tugasan badminton

Download Tugasan Badminton

Post on 25-Sep-2015

47 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jjjj

TRANSCRIPT

CSG 2041GROUP BTUGASAN BERKUMPULAN

GROUP BLOCKSHOT

NAMA PENSYARAHEN MUHAMMAD FARID BIN ABDUL RASHID

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

NAMANO/KAD MATRIK

MOHAMAD FARID BIN ABU HASSAND20141067909

BONNIE BONGD20141067398

LIM HUI YINGD20131064755

NORHASMIERA BT ABDULLAHD20131064003

NURUL AZLIZA BT RAMLEED20131063374

NURFATIN ATHIRAH BT ZULKULNAIND20131063636

NUR FATANAH BTA ADZUAND20141066208

NUR HARDIAYANA BT ABD.TALIBD20122062001

NURHIMA BT JIMYD20122062014

NURUL ATIKAH BT BAKARD20131063326

LOKMANUL HAKIM BIN ABD LATIPD20132065206

WENDY CHUNG CHOO WEND20131063462

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BADMINTON

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yangdikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di PulauPinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light.Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. DiMuzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan jugapegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atauperaturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanyasekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainanmereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.

Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan.Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawabkepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presidenpertamanya ialah J.L Woods dari Perak.Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkatseparuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 1957 Eddy Choongmenjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan namaMalaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas.Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadiacara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsadan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpiktahun 1996.Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorangpemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABMditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil.Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badmintonditempatkan di SSBJ.

PERALATAN BADMINTON

PAKAIAN DAN KASUT

Baju,seluar pendek, kasut tergolong dalam aksesori utama. Pengikat tangan, ikat kepala, pelapik lutut sebagai aksesori tambahan. Kasut badminton haruslah baik & selesa dipakai agar pemain dapat bergerak, majuke hadapan atau mundur tanpa tergelecek.RAKET

Diperbuat daripada bahan grafit(graphite), walaupun masih ada yang dibuat dari bahan aluminium atau besi ringan. Memiliki string yang dibuat dari senar, berupa tali plastik sintetis. Senar yang baik adalah senar yang biasa dipasang dengan regangan yang kuat tetapi tidak mudah putus, agar raket dapat memantulkan bola tangkis yang dipukul dengan kencang atau laju.

BULU TANGKIS

Diperbuat daripada bulu angsa atau plastik. Berat bulu tangkis standard lebih kurang 5.67 gram. Bulu angsa yang terikat di gabus yang dibungkus kulit berwarna putih berjumlah antara 14-16buah, dan diikat dua tali agar tidak mudah terlepas. Bulu tangkis jenis bulu angsa adalah untuk kejuaraan rasmi. Bulu tangkis jenis plastik adalah untuk latihan sahaja

JARING(NET)

Tingginya adalah 155 cm. Merupakan pembahagi jaring yang merentangi antara dua bidang permainan yang diikatkan pada tiang. Tiang itu haruslah kukuh, supaya jaring yang dibentangkan tidak akan kendur apabila ditarik dan tegang agar lurus.

GELANGGANG

Ruangan seluas kira-kira 12 X 20 meter. Tempat terbuka akan mengalami gangguan angin. Tempat tertutup(beratap) tiada gangguan angin.

UKURAN GELANGGANG

Lapangan berukuran 6.1 x 13.4 m, dibahagikan dalam kawasan tertentu. Dua sisi berlawanan. Ada garis tunggal, ada garis ganda, ada ruang yang memberi jarak antara pelaku dan penerima servis. Berbentuk persegi panjang dan mempunyai ukuran . Garis-garis yang ada mempunyai ketebalan 40 mm dan harus berwarna kontra terhadap warna lapangan. Warna yang disarankan untuk garis adalah putih atau kuning. Permukaan lapangan disarankan dibuat dari kayu atau bahan sintetis yang lembut. Permukaan lapangan yang dibuat dari beton atau bahan sintetik yang keras sangat tidak dianjurkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemain. Jaring setinggi 1,55 m berada tepat di tengah lapangan. Jaring harus berwarna gelap kecuali bibir jaring yang mempunyai ketebalan 75 mm harus berwarna putih.

KEJOHANAN YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN BADMINTON YANG DIBAWAH PENGELOLAAN BWF

PIALA THOMAS

Sejarah Perlawanan Piala ThomasKejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton yang bertaraf antarabangsa untuk pasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap 3 tahun sekali sejak diperkenalkan pada tahun 1949 dan diubah kepada 2 tahun sekali pada 1984 hingga kini kekal sebagai acara dwitahunan badminton.Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939. Kejohanan pertama diadakan diQueen's Hall,Preston,England.Malayamemenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskanDenmark8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dariAsia.Indonesiatelah memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikutiChina(tujuh kali) danMalaysia(lima kali). Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali bagaimanapun tidak pernah sekali pun memenanginya.Manakala bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun1984kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Negara Juara Piala ThomasSejak diperkenalkan pada kejohanan sulung 1949, hanya tiga negara sahaja yang menjuarai Piala Thomas. Kesemua negara terbabit adalah dari rantau Asia. Daripada tiga negara terbabit Indonesia lebih unggul apabila menjuarai Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (lapan) dan Malaysia (lima).Berikut merupakan senarai juara Piala Thomas sejak kejohanan tersebut dianjurkan pada tahun 1949 sehingga edisi terakhir 2010 di Kuala Lumpur.BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG KEJOHANAN PIALA THOMAS

PIALA UBERPiala Uber didapat dari nama Sang legendaris Bulu Tangkis dari Inggris di era 1930-an iaitu Betty Uber. Bentuk Piala Thomas Uber berbentuk bola dunia yang pada bahagian atasnya terdapat patung pemain bulu tangkis wanita yang sedang mengayunkan raket. Piala ini juga terbuat dari perak dengan tinggi kurang lebih 18 inci dan dibuat oleh Messrs Mappin & Webb di London.

Piala Uber pertama pada tahun 1956 dimenangi oleh Amerika Serikat setelah mengalahkan pasukan piala Uber dari Denmark yang berlangsung di Lancashire pada tahun 1956/5. Dan pada tahun 1984 kejuaran Thomas dan Uber Cup disatukan alias dibarengi. Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup masing-masing melibatkan 12 pasukan, termasuk pasukan tuan rumah dan juara bertahan. Tuan rumah dan juara bertahan langsung lolos ke babak final, sedangkan 10 pasukan lainnya adalah mereka yang memenangi kualifikasi regional (Asia, Eropa, Oceania, Pan-Amerika, dan Afrika). Babak final kedua pertandinagn itu sering disebut sebagai pusingan Final Piala Thomas & Uber. Tapi pada tahun 2010, BWF mengumumkan bahawa keduanya akan terpisah.

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG KEJOHANAN

SEJARAH PIALA SUDIRMANKejuaraan Beregu Campuran Senior, kejuaraan ini diambil International Badminton Federation (IBF), nama BWF dulu, pertama kali dipertandingkan sejak tahun 1989. Kejuaraan ini adalah kejuaraan yang melibatkan beregu campuran untuk 5 acara yang dipertandingkan dalam 1 pasukan meliputi perseorangan lelaki,perseorangan wanita,beregu lelaki,beregu wanita dan beregu campuran yang melibatkan perserta lelaki dan wanita.. Sudirman Cup adalah satu kejuaraan yang utama, walau tidak memperebutkan hadiah wang tunai yang tinggi, kejuaraan yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ini sangat penting, bagi kuasa-kuasa badminton dunia dimana kekuatan pasukan akan diuji dan yang menjuarai akan bergelar juara piala sudirman.

Nama Dick Sudirman adalah yang menjadikan kejohanan ini, salah satu daripada anjuran PBSI dan Ketua Umum PB PBSI selama 22 tahun (1952-1963 dan 1967-1981). Asal tercetusnya kejohanan ini yang melibatkan beberapa orang PBSI. Mereka berfikir bahawa kejohanan didunia ini ada 2 kejuaraan khusus untuk lelaki dan wanita dalam kejohanan badminton. Oleh itu kenapa untuk tidak menggabungkan acara berkenaan sekaligus. Maka tercetuslah untuk membuat kejuaraan badminton beregu campuran kemudian nama yang digunakan adalah piala Sudirman iaitu untuk mengenang jasa Dick Sudirman sekaligus mengenang Pahlawan Indonesia lainnya, Jeneral Sudirman. Akhirnya turnamen ini resmi menjadi kejohanan BWF yang berprofil tinggi. Acara ini dipertandingkan pertama kali pada tanggal 24 Mei sampai 29 Mei 1989 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia. Juara pertama kali kejohanan ini adalah pasukan Indonesia.pada kejohanan itu Indonesia menang 3-2 atas pasukan kuat, Korea.

SEJARAH SUKAN OLIMPIKDiperkenalkan diSukan Olimpik 1992dan sudah menganjurkan empat pertandingan Olimpik. 50 negara berbeza menyertai pertandingan badminton Olimpik, dengan 19 penyertaan empat kali. Ia diperbadankan olehPersatuan badminton dunia BWF. Sukan Olimpik 1992