ttunas mekarunas mekar · lawatan delegasi ms.16 icu mengantara-bangsakan mekanisme pembangunan...

36
V olume | A ccuracy | S peed ISSN 1985-0220 TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR Membentuk Usahawan Bumiputera Cemerlang Edisi JANUARI - FEBRUARI 2009 Usaha ICU Memastikan Kesejahteraan Rakyat ms12 Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial ms14 Taklimat Modul Penilaian Outcome SPP II ms22

Upload: others

Post on 23-Feb-2020

68 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Volume | Accuracy | SpeedISSN 1985-0220

TUNAS MEKARTUNAS MEKARMembentukUsahawanBumiputeraCemerlang

Edisi JANUARI - FEBRUARI 2009

Usaha ICUMemastikanKesejahteraanRakyat ms12

Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial ms14

Taklimat ModulPenilaianOutcome SPP II

ms22

Page 2: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

PENAUNG Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ramli

PENASIHATY.Bhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffi nY.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail

KETUA EDITOREn. Makhtar Mustapha

EDITORCik Hasniah Rashid

SIDANG PENULISCik Anis Marhani Abd. RashidEn. Arif Helmi JunidCik Avelia OthmanEn. Firdaus HayotCik Hasniah RashidPn. Khairani YasinCik Najibah IsmailCik Noorul Hanim JamaluddinCik Nor Asiah Abdul HalimCik Nur Hazirah Abd. Razak

PENYELARAS PENERBITANPn. Khairani Yasin

GRAFIKEn. Mohd Yaziz Sulaiman

JURUFOTOEn. Mohd Noor Yazid IsmailEn. Mohd Syah Erwan Che Mit

BANTUAN/SOKONGANPn. Jamilah TambiEn. Mohd Azlan MusaCik Nurul Salihin Mohd SallehPn. Razilah RadziCik Syamila Bakar

Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.

Hubungi Sekretariat Penerbitan di :[email protected] - 8881 0367

PENGURUSAN ICU JPM Ibu PejabatKetua Pengarah

Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ramli

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Dasar)Y.Bhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffi n

Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan dan Penilaian)Y.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail

Pasukan BPR, Projek BLESSPn. Musalmiah Hj. Asli

Bahagian EkonomiTn. Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin

Unit Khidmat Nasihat Y.Brs. Prof. Madya Dr. Osman Mohd. Yusoff

Bahagian Teknologi MaklumatPn. Rosni Abdul Malik

Bahagian KhasY.Bhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusoff

Bahagian Khidmat PengurusanEn. Makhtar Mustapha

Bahagian Pembasmian KemiskinanCik Normi Nordin

Bahagian InfrastrukturEn. Nor Rizan Mohd. Thani

Bahagian SosialPn.Hjh. Norsini Hussin

Bahagian KeselamatanEn. Zolkopli Dahalan

Bahagian Badan BerkanunEn. Mahd Ishak Abd. Aziz

Bahagian PenilaianEn. Ismail Hamad

Bahagian Susun Semula MasyarakatEn. Zamry @ Fazilah Salleh

Unit Kawal Selia PERDAPn. Hanani Sapit

JPP Kelantan - Y.Bhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd SallehPPN Perak - Y.Bhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Omar PPN Selangor - En. Abd. Ghani SallehPPN Kedah - En. Hadzir Md. ZainPPN Pulau Pinang - En. Nik Ali Mat YunusPPN Negeri Sembilan - Pn. Norbaya JantanPPN Melaka - En. Mohd Yazid RamliPPN Wilayah Persekutuan - Y.Bhg. Dato’ Mohd Zaharil KasimPPN Pahang - Y. Bhg. Dato’ Dzul-Kifl y OsmanPPN Sarawak - Y.Bhg. Dato Kamal HusinPPN Terengganu - En. Ahmad AbdullahPPN Johor - En. Mohd Hatta NordinPPN Sabah - Tn. Hj. Matusin SunsangPERDA - En. Azmi LatehPPN Perlis - En. Ahmad ZakariaBPPB Pulau Pinang - En. Zainal Abidin Omar

PENGURUSAN ICU JPM Negeri

S I DAN G Redaks i

Page 3: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

VisiAgensi Pusat yang unggul dan berwibawa dalam

memantau pelaksanan rancangan pembangunan

negara.

MisiAgensi Pusat yang menggerakkan pembangunan

negara melalui penyelarasan, pengesanan dan

penilaian dasar, program dan projek dengan

mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir

urus yang baik.

Perkhidmatan Teras Utama Pemantauan Projek Pembangunan

-memastikan kecemerlangan dalam penyelarasan dan pelaksanaan program/projek pembangunan

Projek Khas -memastikan Projek Khas dilaksana mengikut garis panduan yang ditetapkan

Penilaian Outcome -memastikan projek penbangunan dilaksanakan mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan

Pembasmian Kemiskinan -memastikan keberkesanan Program Pembasmian Kemiskinan

ICU 40 Tahun Yang Gemilang

1969 Penubuhan Pejabat Pembangunan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Desa.

1971 Penubuhan Unit Perlaksanaan, Penyelarasan dan Penilaian (ICEU) susulan kepada pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970.

1972 Penggabungan ICEU dengan Unit Pembangunan dan Pengurusan (DAU) yang kemudiannya membawa kepada Penubuhan Unit Perlaksanaan, Penyelarasan,

Pembangunan dan Pengurusan (ICDAU); Penukaran nama kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

1977 Pengagihan fungsi ICDAU antara MAMPU dan UPP; Pengekalan nama UPP dengan terjemahan ICU dikekalkan sehingga hari ini.

1999 Perpindahan ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dari Kompleks Kerajaan Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. ICU adalah agensi pertama beroperasi sepenuhnya di Pusat

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2007 Peranan terbaharu sebagai Penyelaras Program Utama Pembasmian Kemiskinan; Penerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Kategori Jabatan Persekutuan.

2008 Penarafan 4 Bintang (Tertinggi) Indeks Akauntabiliti Ketua Audit Negara; Pewujudan 18 Pejabat Pembangunan Persekutuan Peringkat Zon di 4 buah Pejabat

Pembangunan Negeri.

2009 Perakuan Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) bahawa ICU berkelayakan penarafan 5 Bintang Sistem Star Rating Perkhidmatan Awam.

Semoga imbauan rentetan sejarah pewujudan dan kecemerlangan tertinggi organisasi menjadi pemangkin dalam melonjakkan usaha-usaha kita ke tahap yang gemilang demi keterbilangan organisasi ICU.

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 03Minda Editor

Page 4: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

04 Isi Kandungan Jan-Feb 09 Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

PETIKAN AMANATTAN SRIKETUA PENGARAHms.05

PROGRAMPEMBANGUNANUsahawanms.06 Program Tunas Mekar Membentuk Usahawan Bumiputera Cemerlang

ms.08 Tunas MekarRealisasi Impian MenjadiUsahawan

Mindams.10 ICU Ke MIMOS Demi Pembangunan Masyarakat

Komunitims.12Usaha ICUMemastikan KesejahteraanRakyat

PEMBASMIANKEMISKINANms.14 Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial

ms.15 Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

LAWATANDelegasims.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka)

ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan Dan Sukan UPP JPM Cawangan JPP Kelantan

ICU PRIHATIN ms.21 Keperitan

Sama Dirasai

SEKITAR ICU JPMms.22 Taklimat Modul Penilaian Outcome SPP II

ms.24 Majlis Perasmian Pejabat PembangunanDaerah Zon Pulau Pinang

PEMBANGUNAN MODAL INSANms.25 MS ISO 9001: Pemangkin Kecemerlangan ICU

ms.26 Bengkel e-Perolehan (Tender dan Sebut Harga) ICU JPM 2009

ms.28 Kursus Orientasi Pegawai Baru ICU

ms.30 BengkelPerancangan Strategik Pejabat Pembangunan Negeri Kedah

SEJAMBAK BUDISEHARUM KENANGANms.31

MAKLUMANPERKHIDMATANms.32-35

RUANGANMBJms.36Perwakilan Pihak Pekerja MBJ ICU JPM Sesi 2009

RAMPAIANPERISTIWAms.18-19

anraan

SMIAN12

21

28

Page 5: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 05Petikan Amanat Tan Sri KP

Ucapan Tahun Baru 2009

Marilah kita sama-sama melangkah masuk ke tahun baru ini dengan tekad dan azam yang lebih nekad supaya kita dapat menerajui perubahan dan membawa inovasi, agar organisasi ICU yang kita sayangi

boleh menempa kejayaan yang lebih gemilang pada masa-masa akan datang.....................................................................................................Kecemerlangan Organisasi

…pembentukan sesebuah organisasi yang dinamik seperti ICU yang bercirikan outcome based organization memerlukan adunan pelbagai faktor seperti persepaduan tenaga, teamwork, inovasi dan pembaharuan.

Antara faktor yang paling penting ialah dedikasi dan komitmen daripada kesemua peringkat wargakerja; bermula daripada atas hingga peringkat yang paling bawah.....................................................................................................Cabaran Semasa Dan Ekspektasi Stake-Holder

…ujian paling besar pada ICU sebagai Agensi Pusat ialah bagaimana kita dapat menangani perubahan persekitaran yang berlaku dengan begitu pesat sekali pada masa ini, dengan expectation yang bertambah

daripada stake-holder, dengan harapan YAB Perdana Menteri supaya Pegawai-pegawai Awam bertindak sebagai Penasihat (adviser) kepada kerajaan.

…From now on and this year it is about adapting to change and challenges, and if you are not able to adapt to the challenges and changes that is happening around us maka kita akan mundur dalam usaha

kita untuk menjadi satu organisasi yang terbilang. It is not only we want to be relevant but there must be evident to say that we remained relevant.

…business is no longer as usual and we have to change, we have to adapt to the new challenges.

....................................................................................................Pakej Rangsangan Ekonomi

Tanggungjawab ICU adalah untuk mempastikan supaya projek-projek pembangunan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan mendatangkan impak yang dikehendaki.

…time and speed is really the essence. It is about constructive sense of urgency. Is about looking a fresh, it is about the technique and approaches yang perlu digandingkan dengan the sense of urgency.

....................................................................................................Pengurusan Projek

…we must be ahead, we must be creative in our thinking and maybe we have to be more creative to respond to the immediate needs.

....................................................................................................Kesejahteraan Rakyat

ICU mempunyai a defi nite and central role bila bercakap soal kesejahteraan rakyat. Secara khusus ianya adalah berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan, soal kebajikan, dan ianya juga berkaitan dengan strategi

untuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana seperti yang diumumkan dalam pakej 1 (rangsangan sebanyak RM7 Bilion).........................................................................Harapan

Saya amat berharap pada suatu hari atau pun pada tahun ini ICU akan menjadi organisasi yang menyamai the global standard, dan meneruskan usaha-usaha

untuk menambahbaik dan membawa perubahan dari masa ke semasa; dan yang bertepatan dengan keadaan dan ketika yang diperlukan....di majlis Perhimpunan ICU Bulan Januari 2009pada 14 Januari 2009.

Petikan Amanat Tan Sri KP

Page 6: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

06ProgramPembangunan Usahawan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Program Tunas Mekar Membentuk Usahawan Bumiputera Cemerlang

Oleh HASNIAH RASHID

Shah Alam, 9 Januari 2009 :

Keberkesanan Program Tunas Mekar yang diterajui oleh ICU bersama UiTM dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera untuk pertama kalinya dihebahkan kepada umum. Statistik sehingga akhir tahun 2008 mendapati seramai 103 daripada 412 orang graduan UiTM yang menamatkan penyertaan dengan jayanya telah pun memiliki perniagaan sendiri.

Paling signifi kan pengumuman dibuat sendiri oleh pencetus idea Program Tunas Mekar iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri (PM) menerusi Majlis Pelancaran Program Jaringan Tunas Mekar bertempat di Kampus Induk UiTM, Shah Alam; iaitu tempat di mana bakal usahawan Bumiputera dikenalpasti dan seterusnya dibentuk untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Program Tunas Mekar mula diperkenalkan pada 19 Mei 2005 di Pulau Pinang. Pelaksanaan adalah secara sistem mentor-mentee di antara Pengusaha IKS luar bandar dengan Graduan UiTM. Semasa dalam tempoh program antara 12 hingga 24 bulan Graduan UiTM yang berminat untuk menceburi bidang keusahawan dan perniagaan sebagai kerjaya ditempatkan di premis perniagaan Pengusaha. Sebagai Perantis, Graduan mendapat Elaun Sara Hidup daripada ICU di samping khidmat nasihat daripada Kaunselor UiTM.

Program ala rakan dan bimbingan membuahkan impak menang-menang kepada Pengusaha dan Graduan. Jika Graduan mendapat pendedahan secara praktikal mengenai ilmu dan budaya keusahawanan; maka Pengusaha yang sudi menerima Perantis sebagai rakan turut mendapat faedah khususnya dalam aspek bantuan guna-tenaga dan perolehan maklumat serta teknologi terkini dalam pengurusan perniagaan atau keusahawanan yang diceburinya.

>> Sambungan mukasurat 7...

YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan

YAB Perdana Menteri melancarkan Program Jaringan Tunas Mekar

Ketibaan YAB Perdana Menteri

Page 7: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

>> Sambungan dari mukasurat 6...

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 07

Ekoran kejayaan projek rintis yang melibatkan keseluruhannya seramai 237 orang Pengusaha dan 459 orang Graduan di Negeri-negeri Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Melaka Pahang dan Selangor, YAB PM mencadangkan kepada ICU dan UiTM supaya memperluaskan Program Tunas Mekar di seluruh negara:

Ucapan YAB PM yang berkisar kepada usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan lebih banyak perusahaan dan usahawan dalam IKS yang berdaya-tahan turut menyingkap memori hadirin akan matlamat Dasar Ekonomi Baru:

YAB PM walau pun berpuashati dengan bilangan penyertaan graduan turut menyuntik semangat peserta khususnya dan Usahawan Bumiputera amnya supaya menjauhkan diri daripada sindrom Sleeping Partners atau pun Ali-Baba:

Kesimpulannya adalah menjadi harapan ICU dan UiTM agar cetusan idea YAB Perdana Menteri yang berkonsepkan wealth creation dan from waste to wealth beserta usaha gigih oleh lain-lain agensi pelaksana untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Bumiputera dan memaksimumkan potensi mereka sebagai Usahawan yang berdaya-saing direalisasikan.

…saya percaya ICU ada wang dan peruntukan untuk biayai lebih ramai

penyertaan…dan UiTM ada kemampuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda…

…untuk menyusun semula masyarakat …kita tidak boleh bergantung hanya

kepada agihan ekuiti kerana ia tidak mencukupi…dan untuk itu program pembangunan usahawan tulen bumiputra diperlukan untuk meramaikan golongan usahawan ini…

…kerajaan juga tidak mahu mereka yang terdiri daripada golongan usahawan yang hanya memegang saham dalam syarikat…terutamanya rakan yang tidak

terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan, dan tidak menambah nilai perniagaan atau pun saham yang dimiliki dan malahan kadang-kadang saham yang dipegang adalah kecil atau milik orang lain…

Penerima Anugerah Tokoh Usahawan Tunas Mekar 2008

Galeri National Design Center UiTM

Booth Pameran Tunas Mekar ICU

Page 8: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

08ProgramPembangunan Usahawan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Tunas MekarRealisasiImpianMenjadiUsahawan

Seberang Jaya, Pulau Pinang, 27 Februari 2009 : Sokongan padu dan komitmen penuh semua pihak terutama ICU JPM

telah membawa kejayaan kepada Program Tunas Mekar, demikian dinyatakan oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah, Naib Canselor UiTM dalam ucapan aluan di Majlis Pelancaran Program Tunas Mekar Siri 2 bertempat di Hotel Sunway, Pulau Pinang.

Beliau juga mengingatkan bahawa Program Tunas Mekar merupakan satu peluang yang disediakan oleh Kerajaan untuk memastikan dayasaing dan dayatahan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan. Usahawan dan graduan diharap dapat meneruskan kejayaan program ini di masa akan datang dengan memainkan peranan masing-masing dan tidak menyalahgunakan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan sebaliknya menggunakan peluang tersebut untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan kehadiranY.Bhg. Tan Sri Khalid bin Ramli,Ketua Pengarah ICU JPM. Dalam ucapan perasmiannya Y.Bhg. Tan Sri telah memaklumkan bahawa Program Tunas

Mekar yang dilaksanakan sebelum ini telah mendapat perhatian Y.A.B Perdana Menteri memandangkan kejayaan yang menggalakkan daripada peserta Tunas Mekar sebelum ini. Program ini akan diteruskan untuk siri kedua ke seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan muda IKS Bumiputera.

Dalam majlis tersebut Y.Bhg. Tan Sri KP turut mengingatkan graduan supaya tidak menjadikan program ini sebagai satu platform sementara mendapat peluang pekerjaan; tetapi graduan dan juga pengusaha hendaklah bersungguh-sungguh menimba segala pengalaman melalui latihan serta pendedahan yang menyeluruh bagi membantu usahawan IKS Bumiputera untuk terus maju ke hadapan dan berfi kir secara out of the box kerana business is no longer as usual.Ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu Kerajaan dalam memastikan ekonomi negara tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan global yang sedang melanda dunia pada masa kini.

Oleh AVELIA OTHMAN

>> Sambungan mukasurat 9...

Upacara Pelancaran Program Tunas Mekar Siri Kedua di Pulau Pinang

Page 9: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 09

Y.Bhg. Tan Sri juga memaklumkan bahawa Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM5.94 juta sepanjang program ini dilaksanakan. Sejak mula dilancarkan pada tahun 2005, seramai 459 peserta telah menyertainya yang mana 237 orang daripada bilangan tersebut adalah merupakan pengusaha manakala selebihnya iaitu 222 orang adalah dari kalangan graduan. Daripada jumlah ini, 104 orang atau 46.85 peratus telah memulakan perniagaan mereka. Peratusan ini adalah termasuk 2 graduan dari negeri Selangor yang baru sahaja memulakan perniagaan.

Y. Bhg. Tan Sri turut menggesa para graduan Tunas Mekar supaya mengambil contoh daripada penerima-penerima Anugerah Usahawan Muda Tunas Mekar Tahun 2008 sebagai satu motivasi dalam merealisasikan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan. Beliau jugadalam ucapannya turut mengharapkansupaya para pengusaha berkongsipengalaman dan tidak malu untukmempelajari sesuatu daripada graduan bagi memastikan faedah pendekatanperkongsian pintar ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Bersempena dengan majlis pelancaran peringkat kedua, padanan dan sesi suaikenal di antara graduan dengan pengusaha serta sesi perjumpaanY. Bhg. Tan Sri dengan Panel Penasihat Program Tunas Mekar telah dijalankansecara serentak. Seramai 30 graduan

dipadankan bersama 33 pengusaha bagi Program Tunas Mekar Siri 2 Negeri Pulau Pinang kali ini. Manakala seramai sembilan panel penasihat daripada pelbagai jabatan kerajaan dan institusi perbankan telah menyertai program ini iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), J a b a t a n P e r t a n i a n ,

Jabatan Perkhidmatan Veterinar,TEKUN, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan SME Bank. Adalah diharapkan agar padanan di antara graduan dengan pengusaha serta komitmen para panel penasihat dalam membantu graduan mendapatkan bantuan kewangan serta memberi nasihat akan dapat terus memantapkan lagi program ini di masa hadapan.

>> Sambungan dari mukasurat 8...

Sekitar Majlis Pelancaran Tunas Mekar Siri Kedua di Pulau Pinang

Y.Bhg. Tan Sri KP sewaktu menyampaikan ucapan perasmian

Page 10: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

10ProgramPembangunan Minda Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

ICU Ke MIMOS Demi Pembangunan Masyarakat Desa

Oleh HASNIAH RASHID

Bukit Jal i l , 14 Januari 2009:

Bagi maksud untuk memperolehi

input terkini berhubung teknologi

komunikasi dan khusus untuk melonjakkan

pembangunan masyarakat desa, ICU telah

mengadakan lawatan ke MIMOS (Malaysian

Institute Of Microelectronic System) yang

berpusat di Taman Teknologi Malaysia Bukit

Jalil. Pemilihan organisasi MIMOS sebagai

destinasi lawatan pembelajaran adalah

juga untuk bertukar-tukar pandangan dan

mencari idea baru di mana matlamat akhir

lawatan adalah untuk melipatgandakan

lagi impak pelaksanaan program/projek

pembangunan negara.

Ketibaan delegasi yang terdiri dari semua Ahli

Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU diketuai

sendiri oleh Ketua Pengarah, Y. Bhg. Tan Sri

Khalid Ramli disambut oleh Presiden dan

Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Y.Bhg. Dato’

Abdul Wahab Abdullah. Turut hadir ialah

Presiden MIMOS, Y. Bhg. Dato’ Suriah Abdul

Rahman yang suatu ketika dahulu pernah

berkhidmat di ICU. Delegasi diberi taklimat

dan dibawa melawat ke k-world yang

mempamerkan peralatan dan demonstrasi

hasil kajian serta inovasi terkini ICT seperti

keselamatan siber, sistem memelihara

kerahsiaan (encryption system), wireless

broadband, grid computing, teknologi

semantik dan teknologi pengetahuan.

>> Sambungan mukasurat 11...

Ketibaan rombongan ICU di MIMOS

Ucapan aluan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS

Y.Bhg Tan Sri KP diberi taklimat oleh kakitangan MIMOS

Page 11: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 11

Selain berjaya membuka-luas minda delegasi, lawatan ini didapati berfaedah dan berjaya mempereratkan jaringan kerjasama antara hos dan tetamu dalam usaha melakukan lebih banyak inovasi dalam penyampaian perkhidmatan organisasi masing-masing. Amalan terbaik yang memberi keutamaan kepada penerapan budaya kerja untuk sentiasa menambah-nilai kepada perkidmatan teras melalui inovasi begitu diberi penekanan selari dengan tagline korporat MIMOS Innovation for Life dan sebagai organisasi yang berteraskan R&D. Bahkan perjalanan dari Putrajaya ke Bukit Jalil dan sebaliknya yang menggunakan satu bas untuk semua turut membuka peluang kepada delegasi untuk berbincang secara terus-menerus dalam konteks kesesuaian dan pengubahsuaian untuk aplikasi di ICU. MIMOS yang mula diwujudkan pada tahun 1985 kini sebenarnya adalah bergelar MIMOS Berhad iaitu agensi yang diperbadankan sebagai sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Melalui urusan penyusunan semula organisasi pada tahun 1996, MIMOS antara lainnya dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan membawa teknologi ICT ke desa ke

arah membantu membangunkan ekonomi masyarakat tersebut. Tanggungjawab

tersebut sebenarnya ada persamaan dengan peranan ICU dalam konteks pembangunan k e m a s y a r a k a t a n ;di mana objektif utama pewujudan portal I Cerve U pada 5 September 2007 adalah untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan di luar bandar.

>> Sambungan dari mukasurat 10...

Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri KP

Pegawai-pegawai ICU mendengar taklimat

Penyampaian cenderahati oleh Y.Bhg. Tan Sri KP kepadaKetua Pegawai Eksekutif MIMOS

Suasana di pameran k-world

Page 12: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Usaha ICUMemastikan Kesejahteraan Rakyat

Oleh HASNIAH RASHID

Kota Belud, 8 Februari 2009: ICU memberi kelulusan khas peruntukan berjumlah RM200,000.00

bagi dimanfaat oleh para penduduk Kota Belud, Sabah. Bersempena Program Pembangunan Komuniti ICU bersama Pemimpin dan Masyarakat Kampung Siasai, Ketua Pengarah, Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ramli semasa mengumumkan kelulusan Peruntukan Khas Kawasan Parlimen memaklumkan bahawa peruntukan tersebut adalah khusus untuk pelaksanaan program/projek yang berteraskan kemasyarakatan dan pembangunan sosial serta dilaksanakan secara gotong-royong.

Sambil mengakui akan kepentingan pembangunan fi zikal seperti projek-projek membina, menyelenggara atau menaiktaraf infrastruktur kepada masyarakat setempat, Y.Bhg. Tan Sri KP menjelaskan akan kepentingan untuk menseimbangkan pembangunan fi zikal dan sosial. Pelaksanaan program-program yang

berkonsepkan penyertaan rakyat khususnya yang digerakkan secara bersama oleh persatuan/badan sedia ada dalam sesebuah masyarakat (seperti JKKK dan Persatuan Belia) berkeupayaan memupuk minda insan yang positif ke arah kesejahteraan bersama rakyat dan kerajaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Belud, YB Dato’ Abdul Rahman Hj. Dahlan, yang turut serta dalam program anjuran PPN Sabah dibawah pimpinan Tn. Hj. Matusin Sunsang amat menghargai kesanggupan ICU untuk turun ke padang. YB Dato’ Abdul Rahman turut memuji tindakan ICU dalam membantu usaha kerajaan mengurangkan kesan negatif sosial ekoran perubahan landskap politik dan kedudukan masakini yang jika tidak ditangani dengan bijaksana bakal mengancam sosio-budaya kehidupan masyarakat. Justeru dengan turun ke padang, ICU berkeupayaan melihat sendiri status pembangunan semasa serta dapat memantapkan lagi perancangan akan datang.

>> Sambungan mukasurat 13...

Melawat TamuMingguan

Meninjau AktivitiPenunggang Kuda Bajau

Melawat BengkelPembuatan Parang

AhliParlimenKota Beludmengalu-alukan rombongan ICU

12ProgramPembangunan Komuniti Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Page 13: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Dengan merujuk kepada

kelulusan tambahan

sebanyak RM200,000.00, YB

Dato’ Abdul Rahman

m e n y i f a t k a n

p i l ihannya

untuk turut

serta dalam

p r o g r a m

ICU sebagai

b e r b a l o i .

Ini adalah

kerana pada

hari dan masa yang sama beliau bersama

YAB Ketua Menteri Sabah adalah antara

tokoh yang tersenarai untuk ditauliahkan

dan bakal menerima beret sebagai Leftenan

Kolonel RELA. Selain itu kehadiran hampir

seramai 200 orang masyarakat tempatan di

perkarangan rumah Pengerusi JKKK Sarjan

(B) En Jilun bin Sungit adalah petanda awal

kepada kesudian rakyat khususnya suku-

kaum Bajau untuk menyertai program

komuniti anjuran agensi-agensi kerajaan

serta manifestasi keyakinan mereka kepada

kerajaan yang memerintah.

Selain pengumuman peruntukan khas, Y. Bhg. Tan Sri turut menyampaikan Bantuan Khas berupa wang tunai masing-masingnya

kepada 5 orang Warga Emas, 5 orang Anak Terlantar dan 10 orang Balu. Kemuncak program ialah Penyerahan 3 Kunci Rumah di bawah Program Bantuan Rumah oleh YB Dato’ Abdul Rahman kepada masyarakat miskin dari Tempasuk, Kadamaian dan Usukan. Kesimpulannya jika masyarakat Kota Belud mendapat program/projek/bantuan yang berupaya meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan, ICU turut mendapat pengalaman dan pengetahuan secara langsung tentang budaya dan keperluan masyarakat setempat.

g yyy pppKhas berupa wang ttuunaiai mmmaasasasasasininnininninng-g-gmam siingnya

Sukan Rakyat - Sepak Manggis

Y.Bhg. Tan Sri KP mengumumkan Peruntukan Khas Kawasan Parlimen

Penerima bantuan bagi anak tempatan

Persembahan Betitik

>> Sambungan dari mukasurat 12...

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 13

Page 14: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

14 Pembasmian Kemiskinan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial

T eluk Intan, 25 Februari 2009: Bertemakan ICU JPM TerajuPembasmian Kemiskinan Negara,

ICU telah menyertai pameran bersempena dengan Majlis Pelancaran ProgramJaringan Keselamatan Sosial anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penglibatan ICU dalam program ini bertujuan untuk membolehkan orangramai mengetahui dengan lebih lanjut peranan ICU serta program-programyang boleh disertai oleh golongan miskin tegar dan miskin. ICU adalah komited dalam memastikan sasaran kerajaan supayakadar kemiskinan dikurangkan kepada 2.8% dan sifar miskin tegar menjelang 2010 tercapai. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam pameran ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kad Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia (JKSM) dan Bantuan Kebajikan Persekutuan. Program Jaringan Keselamatan Sosial (JKSM) akan memberikan perlindungan kepada rakyat miskin di negara ini tanpa mengira kaum dan agama. Kad JKSM yang dilancarkan merupakan kad elektronik yang berfungsi sebagai kad identiti penerima bantuan persekutuan di bawah JKM bagi menggantikan kad kertas sebelum ini yang berbeza formatnya antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Oleh ARIF HELMI JUNID

Sekitar Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial

Page 15: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

ProgramPembasmian Kemiskinan Bandar

P ulau Pinang, 14 Februari 2009 : Bertempat di Lobi Bangunan Persekutuan, satu Program

Pembasmian Kemiskinan Bandar telah diadakan membabitkan penduduk miskin bandar di sekitar Georgetown. Penyampaian bantuan disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohammed Ya k c o p , M e n t e r i Kewangan II dan diiringi oleh Y.Bhg Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah ICU JPM serta Pegawai Kemajuan Negeri Tuan Nik Ali Mat Yunus. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Pegawai-pegawai Kanan ICU JPM dan wargakerja PPN PP.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah memikirkan dua cara untuk membasmi kemiskinan iaitu memperbanyakkan Program Bantuan

Rumah (PBR) dan Program Peningkatan Pendapatan(PPP) rakyat termiskin. Antara bantuan yang telah disampaikan adalah seperti bantuan pengangkutan ke sekolah,

bantuan penjagaan anak, bantuan ibu tunggal, dan bantuan rawatan dialisis.

Diharapkan dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk miskin.

Oleh FIRDAUS HAYOT

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 15

Penyampaian bantuan oleh Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop beramah mesra dengan salah seorang penerima bantuan

Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sewaktu menyampaikan ucapan

Page 16: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

16 Lawatan Delegasi Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

ICU MengantarabangsakanMekanisme Pembangunan Negara

P utrajaya, 23 Februari 2009 : Kejayaan ICU memastikan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan secara

terselaras, berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan telah melonjakkan nama negara khususnya dan organisasi ICU secara amnya di persada antarabangsa.

Rumusan tersebut adalah berdasarkan kecenderungan badan-badan antarabangsa seperti UNICEF, ADB dan JICA yang berperanan menganjurkan program-program bina upaya untuk negara-negara membangun memilih Malaysia sebagai satu contoh terbaik untuk dipelajari; dan ICU sebagai organisasi yang wajar dilawati. Dengan misi untuk mempelajari amalan terbaik, ICU di sepanjang bulan Februari telah melayan kunjungan atau lawatan sambil belajar 3 delegasi luar negara yang merangkumi para pegawai kanan kerajaan seperti berikut:

23 Februari 2009: seramai 14 orang dari pelbagai Kementerian Republik Tajikistan. Delegasi diketuai oleh Mr. Najmiddinov Anvar, Deputy Head of Economic Reforms and Investments from the President’s Offi ce di mana salah seorang peserta adalah Mr. Abdulgafor Rakhmonov, Hon. Deputy Minister for the Ministry of Economic Development and Trade. Pengarah Bahagian Infrastruktur, En. Nor Rizan Mohd Thani telah mempengerusikan sesi dan juga menyampaikan taklimat.

4 Februari 2009: Mr. S. Ranugge dari Ministry of Export Development and International Trade, Sri Lanka berserta delegasi seramai 20 orang. Misi pembelajaran ini pada awalnya turut melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Nepal yang kemudianya menarik diri di saat-saat akhir. Sesi dipengerusikan oleh TKP(PD) Y. Bhg. Dato’ Abdul Ghani Ariffi n; dan taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Kawalselia PERDA, Pn. Hanani Sapit.

Oleh HASNIAH RASHID

>> Sambungan mukasurat 17...

Pengarah Bahagian Infrastruktur menerima cenderamata kenangan daripada Delegasi Republik Tajikistan

Page 17: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

3 Februari 2009: para peserta Seminar “Monitoring & Evaluation on ODA Projects” daripada Kemboja dan Vietnam seramai 30 orang. Misi peserta ini adalah ke arah pewujudan sistem penilaian secara bersama di kalangan negara penderma dan negara penerima bantuan pembangunan. Penerangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Badan Berkanun, Pn. Norhayati Tompang dan Timbalan Pengarah Bahagian Basmi Kemiskinan, En. Mohd Khidir Abd Majid; manakala Cik Hasniah Rashid, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan bertindak sebagai Pengerusi sesi taklimat.

Kesimpulannya, para pelawat sering kali terpegun dengan mekanisme serta jentera penyelarasan pelaksanaan yang diterajui ICU dan merumuskannya sebagai komprehensif dan mantap. Pembangunan dan penggunaan sistem pemantauan projek SPP II yang mengawasi kemajuan setiap peringkat pelaksanaan secara atas talian pula disifatkan sebagai sesuatu yang wajar dicontohi. Paling penting ialah kekaguman para delegasi akan inisiatif ICU menjadikan penilaian outcome sebagai satu daripada komponen utama dalam pengurusan program/projek pembangunan fi zikal dan sosial kerajaan.

Secara keseluruhannya, pakej pengurusan lawatan delegasi yang meliputi tayangan video korporat ICU, taklimat dan seterusnya sesi Q & A telah memberikan gambaran jelas mengenai proses pemantauan program/projek pembangunan negara. Catitan pada Borang Maklumbalas mendapati penjelasan secara terperinci serta hospitaliti ICU yang terpuji telah berjaya mendapat kepuasan di kalangan delegasi yang mana secara tidak langsung memantapkan lagi paparan imej organisasi ICU.

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 17

>> Sambungan dari mukasurat 16...

Ketua Unit Kawalselia PERDA menyampaikan cenderamata korporat ICU kepada Ketua Delegasi Sri Lanka

Timbalan Pengarah Bahagian Basmi Kemiskinan menyampaikan cenderamata korporat ICU kepada Delegasi dari Vietnam

Page 18: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

18 Rampaian Peristiwa Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

25 Februari 2009 - Mesyuarat Y.A.B. Perdana Menteri Bersama Pemudah Dan Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Pemudah 2008

27 Februari ~ 1 Mac 2009 -i-Workshop - “Mapping For Change In Challenging Times”

17 Februari 2009 -Lawatan Sir Michael Barber

Page 19: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 19

14 Januari 2009 - Perhimpunan Bulanan ICU 2009

16 Februari 2009 - Pelancaran Buku Log Latihan “7 Days In Hand”

13 Januari 2009 - Sejambak Budi Seharum Kenangan

Page 20: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

20 Lawatan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Lawatan Sambil BelajarKelab Kebajikan Dan Sukan UPP JPM Cawangan JPP Kelantan

Oleh NAJIBAH ISMAIL

Pulau Pinang, 23 - 27 Januari 2009: Kelab Kebajikan dan Sukan UPP JPM cawangan JPP Kelantan (JPPK) melalui Biro Lawatan

telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang dan Langkawi bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerja dua hala dan perkongsian ilmu di antara jabatan di samping mengeratkan hubungan silatulrahim di antara kakitangan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi insentif dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus memantau dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Jabatan ini sepanjang tahun 2008.

Ketibaan rombongan seramai 51 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPPK disambut mesra oleh Tuan Nik Ali Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta kakitangannya. Satu taklimat ringkas mengenai Pejabat Pembangunan Negeri telah disampaikan

oleh beliau. Keesokannya rombongan JPPK telah dibawa melawat Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) iaitu Roxet Mastec 2, sebuah industri kraftangan milik Bumiputera Pulau Pinang yang terlibat dalam pembuatan barangan berasaskan tembikar di Pongsu Seribu, Kepala Batas. Pada sebelah petangnya telah diadakan Perlawanan Bolasepak Persahabatan Mesra di antara PPN PP dan JPPK di mana PPN PP telah berjaya menjadi juara.

Kunjungan ke Langkawi pula merangkumi lawatan ke Galeria Perdana, Kilang Gamat dan Makam Mahsuri di samping tempat-tempat lain yang menjadi tarikan pelancong. Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya memupuk semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan, dapat beramah mesra dan merapatkan silaturrahim sesama peserta, menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mengenali budaya dan adat-resam masyarakat setempat.

Seis i begambar sebelum perlawanan bermula

Rombongan diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Kemajuan Negeri

Page 21: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

KEPERITANKEPERITANSAMA DIRASAISAMA DIRASAI

P utrajaya, 30 Januari 2009: Bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks B, JPM, satu Majlis Penyerahan

Kutipan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin berjumlah RM136,651.70 telah diadakan. Sumbangan adalah hasil daripada kutipan di kalangan wargakerja 41 buah Jabatan dan Agensi di bawah JPM termasuk ICU.

Keseluruhan sumbangan JPM telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Zainol Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM kepada Y.Bhg. Dato’ Mohamad Kamal Yan Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Luar Negeri untuk disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Y.Brs. Tuan Hj.Othman Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha JPM dan Ketua-ketua Jabatan di bawah JPM.

Terdahulu pada 14 Januari 2009, atas dasar keprihatinan dan bagi menunjukkan kesatuan dan manifestasi sokongan dan simpati terhadap penderitaan masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza, ICU telah melancarkan kutipan tabung bersempena dengan Perhimpunan Bulanan. Sejumlah RM 8,325 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Pembangunan Negeri.

Oleh KHAIRANI YASIN

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 21ICU Prihatin

Y.Bhg. Tan Sri KP menghulurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

Penyampaian sumbangan oleh Y.Bhg. TKSUK JPM kepada Y.Bhg. TKSU II, Kementerian Luar Negeri

Sumbangan oleh Pegawai-pegawai Kemajuan Negeri

Page 22: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

22 Sekitar ICU JPM Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Taklimat ModulPenilaian Outcome SPP II

Oleh NUR HAZIRAH ABD. RAZAK

Bangunan Perdana Putra, 30 Jan 2009: Bertempat di Dewan Taklimat Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana

Putra, taklimat Modul Penilaian Outcome Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) telah diadakan.Taklimat bertujuan untuk memberi penerangan mengenai modul penilaian outcome yang telah dibangunkan di bawah SPP II.

Taklimat dihadiri oleh 126 wakil-wakil daripada 27 kementerian dan pegawai-pegawai ICU JPM. Wakil-wakil Kementerian terdiri daripada outcome champion yang dilantik oleh kementerian masing-masing dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pelaksanaan dan pemantauan program/projek pembangunan. Taklimat telah dibahagi kepada 4 sesi iaitu:

Taklimat 1 : Konsep Modul Penilaian yang disampaikan oleh En. Ismail Hamad, Pengarah Bahagian Penilaian;

Taklimat 2 : Modul Penilaian oleh Cik Suhaiza Salehudin, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat;

Demonstrasi Modul oleh En.Azwan Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat; dan

Sesi Soal Jawab: Ahli panel terdiri daripada;

(a) En. Ismail Hamad (Pengarah Bahagian Penilaian),

(b) En. Harun Othman (Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat),

(c) Pn. Wan Aminah Junidin (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat) dan;

(d) En. Azwan Aziz (Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat).

Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail,TKP (P&P)

Sebahagian pegawai-pegawai ICU JPM & wakil-wakil Kementerian yang hadir

123 4

>> Sambungan mukasurat 23...

Page 23: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 23

Y.Bhg. Dato’ Mohammed bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pemantauan & Penilaian ICU JPM telah memberikan ucapan aluan dan seterusnya menyempurnakan perasmian taklimat.

Dalam ucapan beliau, Y.Bhg Dato’ menegaskan bahawa penilaian outcome adalah sangat penting dalam membuat balanced decision making. Dengan menilai outcome sesuatu program/projek yang telah dilaksanakan, perancangan yang lebih teliti untuk program/projek di masa akan datang dapat dilakukan. Secara tidak langsung, isu ketidakcapaian objektif program/projek dapat diminimakan.

Modul Penilaian SPP II merupakan cetusan idea Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah ICU JPM, diharap dapat memudahkan pihak kementerian/agensi untuk menjalankan penilaian outcome dengan lebih aktif pada masa akan datang.

Di akhir ucapan beliau, Y.Bhg. Dato’ berharap outcome champion setiap Kementerian dapat menjalankan tanggungjawab melaksanakan dan membantu membudayakan penilaian program/projek di peringkat kementerian agar penilaian outcome dapat dijadikan amalan dalam tempoh masa akan datang.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian ICU JPM dan juga wakil dari Unit Perancang Ekonomi(UPE) dan Perbendaharaan (Bahagian Bajet). Majlis taklimat berakhir pada pukul 12 tengahari.

Taklimat oleh Pengarah Bahagian Penilaian,Encik Ismail Hamad

Sesi taklimat turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian

Ahli Panel dalam sesi soal jawab

>> Sambungan dari mukasurat 22...

Page 24: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Sekitar lawatan dan perasmian Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau

Y.Bhg. Tan Sri KP menandatangani plak perasmian

SekitaDaD era

Y.Bhg

24 Sekitar ICU JPM Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Majlis Perasmian Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau

Oleh FIRDAUS HAYOT

Bayan Baru, Pulau Pinang, 14 Februari 2009:

Majlis Perasmian Pejabat Pembangunan

Persekutuan Daerah Zon Pulau pada 14

Februari 2009 telah disempurnakan oleh Y.Bhg.

Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah ICU JPM

bertempat di Wisma Suntech@Suntech Cybercity,

Bayan Baru, Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmiannya, Y.Bhg. Tan Sri

mengingatkan semua kakitangan Pejabat

Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPN PP) agar

sentiasa bersedia dengan cabaran masa depan dan

perlu menyesuaikan tugas harian dengan suasana

kerja dan bidang tugas yang baru. Sebagai jentera

pelaksana yang paling rapat dengan masyarakat,

adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk

memastikan pelaksanaan projek pembangunan dan

projek-projek kecil di bawah peruntukan Kerajaan

Persekutuan berjalan seperti yang dirancang dan

dapat dimanfaat oleh masyarakat.

Menurut beliau lagi, PPN PP merupakan lead

agency di Pulau Pinang dan perlu menetapkan

tanda aras atau pun benchmarking dalam prestasi

kerja kerana PPN merupakan sumber rujukan bagi

Agensi dan Jabatan Persekutuan di Peringkat

Negeri.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam usaha

menawan hati dan minda rakyat, format dan

pendekatan terbaik dalam merancang dan

melaksanakan program people centric perlu diberi

keutamaan. Pelaksanaan program ini haruslah

dilaksanakan dengan menitikberatkan penglibatan

semua pihak. Ownership Kerajaan Persekutuan

perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya

mereka sedar bahawa pembangunan yang

dinikmati di Negeri Pulau Pinang adalah hasil dari

usaha murni Kerajaan Persekutuan.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kemajuan

Negeri Pulau Pinang, Tuan Nik Ali Mat Yunus, Y.B Sr.

Muhamad Farid Saad, ADUN Pulau Betong, Y.Bhg.

Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Pengarah

Bahagian Khas, En. Makhtar Mustapha, Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pegawai-

pegawai Kanan serta seluruh warga PPN PP.

Page 25: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 25

MS ISO 9001:Pemangkin Kecemerlangan ICU

Oleh ANIS MARHANI ABD.RASHID

Port Dickson, Negeri Sembilan, 23-25 Februari 2009 : Kursus Audit Dalaman bagi pelaksanaan MS ISO 9001: 2000

yang dihadiri oleh 25 orang Juru Audit Dalaman telah diadakan di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan kursus ini adalah untuk melatih lebih ramai warkerja ICU dalam bidang auditan di samping menjadikan mereka sebagai Juruaudit Dalaman yang berwibawa. Kursus ini dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman dari Paisley Consulting Sdn. Bhd. iaitu En. Mohamed Shariff bin Abu Bakar dan Pn. Ainun Rohayu bt. Mohamad. Kursus yang telah diadakan selama 3 hari berjaya memberi bimbingan yang menyeluruh kepada ahli baru Pasukan Audit Dalam ISO 9001:2000 bagi tahun 2009. Paling penting semua peserta kelihatan berkeupayaan untuk bertindak sebagai `resource person’ di dalam pelaksanaan MS ISO 9001: 2000 ICU JPM di peringkat Bahagian/ JPP/ PPN masing-masing.

Penggubalan dan pemakaian sistem kualiti MS ISO 9001: 2000 ICU mulai tahun 2007 merupakan antara elemen yang menyumbang kepada kecemerlangan organisasi ICU JPM. Anugerah-anugerah dan penghargaan- penghargaan yang diterima dalam tahun 2008 seperti Anugerah Kualiti Keseluruhan JPM, Pejabat Terbaik JPM, 4 Bintang dalam Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara adalah kesan baik ekoran pensijilan MS ISO 9001: 2000 ICU. Sehubungan itu, komitmen semua pihak di ICU JPM amatlah penting dalam memastikan prosedur kerja MS ISO 9001: 2000 ICU JPM dipatuhi sepenihnya kea rah kecemerlangan organisasi di peringkat yang lebih tinggi di masa-masa hadapan.

Pembangunan Modal Insan

Sesi penerangan dan bimbingan oleh Encik Mohamed Shariff

Peserta kursus tekun membuat tugasan yang diberi

Page 26: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

26 Pembangunan Modal Insan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Bengkel e-Perolehan(Tender Dan Sebut Harga) ICU JPM 2009

Oleh NOR ASIAH ABD.HALIM

N ilai, Negeri Sembilan,13-15 Februari

2009 : Bengkel e-Perolehan (Tender

dan Sebut Harga) ICU JPM 2009 telah

di adakan di Akademi Audit Negara, Nilai,

Negeri Sembilan bertujuan untuk memberi

pendedahan, pemahaman dan latihan

berkaitan penggunaan sistem e-Perolehan

di samping mendapatkan maklumbalas

awal daripada SDO berkaitan kesesuaian/

keperluan penggunaan Modul Sebut Harga

dan Tender.

Bengkel ini juga diadakan untuk memberi

taklimat kepada semua Jawatankuasa supaya

semua urusan perolehan secara Tender dan

Sebut Harga perlu dibuat melalui sistem

e-Perolehan seterusnya mematuhi Surat

pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2006

(Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan

Secara Sebut Harga dan Tender Melalui

Sistem e-Perolehan.)

>> Sambungan mukasurat 27...

Program-program sepanjang bengkel diadakan

Page 27: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 27

Seramai 48 orang peserta terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pegawai Kumpulan Sokongan I dan II telah mengikuti bengkel ini. Sesi taklimat dan latihan amali oleh pegawai dari Syarikat Commerce Dot Com, Shah Alam Selangor mencakupi :

Peranan Pengguna Dalam Sebut

Harga & Tender e-Perolehan

Aliran Kerja Proses Sebut Harga &

Tender e-Perolehan

Penerangan Mengenai Modul Kontrak

Kementerian

Hubungkait Sebut harga, Tender &

Kontrak Kementerian

Pendekatan/ Langkah Pelaksanaan

Sebut Harga & Tender.

Bengkel diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil oleh Y. Bhg. Dato’ Mohammed bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan & Penilaian).

>> Sambungan dari mukasurat 26...

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil oleh Y.Bhg. Dato’ Mohammed Ismail, TKP (P&P)

Page 28: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

28 Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Kursus Orientasi Pegawai Baru ICUOleh KHAIRANI YASIN

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 20 Februari 2009 : Majlis Ikrar Aku Janji dan Penyampaian Sijil oleh Y.Bhg Tan

Sri KP menutup Program Orientasi Pegawai Baru ICU yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 20 Februari 2009. Antara program menarik yang diatur sepanjang kursus khusus untuk seramai 19 orang Pembantu Teknik Awam (Gred J29) yang baru melaporkan diri pada 16 Februari 2009 adalah lawatan ke Projek Pembasmian Kemiskinan di Kampung Lambar, Labu, Negeri Sembilan. Lawatan yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan ICU dalam membasmi kemiskinan.

Sekitar lawatan ke Projek Pembangunan Kemiskinan di Labu, Negeri Sembilan

ICU dalam membasmi kemiskinan.

Sekitar lawatan ke

Pembangunan Modal Insan

Sesi taklimat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan

>> Sambungan mukasurat 29...

Page 29: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Peserta kursus telah dibawa meninjau Projek Ternakan Ikan Keli dalam tangki plastik yang diusahakan oleh penduduk tempatan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Projek yang dimulakan pada September 2008 oleh Puan Jumaiyah Abu Hassan dan bulan November 2008 oleh En. Ramli Abd Samad telah berjaya membuahkan hasil dan kini di peringkat pusingan kedua penternakan. Lawatan peserta diserikan dengan kunjungan oleh Y.B Datuk Haji Hasim Rusdi, ADUN Kawasan Labu.

Terdahulu, pada hari pertama kursus, peserta telah diberi taklimat mengenai kedudukan ICU dalam Perkhidmatan Awam Malaysia dan Peranannya Dalam Agenda Pembangunan Negara. Peserta juga didedahkan dengan Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pengurusan Projek, Pengurusan Kewangan dan Tatacara Perolehan Kerajaan, Arahan Perkhidmatan, Arahan Pentadbiran/Keselamatan Pengenalan SPP II dan Tugas-tugas Pembantu Teknik Awam di PPN.

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 29

Lawatan ke projek ternakan ikan keli dalam tangki plastik

Sekitar Majlis Ikrar Aku Janji dan Penyampaian Sijil

>> Sambungan dari mukasurat 28...

Page 30: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

30 Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Bengkel Perancangan Strategik Pejabat Pembangunan Negeri Kedah

Oleh NOORUL HANIM JAMALUDIN

Langkawi, 8 – 10 Januari 2009: Bengkel Perancangan Strategik Pejabat Pembangunan (PPN) Negeri Kedah telah

diadakan bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan visi sebagai agensi pusat yang unggul dan berwibawa dalam memantau pelaksanaan rancangan pembangunan di Negeri Kedah. Bengkel ini melibatkan semua pegawai Gred 29 ke atas dan diadakan di Hotel Awana Porto Malai, Langkawi.

Objektif khusus bengkel adalah bagi menghasilkan satu Perancangan Strategik bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan PPN Kedah. Perbincangan merangkumi usaha-usaha memantapkan Sistem Penyampaian Program Pembasmian Kemiskinan; Sistem Penyampaian Perkhidmatan Program Pembangunan Modal Insan; Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pelaksanaan Projek-Projek Kecil; Sistem Penyampaian Perkhidmatan Seksyen Pemantauan dan Penilaian; dan Memantapkan Sistem P e n y a m p a i a n Perkhidmatan Bahagian Khidmat Pengurusan.

y pBahagian KhidmatPengurusan.

Pembangunan Modal Insan

Program dan aktiviti sepanjang bengkel diadakan

Page 31: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 31

Majlis Sejambak Budi Seharum Kenangan Majlis Sejambak Budi Seharum Kenangan

Bandar Baru Bangi, 14 Januari 2009 : Majlis

menghargai sumbangan dan perkhidmatan

dua orang pegawai kanan ICU diadakan

sempena pertukaran Yg. Bhg. Dato’ Mat Ali Hassan,

SDO Negeri Sembilan kerana mendapat kenaikan

pangkat dan dilantik ke jawatan Setiausaha Kerajaan

Negeri Sembilan mulai 01.01.2009. Penghargaan

juga adalah kepada Encik Mohamad Yazi bin Md Zin,

Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat yang

memasuki alam persaraan mulai 16.01.2009.

Basikal buruk basikal lama, Walau tak elok dikayuh senang, Ibarat hidup kembang si bunga,

Hidup sementara cantiknya dikenang.

Jatuh tersungkur si Itik Serati, Tergolek-golek jadi tumpuan,

Patah tumbuh hilang berganti, Manakan sama budinya tuan.

Yg. Bhg. Dato’ Mat Ali bin Hassan

Pegawai Kemajuan Negeri Sembilan

01.11.2006 ~ 31.12.2008

Yg. Bhg. Dato’ Mat Ali bin Hassan memasuki

Perkhidmatan Awam pada 1 April 1982 dan

penempatan pertama di Kementerian Pertahanan.

Kerjaya di ICU, JPM :

16 Disember 1999 -

Timbalan Pengarah JPP Kelantan (PTD M52)

16 Januari 2000 -

Timbalan Pengarah PPN Terengganu (PTD M52)

1 November 2005 -

Timbalan Pengarah PPN Terengganu (PTD M52)

1 November 2006 -

Pengarah PPN Negeri Sembilan (PTD M54)

1 Julai 2007 -

Pengarah PPN Negeri Sembilan (PTD Gred Utama C)

Encik Mohamad Yazi bin Md Zin

Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat

01.07.2007 ~ 15.01.2009

Encik Mohamad Yazi bin Md Zin memasuki

Perkhidmatan Awam pada 18 Oktober 1976 dan

penempatan pertama di Kementerian Perdagangan

dan Perindustrian.

Kerjaya di ICU, JPM :

3 Jan 1983 hingga 3 Sept 1986 -

Penolong Setiausaha (PTA Tingkatan Biasa)

1 Mac 2007 -

Pengarah Bahagian Badan Berkanun (PTD M54)

1 Julai 2007 -

Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat

Sejambak Budi Seharum Kenangan

Page 32: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

32 Makluman Perkhidmatan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Kumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Azli Bin Mat Nordin Pembantu Perangkaan Gred E17

Jabatan PerangkaanNegeri Perak

JPP Kelantan 05 Januari 2009

Wan Shukri Bin Wan Omar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22

Jabatan Pengairan DanSaliran Kota Bharu, Kelantan

JPP Kelantan 12 Januari 2009

Siti Baidura Binti Samsi Anuar Pelukis Pelan (Awam) Gred J17 Kontrak

Lantikan Baru PPN Perlis 19 Januari 2009

Affendi Bin Che Adam Pelukis Pelan (Awam) Gred J17 Kontrak

Lantikan Baru JPP Kelantan 19 Januari 2009

Azliana Binti Ruzli Pelukis Pelan (Awam) Gred J17 Kontrak

Lantikan Baru PPN Kedah 19 Januari 2009

PERTUKARAN MASUK Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Januari 09

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Jeffryl Azniel Bin Adzar Jurutera AwamGred J44

Cawangan Kerja Kesihatan,Ibu Pejabat JKR

PPN Perak 01 Januari 2009

Noor Hafi za Binti Dahalim Jurutera AwamGred J44

Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR

PPN Kedah 01 Januari 2009

Mohamad Kamal Bin Mohd Raudzi Jurutera AwamGred J44

Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR

PPNPulau Pinang

01 Januari 2009

Zainal Abidin Bin Sin Jurutera AwamGred J44

Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKP

PPNPulau Pinang

01 Janua ri 2009

Resli Azha Bin Mohd Zain Jurutera AwamGred J44

Cawangan Keselamatan,Ibu Pejabat JKR

PPN Perak 01 Januari 2009

Mohd Asri Bin Md. Isa Jurutera AwamGred J44

Cawangan KejuruteraanSenggara, Ibu Pejabat JKR

BahagianInfrastruktur

01 Januari 2009

Rijal Nazli Bin Sulaiman Jurutera AwamGred J44

Cawangan Kejuruteraan Jalan Dan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR

PPN Selangor 01 Januari 2009

Muhammad Yusri Bin Hamid Jurutera AwamGred J44

Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR

PPN Selangor 01 Januari 2009

Dewiyana Binti Abdul Hadi Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Lantikan Baru BTM 13 Januari 2009

Mohd Shahrum Nizam Bin Yusoff Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Lantikan Baru Bahagian Khas 13 Januari 2009

Hazlan Bin Mohd Zamri Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Hospital Kuala Lumpur BTM 13 Januari 2009

Hasbullah Bin Awang Jurutera AwamGred J41

Lantikan Baru BahagianInfrastruktur

19 Januari 2009

Mohd Ridzwan Bin Bidin Jurutera AwamGred J41

Lantikan Baru JPP Kelantan 19 Januari 2009

PERTUKARAN DALAMAN Kumpulan Sokongan Januari 09

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Idham Bin Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

Bahagian Sosial BKP 16 Januari 2009

Page 33: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 33

PERTUKARAN KELUAR Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Januari 09

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Dato’ Mat Ali Bin Hassan Pengarah,Pegawai Tadbir DanDiplomatikGred Utama C (M)

PPN Negeri Sembilan SUK Negeri Sembilan 01 Januari 2009

Faizul Azlan Bin Loman Jurutera AwamGred J44 (M)

BahagianInfrastruktur

CawanganKejuruteraan Senggara,

JKR Kuala Lumpur

01 Januari 2009

Nama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa

Jauhari Bin Abdul Rahman Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi)Gred N22

PPN Perak 28 Januari 2009

Siti Zabedah Binti Yunus Pembantu Tadbir (Kewangan)Gred W17

PPN Negeri Sembilan 22 Januari 2009

Kumpulan Sokongan

Kumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Rosnida Binti Abdul Aziz Pembantu Perangkaan Gred E17

JPP Kelantan Jabatan PerangkaanNegeri Perak

05 Januari 2009

Nama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa

Mohamad Yazi Bin Md Zin Pegawai Tadbir Dan DiplomatikGred M54

Bahagian Susun Semula Masyarakat

16 Januari 2009

Fadzil Bin Said Pegawai Tadbir Dan DiplomatikGred M48

PPN Melaka 02 Januari 2009

PERSARAAN Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Januari 09

PERTUKARAN MASUK Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Februari 09

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Bahrudin Bin Mahfuz Pegawai Tadbir Dan DiplomatikGred Utama C

Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban

PPNNegeri Sembilan

25 Februari 2009

Razif Bin Ismail Jurutera Awam (Mekanikal)Gred J41

Lantikan Baru PPN Kelantan 16 Februari 2009

Page 34: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

34 Makluman Perkhidmatan Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

LANTIKAN BARU - Kumpulan Sokongan Pembantu Teknik (Awam) Gred J29 (Tetap) Februari 09

Nama Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Ahmad Hasbullah Bin Mahmud PPN Perak

16 Februari 2009

Mahirah Binti Ibrahim JPP Kelantan

Mohamad Zamani Bin Mokhtar PPN Kedah

Muhammad Fauzan Bin Sarip JPP Kelantan

Noor Azlinda Binti Ghazali PPN Pulau Pinang

Noor Azliana Binti Azlan JPP Kelantan

Noorul Asliza Binti Mat Jusoh PPN Terengganu

Rosle Bin Seman PPN Selangor

Pembantu Teknik (Awam) Gred J29 (Kontrak)

Nama Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Aimaruddin Bin Mohamad Nor JPP Kelantan

16 Februari 2009

Hamizan Bin Abdullah PPN Pulau Pinang

Mohamad Syazwan Bin Saaidin JPP Kelantan

Muhammad Azmi Bin Ariffi n PPN Pulau Pinang

Muhammad Hilmi Bin Abd Sukor PPN Selangor

Nazirul Mubin Bin Zukirnaini JPP Kelantan

Nik Abdul Hafi z Bin Zainal JPP Kelantan

Nik Shuhada Binti Mat Daud JPP Kelantan

Norhasana Binti Mokhtar PPN Kedah

Nor’ Ashikin Binti Sapia PPN Terengganu

Suhana Binti Salihuddin PPN Pulau Pinang

Kumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Norizan Binti Ibrahim Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Kementerian Pelajaran Malaysia

BahagianKeselamatan

16 Februari 2009

Mior Nadzri Bin Mior Kamaruzaman Pembantu Tadbir (P/O)Gred N22

JPJ Negeri Perak PPN Perak 09 Februari 2009

Hamidah Binti Abdul Rahman Pembantu Tadbir (P/O)Gred N22

Jabatan Mineral & Geosains Malaysia,

Kelantan

JPP Kelantan 09 Februari 2009

Khairunnisa Binti Hj. Basar Pembantu PerangkaanGred N17

Jabatan Perangkaan Negeri Melaka

PPN Terengganu 02 Februari 2009

Juruteknik (Awam) Gred J17 (Kontrak)

Nama Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Ernie Bin Madius JPP Sabah03 Februari 2009

John Bin Kilip JPP Sabah

Page 35: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009 35

Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N17

Nama Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Donnah @ Edna Binti Jublin @ Aloysius JPP Sabah

24 Februari 2009Zaiton Binti Abdullah Bahagian Ekonomi

Norashikin Binti Md Zin PPN Terengganu

RoshainaH Binti Ahmat PPN Selangor

Siti Fadhlina Binti Mohd Sharufudin Bahagian Badan Berkanun

Pemandu Kenderaan Gred R3

Nama Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Rapi Bin Samat PPN Wilayah Persekutuan03 Februari 2009Dahalan Bin Abdul Wahab BKP

Mohamad Naszari Bin SulaIman PPN Melaka

Norizan Bin Ahmad JPP Kelantan 16 Februari 2009

PERTUKARAN DALAMAN Kumpulan Sokongan Februari 09

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Hassan Bin Osman Pemandu Kenderaan Gred R3

PPNWilayah Persekutuan

BKP 05 Februari 2009

PERTUKARAN KELUAR Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Nurzakina Binti Zakaria Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44

BTM MAMPU 23 Februari 2009

Kumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Syazwan Bin Mohd Tamyes Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

BahagianKeselamatan

SUK Negeri Sembilan 16 Februari 2009

Muhammad Fauzan Bin Sarip Juruteknik AwamGred J17

JPP Kelantan Pelepasan Jawatan 16 Februari 2009

Faeezah Hanim Binti Omar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

PPN Selangor KDN, Negeri Johor 24 Februari 2009

Delimawati Binti Anuar Bek Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

BKP Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

24 Februari 2009

Badariah Binti Yusman Omar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

Bahagian Penilaian Jabatan Audit Negara 24 Februari 2009

Februari 09

Page 36: TTUNAS MEKARUNAS MEKAR · LAWATAN Delegasi ms.16 ICU Mengantara-bangsakan Mekanisme Pembangunan Negara (Tajikistan, Kemboja dan Sri Lanka) ms.20 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kebajikan

36 Ruangan MBJ Buletin Bergambar ICU JPM | JAN - FEB 2009

Diterbitkan/Dicetak:Seksyen Perhubungan Awam (BKP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra,62250 Putrajaya.

Tel : 03 8888 1957 Fax : 03 8888 3528www.icu.gov.my

Perwakilan Pihak PekerjaMBJ ICU JPM Bagi Sesi 2009/2010

Naib Pengerusi

Nama : Encik Aizal Haji Anual

Wakil Gred : 48

Bahagian Keselamatan

Setiausaha

Nama : Puan Sabrina Rosli

Wakil Gred : 27

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama : Encik Aizul Fidy Kamarudin

Wakil Gred : 44

PPN Negeri Sembilan

Nama : Puan Zailila Adnan

Wakil Gred : 32/36

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama : Encik Mohd Nasir Mohd Nor

Wakil Gred : 22

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama : Cik Nor Zaleha Abdul Ghafar

Wakil Gred : 11

Bahagian Pembasmian Kemiskinan

Nama : Encik Ahmad Shafi q Mirza Mansor

Wakil Gred : 41

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama : Encik Khairul Izwan Roslan

Wakil Gred : 29

PPN Negeri Sembilan

Nama : Puan Norhafi zah Abdul Halim

Wakil Gred : 17

PPN Perak

Nama : Encik Sulaiman Said

Wakil Gred : 3

Bahagian Khidmat Pengurusan

Nama : Puan Murni Zaharuddin

Wakil Gred : 1

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tahniah dan penghargaan di atas pelantikan.Selamat menjalankan tugas demi kebajikan pekerjadan kecemerlangan organisasi ICU