pg badminton

44
PENDAHULUAN Subjek Kokurikulum (Pengurusan Gerko) WAJ 3108 merupakah salah satu kursus wajib yang perlu diambil bagi pelajar semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus ini meliputi pengenalan dan pengurusan GERKO sekolah rendah, penubuhan unit-unit GERKO, system fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti dan pertandingan, pengurusan mesyuarat dan kewangan, majlis rasmi, kepimpinan, dan penilaian aktiviti. Dalam topik pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum, diterangkan bahawa aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat mencapai matlamat berikut: Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar. Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal Menyemai nilai pendidikan Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. 1

Upload: dd

Post on 02-Jul-2015

753 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pg Badminton

PENDAHULUAN

Subjek Kokurikulum (Pengurusan Gerko) WAJ 3108 merupakah salah satu kursus wajib yang

perlu diambil bagi pelajar semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut

Pendidikan Guru Malaysia.

Kursus ini meliputi pengenalan dan pengurusan GERKO sekolah rendah, penubuhan

unit-unit GERKO, system fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti dan pertandingan,

pengurusan mesyuarat dan kewangan, majlis rasmi, kepimpinan, dan penilaian aktiviti.

Dalam topik pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum, diterangkan bahawa aktiviti

kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan

diri. Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta

anggota masyarakat dan berhasrat mencapai matlamat berikut:

• Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional dikalangan generasi muda

dan peningkatan disiplin pelajar.

• Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal

• Menyemai nilai pendidikan

• Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan

kemasyarakatan di kalangan pelajar.

• Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang

menarik dan menyeronokkan.

• Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.

• Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Dalam bab ini juga, gerak kerja kokurikulum dibahagikan kepada tiga komponen iaitu

persatuan/kelab, sukan serta unit beruniform. Sehubungan dengan itu, saya mengambil

keputusan untuk membuat sebuah folio yang berkaitan dengan sukan badminton.

1

Page 2: Pg Badminton

1.0 Sejarah Permainan Badminton

(a) MALAYSIA

Antara perkembangan penting yang telah berlaku dalam permainan badminton adalah

seperti berikut.

1903 – Pertandingan badminton an antarabangsa yang pertama antara England dengan

Ireland.

1934 – International Badminton Federal (IFB) iaitu Persekutuan B adminton

Antarabangsa ditubuhkan.

1934 – Persatuan Badminton Malaya (BAM) ditubuhkan dan presiden yang pertamanya

ialah John L.Woods.

1940 – Thailand telah memperkenalkan permainan 3-sebelah sebagai satu variasi kepada

perseorangan dan bergu. Bagaimanapun, bentuk permainan ini tidak mendapat

sokongan anggota IBF dan terus diketepikan.

1949 – Pertandingan Piala Thomas dimulakan. Persekutuan Tanah Melayu muncul

sebagai johan dengan mengalahkan pasukan Denmark 8-1. (Piala

Thomas didermakan oleh Sir George Thomas pada tahun 1039.)

1950 – Pasukan Indonesia memperkenalkan teknik servis kilas (backhand service) dalam

badminton.

1956 – Pertandingan Piala Uber (khusus untuk wanita) pertama diadakan. Format

pertandingannya sama seperti pertangdingan Piala Thomas (lima perseorangan

dan empat bergu).

1984 – Format baru 5 permainan (3 perseorangan dan 2 bergu) diperkenaikan untuk Piala

Thomas.

1988 – Undang-undang Badminton diperkenalkan untuk mengganti undang-undang yang

sedia ada.

2

Page 3: Pg Badminton

Askar-askar British yang bertugas di Malaysia pada tahun 1920-1930 memperkenalkan

permainan badminton kepada penduduk tempatan. Di Pulau Pinang, permainan ini

merupakan aktiviti sukan yang porpular pada masa itu. Lawatan oleh Sir George Thomas

dan J.F. Delvin (kedua-dua bekas jaguh All-England) ke Malaya juga telah

mempopularkan badminton di Malaya.

1925 – Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan.

1934 – PersatuanBadminton Malaya (BAM) ditubuhkan pada 11.11.1934.

1937 – Pertandingan badminton pertama diadakan di Ipoh, Perak. Piala untuk

pertandingan antara negeri ini dihadiahkan oleh Foong Seong. Pasukan Pulau

Pinang menjadi juara dalam pertandingan Piala Foong Seong itu.

1949 – Persekutuan Tanah Melayu memenagi Piala Thomas kali pertama.

1950 – Pertandingan Terbuka Malaya dimenangi oleh Wong Peng Soon.

1952 – Malaya menjadi johan pertandingan Piala Thomas untuk kali kedua.

1955 – Kali ketiga Malaya menjuarai Pertandingan Piala Thomas.

1956 – Kejohanan Piala Heah Joo Seang (khusus untuk wanita) telah diadakan.

1967 – Malaysia mengalahkan Indonesia dan memenagi Piala Thomas.

1971 – 1972 Pertandingan Belia Kebangsaan (Individu dan Berpasukan) diperkenalkan.

1988 – Kejohanan Piala BAM-MILO diadakan (bertujuan mencungkil bakat untuk

penubuhan skuad elit Malaysia).

1992 – Malaysia Berjaya merampas semula Piala Thomas (setelah menunggu selama 25

tahun).

1996 – Pelancaran projek membina ’1000’ buah gelanggang badminton di seluruh

Negara oleh Persatuan Badminton Malaysia.

3

Page 4: Pg Badminton

b. ANTARABANGSA

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani

silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuii telah dimainkan seawal abad

ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil

battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di

udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad

ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke

England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti

kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah

risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada

cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire,

yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The

Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat

di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini

dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.. Pada 1893,

Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut

ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan

sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13

September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton

Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan

Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark,

England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota

pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan

sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

4

Page 5: Pg Badminton

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat

antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia,

termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia

merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak

beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang

mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

5

Page 6: Pg Badminton

3.0 ALAT ASAS PERMAINAN BADMINTON

I Bulu Tangkis

Salah satu ciri unik permainan badminton adalah bola yang digunakan dalam permainan

ini. Bola ini tiada rupa bola dari segi bentuk atau bahan yang biasa digunakan untuk bola.

Bagi badminton bolanya disebut bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu angsa yang

dilekatkan pada gabus.

Terdapat juga bulu tangkis diperbuat daripada bahan nilon tetapi jenis ini kurang

sesuai untuk permainan dan pertangdingan kerana tidak memenuhi peraturan-peraturan

badminton.

Ciri-ciri bulu tangkis

1. Bilangan bulu antara 14 hingga 16 helai bulu yang melekat pada kepala gabus.

2. Diameter kepala gabus adalah 25-28 mm.

3. . Berat rasmi bulu tangkis adalah antara 4.7-5.5 gram.

II Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seorang permain. Terdapat raket

yang diperbuat daripada grafit, aluminium dan bahan campuran. Bentuknya adalah sama.

Permain harus memilih raket yang sesuai dari segi keselesaan pegangannya. Tentang

ketegangan (tension) tali raket yang sesuai bolehlah meminta nasihat jurulatih atau

pembekal raket badminton.

Ciri-ciri raket (umum)

1. Beratnya antara 99.2-141.7 gram.

2. Panjangnya dari kepala hingga buntut (butt) raket ialah 66.1 cm.

3. Muka raket berbentuk oval.

6

Page 7: Pg Badminton

III Tiang

Ciri-ciri tiang

1. Hendaklah tinggi 1.55 meter dari permukaan gelanggang dan hendaklah diletakkan

digaris sempadan tepi untuk beregu

2. Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka

hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di

mana garis itu lalu di bawah jarring. Misalnya menggunakan jalur bahan lebarnya

40 mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring.

3. Diperbuat daripada besi atau kayu bulat.

IV Jaring

Ciri-ciri jaring

1. Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal

dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm

2. Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm

3. Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai

iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan

tepi untuk acara bergu.

4. Tidak terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring dan

tiang-tiang. Tidak perlu keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat kepada tiang.

7

Page 8: Pg Badminton

V. Gelanggang

1. Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter.

2. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan

tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

3. Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu.

4. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika bulu tangkis jatuh diluar

garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar.

5. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis bulu tangkis jatuh di luar

garisan servis panjang dikira keluar atau long

8

Page 9: Pg Badminton

4.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON

Adalah penting bagi seseorang pemain baru menguasai kemahiran asas supaya

pergerakan, pukulan dan permainannya lebih mudah, licin, selesa dan seronok. Lebih

penting lagi, penguasaan kemahiran asas dengan teknik yang betul akan memudahkan

proses pembelajaran kemahiran yang lebih kompleks dan juga mengelakan kecederaan

yang berpunca dari asas yang lemah.

Berikut disenaraikan beberapa aspek permainan badminton yang biasanya

disebutkan sebagai kemahiran asas dalam permainan badminton.

4.1 Pergerakan raket

4.2 Lakukan sedia dan gerak kaki

4.3 Pukulan

4.3.1 Servis

4.3.2 Hantaran balas servis

4.3.3 Pukulan tinggi atau lob

4.3.4 Pukulan ‘drive’ / deras

4.3.5 Smesy

4.3.6 pukulan junam / drop

9

Page 10: Pg Badminton

4.1 Pegangan Raket

Teknik memegang raketdengan cara yang betul adalah penting. Ini adalah kerana

pegangan yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengawal pergerakan bulu

tangkis yang dipukul.

Raket yang dipegang hendaklah dianggap sebagai sambungan tangan pemain.

Secara umumnya terdapat dua cara asas memegang raket.

Pegangan pepat (forehand grip)

(a) Pegang raket dengan tangan kanan di mana ibu jari dan jari telunjuk membentuk

huruf ’v’ di bahagian pemegang raket.

(b) Jari telunjuk lebih atas daripada ibu jari. Jari-jari yang lain renggang sedikit dan tidak

menggenggam pemegang raket terlalu kuat.

Pegang kilas (backhand grip)

(a) Pegang raket cara yang biasa (pepat). Longgarkan pegangan dan jari-jari putarkan

raket lebih kurang 300 ke kanan.

(b) Luruskan ibu jari yang berehat di bahagian belakang raket yang leper. Kedudukan ibu

jari ini member daya kepada pukulan dan mengawal raket.

10

Page 11: Pg Badminton

4.2 Lakukan Bersedia dan Gerak Kaki

Mengikut analisis pergerakan dalam badminton yang dikaji oleh saintis sukan, seorang

pemain badminton dalam perlawanan yang sederhana kerancakannya (average pace)

untuk selama 40 minit akan melakukan pergerakan seperti berikut:

Lari langkah sisi (galop) ke depan, melompat ke atas, merenggang, bergerak ke

belakang, sisi, membengkok, dan memukul (lebih kurang 400 kali);

Pergerakan ini melibatkan lebih kurang 250 arah larian yang berbeza.

Kecekapan seseorang bersedia sebelum dan setelah memukul bulu tangkis dalam

masa permainan banyak mempengaruhi mutu pukulannya dan juga member tekanan

kepada pihak lawan.

Kaedah bersedia

Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti berikut:

(a) Pemain berdiri di atas hujung kaki (bebola)nya secara imbang.

(b) Lutut bengkok dan jarak kaki seluas bahu.

(c) Berat badan ke depan sedikit.

(d) Raket di depan badan dan kepala raket ke atas.

(e) Siku (tangan yang pegang raket) dalam keadaan selesa dan tidak terlalu rapat dengan

badan.

(f) Perhatikan lawan dan bulu tangkis untuk membuat antisipasi pukulan.

Gerak kaki

Gerak kaki adalah kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan. Pergerakan

dalam permainan badminton melibatkan berhenti dan mula, perubahan arah secara tiba-

tiba, menjangkau ke bulu tangkis, dan berbalik kepada keadaan bersedia. Kebanyakan

pergerakan adalah berarah ke sisi, ke depan dan ke belakang.

11

Page 12: Pg Badminton

4.3 Pukulan Asas

Sebenarnya semua pukulan dalam permainan badminton adalah berasaskan pergerakan

membaling (throwing action).

Pukulan atas kepala hamper sama dengan tindakan membaling bola kriket dari

sempadan. Pukulan sisi lengan seperti pergerakan membaling sebiji batu supaya bergerak

meluncur atas permukaan air dalam tasik. Pukulan bawah tangan pula seperti melambung

(lob) bola tenis kepada pemain yang baru belajar memukul bola.

Kawasan pukulan (stroke areas)

Berdasarkan kepada posisi bulu tangkis dan arasnya ketika dipukul, pukulan dalam

badminton boleh dibahagikan mengikut kawasan pukulan.

(i) Pukulan atas kepala (overhead stroke)

(ii) Pukulan sisi lengan (sidearm stroke)

(iii) Pukulan bawah tangan (underarm stroke)

Ketiga-tiga jenis pukulan ini boleh dilakukan secara:

(a) Pukulan pepat atau hadapan (forehand) – apabila bulu tangkis lebih ke ruang di

sebelah tangan raket.

(b) Pukulan kilas (backhand) – apabila bulu tangkis lebih ke ruang di sebelah tangan

bebas.

Oleh yang demikian, kedudukan pemain dan arah pergerakan bulu tangkis akan

mempengaruhi jenis pukulan oleh pemain dalam masa permainan.

12

Page 13: Pg Badminton

Fasa pukulan

Setiap jenis pukulan pada amnya memperlihatkan 3 fasa pergerakan sebagai satu

percantuman yang licin dan berterusan.

(a) Hayunan ke belakang atau persediaan

(i) Sambil bergerak ke bulu tangkis, raket digerakkan ke belakang sebagai

persediaan awal.

(ii) Siku bengkok dan pergelangan tangan terkunci (locked)

(b) Hayunan ke depan dan poin impak

(i) Tangan bergerakke hadapan (arah bulu tangkis) secara pantas dan licin di

mana bahagian tumit/bebola tapak tangan mendahului pergerakan ke

depan.

(ii) Amnya, poin impak (poin sentuhan yang berkesan) adalah di hadapan

emain. Pastikan kedudukan badan adalah betul untuk membuat pukulan

yang tepat. Longgarkan (unlock) pergelangan tangan raket ketika

pukulan dibuat sambil memindahkan berat badan ke kaki depan.

(c) Ikut lajak dan bersedia semula

(i) Selepas pukulan dilakukan, pergerakan raket jagan dihentikan serta-merta.

Ini boleh menjejaskan mutu pukulan.

(ii) Biakan raket dan bulu tangkis bersentuhan seberapa lama yang boleh.

(iii) Sebaik sahaja bulu tangkis terpisah dari raket, pemain kembali kepada

kedudukan bersedia dan raket juga bersedia untuk bertindak.

13

Page 14: Pg Badminton

4.3.1 Servis

Pukulan ini sangat penting dan pemain hendaklah menguasai kemahiran asas ini supaya

selalu kosisten dan tepat servisnya. Lagipun, setiap mata yang dipungut oleh pemain

bermula dari servisnya.

Secara amnya terdapat 4 jenis servis.

1. Servis tinggi

2. Servis rendah

3. Servis flik

4. Servis kilas

1. Servis Tinggi

Teknik ini biasana diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan

servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak bahagian belakang gelanggang untuk

membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagia depan gelanggannya terdedah. Juga

servis tinggi ke belakang boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy.

Pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi

yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan bergu dan di

garisan belakang dalam permainan perseorangan.

2. Servis rendah

Servis jenis ini biasanya digunakan oleh pemain dalam permainan bergu. Bulu tangkis

dipukul perlahan agar ia melepasi bahagian atas jarring dan seterusnya mendarat dalam

gelanggang lawan garisan hadapan.

Pemain juga memegang raket secara pepat dalam melakukan servis rendah. Untuk

kawalan raket yang lebih baik, pemain boleh memegang lebih atas sedikit bahagian

pemegang raket.

14

Page 15: Pg Badminton

(a) Bersedia. Hayun raket ke belakang badan sedikit.

Berat badan di kaki belakang.

Pergelangan tangan raket dikuncikan.

(b) Pergerakan raket ke hadapan. Sambil melepaskan bulu tangkis, raket

digerakkan ke depan untuk sentuh bulu tangkis di hadapan badan sebelah

kanan. Pindahkan berat badan ke kaki depan.

(c) Ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.

KESALAHAN UMUM

1. Masalah gerak kaki. Bergerak ke depan dengan menjengketkan kaki bebas.

2. Menghayun raket untuk memukul bola.

3. Servis flik

Pergerakan melakukan servis flik adalah hamper sama dengan servis rendah. Pada saat

terakhir pemain melakukan tindakan menguis atau flik supaya bulu tangkis dipukul tinggi

melepasi pihak lawan. Tindakan servis flik dilakukan dengan pergerakan pergelangan

tangan yang dilonggarkan.

Servis flik biasanya diamalkan dalam permainan bergu. Ia adalah satu variasi

kepada servis rendah dan juga digunakan sebagai satu tindakan yang boleh memerangkap

pihak lawan secara mengejut.

4. Servis kilas

Pemain melakukan servis dengan memegang raket secara kilas. Ini adalah satu variasi

kepada servis rendah secara pepat. Servis kilas biasanya diamalkan dalam permainan

bergu.

15

Page 16: Pg Badminton

Cara membuat Servis Kilas

(a) Raket di hadapan badan dan siku (tangan yang memegang raket menghala ke garisan

tepi). Kepala raket tunjuk ke bawah di hadapan kaki kiri.

(b) Bulu tangkis ke bawah sedikit daripada aras pinggang.

(c) Sambil melepaskan bulu tangkis gerakkan raket ke hadapan dan menolak bulu tangkis

melepasi jarring.

(d) Ikut lajak raket adalah singkat.

16

Page 17: Pg Badminton

4.3.2 PENERIMAAN DAN HANTARAN BALAS SERVIS

Cara pemain menerima dan membalas servis adalah bergantung kepada jenis servis

yang dilakukan oleh pihak yang membuat servis

Menerima Servis Rendah

1. Berdiri dekat garisan servis. Kaki dijarakkan dan kaki kiri berkedudukan di hadapan.

2. Berat badan di kaki hadapan. Badan condong sedikit ke hadapan.

3. Raket di hadapan badan di aras jaring.

4. Bersedia untuk bergerak pantas ke hadapan untuk mematikan servis yang lemah.

Pergerakan ke hadapan bermula dari tolakan kaki belakang.

5. Pergerakan pergelangan tangan perlu digunakan dan jangan menghayun raket untuk

membuat pukulan balas. Cuba sentuh bulu tangkis setinggi dan sepantas yang

mungkin.

6. Jika servis flik berlaku, penerima hendaklah bergerak pantas ke belakang untuk

membalas servis itu.

Pemain boleh membalas servis dengan pukulan lob bawah tangan ke belakang dan

menolak atau mengetuk bulu tangkis yang tinggi di atas jaring.

Menerima Servis Tinggi

1. Berdiri di tengah gelanggang dekat garisan tengah jika menerima servis di sebelah

kanan dengan pukulan pepat.

2. Jika menerima servis di sebelah kiri, berdiri di tengah gelanggang tetapi lebih ke

sebelah garisn tepi.

3. Kaki kiri di hadapan dan mengamalkan lakuan bersedia yang agresif. Pemain boleh

bergerak pantas ke belakang bulu tangkis dan membalas dengan smesy ke tempat

kosong. Sebagai alternatif, pemain boleh membalas dengan pukulan lob ke belakang

pihak lawan atau melakukan satu pukulan drop yang mengelirukan pihak lawan.

17

Page 18: Pg Badminton

4.3.3 PUKULAN LOB

Ini adalah tindakan memukul bulu tangkis tinggi ke belakang gelanggang secara pukulan

pepat atau kilas. Pemain melakukan pukulan lob supaya mendapat masa untuk bersedia

semula di tengah-tengah gelanggang. Juga lob dilakukan untuk membalas servis tinggi,

pukulan lob, dan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang.

Fasa-fasa pukulan lob

1. Kilaskan badan (hampir 900) dan pindahkan berat badan ke kaki belakang.

2. Hayunkan raket ke belakang bahu. Siku tangan yang memegang raket tunjuk ke

garisan belakang.

3. Bahu dan lengan bebas menunjuk ke arah lob.

4. Kilaskan badan dan hayun raket ke hadapan. Jangan genggam raket terlalu kuat.

Sentuh bulu tangkis tinggi di hadapan badan sebelah tangan yang pegang raket.

5. Pastikan permukaan raket diarahkan ke sasaran.

6. Selepas memukul bulu tangkis tangan raket terus bergerak ke sebelah kiri menyilang

badan. Serentak dengan ikut lajak ini berat badan berpindah ke kaki hadapan.

KESALAHAN UMUM

1. Badan tidak dikilaskan semasa bersedia untuk memukul bulu tangkis.

2. Tangan raket masih bengkok ketika sentuh dengan bulu tangkis.

3. Poin sentuhan di atas kepala menyebabkan pukulan tidak berkesan

18

Page 19: Pg Badminton

4.3.4 PUKULAN DERAS (DRIVE)

Pukulan deras adalah merupakan pukulan sisi badan. Bulu tangkis dipukul ketika

kedudukannya di aras bahu dan pinggang. Cara memukul ini dianggap sebagai satu

pukulan bertahan dan banyak digunakan dalam permainan perseorangan. Bagaimanapun

ia boleh digunakan sebagai tindakan menyerang pihak lawan ataupun untuk melambatkan

kadar (pace) permainan.

Pukulan deras boleh dilakukan dengan 2 cara:

1. Pukulan deras pepat atau hadapan (forehand drive) dan

2. Pukulan deras kilas (backhand drive).

Pukulan Deras Pepat/Hadapan

Pukulan ini dilakukan di sebelah kanan sisi badan. Tindakannya hamper sama dengan

pergerakan lemparan sisi dalam permainan sofbol.

Cara

1. Hayun raket ke belakang dekat badan sebagai langkah bersedia.

2. Sambil hayunan dilakukan, kaki kanan (sebelah tangan raket) melangkah ke hadapan

dan badan direndahkan sedikit.

3. Ketika memukul bulu tangkis, lengan (tangan yang memegang raket) diluruskan dan

memukul dengan kuat dan mendatar. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

4. Ikut lajak (follow through) dan terus balik ke keadaan bersedia untuk tindakan

selanjutnya.

19

Page 20: Pg Badminton

Pukulan Deras Kilas

Pemain boleh membalas pukulan secara kilas apabila bulu tangkis menuju dari sebelah

kirinya di aras antara bahu dan pinggang.

Cara

1. Ketika menghayun raket ke belakang, bahu kanan (tagan raket) diarahkan ke jaring.

Siku menunjuk kea rah bulu tangkis.

2. Kaki kanan ke hadapan menyilang kaki kiri. Berat badan dirasa kaki kiri (belakang).

3. Hayun raket ke hadapan dan pukul bulu tangkis dengan tangan raket lurus. Badan

mengilas dan menghadap arah jaring sambil memindah berat badan ke kaki kanan.

4. Bersedia semula untuk tindakan selanjutnya.

20

Page 21: Pg Badminton

4.3.5 PUKULAN JUNAM/DROP

Ini merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggan. Bulu tangkis itu akan

menjunam di bahagian depan gelanggang antara jaring dan garisan servis pendek pihak

lawan. Walaupun pukulan ini perlahan ia adalah pukulan menyerang yang boleh

mengelirukan pihak lawan.

Pukulan drop adalah alternatif kepada pukulan lob. Pihak lawan yang berada di

luar posisi terpaksa berkejar ke depan gelanggang untuk membalas bulu tangkis yang

jatuh menjunam. Pukulas balas dari bawah member peluang pihak penerima melakukan

smesy.

Cara

1. Bersedia seperti untuk pukulan lob. Hayun raket ke belakang untuk mengelirukan

pihak lawan.

2. Hayun raket ke depan dan secara perlahan sentuh bulu tangkis dengan aksi memotong.

Gunakan tindakan pergelangan tangan pada saat akhir. Jangan pukul bulu tangkis.

3. Ikut lajak adalah penting. Raket terus mengikut arah pergerakan bulu tangkis ke

depan.

Pukulan junam boleh dibuat secara junam lurus atau junam silang (cross drop).

1. Junam lurus dengan pukulan kilas.

2. Junam lurus dengan pukulan pepat (hadapan).

3. Junam silang dengan pukulan pepat.

4. Junam silang dengan pukulan kilas.

21

Page 22: Pg Badminton

4.3.4 SMESY

Smesy adalah pukulan tinggi yang menjunam ke dalam gelanggang pihak lawan. Pemain

melakukan smesy untuk mematikan rali dan mengalahkan lawan yang terkeluar posisi

atau terganggu keseimbangannya.

Tindakan smesy boleh dilakukan dari mana-mana bahagian gelanggang apabila

situasi mengizinkan. Pemain boleh juga melompat untuk menghasilkan smesy yang

tajam, pantas dan sukar dibalas pihak lawan.

Cara

1. Gunakan pegangan pepat untuk smesy pepat (forehand smash).

2. Bersedia seperti untuk melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke).Hayun raket ke

belakang badan sebagai persediaan awal.

3. Hayun raket ke depan dengan pantas dan pukul bulu tangkis dengan kencang untuk

smesy yang berkesan. Tindakan smesy adalah pergerakan yang eksplosif.

4. Sentuh bulu tangkis di atas dan hadapan badan sebelah tangan raket.

KESALAHAN UMUM

1. Memegang raket terlalu ketat dengan jari-jari dan tidak releks.

2. Memukul bulu tangkis dengan tangan bengkok.

3. Tidak menggunakan tindakan pergelangan tangan pada saat akhir.

4. Tidak melentikkn badan ketika bersedia untuk memukul bola.

Pada asasnya pukulan smesy boleh dilakukan ke arah tiga bahagian gelanggang.

1. Pukulan smesy lurus atau selari dengan garis tepi.

2. Pukulan smesy silang.

3. Pukulan smesy ke badan pihak lawan (body smash).

22

Page 23: Pg Badminton

5.0 TAKTIK UMUM PERMAINAN BADMINTON

Permainan Perseorangan

1. Gerak pantas kea rah bulu tangkis dan tidak menunggunya. Buat pukulan balas seawall

yang mungkin supaya pihak lawan kesuntukan masa untuk bertindak balas.

2. Balik ke bes (pusat gelanggang) setiap kali selepas membuat pukulan supaya bersedia

dan mudah untuk bertindak selanjutnya.

3. Buat antisipasi (agakan) untuk persediaan lebih awal.

4. Lakukan serangan yang memaksa pihak lawan terkeluar dari posisi bersedianya (out of

position) yang akan menyukarkannya membuat pukulan balas.

5. Kenal pasti kelemahan utama pihak lawan dan arahkan pukulan kencang ke bahagian

kelemahannya untuk mendapat mata serta menggoncang keyakinannya.

6. Gunakan kekuatan atau kelebihan anda sebagai senjata untuk menyerang pihak lawan

apabila keadaan mengizinkan.

7. Berhati-hati mengawasi kelemahan anda supaya tidak dijadikan sasaran pihak lawan.

8. Pelbagaikan servis dengan memerhati kedudukan pihak lawan supaya mengurangkan

peluangnya membalas dengan serangan.

9. Memaksa pihak lawan bermain mengikut rentak anda dan tidak sebaliknya.

10. Amalkan prinsip ’pukulan yang betul dan cepat pada masa yang tepat.’

23

Page 24: Pg Badminton

Permain Bergu

1. Bermain susunan depan – belakang untuk menyerang dan susunan sebelah-menyebelah

untuk bertahan sebagai satu dasar yang mudah ubah (flexible).

2. Sentiasa bersedia mengubah susunan dengan cekap dan penuh persefahaman sesame

pasangan’siapa cepa dia pukul’.

3. Pastikan servis sentiasa dilakukan dengan penuh keyakinan, tepat dan konsisten.

Kembalikan servis lawan secara pantas dan agresif.

4. Pemain belakang mewujudkan peluang untuk pemain depannya mematikan pukulan

balas yang lemah daripada pihak lawan (’bola tanggung’ misalnya).

5. Serang dan arahkan pukulan kepada pihak lawan yang lebih lemah untuk memaksanya

membuat kesilapan dan menjejaskan keyakinan pasangannya.

6. Dalam keadaan terdesak buat pukulan balas yang selamat.

7. Jangan tergopoh-gapah atau panik apabila bermain dekat jaring.

8. Gunakan gerakan tipu helah untuk mengejutkan dan memerangkap pihak lawan.

9. Arahkan serangan ke tengah gelanggang dengan smesy dan pukulan junam

10. Apabila menerima servis, serang bahagian badan atau tangan kilas penservis.

11. Tukar tindakan bertahan menjadi taktik menyerang dengan memaksa pihak lawan

menaikkan bulu tangkis.

24

Page 25: Pg Badminton

6.0 Undang-undang Permainan Badminton

6.1 Gelanggang

Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat dan dibuat sepertimana di Rajah A

Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih dan

kuning.

Gelanggang-gelanggang yang telah dipilih untuk perlawanan hendaklah mempunyai 9

meter (30 kaki)

Ketinggian yang minimum dari lantai keseluruhan gelanggang dan hendaklah ada

ruang lapang sekurang-kurangnya 2 meter ( 6.5 kaki ) mengelilingi semua garis-

garis luar gelanggang.

25

Page 26: Pg Badminton

6.2 Bulu Tangkis

1. Bilangan bulu antara 14 hingga 16 helai bulu yang melekat pada kepala gabus.

2. Diameter kepala gabus adalah 25-28 mm.

3. Berat rasmi bulu tangkis adalah antara 4.7-5.5 gram.

6.3 Permainan

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

Lihat LAMPIRAN 1

6.4 Undian

Melalui lambungan duit syiling.

6.5 Mata

Pemberian mata adalah seperti berikut :-

a. Menang dua (2) mata, dan kalah kosong (0) mata.

b. Jika terdapat dua (2) pasukan mempunyai jumlah mata yang sama, pemenangnya ialah

pasukan yang telah berjaya mengalahkan pasukan lawannya.

c. Jika tiga (3) pasukan mempunyai jumlah mata yang sama - pemenangnya akan

ditentukan dengan cara ;

i. Pasukan yang telah bermain lebih banyak set dalam semua

perlawanan yang disertainya - sekiranya jumlah set adalah seri maka

cara yang berikut akan digunakan bagi menentukan pemenangnya.

ii. Pasukan yang telah mengumpul jumlah mata yang tertinggi dalam

semua perlawanan yang disertainya.

26

Page 27: Pg Badminton

6.6 Peraturan servis

Servis akan batal sekiranya bingkai raket atas aras pinggang semasa servis dilakukan.

Servis juga akan batal jika tidak keseluruhan kepala raket di bawah tangan penservis

Sekiranya keseluruhan muka kepala raket berada di bawah aras pinggang semasa

servis dilakukan, maka servis itu akan batal.

27

Page 28: Pg Badminton

7.0 Isyarat Tangan Rasmi Permainan Badminton

7.1 Pengadil

Mengangkat tangan kanannya lurus di atas kepalanya.

Ketika kesalahan cukup untuk menerapkan Peraturan 16,8 yang dilaporkan

tentang seseorang pemain yang tidak sopen, pengadil harus memanggil pemain. Beliau

perlu melakukan tanda tangan di atas dan berkata ,"......................( nama pemain),

amaran untuk kelakuan buruk "

7.2 Hakim Servis

Hakim servis itugaskan untuk memantau seseorang permain itu servis dengan peraturan

yang betul.

Mengangkat lengan kanan di depan sedikit, menekuk siku dan menegakkan telapak

tangan menghadap ke arah yang berlawanan.

Hal ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa batang raket ketika memukul bulu

tangkis tidak di bawah tahap pergelangan tangan memegang raket dan / atau gagang

raket tidak menghadap ke bawah ketika menghentam bulu tangkis.

Melintangi telapak tangan menghadap ke bawah pada aras perut, diikuti dengan

bergerak ke kiri dan kanan di bawah tahap pinggang.

Hal ini dilakukan untuk menyampaikan bahawa bulu tangkis , secara keseluruhan

tidak berada di bawah aras pinggang,ketika ingin melakukan servis

Memperluas kaki kanan dan tangan menunjuk ke arah kaki.

Hal ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa satu atau kedua kaki tidak dalam

kawasan servis atau tidak berubah ketika servis telah sempurna.

28

Page 29: Pg Badminton

7.3 Hakim Garisan

Memperluas kedua tangan mendatar ke samping tubuh.

Ini adalah untuk menunjukkan bulu tangkis mendarat di luar.

Mengacukan tangan ke baris.

Untuk menunjukkan bahawa bulu tangkis telah jatuh di dalam dengan betul.

Menutup kedua mata dengan tangan.

Untuk memberitahu kepada pengadil bahawa anda tidak yakin di mana bulu tangkis

mendarat.

29

Page 30: Pg Badminton

RUJUKAN

BIBLIOGRAPHY ALKHRED, S. H. (1989). BADMINTON. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Badminton. (n.d.). Retrieved March 12, 2010, from Clear Lead:

http://www.clearleadinc.com/site/badminton.html

Badminton History. (n.d.). Retrieved March 10, 2010, from

http://www.usm.edu/badminton/History.htm

Tong, T. B. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Selangor:

Longman.

30

Page 31: Pg Badminton

31