anatomi pbs
DESCRIPTION
PBSTRANSCRIPT
TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.
Nurul Fariha binti Muhamad
Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani dan setor alatan Pendidikan Jasmani.
Lokasi : Sekolah kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu.
Hari/ masa : Isnin (8.00 am- 9.15 am)
Soalan 1.
Semasa pemerhatian dilakukan, didapati bahawa setor alatan Pendidikan Jasmani
diselenggara dengan baik. Alatan disimpan dan disusun mengikut jenis alatan tersebut. dari
segi aspek keselamatan, alatan disusun dengan rapi dan tidak menghalang laluan yang
terdapat di dalam setor terbabit. Dari aspek kebersihan pula, guru yang menyelenggara setor
sukan amat menitik beratkan aspek ini. Terdapat tong sampah di luar setor dan setor dilengkapi
dengan perelatan seperti penyapu.
Soalan 2.
Di dalam setor sukan, didapati guru menyediakan peti pertolongan cemas. Sekiranya
berlaku kemalangan semasa kelas Pendidikan Jasmani dijalankan, guru akan menggunakan
kemudahan peti pertolongan cemas yang disediakan di setor sukan. Sekiranya murid
mengalami kecederaan teruk, guru akan menghantar murid tersebut ke hospital.
Soalan 3.
a) Alatan yang digunakan semasa aktiviti atau kelas Pendidikan Jasmani dilaksanakan
adalah selamat dan sesuai untuk kegunaan murid
b) Semasa pemerhatian dijalankan, murid yang terlibat di dalam pemerhatian adalah
murid tahun 4. Guru menyediakan aktiviti menangkap dan melontar “donat” kepada
murid-murid tersebut. aktiviti ini adalah sesuai dengan peringkat umur murid tahun
4.
c) Semasa melakukan aktiviti tersebut, guru menggunakan kawasan padang yang
lapang dan jauh daripada sebarang kawasan yang boleh mendatangkan bahaya
kepada murid-murid tersebut.
d) Semasa berada di dalam kelas Pendidikan jasmani, pakaian yang dikenakan oleh
murid adalah pakaian sukan lengkap. Pakaian ini sesuaia untuk menjalani aktivti-
aktiviti yang disediakan oleh guru.
Soalan 4.
Peralatan yang digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan adalah sesuai
dengan aktiviti yang dirancang. Guru merancang untuk melatih murid dalam aspek melontar
dan menyambut alatan yang leper. Oleh itu, guru menggunakan “donat” untuk melaksanakan
aktiviti ini.
Soalan 5.
Sewaktu melakukan pemerhatian sesi pengajaran dan pembelejaran (PdP) Pendidikan
Jasmani ini dijalankan, saya dapati terdapat dua kelemahan. Pertama, murid perempuan dan
murid lelaki diasingkan tempat untuk mereka melakukan aktiviti. Perkara ini akan
mengurangkan interaksi antara murid. Jadi, saya berpendapat bahawa guru tidak perlu untuk
mengasingkan aktiviti pelajar mengikut jantina. Selain itu juga, saya mendapati bahawa
senaman pemanasan badan terlalu ringkas. Apabila senaman pemanasan badan terlalu
ringkas, kecederaan otot semasa melakukan aktiviti akan berlaku. Sehubungan tiu, guru perlu
menambah beberapa aktiviti untuk membantu murid dalam menambah suhu badan sebelum
memulakan aktiviti lain.