laporan lawatan kebajikan

2
Laporan Lawatan Kebajikan ke Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah Pada tarikh 15 Jun 2008 (Ahad) telah di adakan satu lawatan kebajikan ke Rumah Kebajikan Seri Kenangan (warga emas). Lawatan ini telah di anjurkan oleh Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Dimana lawatan ini juga telah mendapat sokongan bersama dari PROSTAR. Lawatan ini juga telah disertai seramai 84 orang pelajar ILPKBPP lelaki dan perempuan. Dimana seramai 10 orang pelajar yang terpilih melalui Ketua Bahagain bengkel masing-masing, kumpulan Nasyid ILPKBPP dan semua Exco MPP. Bagi tujuan lawatan ini juga telah di adakan satu kutipan sumbangan daripada seluruh warga ILPKBPP dimana sumbangan tersebut berbentuk wang tunai, pakaian atau keperluan lain. Sepanjang kutipan tersebut MPP telah mendapat respon yang baik. MPP juga telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan sumbangan pakaian. Dimana MPP juga turut mendapat sumbangan wang tunai dari PROSTAR sebanyak RM500. Dengan ini maka keseluruhan kutipan memcecah sebanyak RM815.55 dan pakaian. Para pelajar telah bertolak dari ILPKBPP pada jam 2.00 petang dan telah tiba di destinasi pada pukul 2.45 petang. Setiba disana pelajar telah di berikan taklimat ringkas dari pegawai yang bertugas di Rumah Seri Kenangang tersebut. Sesudah taklimat para pelajar telah di pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk di bawa melawat bilik yang di diami oleh warga emas di dalam asrama mereka. Sesudah melawat bilik tersebut para pelajar dan sebahagian warga emas telah di kumpulkan di dalam dewan untuk majlis ucapan ringkas dari MPP, wakil ILPKBPP dan wakil PROSTAR. Sesudah selesai ucapan tersebut persembahan Nasyid telah diadakan oleh kumpulan Nasyid ILPKBPP. BIRO KEBAJIKAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS

Upload: api-3818336

Post on 13-Jun-2015

1.867 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan lawatan kebajikan

Laporan Lawatan Kebajikan ke Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah

Pada tarikh 15 Jun 2008 (Ahad) telah di adakan satu lawatan kebajikan ke Rumah Kebajikan Seri Kenangan (warga emas). Lawatan ini telah di anjurkan oleh Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Dimana lawatan ini juga telah mendapat sokongan bersama dari PROSTAR.

Lawatan ini juga telah disertai seramai 84 orang pelajar ILPKBPP lelaki dan perempuan. Dimana seramai 10 orang pelajar yang terpilih melalui Ketua Bahagain bengkel masing-masing, kumpulan Nasyid ILPKBPP dan semua Exco MPP. Bagi tujuan lawatan ini juga telah di adakan satu kutipan sumbangan daripada seluruh warga ILPKBPP dimana sumbangan tersebut berbentuk wang tunai, pakaian atau keperluan lain. Sepanjang kutipan tersebut MPP telah mendapat respon yang baik.

MPP juga telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan sumbangan pakaian. Dimana MPP juga turut mendapat sumbangan wang tunai dari PROSTAR sebanyak RM500. Dengan ini maka keseluruhan kutipan memcecah sebanyak RM815.55 dan pakaian.

Para pelajar telah bertolak dari ILPKBPP pada jam 2.00 petang dan telah tiba di destinasi pada pukul 2.45 petang. Setiba disana pelajar telah di berikan taklimat ringkas dari pegawai yang bertugas di Rumah Seri Kenangang tersebut. Sesudah taklimat para pelajar telah di pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk di bawa melawat bilik yang di diami oleh warga emas di dalam asrama mereka.

Sesudah melawat bilik tersebut para pelajar dan sebahagian warga emas telah di kumpulkan di dalam dewan untuk majlis ucapan ringkas dari MPP, wakil ILPKBPP dan wakil PROSTAR. Sesudah selesai ucapan tersebut persembahan Nasyid telah diadakan oleh kumpulan Nasyid ILPKBPP.

Setelah selesai persembahan Nasyid, majlis di teruskan pula dengan penyampaian hamper oleh wakil ILPKBPP dan wakil dari PROSTAR serta penyampaian sumbangan kepada Rumah Seri Kenangan tersebut.

Seterusnya para pelajar telah di beri kesempatan untuk beramah mesra bersama warga emas dan penghuni di sana. Disamping itu para pelajar telah menyoal selidik penghuni disana untuk membuat laporan yang ditugaskan kepada para pelajar. Di kesempatan itu para pelajar dapat merasakan perasaan penghuni disana serta keperitan yang dialami oleh penghuni dan pekerja yang bertugas disana.

Kesimpulanya di harapkan agar lawatan seumpama ini akan diadakan lagi bagi memberi kesedaran kepada para pelajar dan untuk meluahkan kasih sayang bersama penghuni disana. Ini juga dapat dijadikan pengajaran pada anak muda yang kini ramai mula melupakan jasa dan pengorbanan ibu dan bapa.

BIRO KEBAJIKAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS