laporan pemeriksaan bangunan manara...

17
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA 1 SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ..................................................................................................................... 2 2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................... 2 3.0 LATARBELAKANG PROJEK...................................................................................................... 2 4.0 PASUKAN PEMERIKSA ........................................................................................................... 3 5.0 DESKRIPSI SISTEM ................................................................................................................. 3 6.0 METHODOLOGI ..................................................................................................................... 4 6.1 Kaedah Pemeriksaan dan siasatan ...................................................................................... 4 6.2 Peralatan yang digunakan .................................................................................................. 4 7.0 LAPORAN PENEMUAN DAN ULASAN..................................................................................... 4 7.1. Penerangan ringkas pihak Arkib Negara ............................................................................ 4 7.2. Pemeriksaan ditempat kejadian (bilik AHU Tingkat 7)....................................................... 5 7.3 Pemeriksaan di Tingkat Lain (Bilik AHU Tingkat 8)............................................................. 6 8.0 CADANGAN PEMBAIKAN....................................................................................................... 7 8.1 Tindakan Pembetulan........................................................................................................ 7 8.2 Tindakan Pencegahan ........................................................................................................ 7 9.0 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN ............................................................................................... 8 10.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................... 9 11.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................... 11

Upload: donhu

Post on 07-Aug-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

1

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ..................................................................................................................... 2

2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................... 2

3.0 LATARBELAKANG PROJEK ...................................................................................................... 2

4.0 PASUKAN PEMERIKSA ........................................................................................................... 3

5.0 DESKRIPSI SISTEM ................................................................................................................. 3

6.0 METHODOLOGI ..................................................................................................................... 4

6.1 Kaedah Pemeriksaan dan siasatan ...................................................................................... 4

6.2 Peralatan yang digunakan .................................................................................................. 4

7.0 LAPORAN PENEMUAN DAN ULASAN ..................................................................................... 4

7.1. Penerangan ringkas pihak Arkib Negara ............................................................................ 4

7.2. Pemeriksaan ditempat kejadian (bilik AHU Tingkat 7)....................................................... 5

7.3 Pemeriksaan di Tingkat Lain (Bilik AHU Tingkat 8)............................................................. 6

8.0 CADANGAN PEMBAIKAN ....................................................................................................... 7

8.1 Tindakan Pembetulan ........................................................................................................ 7

8.2 Tindakan Pencegahan ........................................................................................................ 7

9.0 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN ............................................................................................... 8

10.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................... 9

11.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................... 11

Page 2: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

2

1.0 PENDAHULUAN

Pemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama daripada pihak Arkib Negara Malaysia selaku pemilik bangunan berkenaan.

Kerja pemeriksaan ini telah dijalankan berdasarkan arahan yang diterima daripada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Beliau telah menerima aduan daripada pihak Arkib Negara bahawa telah berlaku kebakaran di dalam sesalur bekalan utama penyaman udara di Bilik AHU, Tingkat 7, Bangunan Menara Ilmu, Arkib Negara pada 16 hb Oktober 2009 jam 6.00 petang.

Projek rekabentuk sistem penyaman udara di bangunan ini telah dibuat pada tahun 1998 dan kerja-kerja pemasangan dianggar siap tahun 1999. Projek rekabentuk ini dibuat secara dalaman oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya.

2.0 OBJEKTIF

Objektif siasatan ini dijalankan adalah untuk mengetahui punca berlakunya kebakaran di dalam sesalur bekalan utama penyaman udara dan mencadangkan langkah-langkah susulan.

3.0 LATARBELAKANG PROJEK

Tajuk Projek : Kerja-kerja membekal, memasang dan mentauliah system hawa dingin

Di Jabatan Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Harga Kontrak : RM 4,700,000.00

Tempoh Kontrak : 1 Tahun

Nama Kontraktor : FASTCOLL CORPORATION SDN. BHD

Page 3: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

3

4.0 PASUKAN PEMERIKSA

Pasukan pemeriksa yang terlibat adalah terdiri daripada:

I. Wan Shah Bin Wan Senik Jurutera Mekanikal Unit Forensik, CKM

II. Samsiah Binti Omar Jurutera Mekanikal

Unit Forensik, CKM

III. Muhd Zulkifli Bin Idris Jurutera mekanikal

Unit Forensik, CKM

IV. Nor Hamizan Bin Din Penolong Jurutera Kanan Unit Forensik, CKM

5.0 DESKRIPSI SISTEM

Sistem penyaman udara yang digunakan adalah jenis Chilled Water. Sistem ini beroperasi selama 24 jam sehari bagi tingkat 3 sehingga tingkat 9 yang mempunyai gedung menyimpan dokumen-dokumen rasmi kerajaan. Setiap tingkat ini menggunakan dua (2) unit Air Handling Unit (AHU) dengan kedua-duanya beroperasi secara berselang-seli. AHU yang digunakan adalah berjenama Carrier. Setiap AHU ini berkapasiti 330,000 Btu/h dan jumlah kuantiti udara yang dibekalkan adalah 13,000 cfm.

Sistem penyaman udara untuk tingkat 3 hingga 9 telah direkabentuk supaya dapat mengawal kelembapan udara bilik (RH) dan suhu bilik tersebut. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, humidistat yang terletak di dalam bilik AHU adalah untuk mengawal ‘Chilled Water Modulating Valve’ bertujuan untuk mendapatkan bacaan RH 55%. Manakala thermostat yang terletak di dalam sesalur bekalan utama adalah bertujuan untuk mengawal suhu bilik.

Sistem kawalan alat pemanas yang direkabentuk adalah merupakan kawalan konvensional iaitu menggunakan contactor dan relay yang terletak di dalam bilik AHU tingkat masing-masing.

Page 4: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

4

6.0 METHODOLOGI

6.1 Kaedah Pemeriksaan dan siasatan

Kaedah Pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan adalah seperti berikut:

a) Perbincangan ringkas dan temuduga dengan pihak Arkib Negara dan pihak selenggaraan bangunan Arkib Negara

b) Pemeriksaan di tempat kejadian (bilik AHU tingkat 7, Menara Ilmu) - Sesalur bekalan utama - Alat pemanas - Sesekat api (fire damper) - Panel kawalan (Control Panel)

c) Pemeriksaan dokumen-dokumen berkaitan - Dokumen tender - Dokumen kontrak tidak dibekalkan

d) Pemeriksaan menyeluruh ditempat kejadian dan tingkat 8.

6.2 Peralatan yang digunakan

Peralatan yang digunakan semasa pemeriksaan adalah seperti berikut:

a) Test pen b) Screwdriver c) Lampu suluh d) Tangga e) Multimeter

7.0 LAPORAN PENEMUAN DAN ULASAN

7.1. Penerangan ringkas pihak Arkib Negara

Menurut pihak Arkib Negara, kejadian kebakaran ini berlaku pada tarikh 16 hb Oktober 2006 jam 6.00 petang di tingkat 7, bangunan Menara Ilmu, Arkib Negara Malaysia. Kejadian ini dapat dikesan oleh pihak senggara bangunan setelah fire alarm panel yang ditempatkan di dalam bilik kawalan aras bawah menunjukkan berlakunya kebakaran di bilik AHU tingkat 7.

Wakil pihak senggara bangunan dan pegawai keselamatan Arkib Negara dengan serta merta membuat pemeriksaan di tempat kejadian. Apabila bilik AHU di tingkat tersebut dibuka, didapati asap hitam telah memenuhi bilik tersebut sehingga menyebabkan bilik menjadi gelap. Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka telah masuk kedalam bilik AHU tersebut untuk mematikan unit AHU yang masih beroperasi.

Page 5: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

5

7.2. Pemeriksaan ditempat kejadian (bilik AHU Tingkat 7)

i. Sesalur Bekalan Utama Tebatan Dalaman (Internal Insulation)

Penemuan Pemeriksaan visual mendapati bahawa berlakunya kesan kebakaran di dalam sesalur

penyaman udara. Tebatan dalaman yang dipasang adalah jenis closed cell berjenama Armaflex telah hangus terbakar dan rosak sama sekali. (Rujuk gambar 3)

Ulasan Tebatan dalaman ini telah tertanggal daripada dinding sesalur adalah disebabkan oleh berlakunya pemanasan berterusan dan melampau di dalam sesalur bekalan sehingga menyebabkan keupayaan pelekat tebatan dalaman menurun.

ii. Alat Pemanas (Heater)

Penemuan Pemasangan alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama ini tidak mengikut amalan kejuruteraan mekanikal yang baik. Alat pemanas ini dipasang terlalu dekat dengan dinding sesalur dan filemen alat pemanas tidak mempunyai pelindung luar (casing) yang bertindak untuk memisahkan permukaan alat pemanas dengan persekitarannya (internal insulation). Kedudukan alat pemanas didapati terlalu dekat dengan bend pertama sesalur bekalan utama iaitu pada jarak kritikal 1.2 m Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan alat pemanasan ini terbakar. (Rujuk gambar 1)

Ulasan Pemasangan alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama yang terlalu dekat dengan tebatan dalaman telah menyebabkan berlakunya gelembung udara sehingga menyebabkan penebat tersebut tertanggal dari dinding sesalur. Pembentukan gelembung udara pada tebatan dalaman adalah disebabkan pemanasan yang melampau keatasnya. Antara punca berlakunya pemanasan melampau adalah disebabkan kedudukan alat pemanas yang terlalu dekat dengan bend pertama sesalur bekalan kerana pengagihan beban terhadap kawasan permukaan alat pemanas tidak sekata. Keadaan ini berlaku kerana terdapat aliran udara vortex dibahagian bawah sesalur bekalan utama yang terlalu dekat dengan bend pertama kerana kedudukan alat pemanas di kawasan angin turbulent iaitu kurang 1.2 m sebagaimana jarak cadangan pengeluar.

iii. Sesekat Api

Penemuan Semasa pemeriksaan didapati fire damper blade tertutup rapat. (Rujuk gambar 2)

Ulasan Fire damper ini telah beroperasi dengan baik semasa berlakunya kebakaran. Ia telah menghalang kebakaran dan asap dari merebak ke kawasan bilik melalui diffuser.

Page 6: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

6

iv. Panel Kawalan di Bilik AHU Penemuan Sistem kawalan alat pemanas yang digunakan adalah kawalan konvensional, walaubagaimanapun thermostat bagi tingkat 7 telah ditukar kepada thermostat digital

semasa pemeriksaan dilakukan. Ulasan Sistem kawalan alat pemanas tidak beroperasi dengan baik kerana tidak dapat mengesan berlakunya pemanasan berterusan dan melampau oleh alat pemanas. Pemanasan berterusan ini berlaku mungkin disebabkan kerana terdapat beberapa komponen yang tidak berfungsi dengan baik seperti: a) Komponen relay gagal berfungsi dengan sempurna maka tiada cut off bagi arus elektrik

pada alat pemanas di dalam sesalur. b) Pengesan suhu tinggi (High Temperature Sensor) tidak berfungsi dengan sempurna.

Walaupun suhu udara yang dihasilkan oleh alat pemanas telah mencapai suhu yang terlalu tinggi, alat pengesan haba gagal mengesan keadaan tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan berterusan dan melampau.

Walaubagaimanapun kemungkinan ini tidak dapat disahkan kerana kekurangan maklumat (diagram litar panel kawalan) dan peralatan untuk menguji komponen (relay).

7.3 Pemeriksaan di Tingkat Lain (Bilik AHU Tingkat 8) Penemuan

Alat pemanas yang dipasang tidak mengikut amalan kejuruteraan yang betul sama dengan tempat kejadian. Pemasangan alat pemanas terlalu dekat dengan internal insulation. Kawasan berhampiran alat pemanas telah mula membentuk gelembung dan tertanggal daripada sesalur. (Rujuk gambar 8) Ulasan Pembentukan awalan gelembung yang terhasil adalah disebabkan pemanasan yang berterusan dan melampau pada kawasan tersebut. Walaubagaimanapun keadaan di tingkat ini tidak kritikal kerana alat pemanasnya sudah tidak beroperasi. Jika alat pemanas ini beroperasi semula, berkemungkinan kejadian yang sama di tingkat 7 akan berlaku pada tingkat yang mempunyai sistem pemanas ini juga.

Page 7: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

7

8.0 CADANGAN PEMBAIKAN Daripada pemeriksaan yang telah dilakukan, beberapa cadangan pembaikan perlu dititikberatkan seperti berikut:

8.1 Tindakan Pembetulan a) Penukaran serta merta internal insulation yang terbakar didalam sesalur bekalan utama di

bilik AHU tingkat 7 b) Membersihkan dan membuat ujilari AHU yang kotor kesan daripada pembentukan karbon

daripada kebakaran insulation

8.2 Tindakan Pencegahan

a) Menukarganti alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama yang sedia ada kepada alat pemanas yang memiliki ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan yang selamat, mengikut amalan kejuruteraan yang betul dan standard ASHRAE.

c) Menaiktaraf panel kawalan sediada kepada panel kawalan digital dan memastikan semua pemasangan komponen adalah sempurna dan dapat beroperasi dengan baik bagi tingkat 3 hingga tingkat 7 yang mempunyai alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama.

d) Menghadkan masa operasi alat pemanas untuk mengelakkan pemanasan melampau. e) Sebarang “bypass” bagi sistem kawalan adalah di cegah sama sekali.

Page 8: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

8

9.0 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN

Bil Huraian Qty Unit Harga seunit

(RM) Harga (RM) Cacatan

A Kerja-Kerja Pembaikan

Sesalur

1a Upah menurunkan sesalur 2 md 100.00 200.00

rosak

2a Upah memasang penebat 8 md 100.00 800.00

sesalur yang baru

3a Harga penebat jenis closecell 45 sq2 50.00 2,250.00

4a Harga memasang fuseable link 1 unit 10.00 10.00

fire damper baru

5a Upah membersihkan AHU yang kotor 2 nos 4,500.00 9,000.00

Jumlah Kecil 12,260.00

B Kerja-Kerja Memasang Alat

Pemanas

1b Upah Menanggalkan alat 7 nos 400.00 2,800.00

pemanas lama

2b Upah memasang alat pemanas 7 nos 600.00 4,200.00

baru

3b Harga alat pemanas baru 7 nos 7,500.00 52,500.00

Jumlah Kecil 59,500.00

C Kerja-kerja memasang Control

System

1c Upah menanggalkan control 7 nos 500.00 3,500.00

sistem sediada

2c Kerja-kerja memasang Control 7 nos 10,000.00 70,000.00

sistem yang baru

-wiring

-DDC

-sensor (termostat & humidistat) -

Jumlah Kecil 73,500.00

Jumlah Keseluruhan 145,260.00

NOTA: Anggaran kos ini hanyalah anggaran kasar sahaja.

Page 9: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

9

10.0 KESIMPULAN

Daripada pemeriksaan yang dilakukan, punca utama berlakunya kebakaran didalam sesalur bekalan utama penyaman udara adalah berpunca daripada ciri-ciri pemasangan alat pemanas yang tidak selamat dan tidak mengikut paiwai yang telah ditetapkan. Alat pemanas yang terdedah, terlalu dekat dengan internal insulation sesalur dan pemanasan yang berterusan dan melampau telah menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.

Page 10: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

10

Disediakan oleh,

……………………………..

(JM MUHD ZULKIFLI BIN IDRIS)

Unit Forensik,

Seksyen Pembangunan Kepakaran,

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

……………………………..

(JM SAMSIAH BINTI OMAR)

Unit Forensik,

Seksyen Pembangunan Kepakaran,

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

……………………………..

(JM WAN SHAH WAN SENIK)

Unit Forensik,

Seksyen Pembangunan Kepakaran,

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

……………………………..

(HAMDAN BIN ABD MALEK)

Pengarah,

Seksyen Pembangunan Kepakaran,

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Page 11: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

11

11.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Terdapat gelembung udara menunjukkaan closecell mengalami pemanasan melapau

Gambar 2 : Fire damper tertutup ketika kebakaran berlaku

Page 12: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

12

Gambar 3 : Kedudukan heater yang terlalu dekat dengan closecell

Gambar 4 : Keadaan AHU yang kotor

Page 13: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

13

Gambar 5 : Keadaan AHU yang Kotor

Gambar 6 : Keadaan AHU yang Kotor

Page 14: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

14

Gambar 8 : Kedudukan heater yang dekat dengan closecell di tingkat 8

Gambar 9 : Mimic Diagram menunjukkan zon berlakunya kebakaran

Page 15: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

15

Gambar 10: Lokasi berlakunya kebakaran pada sesalur udara bekal

Gambar 11 : Bilik AHU di gedung 7

Page 16: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

16

Gambar 11 : Sesalur udara bekal yang terbakar

Gambar 12 : Smoke detector yang mengean kebakaran

Page 17: LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA ILMUepsmg.jkr.gov.my/images/0/09/FR-09-11_ARKIB_NEGARA_KL.pdfPemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan

Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA

17

Gambar 13 : Contoh pemasangan alat pemanas yang baik

Gambar 14: Contoh pemasangan alat pemanas yang baik