laporan pemeriksaan sekolah sm teknik

26
KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BINAAN (KPKB 3112) “LAPORAN PEMERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LIKAS, KOTA KINABALU’’ NAMA : NURLIZAH BINTI TUBIN NO MATRIKS : BPPKP 2010 – 4537 AMBILAN : DKP 14 / JULAI 2010 KURSUS : DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN PUSAT LATIHAN : PUSAT LATIHAN KLINIKAL, KOTA KINABALU

Upload: faizan-iezah

Post on 10-Aug-2015

3.343 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHINGKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BINAAN (KPKB 3112)

“LAPORAN PEMERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LIKAS, KOTA KINABALU’’

NAMA : NURLIZAH BINTI TUBIN

NO MATRIKS : BPPKP 2010 – 4537

AMBILAN : DKP 14 / JULAI 2010

KURSUS : DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

PUSAT LATIHAN : PUSAT LATIHAN KLINIKAL, KOTA KINABALU

PENYELARAS : EN. ARUS BIN PENGIRAN

PPKP U29 (L)

Page 2: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

PENGENALAN

Aktiviti pemeriksaan sekolah adalah salah satu daripada senarai tugas

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di bawah Unit Kesihatan Am di Pejabat

Kesihatan Bahagian/Daerah. Oleh yang demikian, prosedur-prosedur pemeriksaan

sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni-

penghuni sekolah, khususnya pelajar sekolah. Aktiviti pemeriksaan sekolah

dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap kebersihan dan keselamatan di

sekolah. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan pihak sekolah mematuhi

Ordinan Pendaftaran Sekolah 1952.

Antara undang – undang yang terlibat dan menjadi rujukan dalam aktiviti

pemeriksaan sekolah adalah :

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Undang – undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Ordinan Sekolah 1952.

Garispanduan Kantin sekolah.

Tujuan utama pemeriksaan sekolah adalah bagi memantau pematuhan pihak

pengurusan sekolah terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga

sekolah tersebut khususnya para pelajar menilai kesesuaian penambahan struktur

(jika ada) dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan aspek-aspek yang

disebutkan di atas.

Pada 15 Oktober 2012 bersamaan hari isnin, seramai 6 orang Pelatih

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pusat Latihan Klinikal Kota Kinabalu

telah menjalankan aktiviti pengagihan soalan Post – Kap kepada beberapa pelajar

yang terpilih. Secara tidak langsung pelatih Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran turut melakukan aktiviti pemeriksaan sekolah mengikut format yang

telah diberikan. Aktiviti pemeriksaan sekolah ini dijalankan kira-kira jam 1.30 petang.

Page 3: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

OBJEKTIF

Objektif Umum

Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara

memerhati dan menilai sejauhmana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah

sekolah bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan warganya berada

pada tahap yang dikehendaki.

Objektif Khusus

I. Mendapatkan data-data pentadbiran di sekolah yang dilawati.

II. Menjalankan penilaian secara kuantitatif dalam memastikan aspek

keselesaan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakan

dalam borang penilaian.

III. Menjalankan penilaian secara kualitatif dalam memastikan aspek

keselamatan dan kesihatan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang

disediakan dalam borang penilaian.

IV. Mengemukakan nasihat dan syor penambahbaikan atau pembetulan yang

perlu dilakukan oleh pihak sekolah.

V. Mempelajari prosedur-prosedur membuat laporan aktiviti pemeriksaan

sekolah untuk diserahkan kepada pihak atasan.

VI. Memberi pendidikan kesihatan kepada semua warga sekolah termasuklah

guru-guru, kakitangan-kakitangan serta pelajar-pelajar amnya.

Page 4: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

DATA PENTADBIRAN

Tarikh Pemeriksaan: 15 Oktober 2012

Pegawai Pemeriksa : 6 0rang Pelatih PPKP

i) Nurlizah binti Tubin

ii) Ervina Ernie Dalinsip

iii) Jacqualyne sapiring

iv) Lucynda Joey Jamiol

v) Aizudin Ramdan

vi) Zulhelmi Al Hafiz Abdul Hamid

Nama Guru Besar : Abdul Hafidz Pangeran Adnan

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Teknik Likas, Kota Kinabalu.

Alamat Sekolah : Jalan Vokasional Likas, Kota Kinabalu

Peti Surat 10821, 88810, Kota Kinabalu, Sabah.

No telefon : : 088 – 423742

Sesi persekolahan : Sesi pagi sahaja ( 07.45am – 3.00pm )

Bilangan Guru : Guru Lelaki : 63 orang

Guru Perempuan : 53 orang

Jumlah : 116 orang

Bilangan Kakitangan : Lelaki : 9 orang

Bukan Mengajar Perempuan : 12 orang

Jumlah : 21 orang

Bilangan Murid : Murid Lelaki : 524 orang

Murid Perempuan : 282 orang

Jumlah : 806 0rang

Page 5: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

LOKASI DAN PELAN SUSUNATUR

Huraian Lokasi

Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 50 meter dari jalanraya.

Jarak antara jalanraya dan bangunan utama sekolah ialah 200 meter. Kawasan

sekolah dikelilingi dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Menengah

Kebangsaan Likas dan Sekolah Menengah Perempuan Likas. Selain daripada itu,

terdapat Tadika Chung Hwa berdekatan dengan SM Teknik Likas.

Lokasi dan Pelan Susunatur (SM Teknik Likas, Kota Kinabalu)

Page 6: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

KEADAAN STRUKTUR BANGUNAN

Bumbung

Keseluruhan bumbung bagi bangunan sekolah adalah diperbuat daripada

bahan konkrit.

Tiada sebarang kesan pecah atau retak pada bumbung bangunan dan semua

bahagian adalah berkeadaan baik.

Keadaan bumbung sekolah adalah di tahap memuaskan.

Siling

Siling bagi sekolah ini diperbuat daripada asbestos.

Keseluruhan keadaan siling yang terdapat pada setiap kelas adalah berada

dalam keadaan yang sempurna dan tidak terdapat sebarang kerosakan atau

kebocoran berlaku.

Kebersihan bagi keadaan siling tidak bersih dan tidak memuaskan kerana

terdapat sawang yang melekat pada bahagian tersebut.

Dinding

Dinding di bangunan setiap blok adalah diperbuat daripada lepaan simen dan

konkrit.

Pada keseluruhan dinding bangunan adalah dicat dengan warna biru dan

keadaan bagi keseluruhan dinding adalah memuaskan.

Keadaan dinding bagi semua kelas berada dalam keadaan tidak memuaskan

kerana terdapat kesan retak atau pecah pada sesetengah bahagian tersebut.

Lantai

Kesemua lantai di sekolah ini diperbuat daripada lepaan simen. Bahan yang

digunakan sesuai kerana tidak licin dan mudah untuk kerja – kerja

pembersihan.

Kebersihan lantai bagi setiap kelas adalah memuaskan dan berada dalam

keadaan bersih.

Tiada sebarang kesan retak atau pecah pada bahagian lantai bagi setiap

kelas.

Page 7: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

Binaan.

Bangunan adalah dari jenis bangunan kekal setinggi dua (2) tingkat. Terdapat

bangunan dewan, kantin dan makmal untuk melakukan aktiviti amali.

Tangga bangunan

Satu (1) tangga dikhaskan untuk setiap bangunan dibina di bahagian hujung

blok. Manakala satu (1) tangga lagi dibina pada bahagian tengah bangunan di

antara dua (2) blok bangunan. Tangga ini dikongsi oleh penghuni dikedua-

dua blok. Tangga dibina dengan kelebaran 4 kaki 3 inci . Saiz setiap anak

tangga ialah tujuh inci (7”) tinggi dengan jejak kaki 10 inci (10”). Jumlah anak

tangga ialah 16 bagi setiap tangga dengan satu beranda bagi 8 anak tangga.

Binaan tangga adalah mematuhi Undang-undang Kecil 106(1), Undang-

undang Kecil bangunan Seragam 1984 yang mensyaratkan tinggi anak

tangga mestilah tidak lebih 7 inci dan jejak kaki 10 inci.

Tangga bebas dari kerosakan yang boleh membahayakan pelajar dan

mempunyai pagar (halangan sisi) yang selamat. Tiada sebarang halangan

laluan di atas tangga kecuali pasu bunga yang terletak di bahagian beranda

tangga. Papan amaran keselamatan turut diletakkan di tangga.

Bilik darjah

Ketinggian siling ialah 3 m dan siling tingkat 2 diperbuat dari bahan asbestos.

Siling berada dalam keadaan yang amat memuaskan tanpa sebarang

kerosakan. Keluasan ruang bilik darjah ialah 63.32 m² (7.16m x 8.84m) atau

681.5 kaki persegi.

Keluasan lantai bagi guru = 4’ x lebar bilik darjah

= 4’ x 23.5’

= 94 kaki persegi.

Page 8: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

Keluasan lantai/ murid = (luas lantai bilik – luas lantai bagi guru) / 30 orang

= (681.5 – 94) kaki² / 30

= 587.5 / 30

= 19.58 kaki persegi.

Perkara 15, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 memperuntukkan ruang

untuk setiap murid tidak kurang 15 kaki persegi.

PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

Pencahayaan

Pemeriksaan pencahayaan dan pengudaraan mekanikal dibuat berdasarkan

bilangan lampu dan kipas yang terdapat di setiap kelas. Setiap blok

mempunyai bilangan lampu dan kipas yang sama. Tidak semua lampu dan

berfungsi dengan baik.

Bagi kelas yang kami periksa iaitu 4 Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta 4

Pengurusan Perniagaan, terdapat 2 lampu kalimantang yang tidak

berfungsi,manakala selebihnya lagi berfungsi.

Secara keseluruhannya, tahap kebersihan lampu dan kipas di dalam kelas

adalah berkeadaan bersih.

Setiap bilik darjah dibekalkan dengan 6 buah lampu kalimantang yang

diletakkan 2 bahagian hadapan, tengah dan juga di bahagian belakang kelas.

Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi di kira berdasarkan luas lantai

kelas, luas tingkap, luas pintu, dan luas bukaan yang terdapat dalam kelas

dikira dalam peratus pengudaraan.

Kehendak UBBL, mengikut seksyen 39 ( 3 ) iailah pencahayaan semulajadi

dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap mempunyai

jumlah keluasan tidak kurang daripada 20 % daripada keluasan lega lantai

Page 9: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

bilik darjah. Manakala bagi ruang bukaan pada bilik darjah mestilah tidak

kurang daripada 10 % daripada keluasan lantai.

Oleh yang demikian pengiraan dibuat adalah seperti berikut.

MESTI TIDAK KURANG DARI 20%

UBBL 1984 ( SEKSYEN 39 ( 3 )

MESTI TIDAK KURANG DARI 10 %UBBL

1984 ( Seksyen 39 (3 )

Bukaan termasuklah pintu, ruang udara atas tingkap dan mana – mana bukaan yang

boleh di masuki udara dan cahaya.

Pencahayaan dan pengudaraan untuk bilik darjah.

Terdapat dua sumber pencahayaan yang digunakan iaitu pencahayaan

secara mekanikal dan pencahayaan semulajadi.

Enam set lampu kalimantang digunakan untuk pencahayaan makanikal.

Pencahayaan semulajadi melalui bukaan tetap dan bukaan sementara iaitu

tingkap.

Sistem pengudaraan kelas turut menggunakan sistem mekanikal disamping

pengudaraan secara semulajadi melalui tingkap dan bukaan tetap.

Pengudaran mekanikal menggunakan dua buah kipas

LUAS TINGKAP X 100LUAS LANTAI KELAS

LUAS BUKAAN X 100 LUAS LANTAI KELAS

Page 10: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

PENGIRAAN PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

1. Luas bukaan tetap = Luas satu bukaan x jumlah bukaan

= (0.60 x 0.50 ) m² x 24

= 0.3 m² x 24

= 7.2 m²

Peratus bukaan tetap = luas bukaan tetap/ luas lantai x 100

= 7.2m² / 63.32m² x 100

= 11.37%

2. Luas bukaan sementara= Luas bukaan pintu + Luas bukaan tinkap

Luas bukaan tingkap = luas bukaan 1 tingkap x jumlah tingkap

= ( 1.14 x 0.64 ) m² x 20

= 14.60 m²

Peratus bukaan sementara = luas bukaan sementara/ luas lantai x 100

= 14.6 m² / 63.32m² x 100

= 23.05%

Undang-undang kecil 39.(1), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

menetapkan bahawa peratus bukaan tetap untuk pencahayaan dan

pengudaraan

Bilik darjah hendaklah 10% keluasan lega lantai dan 20% untuk bukaan

tingkap.

Page 11: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

KESESAKAN

Daripada pemerhatian, tiada sebarang kesesakan yang berlaku. Suasana sekolah

yang baru dan selesa. Ruang yang mencukupi dan persekitaran sekolah yang luas.

KEMUDAHAN PELAJAR

Bagi setiap kelas, para pelajar dibekalkan dengan meja dan kerusi

setiap seorang.

Semua kerusi dan meja dalam keadaan baik dan boleh digunakan

dengan selamat.

Tahap kebersihan dalam keadaan baik iaitu tidak patah dan tiada

kerosakan kepada meja dan kerusi tersebut.

FASALITI KEBERSIHAN

1. Bekalan Air

Sekolah ini dibekalkan oleh Paip Jabatan Bekalan Air. Sepanjang pemeriksaan ini

terdapat sedikit masalah pada bekalan air di sekolah itu. Tekanan air kadangkala

tidak memuaskan berpunca daripada tekanan rendah di paip utama JBA. Bekalan

air juga kadangkala terputus disebabkan masalah tersebut.

2. Tandas

Terdapat kemudahan tandas yang telah disediakan untuk guru dan pelajar di mana

tandas berada dalam keadaan baik dimana lantainya yang diperbuat daripada

mozek itu tidak licin dan senang dicuci serta telap air, dindingnya di perbuat

daripada konkrit dan telap air. Pencahayaan bagi semua tandas adalah mencukupi

dan mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam ( UBBL ) 1984.

Page 12: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

Tandas yang digunakan ialah tandas tarik dengan tangki septik. Terdapat 4 bilik air

untuk murid lelaki dengan 4 buah tandas di setiap bilik air. Jumlah yang sama

disediakan untuk murid perempuan. Tiada ‘urinal’ disediakan di tandas murid lelaki.

Bilangan basin basuh tangan untuk murid lelaki ialah 4 buah bagi setiap bilik air dan

jumlah yang sama untuk murid perempuan. Terdapat 1 bilik air dengan 4 buah

tandas yang disediakan untuk guru lelaki dan 4 buah tandas untuk guru perempuan

di bilik air yang berasingan. Tandas guru lelaki tidak dibekalkan dengan ‘urinal’.

Semua tandas berfungsi dengan baik. Keadaan tandas adalah memuaskan. Tiada

kerosakan pada mana-mana struktur tandas. Lantai, mangkuk tandas dan sinki

berada dalam keadaan yang bersih.

KIRAAN NISBAH TANDAS UNTUK MURID

Purata Murid lelaki / tandas = 165 orang / 16

= 10 orang / tandas

Purata Murid perempuan / tandas = 190 orang / 16

= 12 orang per tandas.

PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Pelupusan sisa pepejal diuruskan oleh pengurusan pihak sekolah itu sendiri

dengan pembuangan di dalam tong sampah yang disediakan. Setiap bilik darjah

dibekalkan dengan tong sampah yang dilengkapi dengan beg plastik. Namun, tong

sampah di kawasan sekolah tersebut tidak mencukupi.

Pelupusan sampah

Pelupusan sampah diuruskan dengan baik. Pelupusan sampah di dalam bilik

darjah menggunakan bakul dan di kawasan luar bilik darjah tong sampah digunakan.

Kawasan sekolah bersih dari sampah sarap.

Page 13: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

Perparitan dan Saliran

Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan sistem perparitan konkrit yang dibina

di sekeliling bangunan

Parit bangunan adalah jenis ‘ U’

Parit di kawasan sekolah berkenaan tidak bermasalah dan semuanya dalam

keadaan baik dan sempurna.

Longkang tidak tersumbat dan tiada air bertakung.

Terdapat Tukang Cuci yang ditugaskan khas untuk melakukan kerja

pembersihan.

KACAU GANGGU

Tiada kacauganggu bunyi bising dari kenderaan yang boleh mendatangkan

pencemaran bunyi kepada penghuni sekolah.

Kehadiran binatang, rodensia dan vektor

Tiada kelihatan rodensia berkeliaran ataupaun kesan urungan di sekitar

kawasan sekolah,namun tindakan pengawalan haruslah sentiasa dijalankan oleh

pihak pentadbiran sekolah dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang

kacauganggu dan rodensia. Kawasan sekolah dalam keadaan bersih.

KEMUDAHAN REKREASI

Sebuah padang permainan bersimen disediakan dan dilengkapi dengan

barang-barang permainan untuk murid-murid. Peralatan berada dalam keadaan

yang baik dengan kerosakan yang minima.

Page 14: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

KESELAMATAN

Alat pemadam api berada dalam keadaan sempurna. Terdapat 36 unit alat

pemadam api disediakan dan ditempatkan di bahagian dinding luar bilik darjah.

Pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Bomba dengan kekerapan sekali setiap tahun.

Latihan kecemasan juga dilakukan oleh pihak sekolah secara tahunan.

Dari segi keselamatan lalulintas ketika murid pulang dari sekolah, pihak

sekolah ada menyediakan jadual bertugas untuk mengawal lalulintas. Petugas terdiri

dari kalangan guru di sekolah tersebut. Papan tanda lalulintas turut disediakan di

jalanraya hadapan sekolah dengan lintang belang untuk murid menyeberang jalan.

Peti pertolongan cemas

Dua peti pertolongan cemas disediakan dan ditempatkan di Bilik Kesihatan

dan pejabat sekolah.

Page 15: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

CADANGAN - CADANGAN

Bagi meningkatkan pematuhan terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan

keselesaan warga Sekolah Menengah Teknik,maka perkara-perkara berikut perlulah

dititik beratkan:

Pihak sekolah hendaklah mengadakan satu jadual pembersihan bagi

memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga.

Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga sepanjang masa terutama tingkap,

lampu dan kipas supaya bebas dari habuk dan debu demi kesihatan para

pelajar.

Kebersihan tandas hendaklah dijaga kebersihannya dari kotoran dan bau.

Pihak sekolah hendaklah memastikan kantin sekolah sentiasa berada dalam

keadaan yang sanitari sepanjang masa.

Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan alat pemadam api diperiksa

selalu dan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Peta Laluan Kecemasan hendaklah dipamerkan di kawasan sekolah dan di

setiap blok-blok.

Sabun ( sanitizer ) hendaklah disediakan di setiap tandas murid bagi

kemudahan murid mencuci tangan..

Pihak sekolah perlu memastikan setiap tong sampah yang ada mempunyai

plastik sampah didalamnya dan sentiasa dalam keadaan yang bertutup.

Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memeriksa ubat didalam peti

kecemasan tersebut supaya tidak melebihi tarikh luput dan memastikan

bahawa ubat tersebut masih boleh digunakan lagi.

Pihak sekolah haruslah mengadakan gotong – royong untuk membersihkan

kawasan sekolah.

Risalah-risalah kesihatan haruslah ditampal di setiap bilik darjah sebagai

langkah memberi pendididkan kesihatan kepada pelajar-pelajar.

Page 16: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

KESIMPULAN

Persekitaran Sekolah Menengah Teknik Likas berada dalam keadaan yang

amat baik dan bebas dari sebarang gangguan keselamatan dan kacauganggu.

Semua spesifikasi bangunan terutama dari segi pengudaraan, pencahayaan dan

ruang minima untuk kegunaan murid dan guru adalah mematuhi peruntukan Ordinan

Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Kebersihan sekolah dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan landskap yang menarik.

Walaubagaimanapun, tanda amaran larangan merokok tidak disediakan.

Pihak sekolah telah dimaklumkan tentang keperluan tersebut. Tanda amaran

larangan merokok hendaklah diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan orang

ramai dan mudah dilihat contohnya seperti di pintu pagar utama, kantin dan bilik

guru. Sedikit perhatian perlu diberikan kepada tahap kebersihan kantin sekolah dan

bekas-bekas yang boleh menakung air seperti pelapik pasu bagi mengelak

pembiakan aedes. Bekas-bekas ini mestilah di bersihkan selalu dan pastikan tiada

air yang bertakung. Selain itu, kebersihan di dalam kelas perlu diperbaiki terutama

kipas angin dan lantai. Kipas dan lampu perlu sentiasa dibersihkan.

Page 17: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

LAMPIRAN 1

CARTA ALIR PEMERIKSAAN

KEBERSIHAN SEKOLAH

Fail Sekolah.

Borang Pemeriksaan.

Kenderaan.

Sekolah Berasrama:

- Menengah/Menengah Agama.

- Rendah.

Sekolah Tidak Berasrama:

- Menengah/Menengah Agama.

- Rendah.

Sekolah Rendah Kebangsaan:

- Tamil.

- Cina.

Sekolah Swasta.

Buku Daftar.

Fail Sekolah.

Sekolah Berkenaan.

Pejabat Pendidikan Daerah

Pejabat.Pendidikan Negeri.

Jabatan Kesihatan Negeri.

PERSEDIAAN PERALATAN

DAN KAKITANGAN

SENARAI DAN

KLASIFIKASI

PEMERIKSAAN

PENILAIAN

MENYEDIAKAN LAPORAN

Page 18: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

LAMPIRAN 2

PROSES KERJA PEMERIKSAAN SEKOLAH.

1. Menyediakan fail, borang pemeriksaan sekolah dan peralatan yang perlu

digunakan semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah termasuk

kenderaan.

2. Pergi ke sekolah dan bertemu dengan pengetua/ guru besar atau guru lain

yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sekolah.

3. Memperkenalkan diri dan memberitahu tujuan kedatangan kepada guru yang

terlibat.

4. Meminta data pentadbiran sekolah serta plan bangunan sekolah.

5. Meminta kerjasama guru berkenaan atau wakilnya turut serta semasa

menjalankan pemeriksaan.

6. Melakukan pemeriksaan terhadap persekitaran, binaan bangunan,

kemudahan tandas, perparitan dan lain-lain mengikut kehendak Ordinan

Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

1984.

7. Mengucapkan terima kasih dan meminta diri setelah pemeriksaan selesai

dilakukan.

Menyediakan laporan di pejabat dan diserahkan kepada pihak terlibat.

Page 19: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

LAMPIRAN 3

PROSEDUR PEMERIKSAAN SEKOLAH

Menyediakan peralatan termasuk borang- borang yang diperlukan dalam

pemeriksaan sekolah.

Berjumpa dengan pengetua / guru kanan di sekolah berkenaan serta

menyatakan tujuan kedatangan dan mendapatkan data – data separti :

Data Pentadbiran

Pelan Lantai Sekolah

Lain – lain maklumat yang berkaitan

Menjalankan pemeriksaan sekolah dengan diiringi oleh kakitangan sekolah

Membuat pemeriksaan sekolah dan kantin berdasarkan format Laporan

Pemeriksaan Sekolah.

Mengenalpasti kelemahan / kekurangan yang terdapat pada sekolah

berkenaan.

Membuat ulasan dan cadanagan kepada pihak pengetua secara langsung

Menyediakan Laporan Pemeriksaan Sekolah.

Menghantar laporan pemeriksaan sekolah kepada pengetua dan Pegawai

Pendiddikan Daerah.

Page 20: Laporan Pemeriksaan Sekolah Sm Teknik

LAMPIRAN 4

ANTARA KEPERLUAN – KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN DALAM

MENJALANKAN AKTIVITI PEMERIKSAAN SEKOLAH.

I. Borang Penilaian Program Premis Makanan Bersih.

II. Borang Laporan Pemeriksaan Premis Makanan.

III. Borang Laporan Pemeriksaan Sekolah

IV. Pita Ukur

V. Jangka suhu

VI. Clipboard

VII. UBBL

VIII. Kalkulator

IX. Kompas

X. Alat Tulis

XI. Lux Meter

XII. Ordinan Sekolah 1953