laporan ketua ajk sukan badminton (kl format)

Upload: jack-warior

Post on 10-Jan-2016

286 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Laporan Ketua AJK Sukan Badminton

Nama:JACKWARIOR JACKOL

No Kad Pengenalan:930904-12-5203

Kumpulan / OpsyenJawatan :

:

PISMP PJ 1113

AJK Sukan Badminton

Sukan Badminton diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi proforma bagi subjek WAJ 3131(Persatuan). Sukan ini diadakan adalah bagi melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme sekaligus merealisasikan salah satu prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat perpaduan antara guru pelatih, staf dan pensyarah di IPG Kampus Tun Abdul Razak.

i. SEBELUM Sebelum Sukan Badminton Peringkat IPGKTAR dijalankan, para guru pelatih PISMP PJ 1113 ambilan Januari 2013 telah mengadakan perjumpaan bagi membentuk ahli jawatankuasa tertinggi dalam menjayakan sukan tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, saya telah diberi kepecayaan oleh rakan-rakan saya untuk memegang jawatan sebagai ketua ajk badminton. Pada hari tersebut, saya telah memilih beberapa ajk kecil bagi membantu saya dalam menjayakan . Pada hari tersebut, saya dan penolong saya Ras Anisha Binti Rashid telah memilih beberapa ajk kecil antaranya ialah ajk urusetia, ajk persiapan gelanggang dan peralatan, ajk hadiah, ajk kepegawaian dan kepengadilan, ajk keselamatan, ajk dokumentasi dan ajk kebajikan. Dengan adanya ajk kecil, ia membantu menjayakan kejohanan tersebut.Kami telah membuat surat peminjaman Dewan Sri Samarahan sebagai lokasi permainan dan menghantarnya kepada pengarah tetapi tidak dapat diluluskan kerana dikuatiri lantai dewan akan rosak. Oleh kerana itu, saya dan ajk yang lain telah membuat perjumpaan sekali lagi. Melalui perjumpaan tersebut, saya dan rakan yang lain sebulat suara menyokong lokasi permainan badminton dijalankan di Gimnasium bagi menjayakan sukan berkenaan. Saya juga telah membuat perjumpaan dengan setiap ajk kecil bagi menerangkan dengan lebih lanjut bidang tugas mereka dalam menjayakan sukan ini sambil memantau perkembangan tugas mereka. Saya juga memastikan ajk persiapan tempat dan peralatan dan sebagainya menjalankan tugas mereka masing-masing. Kami juga telah bersetuju untuk menyediakan satu stesen penjualan bulu tangkis semasa sukan badminton tersebut.

ii. SEMASAPada hari sukan badminton tertutup IPGKTAR, saya dan beberapa ajk turun awal bagi memastikan setiap kelengkapan telah disediakan dengan sepenuhnya dan setiap ajk memainkan peranan masing-masing. Sebelum memulakan sukan badminton, kami sebagai pengajur memastikan semua pelajar, staf dan pensyarah yang hadir mendaftarkan diri. Selepas sahaja selesai sesi pendaftaran, satu taklimat disampaikan terlebih dahulu. Antara perkara yang disampaikan dalam taklimat tersebut adalah:1. Peserta harus mendaftar sebelum memulakan permain badminton.2. Sistem pertandingan.3. Jenis bulu tangkis yang dibenarkan.4. Kesihatan5. Menjaga tingkah laku.6. Menjaga kebersihan tempat pertandingan.Selepas sahaja peserta selesai mendaftarkan diri, sukan badminton diteruskan. Semasa sukan tersebut, saya memastikan ajk urusetia, ajk persiapan gelanggang dan peralatan, ajk kepegawaian dan kepegadilan melaksanakan tugas. Saya selaku ketua ajk sukan badminton membuat rondaan bagi memastikan tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang kejohanan tersebut. Sebaik sahaja peserta selesai menghabiskan sukan badminton, sesi penyampaian hadiah dijalankan.

iii. SELEPASKami telah mengadakan gotong-royong sebaik sahaja pertandingan selesai bagi memastikan kawasan yang telah digunakan dalam keadaan bersih dan teratur. Setiap ajk memastikan setiap peralatan yang dipinjam hendaklah dihantar dan dikembalikan semula. Kami juga telah mengadakan post-mortem di gimnasium bersama ahli-ahli ajk badminton bagi mengenalpasti kelemahan ataupun kekurangan yang berlaku semasa sukan tersebut. Dalam kesempatan tersebut, saya memastikan setiap ketua ajk membuat laporan mengenai program tersebut berdasarkan peranan masing-masing. Selain daripada itu, setiap penganjur dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang penganjuran kejohanan sukan tersebut.

Disediakan oleh,...............................(JACKWARIOR JACKOL)AJK Sukan Badminton,PIMSP PJ 1113,IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan,Sarawak.

Kekurangan, Kelebihan Dan Cadangan Penambahnaikan Sukan BadmintonTerlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana pengelolaan Sukan Badminton Tertutup peringkat IPGKTAR dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah dirancang. Saya berpuas hati kerana kejohanan badminton ini dapat saya dan rakan-rakan seperjuangan laksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Tujuan pengelolaan sukan badminton ini dijalankan adalah untuk memenuhi proforma kursus WAJ 3131(Persatuan). Aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah, staf dan guru pelatih.Pada 21-25 Julai 2015 saya bersamabeberapa orang guru pelatih IPGKTAR telah membuat satu sukan badminton tertutup IPGKTAR. Tujuan pengelolaan sukan ini adalah untuk melengkapi kursus WAJ 3131(Persatuan). Sebelum mengelolakan sukan badminton, kami sekelas telah membuat perbincangan dan perjumpaan untuk memilih ahli jawatankuasa serta mengetahui peranan ajk masing-masing.

i. Kekuatan

1. Dalam sukan badminton tertutup IPGKTAR mendapat ramai sambutan dan ramai penyertaan dari golongan pelajar, staf dan penyarah. 2. Semasa menjalankan sukan badminton tertutup peringkat IPGKTAR pengajur menepati masa datang awal ke tempat pertandingan sebelum peserta tiba.3. Terdapat minuman percuma disediakan oleh penganjur kepada peserta.4. Terdapat stesen penjualan bulu tangkis.5. Kebersihan kawasan kejohanan badminton dijaga dengan baik.

ii. Kelemahan1. Kelemahan yang pertama adalah memikirkan tarikh yang sesuai perlaksanaan sukan badminton. Kami sekelas berusaha mencari tarikh yang sesuai untuk melaksanakan sukan badminton kerana banyak aktiviti IPG yang perlu dilaksanakan pada semester ini 2. Kelemahan yang kedua adalah lokasi bagi sukan badminton tidak mendapat kelulusan maka lokasi yang telah dirancang perlu diubah.3. Kelemahan ketiga adalah keadaan langsir gimnasium yang tidak dipasang menyebabkan peserta silau semasa bermain badminton.4. Kelemahan keempat adalah terdapat beberapa mentol di gimnasium tidak berfungsi dengan baik menyebabkan ada sesetengah tempat gimnasium kelihatan gelap lalu menyusahkan peserta melihat bulu tangkis.5. Kelemahan kelima adalah terdapat beberapa orang yang betugas sebagai penjaga garisan tidak peka terhadap permainan sehingga tidak tahu sama ada bulu tangkis itu masuk ataupun tidak.6. Ajk badminton keliru dalam menganalisis keputusan pertandingan.7. Ajk badminton kurang mahir dalam merangka jadual perlawanan.

iii. Cadangan Penambahbaikan1. Masalah mencari tarikh yang sesuai boleh diatasi dengan merujuk kepada penyarah-penyarah yang lain supaya sesuatu aktiviti tidak berlanggar walaupun tidak ada takwim yang lengkap.2. Lokasi sukan perlu dipertimbangkan.3. Untuk mengelakkan peserta pertandingan badminton tidak silau, langsir haruslah dicari dan dipasang.4. Untuk mengatasi beberapa bahagian gimnasium yang kelihatan gelap sehingga menyusahkan peserta melihat bulu tangkis, boleh memohon kepada pihak tertentu agar masalah dapat diatasi. 5. Kelemahan kelima iaitu terdapat beberapa orang yang betugas sebagai penjaga garisan tidak peka terhadap permainan sehingga tidak tahu sama ada bulu tangkis itu masuk ataupun tidak dapat diatasi dengan melantik umpire yang tegas. Umpire berkuasa memberi amaran kepada penjaga garisan sekiranya penjaga garisan tidak peka dan leka terhadap tanggungjawabnya. 6. Ajk badminton perlulah mempunyai pengetahuan dalam menganalisis keputusan pertandingan.7. Ajk badminton perlu diberi pendedahan dalam merangka jadual perlawanan.

Disediakan oleh,...............................(JACKWARIOR JACKOL)AJK Sukan Badminton,PIMSP PJ 1113,IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan,Sarawak.