikan kami pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaaan kelak Tidak lupa juga kepada penduduk Kampung Katong kerana sudi memberikan kerjasama dan sedikit informasi ketika aktiviti pemeriksaan ini berjalan. 1

Upload: muhammad-khuzaifah

Post on 26-Jul-2015

2.885 views

Category:

Documents


44 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

PENGHARGAAN

Saya (MUHAMMAD KHUZAIFAH BIN AZLI, BPKA 2011-0074) pelatih Pembantu

Kesihatan Awam melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana atas limpah dan

kurnianya dapat saya menyiapkan laporan bagi Pemeriksaan Tandas curah ini. Tidak

lupa juga ucapan terima kasih kepada kepada Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam

Sekeliling (BAKAS), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan,

PPKP U36 Tn Hj Mohammad Ridzuan b. Mohd Amin, PPKP U29 Mohree bin Mokhtar,

PKAK U22 En Azni Bin Piai dan juga seluruh anggota unit bakas kerana banyak

memberikan tunjuk ajar selama saya berusaha menyiapkan laporan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Pejabat Kesihatan

Daerah Hulu Perak yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai

program yang telah dianjurkan oleh unit BAKAS, dengan adanya peluang ini sedikit

sebanyak dapat memberikan kami pengalaman sebelum melangkah ke alam

pekerjaaan kelak

Tidak lupa juga kepada penduduk Kampung Katong kerana sudi memberikan

kerjasama dan sedikit informasi ketika aktiviti pemeriksaan ini berjalan.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan memberi tunjuk ajar

kepada saya.

SEKIAN TERIMA KASIH

1

Page 2: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

1.PENGENALAN

1.1 LATARBELAKANG AKTIVITI

Aktiviti BAKAS merupakan sambungan daripada aktiviti yang telah dijalankan

semenjak awal tahun 1960an. Ianya merupakan diantara program kesihatan yang

mengutamakan pencegahan asas merebaknya penyakit berjangkit kearah meninggikan

lagi taraf kesihatan penduduk luar Bandar melalui penggunaan sumber bekalan air

yang selamat dan kesihatan alam sekeliling yang sempurna.

Semenjak program BAKAS dilaksanakan, kekurangan berlakunya kes-kes wabak

dan penurunan kadar kes kejadian ketahap yang boleh dikawal, adalah antara petunjuk

yang baik untuk mengukur pencapaian input BAKAS dalam membendung dan

mengawal kejadian penyakit berjangkit khususnya penyakit bawaan air di Negeri Perak

Darul Ridzuan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pembinaan sistem bekalan

air GFS Gravity Feed System, Sistem pelupusan air limbah, tandas curah dan lain lain

lagi.

Tandas merupakan satu kemudahan asas yang diperlukan oleh setiap manusia

untuk melupuskan najis. Secara amnya terdapat beberapa jenis tandas yang digunakan

di luar bandar iaitu Tandas Curah, Tandas Lubang, Tandas Gantung dan sebagainya.

Tandas Curah merupakan salah satu dari kemudahan asas yang diperuntukan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Pejabat Kesihatan Daerah terhadap

semua rumah di kawasan luar bandar melalui Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam

Sekeliling(BAKAS) untuk melaksanakanya, di mana di bawah program ini kemudahan

tandas bersubsidi disediakan kepada pemohon yang layak di kawasan luar bandar.

2

Page 3: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

1.2 KEPENTINGANYA

Tandas curah digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana

kepentinganya dalam pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit berjangkit

bawaan air seperti Kolera, Disentri dan seumpamanya.

Selain itu pembinaan tandas curah juga berfungsi bagi mengelakkan pencemaran air

permukaan dan mencemarkan permukaan tanah. Selain itu dapat mengelakan najis

dari terdedah dan sekaligus dapat mengelakkan najis dari terdedah oleh lalat, serangga

dan binatang lain selain dapat mengelakkan dari pencemaran bau yang tidak terkawal

dan pemandangan yang menjijikan.

. Selain dari itu dapat mengelakkan penduduk atau masyarakat dari menggunakan

sistem tandas yang tidak bersistematik dan berbahaya seperti tandas gantung, tandas

korek dan lain lain lagi yang boleh membahayakan pengguna.

3

Page 4: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

2.OBJEKTIF PEMERIKSAAN

2.1 OBJEKTIF AM :

Mengurangkan mobiditi penyakit bawaan air.

Memberi kesedaran kepada penduduk kampung luar bandar supaya

Meningkatkan taraf kesihatan.

Dapat mengawal kewujudan LILATI yang boleh menyebabkan kacau- ganggu

dalam kehidupan manusia

Dapat menjaga kebersihan kawasan perumahan dan kawasan kampung juga

mewujudkan amalan hidup yang sihat

Dapat mengelakkan dari masalah penyakit berjangkit yang boleh membawa

masalah kepada manusia.

Mengenalpasti dan mengetahui kaedah dalam pemeriksaan Sistem Tandas

Curah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

4

Page 5: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

2.2 OBJEKTIF SPESIFIK :

Bagi mengenalpasti jarak dan kawasan yang sesuai bagi pembinaan tandas

curah.

Untuk memeriksa tandas yang dibina dalam keadaan baik.

Memberi nasihat kepada orang ramai kepentingan menggunakan tandas curah

dan cara menggunakanya..

Untuk memeriksa keadaan, kebersihan, dan sebarang masalah pada keadaan

sekeliling dan tandas tersebut.

Memastikan tandas curah yang dibina digunakan dengan cara yang betul.

Sebagai memenuhi salah satu tugas Pembantu Kesihatan Awam dalam

mengadakan program lawatan berkala pada kawasan yang dijaga

Supaya penduduk mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga

kebersihan persekitaran.

5

Page 6: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

3.PEMERIKSAAN

3.1 DATA PENTADBIRAN :

Kampung Katong telah di pilih oleh PKAK unit BAKAS untuk menjalankan aktiviti

pemeriksaan tandas curah. Berikut adalah adalah data pentadbiran kawasan tersebut:

Nama Tuan Rumah Amdan bin Amlan

Nombor I/C

Alamat Rumah Kg katong

Bilangan isi rumah 7 Orang

Tarikh Projek Mula Di Bina 15/1/2012

Jenis Projek Pembinaan Tandas Curah

Tarikh Pemeriksaan/Waktu 23/2/2012

6

Page 7: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

3.2 KESESUAIAN TAPAK

1. Dalam melihat kesesuaian tapak bagi Projek Pembinaan Tandas Curah ini saya

mendapati Tandas Curah tersebut telah dibina pada kawasan rata dan tinggi

bagi mengelakkanya dari mudah ditelenggami air.

2. Selain itu saya mendapati jarak lubang Tandas Curah dengan mana mana

punca air adalah melebihi dari 15 Meter. Contoh jarak antara sungai yang

berdekatan adalah melebihi dari 15 Meter.

3. Mengikut dari kajian yang dilakukan oleh unit BAKAS, jarak antara lubang

tandas dan aliran air bawah tanah adalah melebihi dari 1.5 Meter.

4. Tapak tandas juga berada pada kawasan yang kering dan bersaliran baik serta

2 meter pada kawasan sekelilingnya juga tampak bersih dari semak samun.

3.3 STRUKTUR PEMBINAAN

Binaan kerangka rumah tandas curah ini adalah terdiri daripada dinding, atap dan

pintu. Bahan untuk membina dinding seperti kayu, zink dan binaan batu-bata. Manakala

binaan atap menggunakan kepingan zink. Pintu tandas kebiasaannya menggunakan

pintu Plastic biasa.

Struktur bagi tandas ini terdiri daripada komponen rumah tandas, lantai dan mangkuk

tandas, paip penyambung papak dan lubang najis serta penutup lubang najis

Dari segi punca air yang digunakan untuk membersihkan diri adalah menggunakan

bekalan air GFS yang terdapat pada kampung tersebut, yang mana bekalan air ini

disambung terus ke tandas dengan menggunakan saluran paip poly dengan

menggunakan satu pili didalam tandas tersebut.

3.4 REKABENTUK TANDAS

7

Page 8: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

Reka bentuk tandas curah ini adalah berbentuk segi empat, Ukuran bentuk tandas

yang telah dibina jika dilihat dari pandangan sisi berukuran adalah 1.05 m – 1.20 m,

tinggi bahagian depan berukuran 1.08 m – 2.40 m dan tinggi pada bahagian belakang

rumah tandas tersebut pula adalah berukuran 1.50 m – 1.80 m. Pada bahagian

bumbung pula, ukuranya adalah berukuran 1.50 m x 2.80 m. Bahagian antara

bumbung dan dinding pula disediakan ruang yang terbuka bagi tujuan pengudaraan.

Pada bahagian reka bentuk papak pula ia dibina daripada simen, pasir dan batu

kerikil dengan nisbah 1:2:3 dengan lapisan besi tetulang. Papak berukuran 36 cm x 42

cm dengan ketebalan 10 cm. Mangkuk tandas yang telah siap dipasang adalah terdiri

seramik dan water seal/perangkap air dipasang dengan sekatan air antara 13 – 25mm

di antara sambungan mangkuk tandas ke paip penyambung yang berfungsi untuk

mencegah bau dan menghalang kemasukan serangga

Pada bahagian paip penyambung pula menggunakan paip plastik daripada PVC

bersaiz garispusat 7.6 cm (3-4 inci). Paip sambungan yang digunakan bagi mangkuk

plastik adalah dari jenis PVC, kelas nipis (O). Elbow juga digunakan. Panjang paip

tersebut bergantung kepada jarak rumah tandas dan lubang tandas dan panjang yang

paling minima adalah 1 m

Bahagian lubang tandas pula dibina dibelakang tandas dan dibuat dengan

menggunakan selongsong. Lubang tandas mempunyai ukuran garis pusat 0.75 m x 2.7

m tinggi yang menggunakan gegelung konkrit beserta penutup.

8

Page 9: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

3.5 KEADAAN SANITASI

Dalam menjalankan pemeriksaan terhadap tandas curah tersebut, keadaan sanitasi

di dalam dan luar tandas, berada dalam keadaan baik :

Keadaan di luar tandas

Pada keadaan sekeliling tandas dalam lingkungan 2 meter kelihatan bersih

daripada semak samun selain berada di kawasan yang kering.

Pembinaan tandas ini juga berada dalam jarak yang sesuai antara rumah

pengguna dan tandas tersebut.

Selain itu didapati tiada pembiakan vektor yang berlaku dliluar tandas

tersebut, ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya jangkitan

penyakt berjangkit bawaan vektor.

Keadaan di dalam tandas :

Semasa pemeriksaan dijalankan keadaan di dalam tandas tersebut adalah

memuaskan, kerana pemilik sentiasa membersihkan tandas tersebut setelah

digunakan dan ini secara tidak langsung dapat menghilangkan keadaan

persekitaran yang kurang baik seperti bau tandas yang agak kuat.

Pemilik menyediakan satu baldi didalam tandas tersebut sebagi bekas takungan

air untuk membersihkan tandas.

9

Page 10: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

3.6 MASALAH YANG TERDAPAT PADA TANDAS DAN PERSEKITARANNYA.

Masalah yang sering dihadapi adalah seperti berikut

KEADAAN PERSEKITARAN TANDAS

Keadaan persekitaran tandas yang kotor, semak samun berada di

sekeliling tandas.

Jarak tandas yang terletak jauh dari rumah pengguna.

Tandas dibina pada kawasan yang tidak rata, dekat dengan punca air.

Masalah takungan air di tapak tandas curah

KEADAAN TANDAS

Tandas berada dalam keadaan kotor, dan tandas tidak digunakan dengan

cara yang betul.

Berbau busuk kerana tidak dicuci.

Terdapat kesan pembiakan vektor kesan dari penggunaan tandas yg tidak

betul

Penjagaan secara berjadual haruslah di lakukan Lokasi tandas curah mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

Tandas curah perlulah dibina pada kedudukan yang tinggi supaya air tidak

bertakung

4.MASALAH DAN CADANGAN

10

Page 11: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

4.1 MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PEMERIKSAAN TANDAS DIJALANKAN

Semasa menjalankan tugas terhadap pemeriksaan tandas curah, terdapat

beberapa masalah yang timbul seperti:

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan aktiviti pemeriksaan

sering ditangguhkan.

Pengguna tidak menggunakan tandas dengan cara yang betul selain

dari tandas itu sendiri tidak digunakan dengan cara yang sepatutnya

seperti menjadikan tandas sebagai stor.

Terdapat segelintir penduduk yang enggan berkerjasama.

Keadaan tandas yang tidak diselenggara oleh pengguna.

Kawasan kampung yang jauh, menyebabkan pemeriksaan ini juga

sering ditangguhkan.

4.2 BERIKUT ADALAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN LANGKAH UNTUK

MENGATASI MASALAH

Pergi ke kawasan operasi pada waktu yang bersesuaian.

Memberikan nasihat dan pendidikan kesihatan mengenai kepentingan

menggunakan tandas dan cara menggunakanya dengan betul.

Sebaiknya pergi ke kawasan yang berhampiran sahaja bagi mengelakan

kekangan waktu.

Memperkenalkan diri kepada penduduk sebelum menjalankan aktiviti bagi

mengelakkan salah faham.

Meminta bantuan dari penduduk kawasan tersebut yang arif bagi menangani

masalah anjing liar bagi memudahkan kerja atau tangguhkan dahulu aktiviti

pemeriksaan tandas curah pada rumah tersebut dan pergi ke rumah yang lain.

Sentiasa melakukan check list alatan di pejabat sebelum bergerak ke lapangan

bagi mengelakan ada barang yang tertinggal semasa aktiviti PPA ini dibuat bagi

mengelakan masaalah ketika berkerja

5.KESIMPULAN

11

Page 12: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

5.1 & 5.2 HURAIAN KESELURUHAN PROJEK DAN KEBERKESANANNYA

KEPADA PENDUDUK

Sebagai kesimpulan yang dapat diambil dari aktiviti ini, pelupusan sisa kumbahan

ini haruslah dititik beratkan agar ia tidak mencemarkan alam sekitar dan boleh

menyebabkan penyakit. Oleh itu salah satu cara untuk melupuskan sisa kumbahan

secara terkawal adalah dengan menggunakan tandas curah. Selain itu, panduan

menggunakan dan penyelenggaraan tandas curah haruslah diberikan kepada

penduduk agar tandas curah tersebut tidak disalahgunakan ataupun boleh

menyebabkan pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sisa kumbahan

yang tidak sistematik dan tidak terkawal.

Jika dilihat dari aspek keberkesanan tandas curah ini, melalui pembinaanya,

pengawalan terhadap penyakit bawaan air seperti kolera dan lain lain berjaya

dikurangkan dan dikawal kerana pengunaan tandas curah ini yang tidak mencemarkan

alam semula jadi disamping pelupusanya yang sistematik.

Dapat dilihat bahawa pemeriksaan tandas curah ini adalah suatu perkara yang

penting kerana dapat memastikan bahawa setiap tandas curah yang dibina dapat

digunakan dengan cara yang sepatutnya oleh masyarakat. Tandas curah yang telah

dibina juga digunakan oleh masyarakat kampung Katong ini dengan cara yang

sepatutnya selain dari tahap kebersihan yang baik. Dengan adanya sistem tandas

curah ini dapat mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit bawaan air yang

membahayakan kesihatan.

12

Page 13: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

6.LAMPIRAN

Tandas Yang diperiksa

Mendengar Taklimat dari PKAK

13

Page 14: Laporan Pemeriksaan Tandas Curah

14