lawatan orang asli

49
FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN EKONOMI DASAR SOSIAL (EEEX3103) Nama Pensyarah: DR. DORIS PADMINI SELVARATNAM Tajuk Dikaji: Pendidikan Orang Asli Nama Ahli Kumpulan Knowledge : Toh Kit Siang A113001 Chong Weng Kiat A111777 Mohd Khairi Awang A93223 Lai Siew Yee A113163 Chan Mei Yong A111963 Foong Yan Wei A112800 Chua Siew May A110465 Tan Pooi Lai A113114 Teng Li Ying A112969 Gooi Lay San A112199 Yip Lai Lai A112480

Upload: toh

Post on 09-Jun-2015

10.453 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Orang Asli

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

EKONOMI DASAR SOSIAL(EEEX3103)

Nama Pensyarah:

DR. DORIS PADMINI SELVARATNAM

Tajuk Dikaji:

Pendidikan Orang Asli

Nama Ahli Kumpulan Knowledge :Toh Kit Siang A113001Chong Weng Kiat A111777

Mohd Khairi Awang A93223Lai Siew Yee A113163Chan Mei Yong A111963Foong Yan Wei A112800Chua Siew May A110465Tan Pooi Lai A113114Teng Li Ying A112969Gooi Lay San A112199Yip Lai Lai A112480

Page 2: Lawatan Orang Asli

ISI KANDUNGAN

Butiran Muka Surat

Muka depan 1

Isi kandungan 2

1.1 Pengenalan 3-4

1.2 Pemasalahan Kajian 4-5

1.3Objektif kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 5-6

1.5 Skop Kajian 7

2.1 Latar Belakang Orang Asli 8-11

2.2 Kajian Lepas 12-14

2.3 Sistem Pendidikan Orang Asli Di Malaysia 15-21

3.1 Metodologi Kajian 22-23

4.1 Latar belakang Responden 24-34

5.1 Rumusan Kajian 35-37

5.2 Implikasi Dasar 38-39

5.3 Cadangan-cadangan 40-41

6.1 Rujukan 42

6.2 Artikel 43-47

6.3 Rujukan CD 48

6.4 Contoh Borang Bantuan Kewangan Orang Asli 49-54

2

Page 3: Lawatan Orang Asli

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Orang Asli dianggap sebagai kelompok minoriti di negara Malaysia. Bilangan mereka yang kecil

menyebabkan kedudukan dan kepentingan mereka dalam politik negara mudah dipinggirkan.

Selain itu, kelompok minoriti ini dilihat sebagai berbeza daripada kelompok majoriti kerana

diandaikan mereka mempunyai kelainan dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku.

Mereka dilayan dan dikawal secara negatif oleh kelompok majoriti. Oleh sebab itu, mereka terus

menjadi terpinggir daripada masyarakat aliran perdana. Dasar-dasar yang dapat meningkatkan

taraf hidup Orang Asli perlu dilaksanakan supaya jurang di antara kelompok majoriti dan

kelompok minoriti dapat dirapatkan.

Pada 31 Julai 2008, pensyarah kursus EX3103 Ekonomi Dasar Sosial dan EX2333

Analisis Sosial dan Politik dalam Pembangunan iaitu Dr. Doris Padmini Selvaratnam telah

menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke perkampungan Orang Asli di Semenyih, Selangor.

Terdapat 38 buah rumah yang terletak di kampung tersebut. Pelajar-pelajar telah membuat satu

kajian mengenai sosioekonomi yang berkait dengan Orang Asli dari segi pendidikan, kesihatan,

kemudahan asas dan sebagainya. Melalui lawatan tersebut, pelajar-pelajar diberi peluang untuk

mengetahui keadaan dan kehidupan Orang Asli yang sedia ada serta dapat memerhatikan adakah

dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat meningkatkan taraf kehidupan dan keadaan

Orang Asli yang sedia ada.

Pada pukul 8.00 pagi, pelajar-pelajar bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia

( UKM ) ke Semenyih. Kami sampai ke kampung Orang Asli pada pukul 9.00 pagi. Selepas

taklimat yang ringkas, pelajar-pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk menjalankan

kajian. Pembahagian kumpulan adalah mengikut tajuk laporan lawatan seperti pendidikan,

kesihatan, kebajikan, perumahan Orang Asli.

3

Page 4: Lawatan Orang Asli

Setiap kumpulan diberi peluang untuk melawat rumah Orang Asli dan melakukan temu

duga dengan penghuni-penghuni. Kami dapat memerhatikan mereka tinggal dalam satu ruang

yang kecil dan tempat tinggal mereka tidak ditawarkan dengan bekalan air. Selain itu, mereka

menanam pelbagai jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah untuk menambah

hasil mereka melalui penjualan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Setiap penghuni telah

menerima satu hadiah yang mengandungi buku, makanan dan minuman sebelum temu duga.

Kajian tersebut dijalankan secara lancar dengan bekerjasama pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli ( JHEOA ), pensyarah, pelajar dan penghuni.

Pada pukul 12:30 petang, kami telah meninggalkan kampung Orang Asli di Semenyih.

Sepanjang temu duga dijalankan, didapati bahawa mereka mempunyai harapan terhadap bantuan

kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, dasar-dasar yang dapat meningkatkan taraf kehidupan Orang

Asli amat diperlukan.

1.2 PEMASALAHAN KAJIAN

Pendidikan adalah satu proses pembelajaran yang dilalui oleh seseorang bagi meningkatkan

pengetahuan melalui perkembangan dan penyuburan pemikiran. Pendidikan boleh didefinisikan

sebagai aluran menyebarkan tradisi budaya, nilai dan ilmu pengetahuan sama ada secara formal

atau tidak formal kepada masyarakat supaya menjadikan ahli masyarakat berpendidikan dan

berpengetahuan.

Dalam konteks masyarakat yang kompleks seperti Malaysia, pendidikan dapat menjadi

mekanisme penyama dan ini akan dapat membantu mempercepatkan proses integrasi Orang Asli

ke dalam masyarakat aliran perdana. Demikian pentingnya pendidikan kepada pembangunan di

Malaysia amnya dan kepada komuniti Orang Asli khasnya.

Malangnya sehingga kini pencapaian Orang Asli dalam bidang pendidikan masih terlalu

rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain. Keadaan ini disebabkan

oleh kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang ASLI (JHEOA) mempunyai

4

Page 5: Lawatan Orang Asli

kekurangan dan kelemahan berbanding dengan Kementerian Pendidikan. Antaranya, Sekolah

Rendah JHEOA hanya adalah bangunan yang daif, serta tanpa kelengkapan yang sempurna

berbanding Sekolah Rendah yang ditadbirkan oleh Kementerian Pendidikan. Perkakasan di

dalam bilik darjah juga umumnya sangat rendah kualiti untuk pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, asrama yang disediakan oleh JHEOA untuk menempatkan pelajar-pelajar Orang Asli

juga tidak mempunyai kemudahan sebaik kemudahan yang disediakan oleh Kementerian

Pendidikan. Kelengkapan tempat tidur, tempat makan, tempat mengulangkaji dan tempat

bersukan juga tidak selesa berbanding kelengkapan yang disediakan di asrama sekolah

Kementerian Pendidikan. Kualiti makanan yang disediakan juga berbeza dengan kualiti makanan

yang terdapat di asrama sekolah Kementerian Pendidikan. Kurangnya keselesaan yang dinikmati

oleh pelajar Orang Asli serta kegagalan mereka menghayati matlamat pendidikan adalah antara

sebab yang tidak mendorong mereka untuk meneruskan persekolahan dan ini menjadikan

keciciran satu fenomena yang membimbangkan dalam pendidikan Orang Asli.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti keadaan pendidikan Orang Asli.

ii. Mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan keadaan

pendidikan Orang Asli.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan kemudahan pendidikan kepada Orang Asli. Matlamat JHEOA yang lebih utama

adalah melindungi komuniti Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka. Selain itu, peranan

bahagian pendidikan JHEOA adalah bertanggungjawab memperbaiki perkhidmatan pendidikan

dan kemudahan persekolahan Orang Asli yang ditadbirnya. Di samping itu, mereka juga

berperanan mewujudkan hubungan dengan Kementerian Pendidikan dan institusi pengajian

tinggi untuk membantu anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan pada peringkat yang lebih

tinggi.

5

Page 6: Lawatan Orang Asli

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh JHEOA untuk mempertingkatkan

tahap pendidikan Orang Asli seperti menyediakan sekolah-sekolah pada pelbagai peringkat

persekolahan, menyediakan bangunan dan kelengkapan sekolah, menyediakan asrama serta

menyediakan tenaga pengajar serta mengadakan program-program untuk meningkatkan

kesedaran dan pengetahuan masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-kanak terhadap

pendidikan, meningkatkan kesedaran tanggungjawab ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk

memastikan anak mereka hadir ke sekolah dan tidak tercicir dari persekolahan serta

mendapatkan input dan pandangan daripada ibu bapa Orang Asli tentang corak pendidikan yang

sesuai untuk anak mereka selaras dengan latar belakang budaya dan cara hidup Orang Asli.

Malangnya melalui satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) masih menunjukkan hampir 50 peratus pelajar Orang Asli berhenti sekolah

selepas tahun enam manakala sebahagian lagi sebelum peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR). Ketua Kampung (Mahat) Orang Asli menyatakan bahawa masalah pendidikan timbul

dalam kalangan Orang Asli kerana ikatan kekeluargaan yang cukup akrab. ``Anak-anak enggan

tinggal berjauhan dengan keluarga,'' katanya. Sebahagian yang lain, katanya telah dikahwinkan

dalam usia yang terlalu muda, seawal usia 14 dan 15 tahun. Hal ini menyebabkan satu keluarga

Orang Asli mempunyai anak yang ramai apabila pasangan itu mencapai satu tahap umur tertentu,

kata . Selain itu, beliau menyatakan bahawa ramai anak Orang Asli tidak melanjutkan pelajaran

ke sekolah menengah, kerana segelintir mereka tidak tahu pun akan kewujudan institusi

pendidikan bernama sekolah menengah, mereka berfikir sistem pendidikan di Malaysia setakat

sekolah rendah sahaja. Manakala segelintir mereka tidak tahu saluran yang betul untuk

memohon, apa lagi hendak mengisi borang permohonan. Situasi ini membuktikan usaha-usaha

yang dilaksanakan oleh JHEOA masih wujud kelemahan.

1.5 SKOP KAJIAN

6

Page 7: Lawatan Orang Asli

Kajian ini tertumpu kepada sosioekonomi Orang Asli di kampung Semenyih, Selangor. Kajian

ini melibatkan 40 orang penghuni sebagai responden yang terdiri daripada pelbagai jenis suku

kaum, agama, status dan sebagainya.

BAB II

7

Page 8: Lawatan Orang Asli

LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1 LATAR BELAKANG ORANG ASLI

Orang Asli merupakan penduduk asal sesebuah negara. Undang-Undang 1939 mendefinisikan

Orang Asli sebagai seseorang yang kedua orang tuanya merupakan anggota suatu suku asli dan

atau keturunan melalui garis lelaki orang-orang semacam ini (169). Sejurus selepas itu yakni

pada tahun 1954 terbentuk pula satu lagi undang-undang yang berkaitan dengan Orang Asli iaitu

Ordinan Orang-Orang Asli( Aboriginal People’s Ordinance).

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi Orang Asli ialah mana-

mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup

Orang Asli dan egar dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui

lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa

budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya

bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan egar dan

kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan

seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap

bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan egar dan kepercayaan Orang

Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh

kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia

masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli

8

Page 9: Lawatan Orang Asli

tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia

mengamalkan agama itu.

Walau bagaimanapun istilah Orang Asli ini sebenarnya banyak menimbulkan kontervesi.

Orang ramai secara umumnya akan mengaitkan Orang Asli sebagai orang yang tinggal di hutan

dan tidak mempunyai agama. Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu,

Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa. Bagi

kaum Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang Jahai, Orang

Mendriq, Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar, Orang Semai, Orang Semoq

Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum Proto-Melayu pula, terdapat

Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun, Orang Semelai dan Orang Temuan.

Kaum Orang Asli yang berbeza mempunyai budaya, bahasa dan cara hidupyang berbeza.

Catatan sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli merupakan manusia

pertama menduduki negara ini. Mengikut beberapa teori sejarah, kumpulan manusia yang

pertama sampai ke negara ini adalah kumpulan suku Negrito. Kumpulan manusia pertama ini

dipercayai telah sampai ke sini kira-kira 25000 tahun yang lalu. Diikuti kemudiannya oleh

kumpulan orang Senoi yang telah sampai ke sini sekitar 6000-8000 tahun yang lalu dan barulah

kumpulan Melayu Asli yang sampai ke sini sekitar 4000 tahun kemudian. Umumnya terdapat

dua kenyataan yang mengisahkan bagaimana Orang Asli ini boleh menetap di hutan. Dari segi

teori pensejarahan dikenalpasti bahawa kedatangan kumpulan baru yang dikenali sebagai Melayu

Deurto telah menyebabkan kumpulan manusia pertama ini lari ke hutan dan menetap di hutan

tersebut hinggalah ke hariini.

Populasi Orang Asli bertumbuh dari 54033 orang pada tahun 1969 kepada 92529 orang

pada tahun 1994 pada kadar hampir 2.3% setiap tahun ( Lim 1997). Hasil daripada Banci

Penduduk JHEOA tahun 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika itu ialah seramai

149,723 orang. Kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Untuk membangunkan

masyarakat Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah ditubuhkan pada tahun

1954 dengan diberikan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan oarang Asli atas sebab-sebab

keselamatan. Pada masa tersebut dianggarkan seramai 20 000 Orang Asli dianggap sebagai

9

Page 10: Lawatan Orang Asli

terpenggaruh dengan Parti Komunis Malaya(PKM). Kemasukan Orang Asli ini dalam PKM

adalah suatu yang amat berbahaya dan perlu ditanggani segera. Justeru itulah JHEOA

ditubuhkan dengan tujuan untuk menarik balik Orang Asli yang terlibat dengan PKM ke pangkal

jalan dan seterusnya memihak kepada kerajaan yang memrintah pada masa itu. Di samping itu

tugas JHEOA juga ialah untuk memberikan perlindungan kepada masyarakat Orang Asli

daripada diperalatkan oleh PKM pada masa itu. Akhirnya apabila PKM meletakan senjata pada

hujung tahun1989, Orang Asli bebas daripada ancaman tersebut namun tetap berada di bawah

selain JHEOA. Dalam usaha untuk merencanakan pembangunan Orang Asli, JHEOA sentiasa

berpandukan kepada dua garis panduan iaitu AKTA 134 dan Akta Orang Asli 1954 (disemak

1974).

Antara program yang telah dilaksanakan oleh JHEOA bagi membantu membangunkan

masyarakat ini ialah Program Pembangunan Ekonomi. Program ini merupakan satu program

yang bertujuan meningkatkan pendapatan Orang Asli dari tahap kemiskinan kepada tahap di atas

paras kemiskinan. Antara aktiviti dalam program ini ialah aktiviti pembangunan tanah,

perusahan dan industri kecil, pembelian jentera pertanian, ternakan, perikanan dan bimbingan

usahawan. Di bawah aktiviti pembangunan tanah, tanah-tanah Orang Asli dimajukan dengan

tanaman komersil sepert getah, kelapa sawit dan sebagainya. Di samping itu dilaksankan juga

tanaman kontan yang mana subsidi diberikan kepada mereka yang mengusahakannya. Dalam

aktiviti ternakan dan perikanan pula, Orang Asli telah diperkenalkan dalam aktiviti perternakan

kambing, biri-biri, lembu, kupang dan memelihara ikan dalam sangkar. Kesemua program yang

telah dijalankan ini dapat membuka minda Orang Asli berkenaan dengan cara untuk memajukan

diri mereka. Selain daripada itu terdapat juga program perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk

memberikan kemudahan asas dan insfrastruktur kepada masyarakat ini. Kemudahan asas dan

insfrastruktur yang diutamakan adalah seperti pembinaan sekolah-sekolah, klinik desa, tempat

beribadat dan sebagainya.

Seterusnya ialah program Rancangan Pengumpulan Semula. Program ini merupakan satu

program rancangan pertanian tersusun. Rancangan ini melibatkan pemindahan dan penyediaan

mata pencarian hidup baru bagi masyarakat Orang Asli. Orang Asli yang tinggal berselerak di

dalam hutan akan dikumpulkan di satu kawasan pertanian seperti Felda/Felcra yang dilengkapi

10

Page 11: Lawatan Orang Asli

dengan kemudahan asas. Walau bagaimapun, masyarakat Orang Asli sendiri perlu bangun

mengorak langkah tanpa mengharapkan bantuan kerjaan sepenuhnya agar mereka turut sama

merasai arus pembangunan negara.

Orang Asli adalah sebahagian daripada warga peribumi Malaysia. Akibat daripada

bilangan mereka yang begitu kecil, maka mereka dianggap kumpulan 11egara11y yang miskin di

Malaysia. Kedudukan dan kepentingan mereka dalam politik 11egara mudah disingkirkan.

Kepentingan Orang Asli kurang diberi perhatian dan nasib mereka kurang mendapat pembelaan.

Pengalaman sedemikian telah dialami oleh komuniti ini sejak zaman penjajahan yang dahulu

lagi. Malah gelaran aborigines yang dilabelkan oleh penjajah kepada kumpulan komuniti ini dan

kemudian digantikan dengan gelaran ‘ Orang Asli’ setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Label ‘Orang Asli’ membawa konotasi komuniti yang ‘primitif’ dan rendah tahap pencapaian

kebudayaanya berbanding golongan lain dalam masyarakat. Label yang sedemikian terus

melahirkan pula berbagai-bagai prasangka terhadap mereka. Akibat dipinggirkan oleh pihak

penjajah, Orang Asli menjadi lebih terbelakang berbanding dengan anggota masyarakat Malaysia

yang lain.

Pada tahun 2004, sebanyak 76.5% Orang Asli yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Dalam keadaan yang begini, peluang kepada Orang Asli untuk memartabatkan harga diri

menjadi sukar jika tidak ada bantuan dan sokongan yang ikhlas dari kumpulan majoriti untuk

memajukan mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli sendiri perlu bangun

mengorak langkah tanpa mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya agar mereka turut sama

merasai arus pembangunan negara.

2.2 KAJIAN LEPAS

11

Page 12: Lawatan Orang Asli

Beberapa kajian lepas telah dilakukan untuk meninjau keadaan di kalangan Orang Asli di

Malaysia. Colin Nicholas (2006), telah mengkaji tentang sebab-sebab keciciran pendidikan anak-

anak Orang Asli dari sekolah di Malaysia. Beliau mendapati kadar keciciran pendidikan Orang

Asli adalah tinggi. Kadar keciciran bermaksud ada murid-murid yang mendaftar di sekolah tetapi

tidak menamatkan persekolahan mereka sepanjang tempoh persekolahan yang ditetapkan.

Mengikut Colin, terdapat lima sebab yang menyebabkan keciciran pendidikan Orang Asli.

Sebab pertama adalah faktor yang berkaitan dengan kemiskinan. Orang Asli menghadapi

masalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana perbelanjaan persekolahan yang tinggi.

Masalah ini menjadi serius apabila biasanya bulan November dan Disember adalah bulan yang

sukar untuk mendapat pendapatan tunai bagi Orang Asli. Jadi, apabila sampai bulan Januari iaitu

masa permulaan persekolahan, Orang Asli tidak mempunyai wang untuk menghantar anak-anak

ke sekolah.

Yang kedua adalah bantuan pendidikan yang tidak mencukupi. Ramai ibu bapa Orang

Asli telah membuat aduan tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada anak-anak

mereka telah berkurangan semenjak tahun 2000. Ibu bapa Orang Asli selalu diberitahu bahawa

bantuan kewangan belum sampai padahal sudah tiba masa untuk anak-anak masuk persekolahan.

Terdapat juga kontraktor pengangkutan yang tidak ingin menghantar anak-anak Orang Asli ke

sekolah kerana bantuan kewangan yang belum sampai. Jadi, ada anak-anak Orang Asli yang

tidak menamatkan persekolahan mereka.

Ketiga adalah adalah perbezaan antara pedagogi dan budaya. Bagi Orang Asli, mereka

menganggap persekitaran sebagai rumah mereka dan anak-anak Orang Asli diajar oleh ibu bapa

bahawa persekitaran akan melindungi mereka. Sumber hutan mempunyai banyak faedah dimana

ia dapat digunakan sebagai makanan, ubat-ubatan dan juga bahan pembinaan bagi mereka. Jadi

apabila anak-anak Orang Asli mula belajar di sekolah, maka mereka berhadapan dengan

persekitaran yang baru dan perlu mengenali kanak-kanak yang berlainan nilai dan budaya.

Kesannya, hanya sebahagian anak-anak Orang Asli yang dapat menyesuaikan diri dapat

meneruskan persekolahan mereka. Pemahaman anak-anak Orang Asli juga lebih lambat

berbanding dengan kanak-kanak biasa kerana kebanyakan daripada mereka tidak belajar di

12

Page 13: Lawatan Orang Asli

tadika sebelum masuk sekolah rendah. Kebanyakan kanak-kanak Orang Asli juga memilih untuk

tidak ke sekolah apabila sampai musim menuai dan musim buah-buahan kerana dua musim ini

adalah penting bagi masyarakat Orang Asli.

Keempat adalah jurang kehadiran. Perkhidmatan pengangkutan menyebabkan pendidikan

anak-anak Orang Asli terjejas. Terdapat bus yang tidak datang untuk menghantar kanak-kanak

Orang Asli ke sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri kelas dan seterusnya

menjadi lemah berbanding dengan rakan sebaya yang bukan Orang Asli. Jadi, dalam satu tahun

terdapat banyak hari anak-anak Orang Asli tidak pergi ke sekolah.

Sebab kelima adalah ketidaksempurnaan dalam sistem. Kebanyakan ibu bapa Orang Asli

tidak terlibat dalam sistem pendidikan walaupun wujud persatuan ibu bapa guru dalam sekolah.

Keadaan ini menyebabkan wujud masalah bantuan pendidikan yang tidak sampai kepada anak-

anak Orang Asli. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Orang Asli adalah penting kerana

mereka dapat mengambil berat tentang uniform sekolah, buku teks dan bantuan lain yang

dibekalkan oleh kerajaan.

Robert B. Bradfield (1972) mengkaji pantang larang makanan Orang Asli di Barat

Malaysia dan nutrisi yang diambil. Orang Asli menghormati binatang sebagai sumber makanan

mereka. Orang Asli bergantung pada sumber di hutan sebagai makanan. Pantang larang makanan

Orang Asli mempengaruhi sumber makanan yang diguna oleh Orang Asli dan seterusnya protein

makanan yang diambil. Sumber makanan dari binatang mungkin ditolak oleh Orang Asli atas

sebab hubungan yang istimewa dengan binatang, sebab makanan yang mungkin tidak bersih,

pertimbangan atas sebab makanan itu mungkin beracun, dan juga takut akan kesan buruk atas

penggunaan makanan. Wanita Orang Asli yang mengandung mempunyai pantang larang yang

tegas seperti hanya boleh makan makanan yang ditangkap oleh suami atau saudara yang terdekat.

Suaminya juga perlu mematuhi pantang larang tersebut.

Bagi Orang Asli, kaum yang berbeza juga mempunyai pantang larang yang berbeza.

Biasanya apabila wujud keadaan kekurangan sumber makanan, lelaki Orang Asli dan wanita tua

yang akan diberi keutamaan untuk makan apabila terdapat makanan. Kompleksiti pantang larang

13

Page 14: Lawatan Orang Asli

makanan telah mempengaruhi protein binatang yang diambil oleh wanita mengandung dan

kanak-kanak. Maka, apabila Orang Asli berpindah keluar dari hutan dan bergaul dengan kaum

lain, mereka digalak untuk terus mengamalkan tabiat memakan rodents sehingga mereka

berupaya memperolehi makanan protein yang lain.

Nomalia Binti Seman (2002) mengkaji kesan pembangunan ke atas masyarakat Orang

Asli di daerah Sepang , Selangor Darul Ehsan. Dua aspek utama yang ditumpukan iaitu

pembangunan dari aspek ekonomi yang meliputi pendapatan , jenis pekerjaan , pemilikan tanah ,

keadaan rumah , pemilikan harta dan simpanan. Manakala aspek kedua ialah pembangunan

social iaitu meliputi kesihatan , pendidikan , kemudahan asas , penyertaan dalam politik serta

sikap dan nilai-nilai hidup. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat beberapa faktor menyebabkan

masyarakat Orang Asli masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan dari segala aspek iaitu

psikologi , sikap , ekonomi , sosial , polotik dan kepercayaan. Bagi mengatasi masalah ini ,

adalah perlu diwujudkan kerjasama yang erat antara pihak kerajaan , sektor swasta dan

masyarakat Orang Asli itu sendiri.

2.3 SISTEM PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

14

Page 15: Lawatan Orang Asli

Berdasarkan data daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , jumlah bilangan Orang Asli

di Malaysia pada tahun 1999 adalah sebanyak 105 979 orang. Jumlah ini adalah sebanyak 0.5%

daripada jumlah penduduk Malaysia. Maka, Orang Asli bolehlah dianggap sebagai kumpulan

minoriti di Malaysia. Oleh sebab bilangan Orang Asli yang kecil, kedudukan dan kepentingan

mereka untuk tempoh yang agak panjang iaitu sebanyak 40 tahun.

Semasa zaman penjajahan British, pendidikan persekolahan di kalangan komuniti Orang

Asli telah dimulakan. Akan tetapi, matlamat kemudahan pendidikan disediakan bukanlah untuk

membangunkan Orang Asli, tetapi untuk memenangi hati mereka daripada dipengaruhi oleh

gerakan komunis. Maka, system pendidikan Orang Asli pada masa itu tidak dikendalikan secara

teratur dan tersusun. Sekolah-sekolah telah dibina oleh pihak British di kawasan pos keselamatan

di pedalaman hutan dan ditadbirkan oleh JHEOA sendiri.

Pada tahun 1960an iaitu selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, JHEOA telah

mewujudkan satu bahagian pendidikan dalam jabatannya. Bahagian pendidikan ini berperanan

untuk metadbirkan pendidikan Orang Asli kemudiannya barulah meningkatkan taraf mutu

pendidikan di kalangan Orang Asli. Manakala matlamat JHEOA adalah untuk melindungi

komuniti Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka. Sekolah yang disediakan oleh JHEOA

terbahagi kepada dua jenis iaitu Sekolah Rendah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Sekolah

Usahasama JHEOA dengan Kementerian Pendidikan.

Oleh disebabkan JHEOA dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan

persekolahan kepada komuniti Orang Asli, maka keadaan sekolah Orang Asli mengalami

berbagai-bagai kekurangan dan kelemahan dalam kedua-dua jenis sekolah Orang Asli.

Dalam Sekolah Rendah JHEOA, kebanyakan bangunannya sangat daif dan tiada

kelengkapan yang sempurna. Ini dapat dibuktikan dengan tiada sekatan bilik yang memisahkan

darjah-darjah yang berlainan dan kemudahan sukan yang ada juga tidak memuaskan. Selain itu,

guru-guru di dalam sekolah juga tiada kemahiran untuk mengajar dan mendidik. Hal ini kerana

guru-guru yang disediakan oleh JHEOA ini tidak mendapat latihan perguruan dan mereka juga

15

Page 16: Lawatan Orang Asli

tiada kelayakan akademik yang memuaskan. Pada masa yang sama juga tiada pengawasan ketat

daripada JHEOA. Keadaan ini telah menyebabkan penyampaian pengajaran menjadi tidak

terkawal dan teratur.

Bagi Sekolah Rendah Usahasama dengan Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya

terletak di pinggir bandar juga tidak terlepas daripada berbagai-bagai kelemahan. Dalam sekolah

jenis ini, kemudahan sekolah seperti bangunan dan kelengkapan disediakan oleh JHEOA

manakala Kementerian Pendidikan hanya menyediakan guru. Oleh sebab kemudahan sekolah

disediakan oleh JHEOA sendiri, maka kemudahan pendidikan sekolah ini jauh lebih rendah

mutunya berbanding sekolah kebangsaan. Dari sudut pengurusan pendidikan juga kurangnya

koordinasi pentadbiran di antara kedua-dua pihak iaitu JHEOA dan Kementerian Pendidikan.

Dari sudut pembelajaran, tradisi di sekolah-sekolah JHEOA adalah tidak membenarkan murid-

murid membawa balik buku teks dan buku latihan ke rumah. Alasan JHEOA adalah untuk

menjaga keselamatan buku teks. Secara langsungnya, ini telah menyebabkan kanak-kanak Orang

Asli tidak dapat menbuat ulangkaji di rumah. Seterusnya, keupayaan murid-murid Orang Asli

untuk membaca, mengira dan menulis menjadi lemah dan melemahkan semangat guru untuk

memberi pengajaran yang lebih komited dan berdedikasi. Selain itu, asrama yang disediakan

oleh JHEOA juga tidak sebaik kemudahan seperti yang disediakan oleh sekolah kebangsaan.

Antara kemudahan adalah ruang bilik yang kecil, kelengkapan tempat tidur, tempat makan,

tempat mengulang kaji dan tempat bersukan juga kurang selesa.

Pada 19 Januari 1996 iaitu selepas 39 tahun Malaysia merdeka, pihak JHEOA dilepaskan

daripada tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan untuk Orang Asli. JHEOA telah

menyerahkan semua sekolah yang dikelolakannya kepada pengurusan sepenuh Kementerian

Pendidikan. Penyerahan ini melambangkan diskriminasi Orang Asli dalam pendidikan telah

berakhir.

Sebelum Kementerian Pendidikan mengambil alih program pendidikan Orang Asli pada

tahun 1996, JHEOA dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pendidikan kepada Orang Asli.

JHEOA tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan kerana

tidak mampu menyediakan kemudahan prasarana yang sempurna dan guru-guru yang terlatih.

16

Page 17: Lawatan Orang Asli

Hal ini kerana kebanyakan sekolah hanya menyediakan pendidikan sehingga darjah tiga sahaja.

Selepas tamat darjah tiga, pelajar digalakkan berpindah ke asrama pelajar Orang Asli yang

disediakan di bandar.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa enggan membenarkan anak mereka

berpindah ke tempat lain kerana mereka bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang

masih mentah, hidup terpisah dari pengawasan mereka. Mereka juga beranggapan bahawa

Bandar bukanlah persekitaran yang sesuai dengan tradisi mereka.

Disebabkan masalah tersebut, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak-anak mereka

meneruskan persekolahan dan kerana itu anak-anak mereka terpaksa menamatkan persekolahan

lebih awal. Keadaan ini telah menyebabkan kadar keciciran di kalangan Orang Asli masih lagi

tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan Jadual 1 yang menunjukkan pola keciciran peringkat sekolah

rendah Orang Asli.

Tahun Berdaftar Meneruskan ke Cicir Kadar

17

Page 18: Lawatan Orang Asli

Darjah 1 Darjah 6 Keciciran(%)

1971 997 543 454 45.5

1972 1236 567 669 54.1

1973 1474 613 861 58.4

1974 1710 603 1107 64.2

1975 1969 662 1307 66.4

1976 2105 630 1475 70.1

1977 2151 741 1410 65.6

1978 2317 705 1612 69.6

1979 3102 757 2345 75.6

1980 2304 654 1650 71.6

1981 2416 783 1633 67.6

1982 2729 944 1785 65.4

1983 2868 1000 1868 65.1

1984 2651 1052 1599 60.3

1985 2879 1124 1755 60.9

1986 2942 1031 1911 64.9

1987 2988 1217 1771 59.2

1988 2881 1255 1626 56.4

1989 2870 1466 1404 48.9

1990 3078 1699 1379 44.8

Jumlah 47667 18046 29623 62.14

Jadual 1: Pola Keciciran Peringkat Sekolah Rendah Orang Asli

Jadual 1 menunjukan pola keciciran pelajar peringkat sekolah rendah yang berlaku di

kalangan pelajar Orang Asli sepanjang 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990. Daripada

Jadual 1, didapati bahawa secara puratanya, terdapat 62.14% daripada pelajar-pelajar Orang Asli

tidak meneruskan pelajaran ke darjah 6. Dengan lain kata, dalam setiap 10 orang, terdapat 6.2

orang pelajar akan menamatkan pengajian mereka sebelum mencapai darjah 6 dalam tempoh

tersebut. Pada masa yang sama, didapati bahawa kadar keciciran di kalangan pelajar Orang Asli

dalam kekal sama tinggi dalam tempoh tersebut.

18

Page 19: Lawatan Orang Asli

Pelajar yang menamatkan pendidkan pada peringkat sekolah rendah tidak semestinya

meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah. Jadual 2 menunjukkan pola kecicran

pelajar Orang Asli yang tidak menyambung ke Tingkatan 1.

Tahun Berdaftar

darjah 6

Berdaftar

Tingkatan 1

tahun

berikutnya

Bilangan Cicir Kadar

Keciciran

1976 543 302 241 44.4

1977 567 356 211 37.2

1978 613 327 286 46.7

1979 603 403 200 33.2

1980 662 340 322 48.6

1981 630 389 241 38.3

1982 741 490 251 33.9

1983 705 445 260 36.9

1984 757 542 215 28.4

1985 654 561 93 14.2

1986 783 565 218 26.4

1987 944 634 310 32.8

1988 1000 641 359 35.9

1989 1052 670 382 36.3

1990 1124 695 429 38.2

1991 1031 820 211 20.5

1992 1217 825 392 32.2

1993 1255 1002 253 20.2

1994 1466 960 506 34.5

Jumlah 16349 10979 5370 32.8

Jadual 2: Pola Keciciran Pelajar Orang Asli yang Tiadak Menyambung ke Tingkatan 1

19

Page 20: Lawatan Orang Asli

Daripada Jadual 2, secara puratanya 32.8% daripada kumpulan yang menamatkan

sekolah rendah tidak menyambung pelajaran mereka ke peringkat sekolah menengah. Hanya

sebanyak 67.2% yang akan meneruskan pelajaran mereka ke peringkat sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan taraf

pendidikan di kalangan kanak-kanak Orang Asli di mana usaha ini telah berjaya mengurangkan

kadar keciciran Orang Asli dalam pendidikan. Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan kadar

keciciran bagi pelajar Orang Asli pada tahun 1991 hingga 1999. Jadual 3 menunjukkan

penurunan kadar keciciran pelajar Orang Asli tahun 1 yang meneruskan ke tahun enam dari 47%

(1991 ke 1996) kepada 18% (1994 ke 1999). Jadual 4 pula menunjukkan peningkatan kadar

keciciran pelajar Orang Asli tahun enam yang meneruskan pelajaran ke sekolah menengah dari

32% (1995 ke 1996) kepada 38% (1998 ke 1999). Akibat daripada berlakunya keciciran pada

tahap persekolahan yang begitu rendah, generasi muda Orang Asli kurang berpeluang untuk

terlibat sama aktiviti ekonomi moden yang sedang pesat berkembang di negara ini. Oleh sebab

itu , mereka tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan.

Tahun

Mendaftar

Bilangan

Berdaftar untuk

Tahun 1

Bilangan yang

Meneruskan

Pelajaran ke

Tahun 6

Bilangan

Keciciran

Kadar Keciciran

(%)

1991 3248 (1996) 1679 1569 48

1992 3202 (1997) 1825 1377 43

1993 3379 (1998) 2264 1115 33

1994 3128 (1999) 2574 554 18

Jadual 3: Bilangan Pelajar Orang Asli yang Meneruskan Pelajaran ke Tahun 6 (Sekolah Rendah)

20

Page 21: Lawatan Orang Asli

Tahun Mendaftar Bilangan

Mendaftar untuk

Tahun 6

Bilangan yang

meneruskan

pelajaran ke

Tingkatan 1

Bilangan

Keciciran

Kadar Keciciran

(%)

1995 1699 (1996) 1153 546 32

1996 1676 (1997) 1210 466 28

1997 1825 (1998) 1674 151 8

1998 2264 (1999) 1412 852 38

Jadual 4: Bilangan Pelajar Orang Asli Tahun 6 yang Meneruskan ke Tingkatan 1 (Sekolah

Menengah)

Keciciran pelajar ini berpunca daripada pelbagai sebab. Faktor penting yang

menyebabkan keciciran pelajar-pelajar Orang Asli ialah berpunca daripada sikap pelajar dan

ibubapa terhadap pelajaran. Antaranya ialah jemu dan malas, tiada minat, selalu dimarahi guru,

malu bersekolah di bandar dan mengikut ibu bapa bekerja. Ia juga disebabkan masalah tidak

hadir dalam peperiksaan berbanding 72% yang hadir. Di pihak ibu bapa pula, faktor kewangan

ialah sikap membiarkan anak mereka menentukan sama ada hendak pergi sekolah atau tidak.

Faktor ini yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam sistem pendidikan.

21

Page 22: Lawatan Orang Asli

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan

maklumat adalah berdasarkan kaedah soal selidik. Pada mulanya respoden utama kita adalah

tertumpu kapada ketua keluarga, akan tetapi disebabkan kebanyakan ketua keluarga telah keluar

bekerja semasa ketibaan kita di kampung, jadi terdapat sebahagian besar respoden kita adalah

kaum wanita.

Dalam kajian kita, kaedah gambar rajah dan graf seperti graf bar, carta pai, dan

sebagainya akan digunakan untuk menjelaskan serta menggambarkan keadaan dan masalah

pendidikan yang dihadapi oleh pendudukan tempatan secara kasar. Melalui kaedah berkenaan

ini, kita dapat membuat perbandingan antara faktor-faktor atau komponen-komponen yang

berada pada faktor yang yang sama dengan senang dan cepat. Tambahan lagi penyebab utama

masalah juga dapat dikenalpasti dengan mudah bagi membuat kajian.

Demi mengkaji tahap pendidikan kaum orang asli di Kampung Orang Asli di Semenyih,

maka banyak soalan telah disoalkan dalam borang soal selidik. Antaranya seperti tahap

pendidikan ibu bapa dan anak-anak mereka, sebab berhenti sekolah, jenis bantuan kerajaan yang

dibekalkan kepada mereka, tempat mereka mendapat pendidikan dan sebagainya. Dalam setiap

faktor tersebuat akan dibahagikan lagi beberapa peringkat, contohnya tahap pendidikan akan

dibahagi kepada peringkat tidak bersekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma/ijazah

dan lain-lainnya. Dengan hal ini supaya kita dapat mengkaji masalah ini dengan lebih teliti.

Bantuan pendidikan dari kerajaan seperti biasiswa, PTPTN, Skim Pinjaman Buku Teks,

makanan, alat tulis dan sebagainya merupakan bantuan yang penting kepada Orang Asli. Hal ini

22

Page 23: Lawatan Orang Asli

kerana kebanyakan pendapatan kaum ketua keluarga mereka adalah rendah, dan ini akan

membebankan mereka dalam pembiayaan kos pembelajaran anak-anak mereka serta akan

menjejaskan peluang mendapat pendidikan pada masa depan anak-anaknya. Jadi faktor ini

penting untuk melihat hubungan dan kesannya terhadap tahap pendidikan penduduk setempat di

Semenyih.

Selain faktor bantuan kerajaan, kita juga mengkaji lokasi, jarak dan masa yang diperlukan

ke destinasi sekolah anak-anak mereka. Dengan ini kita akan mengenalpasti dan mengetahui

kemudahan pengangkutan dan persekolahan yang disediakan oleh kerajaan adalah mencapai

kehendakan mereka dan mencukupi. Dalam soal selidik tersebut, sebab-sebab berhenti sekolah

akan ditanya terhadap respoden yang telah bekerja atau sudah berumah tangga, dengan ini

diharapkan akan mengetahui faktor-faktor lain yang menghalang dan menjejaskan minat mereka

untuk mendapatkan pendidikan.

23

Page 24: Lawatan Orang Asli

BAB IV

KEPUTUSAN EMPIRIKAL

4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Kajian ini dijalankan secara rawak terhadap 38 orang Orang Asli yang tinggal di Kampung

Orang Asli, Semenyih, Selangor. Secara keseluruhan berdasarkan hasil kajian yang bersaiz 38

orang Orang Asli ini, seramai 50% responden adalah lelaki dan 50% adalah responden

perempuan.

4.1.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina dan Agama

Berdasarkan hasil kajian ini, seramai 44.7% responden tidak beragama dengan 23.7% adalah

responden lelaki dan 21% adalah responden perempuan. Responden yang beragama Kristian pula

mencatat sebanyak 10.5% dengan 5.25% adalah lelaki dan 5.25% adalah perempuan. Manakala

bagi responden yang beragama Islam pula ialah 39.5% dengan 18.4% adalah responden lelaki

dan 21% adalah responden perempuan. Baki 2.6% pula adalah daripada agama lain-lain.

Agama Lelaki Perempuan JumlahTiada agama 9 8 17

Kristian 2 2 4Islam 7 8 15

Lain-lain 0 1 1Tidak dinyatakan 1 0 1

Jumlah 19 19 38Jadual 5: di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina dan agama

24

Page 25: Lawatan Orang Asli

Rajah 1: bilangan responden mengikut jantina dan agama

Berdasarkan jadual dan graf di atas, daripada 17 orang responden yang tidak beragama, 9

orang adalah lelaki dan 8 orang adalah perempuan. Responden yang beragama Kristian pula

sebanyak 4 orang dengan 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Manakala responden beragama

Islam pula ialah 15 orang dengan 7 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Responden beragama

lain-lain pula hanya seorang responden perempuan sahaja.

4.1.2 Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tahap Pendidikan Peratus BilanganTidak bersekolah 42.1 16Sekolah rendah 44.7 17

Tidak dinyatakan 13.2 5Diploma/Ijazah 0 0

Jumlah 100 38Jadual 6: bilangan responden mengikut tahap pendidikan

25

Page 26: Lawatan Orang Asli

Rajah 2: bilangan responden mengikut tahap pendidikan

Jadual dan carta pai di atas menggambarkan responden mengikut tahap pendidikan. Didapati

paling banyak responden berpendidikan sekolah rendah dengan catatan 17 orang responden iaitu

sebanyak 44.7% daripada jumlah keseluruhan. Manakala responden yang tidak pernah

bersekolah adalah seramai 16 orang iaitu 42.1% daripada jumlah keseluruhan. Berdasarkan

jadual dan carta tersebut, kita dapati tiada catatan responden yang berpendidikan diploma atau

ijazah.

Secara keseluruhannya, kita dapat menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada

responden yang dikaji adalah mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

4.1.3 Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan

Pekerjaan Bilangan PeratusDengan Swasta 3 7.9 Bekerja Sendiri 21 55.3

Dengan Kerajaan 0 0Lain-lain 9 23.7

Tidak dinyatakan 5 13.2Jumlah 38 100

Jadual 7:bilangan responden mengikut pekerjaan

26

Page 27: Lawatan Orang Asli

Rajah 3: bilangan responden mengikut pekerjaan

Jadual dan carta pai di atas menggambarkan jenis pekerjaan responden yang dikaji. Didapati

terdapat 21 orang responden iaitu 55.3% daripada jumlah keseluruhan adalah bekerja sendiri.

Sementara itu, 3 orang responden iaitu 7.9% responden adalah bekerja dengan pihak swasta.

Responden yang mempunyai pekerjaan lain-lain mencatat sebanyak 9 orang iaitu 23.7% daripada

jumlah keseluruhan. Berdasarkan jadual tersebut, kita dapati tiada catatan responden yang

bekerja dengan pihak kerajaan.

Daripada temubual yang dijalankan secara ringkas semasa responden mengisikan borang

soal selidik, kita didapati bahawa pekerjaan sebahagian besar responden adalah jenis berkolar

biru.

27

Page 28: Lawatan Orang Asli

4.1.4 Bilangan Responden Mengikut Status

Kajian ini mengelompokkan responden mengikut status iaitu sama ada responden bertaraf

bujang, berkahwin, janda atau duda. Daripada 38 orang responden yang telah disoal selidik,

terdapat 8 orang responden adalah bujang iaitu sebanyak 21.1%, 29 orang yang telah berkahwin

iaitu sebanyak 76.3%. Seorang yang statusnya tidak dinyatakan. Daripada kesemua responden

ini, tiada responden yang berstatus janda dan duda.

Status Bilangan orang peratus

Bujang 8 21.1

Berkahwin 29 76.3

Tidak dinyatakan 1 2.6

Janda 0 0

Duda 0 0

Jumlah 38 100

Jadual 8: Status Responden

0

5

10

15

20

25

30

bila ng a n ora ng

B ujang B erkahwin Tidak dinyatakan J anda Duda

sta tus

S tatus R es ponden

Rajah 4 : Status Responden

28

Page 29: Lawatan Orang Asli

4.1.5 Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

Jumlah perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak amat penting dalam

mempengaruhi tahap pendidikan orang asli. Seperti yang diketahui umum, jumlah pendapatan

orang asli adalah jauh lebih rendah daripada paras pendapatan cukup hidup. Oleh itu,

perbelanjaan terhadap pendidikan merupakan satu beban yang berat bagi mereka. Berikut

merupakan hasil kajian jumlah perbelanjaan ibu bapa terhadap pendidikan anak di kampung

orang asli Semenyih:

Perbelanjaan Sebulan Ibu bapa Tehadap Pendidikan Anak

Bilangan orang Peratus

Kurang daripada RM100 11 28.9RM101-RM200 8 21.1RM201-RM300 0 0RM301-RM400 3 7.9RM401-RM500 1 2.6RM501-RM600 1 2.6RM601-RM700 0 0

Lain-lain 3 7.9Tidak dinyatakan 11 28.9

Jumlah 38 100Jadual 9: Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

Berdasarkan kepada jadual di atas, terdapat 11 orang responden atau 28.9% daripada

mereka yang disoal selidik menyatakan bahawa perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap

pendidikan anak mereka adalah kurang daripada RM100. Selain itu, terdapat 8 orang responden

atau 21.1% menyatakan bahawa perbelanjaan sebulan mereka terhadap pendidikan anak adalah

antara RM 101-RM 200. Terdapat 3 orang responden yang membelanjakan sebanyak RM 301-

RM 400 untuk pendidikan.Hanya terdapat seorang responden yang membelanjakan RM 401-

RM 500 dan seorang responden yang membelanjakan RM501-RM 600 untuk pendidikan anak.

Di samping itu, terdapat 3 orang responden membelanjakan amaun yang tidak menentu atau lain-

lain. Malah terdapat 11 orang responden yang disoal tidak menyatakan perbelanjaan mereka

terhadap pendidikan anak. Berikut merupakan gambar rajah perbelanjaan sebulan ibu bapa

terhadap pendidikan anak:

29

Page 30: Lawatan Orang Asli

Rajah 5: Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas, jelaslah kelihatan bahawa majoriti perbelanjaan

sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak adalah dalam lingkungan RM0-RM200 iaitu

sebanyak 50%, hanya sebilangan kecil daripada responden yang dikaji mampu membelanjakan

pendapatan yang banyak untuk pendidikan anak mereka. Ini bermakna mereka memang tidak

mampu menanggung perbelanjaan pendidikan yang tinggi. Jumlah perbelanjaan pendidikan yang

tinggi akan menyebabkan anak Orang Asli mereka berhenti sekolah. Ini seterusnya akan

menyebabkan taraf pendidikan orang asli menjadi rendah.

30

Page 31: Lawatan Orang Asli

4.1.6 Bantuan Kerajaan Dalam Pendidikan

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan kadar celik huruf, kerajaan telah menyediakan

pelbagai jenis kemudahan dan bantuan dalam pendidikan khasnya kepada golongan orang asli

atau bumiputera. Antaranya adalah seperti biasiswa, makanan percuma, perkhidmatan

pengangkutan, PTPTN, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), alat tulis dan lain-lain. Jadual

bawah menerangkan jenis bantuan yang diterima oleh 38 orang responden yang terdiri daripada

golongan orang asli.

Bantuan Kerajaan Terhadap Pendidikan Bilangan Peratus

Biasiswa 6 15.8Makanan 9 23.7

Pengangkutan 4 10.5PTPTN 0 0

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 5 13.2Alat Tulis 0 0Lain-lain 1 2.6

Tidak dinyatakan 13 34.2Jumlah 38 100

Berdasarkan hasil kajian di atas yang terdiri daripada 38 orang responden, seramai 6

orang responden menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk biasiswa atau bersamaan

dengan 15.8%. Terdapat 9 orang responden daripada 38 orang atau 23.7% mendapat bantuan dari

segi makanan. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kerajaan juga

dapat dinikmati oleh 4 orang responden iaitu sebanyak 10.5%. Didapati seramai 5 orang

responden atau bersamaan 13.2% menikmati bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan

seorang responden mendakwa bahawa beliau mendapat bantuan dalam bentuk lain-lain. Di

samping itu, terdapat 13 orang responden (34.2%) tidak menyatakan bantuan yang diterima oleh

mereka dan bantuan dalam bentuk PTPTN dan alatan tulis adalah tidak didapati oleh mana-mana

38 orang responden tersebut.

31

Page 32: Lawatan Orang Asli

Rajah 6 : Bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendididkan Anak

Berdasarkan graf bar di atas, dengan jelasnya ramai responden tidak menyatakan bantuan

yang mereka terima (34.2%) kemudian diikuti oleh bantuan dalam bentuk makanan (23.7%) dan

biasiswa (15.8%). Seterusnya, adalah dalam bentuk Skim Pinjaman Buku Teks (13.2%),

pengangkutan (10.5%) dan bentuk lain-lain (2.6%). Bantuan PTPTN dan alatan tulis dengan

jelasnya adalah sifar mungkin disebabkan anak mereka gagal melanjutkan pelajaran dan alatan

tulis tidak disediakan oleh kerajaan. Untuk tujuan meningkatkan kadar celik huruf dan

menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju bukan hanya dari segi ekonomi malah

juga dari segi sosial dan intelektual, maka kerajaan perlu peka terhadap keperluan rakyatnya dari

segi bantuan dalam pendidikan khasnya mereka yang miskin dari segi fizikal dan ilmu

pengetahuan seperti orang asli.

32

Page 33: Lawatan Orang Asli

4.1.7 Harapan Terhadap Kerajaan Dari Segi Pendidikan Anak

Sebagai seorang ibu bapa, kita mengharapkan anak kita boleh berjaya bukan dari segi kerjaya

sahaja pada masa depan malah yang penting adalah berjaya dalam pelajaran sebelum memasuki

dunia kerjaya. Golongan Orang Asli juga tidak terkecuali. Untuk tujuan anak mereka boleh

berjaya dalam pelajaran, mereka yang miskin seperti Orang Asli amat berharap kerajaan akan

membantu anak mereka untuk melanjutkan pelajaran dengan menyediakan pelbagai bantuan

seperti biasiswa, makanan percuma, perkhidmatan pengangkutan, PTPTN, Skim Pinjaman Buku

Teks (SPBT), alatan tulis dan lain-lain. Jadual di bawah merupakan hasil kajian tentang

keinginan atau harapan 38 orang responden Orang Asli di perkampungan Semenyih terhadap

bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pendidikan.

Harapan Terhadap Bantuan Kerajaan Dari Segi Pendidikan

Bilangan Peratus

Biasiswa 15 39.5Makanan 4 10.5

Pengangkutan 5 13.2PTPTN 0 0

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 0 0Alat Tulis 2 5.3Lain-lain 2 5.3

Tidak dinyatakan 10 26.3Jumlah 38 100

Berdasarkan jadual di atas, harapan responden terhadap bantuan biasiswa menduduki

tempat pertama iaitu sebanyak 15 orang responden daripada jumlah 38 orang atau sebanyak

39.5% berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan biasiswa kepada anak mereka supaya

beban mereka dapat diringankan dan anak mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka

tanpa berlaku kejadian pemberhentian sekolah yang disebabkan oleh ketiadaan sumber

kewangan untuk dijadikan perbelanjaan pelajaran anaknya. Didapati seramai 5 orang responden

berharap kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anak mereka kerana

tempat kediaman mereka agak jauh dari kawasan sekolah dan pekan atau bandar terdekat. Maka,

perkhidmatan pengangkutan amat penting dan diperlukan oleh mereka yang tinggal dalam

33

Page 34: Lawatan Orang Asli

pedalaman dan tidak berkemampuan untuk memiliki kenderaan yang mahal harganya dan

perbelanjaannya yang tinggi.

Selain itu, bantuan dari segi makanan juga amat diperlukan oleh anak mereka supaya

dapat bertumbuh dengan sihat dan seimbang. Dengan itu, seramai 4 responden (10.5%) berharap

kerajaan dapat menyediakan bantuan makanan kepada mereka. Alatan tulis dan bantuan dalam

bentuk lain masing–masing mendapat 2 orang responden dengan harapan kerajaan dapat

menyediakannya. Seramai 10 orang daripada 38 orang (26.3%) tidak menyatakan harapan

mereka terhadap kerajaan dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada mereka. Ini berlaku

mungkin disebabkan mereka tidak suka bergantung kepada pihak lain atau mereka telah hilang

keyakinan terhadap pihak kerajaan.

Rajah 7 : Harapan Terhadap Bantuan Kerajaan Dari Segi Pendidikan Anak

Berdasarkan graf bar di atas, seperti yang diterang sebelum ini, bantuan kerajaan dari segi

biasiswa sangat diinginkan oleh responden kemudian diikuti oleh pengangkutan dan makanan.

Alat tulis dan bantuan lain masing-masing kurang diutamakan berbanding dengan biasiswa dan

pengangkutan.

34

Page 35: Lawatan Orang Asli

BAB V

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR

5.1 RUMUSAN KAJIAN

Pendidikan merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan

mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyediakan

Orang Asli dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah dapat mendedahkan mereka

kepada pengetahuan dan nilai-nilai baru yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan memajukan diri

dalam masyarakat. Malangnya sehingga hari ini, pencapaian Orang Asli dalam bidang

pendidikan masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pencapaian warga Malaysia yang lain.

Situasi ini tentunya mewujudkan jurang yang memisahkan mereka daripada masyarakat

Malaysia yang lain.

Masalah pencapaian Orang Asli dalam bidang pendidikan yang masih terlalu rendah

dapat dibuktikan melalui keputusan empirical yang kita perolehi. Didapati kebanyakan

responden berpendidikan sekolah rendah malangnya tidak bersekolah iaitu masing-masing

dengan catatan sebanyak 44.7% dan 42.1% daripada jumlah keseluruhan. Didapati tiada catatan

responden yang berpendidikan diploma atau ijazah. Ini membuktikan bahawa tahap pendidikan

orang asli masih tidak memuaskan. Ini juga telah jelas menunjukkan bahawa wujudnya masalah

atau kelemahan dalam pendidikan Orang Asli. Masalah yang utama, secara umumnya, ibu bapa

masyarakat Orang Asli masih tidak berminat dengan pendidikan dan kurang kesedaran terhadap

kepentingannya. Mereka melihat tadika ini sebagai suatu tempat untuk menghantar anak-anak

mereka untuk bermain dan juga makan.

Justeru, perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka juga adalah

amat rendah. 28.9% daripada mereka yang disoal selidik menyatakan bahawa perbelanjaan

35

Page 36: Lawatan Orang Asli

sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka adalah kurang daripada RM100 dan 28.9%

tidak dinyatakan.

Selain itu, tanggapan negatif masih wujud dalam kalangan Orang Asli seperti sebahagian

besarnya masih berpegang kepada pepatah ulat dalam batu pun boleh hidup. Orang Asli begitu

liat hendak ke sekolah atau tercicir sekerat jalan khususnya untuk ke peringkat menengah,

masalah itu berpunca daripada satu atau gandingan beberapa faktor. Tarikan wang ringgit sangat

kuat dalam kalangan Orang Asli, khususnya apabila ada tawaran untuk mereka bekerja atau

membekalkan sesuatu hasil yang boleh didapati daripada hutan.Adakalanya mereka boleh

mendapat ratusan ringgit sehari hasil, atau ribuan ringgit kalau mereka mengusahakannya secara

berkumpulan. Misalnya, ada segelintir anak Orang Asli yang masih di bangku sekolah rendah

yang ditawarkan bekerja di kebun tembikai dan dibayar RM10 hingga RM15 sehari (Utusan, 27

September 2006). Dengan pendapatan itu, sudah memadai untuk menjerumuskan kanak-kanak

Orang Asli dengan gejala ponteng sekolah sepanjang tahun. Lama-kelamaan mereka tidak

berminat belajar lagi dan terus bekerja pada usia yang masih muda lagi. Ini dapat dibuktikan

dengan 55.3% daripada jumlah keseluruhan responden adalah bekerja sendiri dengan usia yang

masih awal seperti menjalankan aktiviti pemburuan, menangkap ikan, memungut hasil hutan,

menoreh getah dan lain-lain.

Kajian menunjukkan hampir 50 peratus pelajar Orang Asli berhenti sekolah selepas tahun

enam. Masalah pendidikan timbul dI kalangan Orang Asli ini juga disebabkan oleh ikatan

kekeluargaan yang cukup akrab. Anak-anak mereka enggan tinggal berjauhan dengan keluarga.

Sebahagian besarnya, telah dikahwinkan dalam usia yang terlalu muda, seawal usia 14 dan 15

tahun. Mereka yang berkahwin awal ini sudah tentunya terpaksa atau hendaklah berhenti sekolah

dengan usia yang lebih awal lagi. 76.3% daripada jumlah responden telah berkahwin awal.

Hal ini juga menyebabkan satu keluarga Orang Asli mempunyai anak yang ramai apabila

pasangan itu mencapai satu tahap umur tertentu. Kemudian, mereka akan tidak mampu

menanggung kos pendidikan anak mereka yang ramai dan ini menyebabkan sebahagian anak-

anak mereka tidak pernah bersekolah langsung. Tidak hairanlah terdapat 42.1% daripada jumlah

keseluruhan responden adalah tidak pernah bersekolah.

36

Page 37: Lawatan Orang Asli

Salah satu puncanya, ramai anak Orang Asli tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah

menengah adalah bahawa segelintir Orang Asli tidak tahu pun akan kewujudan institusi

pendidikan bernama sekolah menengah. Ini adalah amat sukar dipercayai. Mereka tidak tahu ada

sekolah menengah. Mereka berfikir sistem pendidikan setakat sekolah rendah sahaja. Bagi

mereka yang ketahui, mereka juga tidak tahu saluran yang betul untuk memohon, apatah lagi

hendak mengisi borang permohonan.

Di samping itu, faktor lain yang menjadi punca keciciran itu juga banyak berhubung kait

dengan masalah infrastruktur dan kemudahan pendidikan, kemiskinan serta ketidakcekapan

agensi kerajaan dalam mengendalikan pendidikan untuk Orang Asli. Seramai 15.8% daripada

jumlah responden menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk biasiswa. Selain itu,

perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kerajaan juga dapat dinikmati oleh 4

orang responden iaitu sebanyak 10.5%. Didapati seramai 5 orang responden atau bersamaan

13.2% menikmati bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Bantuan dalam bentuk PTPTN

dan alatan tulis adalah tidak didapati oleh mana-mana 38 orang responden tersebut.

Keperluan hidup Orang Asli yang mudah, asal cukup garam dan gulanya, memadailah

bagi mereka juga merupakan salah satu puncanya. Bagi segelintir Orang Asli, mereka

berpendapat, tidak perlu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Penilaian Menengah Rendah

(PMR) kerana bagi mereka adalah tidak penting.

37

Page 38: Lawatan Orang Asli

5.2 IMPLIKASI DASAR

Pelbagai usaha telah dirancang dan dijalankan untuk mengatasi masalah pendidikan Orang Asli.

Secara keseluruhan, UNICEF dan Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah Kementerian

kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KEMAS) sedang bekerja bersama-sama untuk melatih

lebih kurang 300 orang guru-guru tadika dan juga penyelia-penyelia untuk mencapai lebih

daripada 18,000 orang ibu dan bapa dan juga penjaga-penjaga di kawasan-kawasan pedalaman.

Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk masyarakat-masyarakat Orang Asli, yang

memberi penekanan terhadap kepentingan galakan kepada perkembangan awal kanak-kanak dan

memberi panduan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran, nutrisi dan juga psikologi kanak-kanak.

Usaha-usaha ini adalah selari dengan Rancangan Kebangsaan Malaysia untuk mengurangkan

jurang perbezaan di antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar, dan juga di antara

daerah yang maju dengan daerah yang kurang maju. Misalnya, penyemaian kemahiran-

kemahiran untuk generasi baru Orang Asli agar mereka dapat membentuk pilihan-pilihan mereka

sendiri untuk masa hadapan.

Selain itu, Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 merupakan inisiatif bersungguh-

sungguh Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan dengan

menyediakan peluang dan akses pendidikan yang lebih terancang kepada pelajar Orang Asli dan

Penan. Inisiatif tersebut adalah strategi penyelesaian kepada permasalahan merapatkan jurang

pendidikan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosioekonomi di negara ini.

Contohnya, Sekolah pertama yang dipilih sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ialah

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan Pahang yang telah dirasmikan oleh

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 September 2004. Enrolmen

Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ini dibahagi kepada empat kategori iaitu pelajar dari

kawasan persekitaran atau berdekatan dan pelajar Orang Asli yang tinggal di asrama sekolah

kerana rumah mereka jauh dari sekolah. Penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif K9

adalah sebagai suatu pendekatan yang relevan dengan permasalahan kadar keciciran dan

ketidakhadiran yang tinggi dalam kalangan pelajar Orang Asli dalam usaha memberikan

pendidikan rendah dan menengah yang berterusan dan berkualiti kepada kumpulan etnik Orang

Asli di pedalaman dan luar bandar.

38

Page 39: Lawatan Orang Asli

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang ditubuhkan di bawah Akta

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 telah mengadakan Program Out-

Reach Pendidikan Orang Asli. Objektif program ini adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-

kanak terhadap pendidikan.

2. Meningkatkan kesedaran tanggungjawab ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk

memastikan anak mereka hadir ke sekolah dan tidak tercicir dari persekolahan.

3. Mendapatkan input serta pandangan daripada ibu bapa Orang Asli tentang corak

pendidikan yang sesuai untuk anak mereka selaras dengan latar belakang budaya dan cara

hidup Orang Asli. Input serta pandangan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian

Pelajaran dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk dikaji bagi mengubahsuai cara

pendekatan pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli di sekolah.

4. Bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Hal Ehwal Orang Asli , Jabatan Pendaftaran Negara dalam menangani isu ketiadaan sijil

kelahiran dan kad pengenalan yang memberi impak kepada pendidikan anak Orang Asli.

Selain daripada itu Jabatan Kebajikan Masyaraat turut hadir untuk membantu anak-anak

kurang upaya yang juga menyumbang kepada ketidakhadiran ke sekolah.

Dalam pogram ini SUHAKAM bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu-isu

pendidikan tetapi juga kepada isu-isu sampingan yang menjadi halangan kepada kelangsungan

pendidikan yang efektif. SUHAKAM berharap melalui program ini, masyarakat Orang Asli

dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka ke arah menambahbaik kualiti pendidikan

anak mereka. Input yang diperolehi akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya dapat dikaji serta direalisasikan ke dalam sistem

pendidikan yang sedia ada. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada agensi

kerajaan , syarikat korporat dan badan bukan kerajaan. Program antara agensi seperti Program

Out-Reach Pendidikan Orang Asli ini sangat penting kerana dapat menyelaraskan peruntukan

kepada perkembangan pendidikan anak-anak Orang Asli.

39

Page 40: Lawatan Orang Asli

Melalui Pendekatan pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,

kerajaan perlu menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang

pendidikan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua, iaitu memastikan rakyat

mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok

kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.

5.3 CADANGAN-CADANGAN

Beberapa cadangan boleh dirujuk oleh pihak kerajaan atau pihak yang berkenaan. Kempen

kesedaran dan motivasi di kalangan Orang Asli boleh diadakan untuk memberi motivasi kepada

ibu bapa Orang Asli supaya mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Contohnya,

Jawatankuasa program outreach pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran boleh mengadakan ceramah motivasi pendidikan kepada masyarakat Orang Asli.

Program berkenaan membantu Orang Asli supaya tanggapan negatif mereka yang berpegang

kepada pepatah ulat dalam batu pun boleh hidup dapat dihapuskan. Kegagalan Orang Asli dalam

pelajaran kerana mereka memandang hidup dengan mudah, asal cukup garam dan gulanya. Apa

yang diperlukan oleh anak Orang Asli sebenarnya ialah motivasi. Segala kemudahan sudah

disediakan oleh kerajaan, tetapi masih gagal mendorong mereka berlari sederas bangsa-bangsa

lain.

Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan sebuah badan bagi memenuhi kehendak Orang

Asli ini yang tidak dapat bersaing untuk mendapat akses kepada pelajaran tinggi, dan pusat

pendidikan yang disediakan untuk mereka perlu mencukupi dari segi jumlah dan kualiti. Selain

itu, pihak kerajaan harus sentiasa memastikan bantuan kewangan, bantuan Skim Pinjaman Buku

Teks dan bantuan-bantuan lain sentiasa mencukupi dan dibahagi secara adil kepada mereka bagi

mengatasi masalah kemiskinan yang mengakibatkan mereka tidak bersekolah. Kemudahan

pendidikan dan infrastruktur perlu disediakan dengan segera sekiranya terdapat kekurangan.

Contohnya, sebuah asrama Orang Asli dengan serta-merta akan dibangunkan di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di Batu 8, Pekan.

40

Page 41: Lawatan Orang Asli

Untuk mengatasi masalah ketidakcekapan agensi-agensi penyelia dalam mengendalikan

pendidikan untuk Orang Asli, maka satu rangkaian perhubungan pintar dan berdisiplin perlu

dibentuk antara agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran yang berteraskan falsafah buang yang keruh, ambil

yang jernih.

Program khas murid orang asli perlu dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk

memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas

lisan, membaca dan menulis.

Untuk membaiki kelemahan sistem pendidikan orang asli, semua jabatan kerajaan

seharusnya bekerjasama untuk membangunkan satu strategi umum terhadap penglibatan

menyeluruh. Pihak kerajaan (pusat, wilayah dan daerah) dan pihak sekolah sepatutnya

mewujudkan dan mengadakan sesi dialog dengan pihak komuniti Orang Asli.

41

Page 42: Lawatan Orang Asli

BAB VI

LAMPIRAN

6.1 RUJUKAN

Hasan Mat Nor. Pendidikan dan Masa Depan Komuniti Orang Asli.

Hapsah. 2005. Sejarah Kewujudan Orang Asli di Malaysia.

http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=420

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Kemajuan.

http://www.jheoa.gov.my/v2/bm/index.php?

option=com_content&task=view&id =37&Itemid=60

Utusan Malaysiawww.utusan.com.my

Supian Ali, Hairunnizam Wahid, Poo Bee Tin dan Zulkefly Abdul Karim (2000). Ekonomi

Dasar Sosial. Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM.

Rancangan Malaysia KE-9 dan Pelbagai Tahun.

Colin Nicholas. 2006. The State of Orang Asli Education and its Root Problems.

Robert B. Bradfield. 1972. Food taboos among the Orang Asli in West Malaysia:

a potential nutritional hazard. The American Journal of Clinical Nutrition 25: Ogos

1972, pp. 789-799.

42

Page 43: Lawatan Orang Asli

6.2 ARTIKEL

Utusan Malaysia, 20/09/2006

Pendidikan Orang Asli perlu motivasi

Oleh: WAHID HASHIM

LAPORAN KHAS PENDIDIKAN ORANG ASLIBAHAGIAN 2KENAPA orang Sikh yang dahulu bekerja sebagai penjaga lembu, dan lebih minoriti statusnya, lebih cepat maju dalam akademik beranding anak-anak Orang

Asli?

Apakah mitos tentang anak Orang Asli dahulu masih sama seperti sekarang?

Penulis tidak percaya anak Orang Asli tidak boleh berjaya dan mereka perlu diberi `keistimewaan berbanding kaum lain untuk berjaya.

``Ibu beri saya duit poket RM1 setiap

hari ke sekolah, kata anak Orang Asli, Lee Zhen San, murid Tahun 4M Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di Pekan, Pahang.

Sebagai seorang bapa yang tinggal di Klang, Selangor, yang juga memberikan anak RM1 sehari sebagai belanja ke sekolah, saya merasakan tiada beza sangat tentang anak sendiri dengan anak Orang Asli yang saya temui ini.

``Ibu bapa kamu kerja apa?

``Mereka ke hutan setiap hari, mencari hasil hutan, kata Zhen San. Zhen San ialah pengawas di sekolahnya.

Seratus peratus rakan-rakannya ialah Orang Asli.

Dalam peperiksaan baru-baru ini, Zhen San mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

``Kamu suka ke sekolah?, saya bertanya.

``Suka, katanya sepatah.

Penulis teringat perbualannya dengan beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan tentang komitmen anak Orang Asli yag kononnya sangat rendah.

Secara rawak saya bertanya kepada beberapa anak Orang

Asli di Chini sama ada mereka suka atau tidak ke sekolah. Mereka memang mahu ke sekolah pada setiap hari.

Rakan sekelas Zhen San, Hasdika a/k Khalid berkata, dia hanya tidak ke sekolah pada Hari Buah (hari menuai hasil hutan) iaitu pada sekitar Julai dan Disember, iaitu musim buah durian dan rambutan.

43

Page 44: Lawatan Orang Asli

Kalau meninjau kepada kemudahan yang telah disediakan untuk mereka, memang tiada masalah sedikit pun yang dapat menghalang anak-anak Orang Asli ini bersekolah dan menimba ilmu setinggi mana yang mereka mahu.

Tetapi begitu jadinya?

Guru Hal Ehwal Murid SK Runchang, Mohd Ali Abas tidak merasai sebarang kekurangan dari segi kedatangan atau komitmen murid, guru dan ibu bapa disekolah yang seratus peratus ialah anak Orang Asli itu.

SK Runchang kini mempunyai 329 murid - kebanyakannya anak Jakun - tidak banyak perbezaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bilangan ini, kata Mohd Ali, adalah stabil dan tidak menunjukkan pola bertambah atau berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tahun ini terdapat 50 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bilangan gurunya 23 orang dan kesemuanya bukan anak tempatan. Kata Mohd Ali, ada dua guru Orang Asli di situ, tetapi bukan kaum pribumi tempatan.

Katanya, hampir kesemua murid disekolah itu menerima bantuan KumpulanWang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak RM200 seorang serta bantuan lain seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

``Sebahagian yang tidak menerima bantuan ialah anak tauke, katanya. Tauke merujuk kepada gadis Orang Asli yang berkahwin dengan peniaga. Ditanya tentang masalah ponteng, Mohd Ali menganggap perkara itu sebagai ``biasa. ``Biasanya mereka akan ponteng apabila ada kenduri-kendara.

Malam mereka `rewang, esok pagi pada kebiasasannya tidak ke sekolah, ujar beliau. Prof Madya Dr. Juli Edo menganggap kegagalan Orang Asli dalam pelajaran kerana mereka memandang hidup dengan mudah.

``Keperluan hidup mudah sahaja, cukup garam dan gulanya sudah, kata beliau. Dr. Juli berada di Chini untuk memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya mementingkan pendidikan anak-anak mereka.

Beliau sendiri ialah anak Orang Asli suku Semai dari Perak. Kalau penulis mempercayai beliau, maka penulis boleh membuat rumusan apa yang diperlukan oleh anak Orang Asli sebenarnya ialah motivasi. Segala kemudahan sudah disediakan oleh kerajaan, tetapi masih gagal mendorong mereka berlari sederas bangsabangsa lain. Kalau penulis ditanya apakah ciri yang dimiliki oleh minoriti Sikh di negara ini berbanding Orang Asli, maka jawapannya ialah kemahuan serta motivasi.Dr. Juli mencetuskan mitos yang biasa tentang sifat atau pandangan Orang Asli iaitu tentang hal duniawi tidak penting. Perkara itu ialah tidak perlu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa-apa sijil untuk panjat pokok petai.

Jadi bilangan yang ramai ke sekolah rendah sebenarnya tidak menggambar kanapa-apa tentang kemajuan akademik akananak

Orang Asli. Jadi saranan kerajaan supaya kita mencari orang miskin untuk dibantau ke sekolah tidak begitu terpakai untuk anak-anak Orang Asli. Hal ini mungkin sebahagian besarnya hilang minat setelah mencapai usia 16 tahun. Sebagai buktinya, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Khas) Kementerian Pelajaran, Datin Rahimah Ghazali memberitahu, menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sebanyak 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan ketingkatan lima.

Menurut beliau, kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid Orang Asli ini merupakan satu isu yang perlu ditangani secara bersama-sama bagi memenuhi inspirasi pendemokrasian pendidikan.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Program Out-reach Pendidikan Khas dan Lawatan Kerja Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak-Anak Orang Asli di Kawasan Chini, daerah Pekan, Pahang Darul Makmur.

Program dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran. Program ini merupakan satu usaha yang julung kali dijalankan untuk sekolah dan masyarakat Chini, Pahang dalam mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas serta melihat secara lebih dekat masalah dan isu yang timbul berkaitan dengan pendidikan dengan golongan itu.

44

Page 45: Lawatan Orang Asli

Program turut disertai agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Dalam Negeri, JHEOA, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, Jabatan Penyiaran Pahang, Jabatan Perhutanan Pahang, beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaaan (NGO).

Program bermula 18 September hingga 23 September.

Utusan Malaysia 19/09/2006

Anak Orang Asli masih terbiar

Oleh: WAHID HASHIM

Laporan Khas Pendidikan Orang AsliBAHAGIAN 1ANAK Orang Asli - sebagai warga berstatus bumiputera - juga berhak dibela. Dalam prinsip pendemokrasian pendidikan, mereka berhak ke sekolah dan mendapat bantuan penuh.

Persoalannya, setelah 49 tahun merdeka, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan - atau langsung tidak mahu ke sekolah?

Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim panen buahbuahan.Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.`Sekolah’ bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya. Jika dipujuk pun, mungkin mereka akan datang sekejap ke

sekolah. Sebahagiannya enggan langsung. Bukan salah anak Orang Asli jadi begitu. Hal ini kerana

hutan ialah `institusi’ mereka.

Seisi keluarga ialah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk - bukan seperti kita yang beruntung mendapat gaji bulanan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang

Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Gandingan sikap terhadap sekolah serta kanak-kanak berkeperluan khas ini memerlukan tindakan yang kolektif daripada beberapa jabatan.

Sehubungan itu, sepanjang minggu ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Outreach Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang

Asli di kawasan Chini, Pahang. Program serampang dua mata ini membawa misi mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas dan memujuk anak Orang Asli supaya bersekolah.

Pelbagai agensi kerajaan berganding bahu melaksanakan program ini - masing-masing ada tugasan sendiri.

45

Page 46: Lawatan Orang Asli

Melapah hati nyamuk secara saksama ini dapat mengelakkan tuduh-menuduh serta kias dan pulas pada kemudian hari.

Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

Memang wajar tindakan yang kolektif itu. Fenomena kanak-kanak tercicir daripada alam persekolahan jika berlaku di Malaysia, akan dianggap `luar biasa’. Walau bagaimanapun, hal ini bukan mustahil kerana ada bayi baru tidak didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Malaysia telah menyediakan infrastruktur yang cukup lengkap untuk persekolahan, sehingga kerajaan telah menetapkan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa mulai tahun 2003 (Seksyen 29A Akta Pendidikan

1996/ Akta 550). Walaupun begitu, berlaku ketidakselarasan antara pendaftaran kanak-kanak ke sekolah dengan bilangan keseluruhan kanak-kanak yang layak di negara ini.

Kementerian Pelajaran telah menyarankan Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.Faktor perencat dalam komuniti Orang Asli perlu dikikis kalau mahu wawasan ini dicapai.

Matlamat Kementerian Pelajaran adalah untuk menyediakan peluang pelajaran formal kepada semua kanak-kanak, termasuk yang berada di pedalaman. Di peringkat Kementerian Pelajaran, tanggungjawab itu diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan itu mengenal pasti, ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak berpendidikan khas yang menetap di pedalaman berkemungkinan mengalami kesukaran, atau

dengan sengaja tidak mahu mendaftarkan anak-anak mereka bersekolah oleh sebab beberapa faktor.

Antara faktornya ialah jarak antara tempat tinggal dengan sekolah yang terlalu jauh, taraf sosioekonomi yang rendah, serta tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak kurang upaya.

*BERKHEMAH DI CHINI

Chini mempunyai populasi kanak-kanak Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih 300 kanak-kanak Orang asli sekitar Chini. Menurut Kementerian pelajaran, salah satu cara mengatasi masalah berkenaan ialah memberi definisi baru konsep persekolahan (redefine schooling), dengan mengambil kira

perspektif sosio budaya ekonomi masyarakat itu sendiri. Cadangan redefining schooling dan lawatan

kerja itu selaras dengan pendemokrasian pendidikan dan dasar Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara lokasi, tahap sosio ekonomi dan tahap keupayaan murid.

Kajian dakan diadakan di SK Runchang dan SK Tasik Chini. - Bersambung

Utusan Malaysia 04/04/2000

Tingkatkan teknologi pendidikan Orang Asli

KUALA LUMPUR 3 April - Kerajaan diminta meningkatkan mutu pendidikan dan penguasaan teknologi di kalangan

masyarakat Orang Asli di negara ini.

Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) berkata, langkah ini perlu memandangkan fenomena tidak pergi ke sekolah

dan gagal dalam peperiksaan telah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat Orang Asli.

46

Page 47: Lawatan Orang Asli

''Mereka tidak berminat untuk hadir ke sekolah disebabkan persekitaran yang tidak menggalakkan ditambah pula

oleh pengaruh generasi terdahulu,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2000 peringkat

jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembangunan negara pada masa hadapan yang sangat

bergantung kepada mutu pendidikan dan teknologi yang dikuasai oleh penduduknya.

Menurut Husni, antara langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

ialah dengan melantik lebih ramai kakitangan dan pegawai jabatan berkenaan daripada kalangan anak Orang Asli.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai anak Orang Asli ke sekolah untuk mendapat

pendidikan tinggi, malah mengatasi masalah keciciran yang berlaku.

Tambahan pula katanya, pelantikan ini juga akan dapat membantu kerajaan merangka program pembangunan yang

lebih komprehensif untuk golongan berkenaan memandangkan pegawai-pegawainya terdiri daripada kaum tersebut.

''Mereka ini lebih memahami kehendak suku kaum mereka. Pelantikan mereka juga boleh dijadikan model kepada

anak-anak Orang Asli yang lain,'' katanya.

Husni turut mempersoalkan masa hadapan Orang Asli yang semakin tersisih daripada masyarakat kelompok utama

di negara ini berikutan penempatan mereka yang jauh di pedalaman.

Pandangan serupa turut disuarakan oleh Datuk Yap Pian Hon (BN-Serdang) yang antara lain mempersoalkan

kelewatan kerajaan mewartakan tanah milik Orang Asli di Sungai Rasau di Kepong.

Beliau turut mempersoalkan program-program pembangunan khusus untuk Orang Asli yang dirangka kerajaan dalam

mengatasi masalah sosial dan pendidikan di kalangan masyarakat itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tekhee @ Tiki Anak Lafe

ketika menggulung perbahasan berkata, kerajaan sedang melaksanakan program Stay with the School di kalangan

anak-anak masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu dirangka khusus untuk menanam minat belajar di kalangan anak-anak Orang Asli

sebagai salah satu usaha mengatasi masalah keciciran dan meningkatkan taraf pendidikan masyarakat tersebut.

''Program pendidikan seperti stay with the school sedang diatur untuk mengatasi masalah keciciran,'' katanya.

Mengulas tentang pelantikan anak-anak Orang Asli sebagai kakitangan JHEOA pula, Dr. Tekhee berkata,

kementeriannya sememangnya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan.

''Kementerian sememangnya berusaha agar lebih banyak anak Orang Asli diletakkan di JHEOA. Kini, satu pertiga

daripada kakitangan jabatan terdiri daripada anak-anak Orang Asli,'' katanya.

47

Page 48: Lawatan Orang Asli

6.3 RUJUKAN CD

48