laporan pbs mengenai keselamatan persekitaran sekolah

3
LAPORAN PBS MENGENAI KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH Pada 19 hingga 23 mac kami telah terlibat dalam program pengalaman berasas kan sekolah dan saya bersama tiga orang kawan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taun Gusi Kota Belud, pada semester ini tugasan PBS kami lebih kepada melihat dan meanalisis mengenai keselamatan persekitaran sekolah tersebut. keselamatan persekitaran sekolah tersebut kelihatan agak menyedihkan dan membahayakan pelajar antara masalah atau kekurangan mengenai keselamatan persekitaran sekolah tersebut ialah keadaan kawasan bangunan utama kurang selamat kerana di tingkat 2 pihak sekolah meletakkan pelajar darjah satu,kerana pelajar darjah satu masih belum lemah dalam keprihatinan atau peka kepada bahaya yang akan berlaku kerana pelajar darjah satu lebih suka berlari semasa balik dari sekolah dan jika ada pelajar yang berhnti di tangga mungkin akan ditolak oleh pelajar yang lain, kemudian penghadang tangga yang digunakan sangat berbahaya kerana jarak besi yang disusun sangat luas dan mempunyai lubang yang besar, dan terdapat jugak wayar-wayar lampu yang rosak

Upload: muhammad-firdaus-abd-rahani

Post on 18-Feb-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PBS PKE

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pbs Mengenai Keselamatan Persekitaran Sekolah

LAPORAN PBS MENGENAI KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Pada 19 hingga 23 mac kami telah terlibat dalam program pengalaman berasas kan sekolah dan saya bersama tiga orang kawan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taun Gusi Kota Belud, pada semester ini tugasan PBS kami lebih kepada melihat dan meanalisis mengenai keselamatan persekitaran sekolah tersebut.

keselamatan persekitaran sekolah tersebut kelihatan agak menyedihkan dan membahayakan pelajar antara masalah atau kekurangan mengenai keselamatan persekitaran sekolah tersebut ialah keadaan kawasan bangunan utama kurang selamat kerana di tingkat 2 pihak sekolah meletakkan pelajar darjah satu,kerana pelajar darjah satu masih belum lemah dalam keprihatinan atau peka kepada bahaya yang akan berlaku kerana pelajar darjah satu lebih suka berlari semasa balik dari sekolah dan jika ada pelajar yang berhnti di tangga mungkin akan ditolak oleh pelajar yang lain, kemudian penghadang tangga yang digunakan sangat berbahaya kerana jarak besi yang disusun sangat luas dan mempunyai lubang yang besar, dan terdapat jugak wayar-wayar lampu yang rosak dibiarkan ini boleh menyebabkan pelajar terkena renjatan eleterik jika berlaku hujan.

Seterusnya pada suis-suis lampu, terdapat suis lampu yang rosak dan tidak dibaiki, ini sangat membahayakan kepada pelajar kerana ia boleh menyebabkan pelajar terkena renjatan. Kemudian pada setiap aras tidak disediakan alat pemadam api dan terdapat banyak alat pemadam api yang diletakkan di tepi bangunan dan tidak di isi semula, Dan terdapat kelas yang hanya menggunakan satu pintu sahaja, ini sngat membahayakan jika ada berlaku kebakaran kerana jika pintu utama pelajar telah terbakar pelajar tidak mempunyai jalan lain untuk keluar.

Page 2: Laporan Pbs Mengenai Keselamatan Persekitaran Sekolah

Disamping itu malasah yang saya lihat ialah pada bahagian dewan dimana terdapat kayu-kayu yang sudah reput dan zink-zink yang digunakan semuaya berkarat,dewan itu jugak kelihatan sudah uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa. Bahayanya disini ialah kerana dewan merupakan tempat pelajar selalu bermain, jika keadaan nya kurang selamat ia boleh membayakan keselamatan pelajar.

Terakhir sekali ialah di sekolah tersebut mempunyai dua bahagian kelas, kelas simen dan kelas kayu, kelas kayu yang terletak di sebelah padang mempunyai ciri keselamatan yang tidak baik, banyak kayu-kayu lantai yang telah reput, pada dinding kelas tersebut terdapat paku-paku yang terkeluar dan boleh menyebabkan pelajar tersangkut, di bawah kelas tersebut jugak boleh menyebabkan air bertakung jika waktu hujan ini akan menyebabkan pembiakan nyamuk dan boleh menggangu fokus pelajar, dan pada keseluruhan kawasan persekitaran sekolah atau laluan-laluan yang sering pelajar berjalan atau berlari agak merbahaya kerana pada belakang kelas bangunan utama terdapat banyak zink-zink yang tajam dan boleh menyebabkan luka pada pelajar dan terdapat juga paku-paku yang melekat pada kayu dibiarkan dibawah begitu sahaja kemudian kawasan pembinaan tandas baru tidak ditutup zink dengan sempurna, kawasan belakang kelas pemulihan pula laluan yang mempunyai batu-batu tajam dan terdapat pasu-pasu yang pecah diletakkan merata tempat.