laporan pemeriksaan pembentukan kulat di pejabat...

26
LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT PENYELIDIK BANGUNAN PARLIMEN DISEDIAKAN: UNIT PAKAR FORENSIK CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 27 OGOS 2009

Upload: others

Post on 03-Nov-2019

89 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT

DI PEJABAT PENYELIDIK BANGUNAN PARLIMEN

DISEDIAKAN:

UNIT PAKAR FORENSIK CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

27 OGOS 2009

Page 2: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN................................................................................................... 2

2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................ 2

3.0 LATAR BELAKANG PROJEK ............................................................................. 2

4.0 PASUKAN FORENSIK ......................................................................................... 3

5.0 METHODOLOGI ................................................................................................... 3

6.0 DESKRIPSI SISTEM............................................................................................. 4

7.0 PENEMUAN DAN ULASAN ................................................................................. 4

a) Bilik Pejabat Penyelidik ..................................................................................4

b) Bilik Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ..............................................9

c) Chiller Plant Room ........................................................................................11

8.0 ULASAN KESELURUHAN................................................................................. 12

9.0 CADANGAN TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN ...................... 13

10.0 KESIMPULAN .................................................................................................... 13

11.0 LAMPIRAN ......................................................................................................... 15

11.1 LAMPIRAN A (GAMBAR) ..............................................................................15

11.2 LAMPIRAN B (LUKISAN) ..............................................................................21

11.3 LAMPIRAN C (BACAAN DATA LOGGER) ...................................................23

11.4 LAMPIRAN D ..................................................................................................25

Page 3: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

2

LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT

PENYELIDIK BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR ________________________________________________________________ 1.0 PENDAHULUAN

Pengarah Kanan mengarahkan Unit Pakar Forensik menjalankan

pemeriksaan masalah pembentukan kulat di Pejabat Penyelidik Bangunan

Parlimen Malaysia susulan daripada laporan yang diterima dari Bahagian

Senggara Fasiliti Bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia melalui surat (3)

JKR(SKS)/(FB)/040.020/004 bertarikh 30 Jun 2009.

Oleh itu Unit Pakar Forensik dari Cawangan Kejuruteraan

Mekanikal Ibu Pejabat telah membuat pemeriksaan bersama-sama

dengan pegawai dari Bangunan Parlimen pada 14 dan 16 Julai 2009 .

2.0 OBJEKTIF

Objektif pemeriksaan ini dijalankan adalah seperti berikut :

1) Menentukan masalah-masalah yang berlaku.

2) Mengenalpasti punca-punca masalah.

3) Memberi cadangan pembetulan dan pencegahan.

3.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Kontraktor Penyelenggaraan

Sistem Penyaman Udara : Premep Facilities Sdn. Bhd.

Jenis Selenggaraan : kontrak tidak komprehensif

(non-comprehensive) bagi operasi

dan penyelenggaraan sistem

penyaman udara, pengudaraan dan

sistem pam bagi sistem paip air

dalaman.

Tempoh : 2 Tahun

Page 4: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

3

Tarikh Mula : 01/02/2007

Tarikh Tamat : 28/02/2009

Harga Asal kontrak : RM 329,112.00

Status kontrak : Kontrak telah tamat, kontraktor

dibayar secara bulanan sehingga

kontraktor baru dilantik.

4.0 PASUKAN FORENSIK

Senarai pasukan pemeriksa adalah seperti berikut :

a. Wan Shah bin Wan Senik Jurutera Mekanikal Unit Pakar Forensik Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

b. Mohd Nazri bin Mohamed Jurutera Mekanikal

Unit Pakar Forensik Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

c. Noor Hamizan bin Din Pembantu Teknik Mekanikal Unit Pakar Forensik

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

d. Tumin bin Rahmad Juruteknik Mekanikal Unit Pakar Forensik

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal e. Zulakmal bin Ahmad Zaki Juruteknik Mekanikal

Unit Pakar Forensik Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

5.0 METHODOLOGI

Kaedah yang digunakan semasa melakukan pemeriksaan seperti berikut:

i. Laporan kerosakan dari wakil pegawai bangunan.

ii. Temubual dengan pihak selenggara bangunan.

iii. Pengambilan sampel data di ruang bermasalah selama 24 jam.

Page 5: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

4

Hasil daripada maklumat yang diperolehi, penilaian secara langsung

masalah-masalah yang dilaporkan dibuat menerusi pengukuran data

sistem. Segala masalah berkaitan dianalisa dan ditentukan puncanya.

6.0 DESKRIPSI SISTEM Penyaman udara pada bangunan ini menggunakan sistem chiller

dimana terdapat tiga(3) chiller berkapasiti 400TR dan satu(1) chiller

berkapasiti 200TR jenama Carrier. Pada hari biasa hanya satu(1) chiller

400TR sahaja yang beroperasi. Manakala pada hari-hari persidangan

diadakan, dua(2) chiller akan beroperasi iaitu samada dua(2) chiller

400TR atau satu(1) chiller 400TR dan satu(1) chiller 200TR bergantung

kepada faktor cuaca.

Pada Pejabat Penyelidik dan bilik Timbalan YDP Dewan Rakyat

jenama AHU yang digunakan juga dari Carrier. Pejabat Penyelidik (AHU

22; model: 39FD0-57FB1017FL). Manakala bilik Timbalan YDP Dewan

Rakyat ( AHU 15; model: 39FD0-58FB1017FM @ AHU 16; model: 39FD0-

56FB1017FK).

7.0 PENEMUAN DAN ULASAN a) Bilik Pejabat Penyelidik – rujuk Lukisan 1 pada Lampiran B.

Penemuan :

Sistem penyaman udara pada bilik ini menggunakan sistem

chiller yang beroperasi pada waktu pejabat 7.00 pagi hingga 5.30

petang setiap hari dan menggunakan sistem split unit ceiling

mounted yang beroperasi selepas waktu pejabat mengikut

keperluan pengguna.

Terdapat pembentukan kulat pada permukaan dinding,

permukaan tiang konkrit (column), permukaan siling, perabot dan

bag pengguna seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1 hingga

Gambar 5 di Lampiran A. Jenis kulat yang kelihatan adalah

disebabkan kelembapan relatif (relative humidity, RH) yang tinggi

dan fenomena penyejukan bertumpu (cold spot). Manakala jenis

Page 6: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

5

bahan yang digunakan pada dinding dan siling ialah jenis

gypsumboard.

Ruang ini mempunyai suhu 23oC pada RH 72.4 % dan suhu

titik embun ialah 17.8 oC pada waktu pagi dengan suhu permukaan

yang berkulat pada siling, dinding dan tiang konkrit masing-masing

16.3 oC, 17 oC dan 18.5 oC. Manakala pada malam hari, suhunya

ialah 24.5oC pada RH 76.9 % dan suhu titik embun ialah 20.2 oC

dengan suhu permukaan yang berkulat pada siling, dinding dan

tiang konkrit masing-masing 17 oC, 18 oC dan 18.7 oC.

Pemerhatian secara visual didapati tiada pembentukan kondensasi

yang kelihatan.

Terdapat bukaan pada sesalur udara bekal dimana panel

selenggara tertanggal menyebabkan udara bekal memasuki ruang

pejabat melalui return diffuser dan ruang antara siling dan tiang

konkrit/dinding. Lihat Gambar 6 dan Gambar 7 di Lampiran A.

Pemeriksaan di bilik AHU (AHU 22) yang membekalkan

udara ke ruang pejabat ini mendapati injap bermotor air dingin

(chilled water motorize valve) rosak, penapis udara berkeadaan

kotor dan air dingin (chilled water) bekal dari chiller dicatatkan

adalah tinggi 12 oC (53 oF) berbanding suhu yang dilaraskan 6.7 oC

(44 oF). Rujuk Gambar 8 dan Gambar 9 di Lampiran A. Suhu

sebelum gegelung penyejuk (oncoil) yang dicatatkan adalah bebuli

kering (dry bulb, db) 24 oC dan bebuli basah (wet bulb, wb) 20 oC

sementara suhu selepas gegelung penyejuk (offcoil) dengan db, 17

oC dan wb, 16 oC.

Juga dapat diperhatikan bahawa bekalan udara luar (fresh

air intake) ke AHU diambil dari ruang yang berhawa dingin dengan

suhu db, 23 oC dan wb,20 oC.

Page 7: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

6

Jumlah udara bekal kedalam ruang pejabat, (CFM) adalah

2616 cfm dengan kadar perubahan udara sebanyak 11.4 kali per

jam secara keseluruhannya.

Ulasan / Masalah :

Daripada data kualiti udara didalam bilik diatas menunjukkan

kondensasi boleh terbentuk pada permukaan siling dan dinding

pada waktu siang dan malam hari dimana suhu permukaan dinding

dan siling lebih rendah dari suhu titik embun didalam ruang pejabat.

Data juga menunjukkan pembentukan kondensasi berlaku di

permukaan tiang konkrit pada waktu malam.

Walaubagaimanapun, dari bacaan data logger (rujuk Graf 1

di Lampiran C) yang dicatatkan dari masa 11:00am (pagi), 16/7/09

hingga 12:00am (tengah malam), 18/07/09 menunjukkan bahawa

kondensasi boleh terbentuk pada permukaan siling, dinding dan

tiang konkrit (column) diantara masa 06:00pm (petang) 16/07/09

hingga 12:00am (tengah malam) 18/07/09 sepanjang tempoh

pemeriksaan dijalankan. Dimana suhu setiap permukaan adalah

lebih rendah dari suhu titik embun ruang tersebut. Walaupun data

menunjukkan berlaku kondensasi, tetapi semasa pemeriksaan

dijalankan tiada pembentukan kondensasi yang kelihatan. Ini

adalah disebabkan kelembapan tersebut diserap oleh dinding dan

siling.

Panel selenggara yang tertanggal mengakibatkan udara

bekal masuk ke ruang pejabat melalui return diffuser yang

berdekatan. Ini menyebabkan berlakunya jumlah udara bekal yang

terlalu banyak melalui diffuser tersebut. Ini membolehkan terjadinya

masalah penyejukan bertumpu (cold spot) di sekitar kawasan

tersebut dimana udara tadi akan memasuki ruang pejabat melalui

return diffuser dan ruang-ruang (gap) antara siling dan

dinding/tiang konkrit. Fenomena thermal bridge juga memain

Page 8: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

7

peranan dalam pembentukan kulat, dimana suhu permukaan yang

rendah pada waktu siang di sekitar sudut antara permukaan tiang

konkrit dan siling (suhu tiang konkrit,18.5 oC) berbanding suhu titik

embun ruang pejabat yang tinggi pada waktu malam (maks. 21.3

oC).

Rajah 1: Menunjukkan proses pencampuran udara bekal dan

udara return di ruang atas siling.

Selain itu, udara bekal akan bercampur dengan udara

sedutan (return air) di ruang atas siling disebabkan panel

selenggara yang tertanggal seperti lakaran pada Rajah 1. Faktor ini

menyebabkan berlakunya udara pintas (bypass) dan memberi

kesan kepada rekabentuk pengedaran udara asal. Keadaan ini

juga membantu pembentukan kulat kerana udara yang tidak

dirawat yang mengandungi habuk dan sebagainya masuk kembali

ke ruang pejabat.

Suhu sebelum gegelung penyejuk (oncoil) yang dicatatkan

adalah dengan db, 24 oC dan wb, 20 oC, tetapi mengikut

rekabentuk kebiasaannya bagi ruang pejabat suhu sebelum

gegelung penyejuk (oncoil) adalah db, 26 oC dan wb, 20 oC. Antara

Page 9: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

8

faktor yang menyebabkan suhu sebelum gegelung penyejuk

(oncoil) tidak mengikut kehendak rekabentuk adalah seperti berikut:

i. Injap bermotor air dingin tidak berfungsi(rosak) pada AHU 22,

menyebabkan sistem AHU tidak dapat beroperasi mengikut

beban semasa.

ii. Suhu air dingin bekal ke AHU 22 adalah tinggi iaitu 12 oC (53oF).

Penyelenggaraan terakhir chiller direkodkan pada August/2008

– system overhaul.

iii. Bekalan udara luar (fresh air intake) diambil melalui ruang yang

berhawa dingin.

iv. Berlakunya udara pintas (bypass) dalam ruang siling di Pejabat

Penyelidik

Kadar perubahan udara didalam ruang pejabat ini adalah

mencukupi dan tidak menyumbang kepada pembentukan kulat.

Cadangan :

a. Membersih dan mengecat semula permukaan siling dan dinding

yang berkulat menggunakan cat anti-fungus dengan prosedur

yang betul.

b. Selenggara dan tentukur alat-alat (injap bermotor, alat

pengawal kemasukan udara luar (fresh air damper), penapis

udara) dan peranti-peranti (jangkasuhu, dll) bagi memastikan

sistem beroperasi dengan sempurna.

c. Menutup kembali panel akses selenggara yang tertanggal

dengan betul dan kemas.

d. Menutup ruang-ruang antara siling dan dinding/tiang konkrit.

Cth: menggunakan silikon.

e. Menyediakan sesalur bagi bekalan udara luar ke bilik AHU.

Page 10: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

9

f. Menyelenggara chiller bagi mendapatkan prestasi mengikut

rekabentuk asal terutama bekalan air dingin.

b) Bilik Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat – rujuk Lukisan 2

pada Lampiran B

Penemuan :

Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada

waktu pejabat 7.00 am hingga 5.30 pm setiap hari menggunakan

sistem chiller. Terdapat pembentukan kulat pada permukaan siling

lepa (plaster ceiling) disekitar linear diffuser seperti yang

ditunjukkan pada Gambar 10 dan Gambar 11 pada Lampiran A.

Ruang ini mempunyai suhu 23oC pada RH 68.8 % dan suhu

titik embun ialah 17 oC pada waktu pagi dengan suhu permukaan

siling yang berkulat 17.5 oC dan suhu normal dinding 18.8 oC.

Manakala pada malam hari, suhunya ialah 24.5 oC pada RH 80.6 %

dan suhu titik embun ialah 21 oC dengan suhu permukaan siling 18

oC dan suhu normal dinding 19.5 oC

Pemeriksaan di bilik AHU (AHU 15 & AHU 16) yang

membekalkan udara ke ruang pejabat ini didapati masalah yang

sama berlaku pada AHU ini dimana injap bermotor air dingin rosak

dan penapis udara berkeadaan kotor.Tolok suhu dan tolok tekanan

pada paip air dingin juga telah rosak.

Suhu sebelum gegelung penyejuk yang dicatatkan dengan

db, 23.5 oC dan wb, 18.5 oC sementara suhu selepas gegelung

penyejuk dengan db, 17 oC dan wb, 16.5 oC bagi AHU 15 dan AHU

16).

Juga dapat diperhatikan bahawa bekalan udara luar (fresh

air intake) ke AHU diambil dari ruang yang berhawa dingin dengan

suhu db, 22.5 oC dan wb, 18.5 oC.

Page 11: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

10

Jumlah udara bekal kedalam ruang pejabat, (CFM) adalah

911.12 cfm pada halaju udara secara purata 1.56 m/s. Ini

menjadikan kadar perubahan udara sebanyak 10.9 kali per jam

secara keseluruhannya.

Ulasan / Masalah :

Daripada data kualiti udara didalam bilik diatas menunjukkan

kondensasi boleh terbentuk pada waktu malam hari dimana suhu

permukaan siling lebih rendah dari suhu titik embun didalam ruang

ini.

Walaubagaimanapun, dari bacaan data logger (rujuk Graf 2

di Lampiran C) yang dicatatkan dari masa 11:00am (pagi), 16/7/09

hingga 12:00am (tengah malam), 18/07/09 menunjukkan bahawa

kondensasi boleh terbentuk pada permukaan siling dan dinding

diantara masa 06:00pm (petang) 16/07/09 hingga 12:00am (tengah

malam) 18/07/09 iaitu pada waktu siang dan malam. Dimana pada

ketika ini suhu permukaan siling dan dinding lebih rendah dari suhu

titik embun didalam bilik.

AHU tidak beroperasi seperti rekabentuk disebabkan

kerosakan pada komponen-komponen kawalan di bilik AHU seperti

yang dinyatakan dalam ulasan diatas. Juga disebabkan oleh suhu

air dingin bekalan dari chiller yang tinggi, 12 oC (53oF). Suhu dan

tekanan air dingin bekalan dan sedutan juga tidak dapat ditentukan.

Kesan kerosakan ini menyebabkan kualiti udara tidak dapat

dikawal mengikut rekabentuk kerana sistem AHU tidak dapat

beroperasi mengikut beban semasa.

Bekalan udara luar yang tidak mencukupi akan

menyebabkan ketidakselesaan penghuni kerana kekurangan

oksigen.

Page 12: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

11

Kadar perubahan udara didalam ruang pejabat ini juga

mencukupi dan tidak menyumbang kepada pembentukan kulat.

Cadangan :

a. Membersih dan mengecat semula permukaan siling dan dinding

yang berkulat menggunakan cat anti-fungus dengan prosedur

yang betul.

b. Selenggara dan tentukur alat-alat (injap bermotor, alat

pengawal kemasukan udara luar (fresh air damper), penapis

udara) dan peranti-peranti (jangkasuhu, dll) bagi memastikan

sistem beroperasi dengan sempurna.

c. Menyediakan sesalur bagi bekalan udara luar ke bilik AHU.

d. Memastikan bekalan air dingin mengikut rekabentuk asal.

c) Chiller Plant Room

Penemuan :

Chiller (model: 19XL4243462CL) menunjukkan bacaan suhu

cecair penyejuk (refrigereant R-134a) melalui penyejat (evaporator)

adalah 10.9 oC (51.6 oF) pada tekanan 45.4 PSI dan menghasilkan

bekalan air dingin pada suhu 12 oC (53 oF).

Ulasan / Masalah :

Suhu air dingin bekal adalah tinggi iaitu 12 oC (53 oF).

Rekabentuk air dingin bekal adalah 6.7 oC (44 oF). Suhu air dingin

bekal yang tinggi merupakan salah satu faktor kepada peningkatan

RH.

Selalunya perbezaan suhu antara cecair penyejuk di

penyejat dan air dingin bekal adalah 4 oF. Oleh itu bacaan cecair

penyejuk melalui penyejat pada suhu 10.9 oC (51.6 oF) dan tekanan

45.4 PSI adalah tinggi untuk menghasilkan air dingin bekal 6.7 oC

(44 oF). Oleh itu bagi mendapatkan suhu air dingin bekal pada 6.7

Page 13: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

12

oC (44 oF), cecair penyejuk hendaklah beroperasi pada suhu 4 oC

(39 oF) dan tekanan 34.1 PSI. (rujuk jadual refrigerant pressure &

temperature di Lampiran D)

Cadangan :

a. Kontraktor hendaklah memeriksa dan membaiki komponen

pada chiller terutama pada pemampat (compressor) atau injap

pengembangan (expansion valve) bagi membolehkan chiller

beroperasi seperti rekabentuk.

8.0 ULASAN KESELURUHAN

Daripada penemuan diatas didapati masalah pembentukan kulat di

pejabat ini adalah berpunca dari :

a) Panel selenggara yang tertanggal menyebabkan kemasukan udara

sejuk ke dalam ruang pejabat tidak terkawal.

b) Sistem penyaman udara tidak beroperasi dengan sempurna

disebabkan kerosakan pada alat-alat dan peranti kawalan AHU,

suhu bekalan air dingin yang tinggi dan tiada bekalan udara luar.

c) Tiada sistem penyelenggaraan yang sistematik/berjadual

dilaksanakan dimana panel selenggara yang tertanggal sepatutnya

dikesan terlebih awal sekiranya mempunyai penyelenggaraan yang

berkala.

Bekalan udara luar yang tidak mencukupi akan menyebabkan

ketidakselesaan penghuni kerana kekurangan kandungan oksigen dalam

udara.

Page 14: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

13

9.0 CADANGAN TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN Tindakan Pembetulan:

a. Menutup kembali panel akses selenggara yang tertanggal dengan

betul dan kemas.

b. Membersih dan mengecat semula permukan siling dan dinding

yang berkulat menggunakan cat anti-fungus.

c. Menyediakan sesalur bagi bekalan udara luar ke bilik AHU.

d. Kontraktor hendaklah memeriksa dan membaiki komponen pada

chiller (pemampat (compressor) atau injap pengembangan

(expansion valve)) bagi membolehkan chiller beroperasi seperti

rekabentuk.

Tindakan Pencegahan:

a. Selenggara dan tentukur alat-alat (injap bermotor, alat pengawal

kemasukan udara luar (fresh air damper),penapis udara) dan

peranti-peranti (jangkasuhu, dll) pada semua AHU bagi

memastikan sistem beroperasi dengan sempurna.

b. Semua sistem dan peralatan yang telah dibaiki/diganti perlu

ditentukur, diuji dan/atau ditauliah semula.

c. Menggunakan sistem penyelenggaraan yang sistematik/berkala.

10.0 KESIMPULAN

Masalah kualiti udara dan prestasi peralatan mekanikal di bangunan ini

adalah berpunca daripada kelemahan penyenggaraan. Kerosakan pada

sistem perlu dibaiki segera.

Pihak penyelenggara perlu membuat kerja-kerja pembersihan dan menyelenggara peralatan dengan lebih rapi dan berjadual.

Adalah diharapkan hasil daripada pemeriksaan ini, sistem penyaman udara akan kembali beroperasi mengikut kehendak rekabentuk.

Page 15: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

14

Di sediakan oleh:

............................................ MOHD NAZRI B. MOHAMED Jurutera Mekanikal, J41 Unit Pakar Forensik, CKM

Di semak oleh: ............................................................. WAN SHAH BIN WAN SENIK Jurutera Mekanikal, J44 Unit Pakar Forensik Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Di sahkan oleh: .......................................... HAMDAN B. ABD MALEK Pengarah Bahagian kepakaran Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.

Page 16: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

15

11.0 LAMPIRAN

11.1 LAMPIRAN A (GAMBAR)

LOKASI: Pejabat Penyelidik-Aras Bawah

Gambar 1: Pembentukan tompokan kulat pada permukaan dinding.

Gambar 2: Pembentukan kulat pada permukaan siling.

Page 17: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

16

Gambar 3: Pembentukan kulat pada permukaan tiang konkrit (column).

Gambar 4: Pembentukan kulat pada permukaan perabot

Page 18: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

17

Gambar 5: Pembentukan kulat pada bag salah seorang staf di Pejabat Penyelidik

Gambar 6: Panel selenggara yang tertanggal pada sesalur udara bekal di ruang atas siling Pejabat Penyelidik.

Page 19: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

18

Gambar 7: Ruang antara siling dan tiang konkrit membolehkan udara bekal

akibat panel selenggara yang tertanggal memasuki ruang

pejabat. Ini mengakibatkan berlakunya fenomena penyejukan

bertumpu (cold spot) dan pembentukan kulat disekitar ruang

tersebut.

LOKASI : Bilik AHU 22 – Aras Bawah

Gambar 8: Injap bermotor (Motorize valve) yang rosak di bilik AHU 22.

Page 20: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

19

Gambar 9: Penapis udara pada AHU kotor dan tidak ditukar di bilik AHU 22.

LOKASI: Pejabat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat – aras 1

Gambar 10: Pembentukan kulat pada siling di Bilik Timbalan YDP Dewan Rakyat

Page 21: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

20

Gambar 11: Pembentukan kulat pada siling di Bilik Timbalan YDP Dewan Rakyat

Page 22: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

21

11.2 LAMPIRAN B (LUKISAN)

Lukisan 1: Lakaran Pejabat Penyelidik – aras bawah

Page 23: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

22

Lukisan 2: Lakaran bilik Pejabat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat – aras satu(1)

Page 24: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

23

11.3 LAMPIRAN C (BACAAN DATA LOGGER)

Graf 1 : Menunjukkan bacaan data yang diambil menggunakan data logger di

Pejabat Penyelidik- aras bawah.( 11.00am 16/07/09 – 12.00am 18/07/09)

Data : ( 11.00am 16/07/09 – 12.00am 18/07/09)

maksimum minimum purata

Suhu bilik, OC 24.9 20.9 23.4

RH, % 80.8 67.7 76.2

Dew Point, OC 21.3 15.1 19.0

Suhu permukaan yang berkulat pada waktu siang:

Suhu dinding :17 OC

Suhu siling : 16.3 OC

Suhu tiang konkrit (column) :18.5 OC

Page 25: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

24

Graf 2 : Menunjukkan bacaan data yang diambil menggunakan data logger di

Bilik Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.( 11.00am 16/07/09 –

12.00am 18/07/09)

Data : ( 11.00am 16/07/09 – 12.00am 18/07/09)

maksimum minimum purata

Suhu bilik, OC 24.5 20.0 23.1

RH, % 81.9 63.7 77.7

Dew Point, OC 21.0 14.8 19.0

Suhu permukaan pada waktu siang:

Suhu dinding :18.8 OC (tidak berkulat)

Suhu siling : 17.5 OC (berkulat)

Page 26: LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBENTUKAN KULAT DI PEJABAT ...epsmg.jkr.gov.my/images/1/1b/FR-09-07_PARLIMEN.pdf · Sistem penyaman udara pada bilik ini juga beroperasi pada waktu pejabat 7.00

25

11.4 LAMPIRAN D