laporan lawatan fizik

3

Click here to load reader

Upload: nur-adilah

Post on 27-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: laporan lawatan fizik

Lawatan Bermaklumat ke Kawasan Pencerapan dan Geologi di Melaka

Dikemukakan Oleh:Jawatankuasa Lawatan

Opsyen SainsProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5

Ambilan Januari 2011Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.

Pada Khamis, 14 Mac 2013, semua pelajar PISMP Sains Ambilan Januari 2011

telah berkumpul di garaj bas IPG Kampus Tun Hussein Onn. Bas bertolak ke Melaka

pada jam 12.30 tengah hari. Setelah dua jam setengah perjalanan, kami tiba di Tanjung

Bidara. Di sana, pelajar telah diterangkan mengenai kejadian struktur fizikal pantai

seperti benteng, tanjung, teluk dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga telah mencari

pelbagai jenis batuan untuk dianalisis kelak.

Setelah menjamu selera di sebuah kedai makan, kami tiba di pusat penginapan

Balai Cerap Falak Al- Khawarizmi pada jam 5.30 petang. Setelah diberi taklimat ringkas

oleh Encik Zulkefli, kami masuk ke tempat kediaman masing-masing untuk persiapan

diri. Pada jam 8.00 malam kami telah berkumpul di Balai Cerap Falak Al- Khawarizmi

untuk aktiviti pencerapan bulan dan bintang. Kami telah diberi taklimat mengenai aktiviti

pencerapan bulan dan bintang sepanjang tahun. Pencerapan bulan dan bintang adalah

berbeza setiap hari dan mengikut tempat. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri

bagaimana pencerapan bulan dilakukan oleh pengkaji bulan dan bintang. Kami telah

melihat planet musytari yang kelihatan seolah-olah sebuah bintang yang dekat dengan

bulan.

Selain itu, kami juga telah mengetahui bagaimana pencerapan bintang yang

dilakukan secara manual menggunakan peta bintang. Kami juga telah mengetahui

Page 2: laporan lawatan fizik

mengenai sinaran matahari maksima yang penyebabkan pemanasan global terhadap

seluruh dunia. Setelah itu, kami juga telah melawat galeri di bahagian bawah bangunan

cerap mengenai pelbagai fenomena angkasa seperti kelahiran bintang, fasa bulan, fasa

pembentukan gerhana matahari, kejatuhan meteorit ke dalam bahagian udara dan

sebagainya. Aktiviti kami berakhir pada jam 11.30 malam dan semua pelajar telah ke

tempat penginapan masing-masing.

Keesokan harinya, pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 kami telah sampai di tempat

Perigi Hang Tuah pada jam 8.30 pagi. Di sana kami telah mendapati bahawa air perigi

tersebut sangat jernih dan batuan yang digunakan untuk membina perigi tersebut

berwarna merah dan permukaan batu yang tidak rata. Lawatan diteruskan dengan

lawatan ke Planetarium Melaka selepas menunaikan sembahyang Jumaat. Kami sedikit

kecewa kerana tayangan tiga dimensi tidak dapat ditayangkan kerana proses naik taraf.

Walaubagaimanapun pihak Planetrarium Melaka telah mengadakan kuiz mengenai

pameran yang diadakan di bahagian galeri. Pemenang kuiz telah dimenangi oleh

kumpulan Ainil Husna. Mereka telah mendapat t-shirt dan kad planet-planet.

Pada jam 3.00 petang, kami telah tiba di Kota A Famosa untuk mengkaji batuan

yang digunakan untuk membina bangunan Kota A Famosa tersebut. kami juga telah

melihat sendiri duit syiling lama yang menggunakan logam asli yang masih lagi

disimpan oleh beberapa individu yang mencintai barang-barang antik. Lawatan diakhiri

dengan lawatan ke Kolam Air Panas, Jasin untuk mengalami sendiri bagaimana

pembentukan kolam air panas. Kami juga telah mengetahui keistimewaan air panas

yang mengandungi kandungan yang tertentu yang boleh membantu beberapa penyakit

seperti penyakit kulit, masalah peredaran darah dan sebagainya. Pada jam 7.00

petang, kami telah tiba di IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan selamat.