laporan pdf

Upload: shamala-maniam

Post on 06-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

intern

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : SHAMALA A/P MANIAM

    PROGRAM : SENAMROBIK

    NAMA SEKOLAH : SJK (T) NORTH HUMMCOK, SETIA ALAM, SELANGOR

    NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM SENAMROBIK 2015

    TEMPOH : 16 OGOS 2015

    OBJEKTIF :

    I. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di

    sekolah.

    II. Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat

    III. Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.

    IV. Mengisi masa terluang murid.

    V. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

    yang disediakan.

    VI. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

    sosial.

  • 1) Tarikh dan masa

    1.1 Tarikh : 16 Oktober 2015 (Jumaat)

    1.2 Masa bermula senamrobik : 7.30 pagi

    2) Sasaran Peserta

    2.0 Semua murid SJK (T) North Hummock, Setia Alam, Selangor.

    3) Tempoh Masa Senamrobik

    Masa senamrobik adalah selama 30 minit.

    Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak

    yang dilakukan oleh instruktor di hadapan.

    Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut

    kemampuan masing-masing.

    Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya

    mengikut kemampuan masing-masing.

    4) Pelaksanaan

    Senamrobik hendaklah bermula tepat pada jam 7.30 pagi selepas selesai sesi

    pendaftaran murid.

    Murid dan guru mengambil tempat masing-masing di tapak perhimpunan

    Murid dan guru mengikut gerakan senamrobik berdasarkan instructor dihadapan

    Selesai acara senamrobik,murid-murid dibenarkan untuk berehat dan selepas

    rehat bermulalah Program Eksplorasi.

    5) Tempat Senamrobik

    SJK (T) North Hummock, Setia Alam, Selangor.

    STRATEGI PELAKSANAAN

  • 1) Kekuatan Projek/Aktiviti

    Program Senamrobik 2015 yang telah dijalankan oleh saya selaku guru-guru

    Internship 2015 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) North Hummock, Setia Alam,

    Pada permulaanya projek ini dirancang sebelum hari sukan sekolah berlangsung. Ia

    merupakan projek membuat senaman aerobik sempena Program Eksplorasi 2015.

    Kekuatan pada projek ini ialah pada perancangan awal. Perancangan telah dilakukan

    seminggu sebelum hari pelaksanaan bagi memastikan pergerakan aerobik yang dicipta

    dapat diikuti oleh murid-murid yang terlibat dalam projek ini. Ini kerana, apabila

    perancangan awal projek ini telah dilakukan, ia sekaligus membantu saya memilih lagu

    dan pergerakan yang sesuai. Ia bagi memastikan perlaksanaan projek ini berjalan

    dengan lancar tanpa sebarang masalah.

    Selain itu, pergerakan aerobik yang telah dicipta amat sesuai dengan tahap

    murid-murid yang terlibat dan mudah untuk dilakukan. Perancangan latihan yang

    melibatkan murid-murid tahun 6 juga telah dirancang dengan rapi bagi memastikan

    perlaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. AJK kejurulatihan dan murid-murid juga

    telah memberikan kerjasama yang baik semasa sesi latihan dan semasa perlaksaan.

    Tambahan lagi, pihak sekolah juga telah memberikan kerjasama bagi memastikan

    projek ini berjalan dengan lancar. Ia juga memberikan satu kelainan dan mewujudkan

    satu aktiviti yang sihat untuk murid-murid amalkan sebagai gaya hidup sihat. Ia juga

    dapat memberi pendedahan kepada murid untuk melakukan pergerakan diiringi muzik.

    Ia melatih murid melakukan pergerakan dengan diiringi muzik. Ia memberikan kelainan

    dan murid lebih meminati aktiviti yang melibatkan pergerakan

    REFLEKSI

  • Semasa senaman aerobik ini dilaksanakan, ia mendapat sambutan yang amat

    menggalakkan dalam kalangan peserta. Program ini juga memberikan pendedahan

    kepada murid agar berani membuat persembahan dan melakukan sesuatu tanpa

    perasaan gementar. Pelaksanaan ini selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan yang

    diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan.

    Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan untuk

    merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat

    kebangsaan.

    Senamrobik merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti

    senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah

    seluruh negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di

    sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya

    memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini

    akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

    Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik

    sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

    melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih

    terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur.

    Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan

    beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan

    dan ketenangan minda.

    Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang

    mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah

    tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-

    guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti

    seharian tanpa merasa letih.Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik

    meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada

    tubuh yang sihat.

  • Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi

    murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin

    sepanjang kehidupan mereka.Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk

    melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan

    gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik

    ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam

    aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

    Melalui aktiviti senamrobik ini juga,dapat dilihat ia mengeratkan lagi silaturahim

    kami selaku guru-guru internship bersama murid-murid sekolah dan juga guru-guru

    sekolah dan juga dapat membantu kami menimba pengalaman dalam usaha

    memastikan kelancaran program yang dijalankan.Ini kerana apabila kami bertungkus

    lumus untuk memastikan kelancaran program senamrobik ini berlangsung,ia

    memerlukan kami berkomunikasi dan mendapatkan tunjuk ajar daripada pihak

    pentadbiran sekolah dan juga guru-guru.Mereka sedikit sebanyak mencurahkan ilmu

    untuk dikongsi agar kami berjaya menguruskan projek tersebut.

    2) Kelemahan Projek/Aktiviti

    Setiap program yang dirancang pasti wujudnya beberapa kelemahan yang

    dikenalpasti dan boleh dipertingkatkan pada masa akan datang agar program yang

    dirancang akan berjalan dengan lebih lancar dan baik.

    Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah kawalan murid.Pada

    awalnya,disiplin murid-murid adalah susah untuk dikawal dan untuk memastikan

    mereka mengambil tempat masing-masing di dataran. Ini adalah kerana dapat dilihat

    mereka begitu teruja untuk melakukan aktiviti senamrobik ini kerana ini merupakan

    aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Oleh itu,pergerakan mereka

    menjadi aktif dan bersemangat sehingga memerlukan kami mengeluarkan arahan yang

    sama beberapa kali.

  • Selain itu, tiada keseragaman dari segi pakaian murid-murid yang terlibat dalam

    aerobik kerana murid-murid yang terlibat masing-masing memakai pakaian rumah

    sukan masing-masing.

    Murid-murid dan guru di bahagian belakang tidak dapat melihat instruktor di

    hadapan sekali dan perkara ini menyukarkan untuk mereka melihat pergerakan kami

    dengan jelas. Murid-murid dan guru-guru yang tidak dapat melihat dengan jelas hanya

    melihat rakan mereka dihadapan yang mengikut pergerakan senamrobik dan meniru

    mereka.

  • Setelah mengenalpasti masalah yang berlaku,cadangan penambahbaikan perlu

    dilakukan dan boleh dijalankan untuk meningkatkan lagi aktiviti senamrobik ini pada

    masa akan datang.

    Pada masalah kawalan murid,murid-murid sepatutnya dikawal oleh guru-guru

    yang bertugas untuk mengambil tempat dan ruang agar menjarakkan diri mereka untuk

    melakukan senamrobik. Murid-murid juga perlu peka kepada arahan guru untuk

    melaksanakan aktiviti ini.Arahan yang diberikan oleh guru juga mestilah jelas dan

    mudah difahami oleh murid agar mereka faham akan apa yang perlu dilakukan oleh

    mereka untuk menjayakan aktiviti senamrobik ini.

    Lcd dan skrin di kiri dan kanan kawasan boleh digunakan untuk memancarkan

    pergerakan senamrobik yang dijalankan .Dengan menggunakan cara penyelesaian

    tersebut ia dapat membantu murid-murid dan guru yang berada di barisan belakang

    untuk melihat pergerakan yang dilakukan dihadapan.Ini kerana terdapat beberapa

    rungutan yang didengari oleh murid dan guru yang berada di bahagian belakang tidak

    dapat melihat dengan jelas pergerakan senamrobik yang dijalankan. Oleh itu pada

    masa akan datang,dengan penggunaan lcd dan skrin ia memudahkan semua murid-

    murid dan guru untuk melihat dan membuat pergerakan senamrobik yang ditunjukkan

    agar mereka berasa lebih gembira dan bersemangat.

    Dari segi pemakaian juga perlu diperbaiki lagi agar pasukan aerobik lebih

    seragam dan lebih menampakkan kekemasan pasukan semasa melakukan

    persembahan. Latihan program aerobik ini juga perlu lebih kerap agar setiap

    pergerakan yang dilakukan dapat diaplikasikan dengan baik semasa persembahan

    sebenar.

    Pada masa akan datang kami akan memberikan lebih perhatian terhadap

    kelemahan yang dikenalpasti untuk memastikan program berjalan dengan lancar dan

    jayanya.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

  • Secara keseluruhannya Program Senamrobik 2015 yang telah diadakan berjalan

    dengan lancar. Saya selaku penhanjur program sangat berpuas hati dengan perjalanan

    program ini yang berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang

    dikenalpasti selepas program ini tamat. Program ini berjaya mengeratkan silaturahim

    antara guru dan juga murid-murid serta guru-guru dan kakitangan sekolah. Secara tidak

    langsung apabila menguruskan sesuatu program ia menjadi satu pengalaman yang

    berguna sebagai panduan dan bekalan ilmu kepada guru pelatih dalam usaha melayari

    cabaran menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi serta mampu

    menghadapi segala cabaran yang mendatang.

    KESIMPULAN