lawatan sambil belajar ke sksbus malaysia sdn. bhd. · dipandu dengan selamat di jalan raya....

3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD. Satu Lawatan sambil belajar telah diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkenaan aplikasi ilmu dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari berkaitan proses rekabentuk, proses fabrikasi, proses pemasangan, proses pembentukkan, proses pengujian dan beberapa lagi proses sebelum sesuatu kenderaan khususnya bas, dapat dibina dan dikeluarkan serta dapat dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 10 Februari 2014 bersamaan hari Isnin dengan jayanya. Antara objektif yang disasarkan pada lawatan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi pemasangan termaju (melibatkan proses kimpalan, pemesinan dan fabrikasi) masa kini yang terdapat di SKSBUS khususnya dan Malaysia amnya, memberi idea awal kepada para pelajar terhadap laluan kerjaya mereka berdasarkan kepada keperluan-keperluan tenaga kerja mahir bagi sesebuah kilang, menyuntik inspirasi dan motivasi para pelajar untuk terus fokus dalam memantapkan kemahiran sedia ada dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan. Lawatan kali ini, disertai oleh pelajar dari semester 1, seramai 39 orang dan 6 orang pensyarah pengiring. Gambar Lawatan a) Wakil syarikat En. Zaidi memberi penerangan ringkas sebelum melawat ke tapak pemasangan bas. b) Lawatan ke tapak fabrikasi bas oleh pensyarah pengiring dan para pelajar. c) Lawatan ke kawasan pemasangan pendawaian elektrik dan penghawa dingin yang di ketua sendiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteran Mekanikal, PNS, En. Agus. d) Lawatan ke tapak pembentukkan badan bas

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

40 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD. · dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD.

Satu Lawatan sambil belajar telah diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkenaan aplikasi ilmu dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari berkaitan proses rekabentuk, proses fabrikasi, proses pemasangan, proses pembentukkan, proses pengujian dan beberapa lagi proses sebelum sesuatu kenderaan khususnya bas, dapat dibina dan dikeluarkan serta dapat dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 10 Februari 2014 bersamaan hari Isnin dengan jayanya. Antara objektif yang disasarkan pada lawatan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi pemasangan termaju (melibatkan proses kimpalan, pemesinan dan fabrikasi) masa kini yang terdapat di SKSBUS khususnya dan Malaysia amnya, memberi idea awal kepada para pelajar terhadap laluan kerjaya mereka berdasarkan kepada keperluan-keperluan tenaga kerja mahir bagi sesebuah kilang, menyuntik inspirasi dan motivasi para pelajar untuk terus fokus dalam memantapkan kemahiran sedia ada dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan. Lawatan kali ini, disertai oleh pelajar dari semester 1, seramai 39 orang dan 6 orang pensyarah pengiring.

Gambar Lawatan

a) Wakil syarikat En. Zaidi memberi penerangan

ringkas sebelum melawat ke tapak pemasangan bas.

b) Lawatan ke tapak fabrikasi bas oleh pensyarah

pengiring dan para pelajar.

c) Lawatan ke kawasan pemasangan pendawaian

elektrik dan penghawa dingin yang di ketua

sendiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteran

Mekanikal, PNS, En. Agus.

d) Lawatan ke tapak pembentukkan badan bas

Page 2: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD. · dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang,

e) Lawatan ke tapak penyimpanan kerangka bas.

f) Lawatan ke kawasan fabrikasi kerangka bas

g) Wajah kerangka SCANIA sebelum disarungkan

dengan badan utama bas.

h) Lawatan ke kawasan utama badan bas disimpan.

i) Pelajar diberi penerangan oleh En. Zaidi

berkenaan dengan pemasangan bahagian

dalaman bas.

j) En. Sabri menerangkan serba ringkas berkenaan

dengan rekabentuk corak bas berdasarkan

kepada corak lukisan yang dihasilkan.

Page 3: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD. · dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang,

k) Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En Agus

menyampaikan sedikit cenderhati kepada wakil

syarikat En. Zaidi.

l) Gambar kenangan para pelajar dan pensyarah

pengiring bersama wakil syarikat, En. Zaidi.