laporan program kursus kepimpinan pengawasan pentauliahan sesi 2011

13
LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011. MINGGU KE-TIGA PERSEKOLAHAN. Pihak Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Pengawas dan Badan Disiplin telah merancang dan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak Bimbingan Kaunseling telah merancang bahagian modul, manakala Unit Pengawas meyiapkan kertas kerja dan Badan Displin merangka jadual. Kerjasama yang baik di antara ketiga cabang ini dan sokongan daripada barisan pentadbir maka apa yang dirancang menjadi kenyataan. 20 JANUARI 2011. SLOT 1( Pendaftaran dan Taklimat) 3.00 hingga 5.00 ptg. Pendaftaran peserta berjalan dengan lancar dimana kelihatan ibu bapa menghantar anak-anak mereka dan para peserta mula menanda kehadiran. Bahan program telah dibekalkan kepada peserta

Upload: jangmona

Post on 02-Jul-2015

1.569 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN

SESI 2011.

MINGGU KE-TIGA PERSEKOLAHAN.

Pihak Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Pengawas dan Badan Disiplin telah

merancang dan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk memastikan program ini dapat

berjalan dengan lancar. Pihak Bimbingan Kaunseling telah merancang bahagian modul,

manakala Unit Pengawas meyiapkan kertas kerja dan Badan Displin merangka jadual. Kerjasama

yang baik di antara ketiga cabang ini dan sokongan daripada barisan pentadbir maka apa yang

dirancang menjadi kenyataan.

20 JANUARI 2011.

SLOT 1( Pendaftaran dan Taklimat)

3.00 hingga 5.00 ptg.

Pendaftaran peserta berjalan dengan lancar dimana kelihatan ibu bapa menghantar anak-

anak mereka dan para peserta mula menanda kehadiran. Bahan program telah dibekalkan kepada

peserta yang berupa fail dan bahan ilmiah yang lain. Terdapat kelewatan pada peserta tahun 6

kerana mereka terpaksa pulang terlebih dahulu ke rumah (murid asrama). Seramai 4 orang murid

gagal melaporkan diri tanpa makluman kepada urusetia. Taklimat diberikan kepada para peserta

dan selepas itu mereka di bawa ketempat penginapan di asrama lama.

Page 2: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

SLOT 2. ( Ice Breaking )

5.00 hingga 6.00 ptg.

Peserta diagihkan secara rawak kepada 10 kumpulan. Para fasilitator telah

memyampaikan tugasan secara kumpulan. Setiap individu diberi sebiji telur untuk dijaga sebagai

amanah. Slot ini bertujuan untuk mewujudkan suasana mesra dan saling bantu-membantu dalam

kumpulan tersebut. Mereka juga diwajibkan mencipta logo dan menerangkan maksudnya kepada

peserta lain.

SLOT 3 ( Kerohanian)

Seawal 7.15 ptg, para peserta telah berkumpul di surau untuk solat maghrib. Program

yang telah dijalankan ialah bacaan Yaasin dan Tazkirah. Selepas solat Isyak, para peserta telah

melakukan solat hajat.

SLOT 4 ( Kembara Kepimpinan)

9.30 hingga 11.00 mlm.

Slot ini bertujuan untuk menanam keyakinan dan keteguhan spiritual bagi diri peserta.

Peserta terpaksa berjalan seorang demi seorang ke blok-blok bangunan sekolah. Lampu-lampu

kawasan sekolah telah dipadamkan bagi menimbulkan suasana yang mencabar kepada para

peserta. Walaupun terdapat peserta yang menangis, melarikan diri dan ada juga yang terkencing,

namun dengan motivasi yang diberikan oleh para fasilitator kesemua peserta bejaya melaluinya.

Page 3: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

SLOT 5 ( Konsep Asas Kepimpinan)

8.00 hingga 9.00 pagi.

Pendedahan dan keterampilan diri sebagai seorang pemimpin kecil telah didedahkan

dalam taklimat ini. Para peserta di sajikan dengan pengisian pembentukan sahsiah kepimpinan

diri melalui beberapa siri aktiviti. Sambutan para peserta amat baik kerana selain ceramah secara

langsung mereka turut mendapat input kepimpinan secara tidak langsung melalui aktiviti

permainan yang dilaksanakan.

SLOT 6 ( Tugas Khusus Pengawas)

9.00-10.00 pagi.

Peserta telah diberi taklimat berkaitan tugas-tugas kursus yang perlu dilaksanakan semasa

sesi persekolahan. Bidang tugas seoang pengawas telah digarap secara terperinci agar tidak

berlaku kekeliruan tugas kepada para pengawas.

SLOT 7 ( Raptai Majlis Pentauliahan )

10.00-10.30 pagi.

Slot ini telah dimasukkan dalam program ini bagi mengelak daripada para peserta

melakukan kesalahan yang terlalu nyata semasa majlis tersebut diadakan nanti. Keterampilan diri

dan cara menerima watikah nanti diajar kepada peserta agar mereka merasa yakin dan tidak takut

berada dalam majlis rasmi. Ketertiban dan menjaga protokol juga penting untuk ditonjolkan

kepada guru-guru lain agar mereka merasa pengawas pada tahun ini lebih mantap dan

bersahsiah.

Page 4: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

SLOT 8 ( Perasmian Penutup )

Resolusi penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn.Guru Besar. Kehadiran

Pn.Guru Besar sebenarnya telah menyuntik semangat yang tidak terhingga kepada para fasilitator

dan para peserta. Para pemenang atau tokoh peserta cemerlang telah diberikan hadiah sebagai

tanda penghargaan di atas kerjasama, kerajinan dan ketokohan yang ditunjukkan.

24 JANUARI 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN

Objektif majlis ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dan meningkatkan rasa

yakin diri para pengawas. Majlis ini juga bertujuan sebagai meraikan kejayaan mereka kerana

berjaya menempuhi dan menjayakan setiap slot semasa Program Kepimpinan Pengawas. Seawal

7.30 pagi, semua pengawas telah beratur dan bersedia sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak

sekolah. Terpancar riak bangga dan gembira pada wajah semua pengawas. Puan Guru Besar

diiringi oleh GPK HEM telah menyempurnakan majlis tersebut.

RUMUSAN.

Secara umumnya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan tolak

ansur antara para fasilitator merupakan intipati kejayaan sebenar program ini. Tidak lupa juga

dorongan dan bantuan para pentadbir. Diharap kem ini dapat melahirkan pengawas yang

diharapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Namun apa yang perlu diingatkan bahawa para

pengawas ini merupakan kanak-kanak yang perlu sentiasa diingatkan, dipesan, disuruh kerana

itulah fitrah semulajadi kanak-kanak.

Page 5: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………………..

(Mohd Shoufizam Shafie) ( Hjh.Kintan bt. Ahmad)

Penyelaras UBK Guru Besar

Sk.Kijal Sk.Kijal

Page 6: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011

DIARI KEM KEPIMPINAN DAN PENTAULIAHAN PENGAWAS 2011

Page 7: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
Page 8: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
Page 9: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
Page 10: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011
Page 11: LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWASAN PENTAULIAHAN SESI 2011