badminton 1

12
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KOKURIKULUM SUKAN BADMINTON (HSL 111) TUGASAN KOKURIKULUM SUKAN BADMINTON (HSL 111) GROUP 3 (JALANI SIDEK) SMASH, ATTACKING & DEFENSIVE NAMA : NURUL SYAZANA BT FUZIL NO. MATRIK : 2014850536 KUMPULAN : HSL 111 B

Upload: nurtasha-atikah

Post on 04-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

gjgguy

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KOKURIKULUM SUKAN BADMINTON(HSL 111)

TUGASAN KOKURIKULUM SUKAN BADMINTON (HSL 111)

GROUP 3(JALANI SIDEK)SMASH, ATTACKING & DEFENSIVE

NAMA: NURUL SYAZANA BT FUZILNO. MATRIK: 2014850536KUMPULAN: HSL 111 BPENSYARAH: EN. SYAMSULSMASH

Badminton Smash adalah salah satu pukulan yang dilakukan dalam badminton. Apabila smash yang baik dilancarkan, boleh dikatakan tiada pertahanan yang mampu dilakukan untuk mengatasi pukulan ini. Terdapat 3 jenis sudut smash iaitu straight, middle dan cross-court. Sudut straight merupakan pilihan yang baik sebab jaraknya yang dekat. Jarak yang dekat menyebabkan tindak balas pihak lawan menjadi perlahan. Dalam permainan beregu, sudut middle merupakan pilihan yang terbaik kerana jarak yang dekat mengelirukan pihak lawan dalam menentukan siapa yang akan pukul bulu tangkis dan ia menawarkan sudut yang kurang baik untuk pihak lawan menyerang. Seterusnya, sudut cross-court merupakan sudut yang kurang baik untuk dilakukan kerana jaraknya yang lama memberi peluang kepada pihak lawan untuk beraksi dan juga menyebabkan pihak lawan senang untuk menyerang.

Smash CuramPemain boleh menggunakan sudut smash yang curam atau mendatar. Kelebihan smash yang curam adalah, ia membolehkan pihak lawan untuk susah untuk menyerang balas disebabkan bulu tangkis akan berada dibawah net apabila pihak lawan memukulnya. Jump smash membolehkan bulu tangkis jatuh lebih curam. Sudut smash yang mendatar lebih berkesan dilakukan apabila pergerakan pihak lawan perlahan ketika menaikkan raket mereka.Apabila memainkan sudut smash yang mendatar, tujukan kearah badan pihak lawan seperti kepala atau dada kerana pemain yang mempunyai tangan yang panjang mengalami kesukaran dalam mengatasi smash ini. Jika smash yang mendatar dilakukan dengan kuat, bulu tangkis akan keluar dari gelanggang.

Smash Mendatar

Terdapat tiga jenis smash yang boleh dilakukan oleh pemain iaitu forehand smash, backhand smash, dan jump smash.i) Forehand Smash

Forehand smash menyerupai perlakuan membaling bola. Sebelum memulakan permainan, smash ini boleh diperaktikan dengan menggunakan bulu tangkis terlebih dahulu. Forehand smash dikatakan lebih mudah dilakukan berbanding backhand smash.Cara melakukan forehand smash: a) Memegang raket dengan menggunakan forehand grip.

b) Pusingkan badan dan berdiri ke sisi net dengan bahu yang tangan tidak memegang raket menghadap net.c) Menjatuhkan berat badan ke kaki belakang.d) Bengkokkan siku dan kuncikan pergelangan tangan supaya bersedia menghayun ke hadapan.e) Angkat tangan yang tidak memegang raket ke arah bulu tangkis untuk mengawal masa dan imbangan badan.f) Bulu tangkis perlu disentuh dengan raket setinggi yang boleh dengan bahagian hadapan badan yang tinggi dan menggunakan aksi membaling seumpama hendak membaling raket setinggi yang boleh di udara.g) Tegangkan siku apabila memukul bulu tangkis.h) Pusingkan pergelangan tangan ke bawah kerana ia boleh memberi kesan yang kuat pada kekuatan dan sudut bulu tangkis kepada gelanggang pihak lawan.i) Ikut arah raket dengan meletakkan berat badan dari kaki belakang ke kaki depan.j) Kembali ke posisi asal.

ii) Backhand Smash

Backhand smash lebih susah dilakukan daripada forehead smash malah pemain yang professional juga mengalami masalah dalam melakukan smash ini. Smash ini selalu dilakukan oleh pemain professional yg mempunyai banyak pengalaman dan latihan. Tetapi smash ini perlu dipelajari kerana mungkin berlaku situasi dimana forehand smash tidak boleh dilakukan. Kelebihan smash ini adalah ia membantu dalam menukarkan pertahanan kepada serangan.Cara melakukan backhand smash: a) Memegang raket dengan menggunakan backhand grip.

b) Seperti forehand smash, titik sentuhan dalam backhand smash antara bulu tangkis dengan raket adalah ketika berada ditempat yang tinggi.c) Pusingkan badan supaya bahagian belakang badan menghadap net.d) Angkat siku terlebih dahulu dan stabilkan ia kemudian lengan mengawal pergelangan tangan serta raket. Gunakan ibu jari untuk tolak raket supaya kuat kekuatan raket.e) Pusing dengan laju untuk kekuatan yang mengagumkan.f) Pusingkan pergelangan ke bawah dengan kuat ke arah bulu tangkis. Ingat bahawa kekuatan terletak pada pergelangan tangan bukan pada lengan. Ketika proses memukul bulu tangkis, kaki dan badan akan kembali ke posisi bersedia kembali.g) Tidak perlu mengikut arah pusingan.

iii) Jump Smash

Jump smash merupakan teknik smash yang lebih maju dari smash yang lain. Pemain boleh melakukan smash ini jika teknik smash yang asas telah pemain mahir dan biasa kerana jika pemain yang tidak mahir melakukan jump smash, kecederaan akan berlaku dan pemain akan mendapati sukar untuk mempelajari teknik ini.Cara melakukan jump smash: a) Bergerak dengan cepat ke posisi yang sesuai. Agak di mana bulu tangkis akan jatuh dan bergerak dengan segera ke posisi untuk memukul bulu tangkis.b) Tunduk sedikit untuk merendahkan pusat graviti dan bersedia untuk meloncat.c) Loncat dan ayun badan ke belakang. Selepas lompat, bahu dengan tangan yang memegang raket perlu ke belakang dan pada masa yang sama, daya dilakukan dari pergelangan tangan ketika sedang pusing.d) Apabila lompatan ditempat paling tinggi, pusing bahagian atas badan dan gunakan kekuatan pergelangan tangan ketika pukul bulu tangkis. Pastikan kepala raket pukul kepala bulu tangkis kerana ia memberi maksimum kelajuan dan kekuatan.

ATTACKING

Posisi menyerangSetiap pukulan yang dilakukan berupaya untuk dijadikan attacking. Pemain boleh menggunakan smash dan net kill. Building shot, drives dan attacking clear memberi peluang yang baik untuk attack dilakukan.

Cara untuk menyediakan diri ke posisi pertahanan: Pusingkan badan menghadap gelanggang. Letakkan kaki yang tangannya memegang raket kebelakang manakala yang satu lagi kehadapan. Kedua-dua kaki dalam jarak bahu. Naikkan kedua-dua belah tangan keatas.

Drop shotApabila berhadapan dengan pihak lawan yang professional, serangan secara terus menerus tidak berkesan malah memenatkan kerana pihak lawan mempunyai pertahanan yang kuat. Disebabkan itu, attacking clear dan building shot dilakukan untuk memberi peluang untuk serangan dilakukan. Terdapat dua jenis building shot iaitu drop shot dan net shot. Drop shots terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, slow drop shot, fast drop shot dan drive drop shot. Drop shots dilakukan dengan 3 sudut berlainan iaitu straight, cross-court dan ke arah middle. Net shot memberikan kelebihan kepada pemain dalam melakukan serangan smash. Net shot dilakukan dengan 2 sudut iaitu straight dan cross-court. Pemain dilarang menggunakan pusingan ketika melakukan cross-court net shot kerana ia akan menghasilkan pukulan yang teruk.

Badminton attacking clear merupakan pukulan yang biasa dilakukan dalam permainan tetapi disertakan dengan niat untuk menyerang. Ia dilakukan untuk membuatkan pihak lawan menghantar pukulan yang lemah kepada pemain dan jika attacking clear dilakukan dengan kuat dan tangkas, pihak lawan akan rasa terkejut dan permainan akan dimenangi oleh pemain.

Apabila drives dilakukan, pihak lawan tidak bersedia, tidak seimbang malah posisi mereka tidak dapat kembali ke posisi defensive kerana pihak lawan tidak lagi pulih dari pukulan terakhir mereka ketika membalas pukulan drive yang pemain lancarkan. Apabila keadaan pihak lawan tidak berupaya, serangan dapat dilakukan dan mereka tidak berupaya untuk pertahankan permainan mereka.

Forehand smash

Smash dan net kill merupakan attacking shot yang dilakukan untuk menyerang pihak lawan. Smash merupakan serangan yang paling kuat. Smash perlu dilakukan dengan kuat dan tangkas supaya tidak memberi peluang kepada pihak lawan untuk mengambalikan pukulan.

Net kill

Net kill adalah serangan shot yang aggressive dalam permainan. Pemain perlu sentiasa menggunakan serangan ini jika mendapat peluang. Serangan ini perlu dilakukan dengan securam dan setangkas yang boleh kerana serangan ini mengutamakan kecuraman bukan kekuatan dan jika serangan ini dilakukan dengan tidak curam dan tajam, pihak lain tetap mengalami kesukaran dalam menghantar kembali bulu tangkis asalkan bulu tangkis jatuh kedalam gelanggang sebab jarak bulu tangkis yang singkat dengan masa yang cepat ketika sampai ke gelanggang membuatkan pihak lawan lambat bertindak.Serangan dalam permainan sangat penat untuk dilakukan. Pemain perlu mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi untuk melaksanakan perbuatan ini kerana ia memerlukan fizikal tubuh badan yang baik dan kuat.

DEFFENSIVE Pertahanan dalam permainan amat penting kerana dengan pertahanan yang kuat setiap serangan yang dilakukan dapat ditangkis dengan mudah. Pertahanan yang baik juga dikatakan serangan yang baik.

Posisi pertahanan

Cara untuk menyediakan diri ke posisi pertahanan: Hadapkan muka ke gelanggang permainan. Tempatkan raket kehadapan di sekeliling pergelangan tangan dan tujukan raket keatas sedikit. Naikkan tangan yang tidak memegang bulu tangkis supaya imbangan badan lebih baik.Apabila pemain memiliki pertahanan yang kuat, pihak lawan mengalami kesukaran dalam memenangi markah daripada pemain. Semakin susah pihak lawan memecahkan pertahanan pemain, semakin tinggi peratus pihak lawan membuat kesilapan dalam permainan. Kunci untuk pertahanan adalah dengan memperaktikan posisi pertahanan dalam permainan.

Pemain perlu bersedia pada X yang ditunjuk pada gambar diatas dengan posisi pertahanan. Apabila mempertahankan diri dari serangan smash, pergi kearah X kerana ia memberi masa untuk menangkas serangan tersebut kerana posisi yg stabil pada semua arah.

.

Posisi pertahanan ketika menjangkakan serangan smash

Cara melakukan posisi ini adalah: Bongkokkan badan serendah yang boleh sehingga paras mata selari dengan gelanggang net. Regangkan dada dan tegakkan tulang belakang. Bengkokkan lutut. Pastikan tangan yang memegang raket berda dihadapan pemain supaya pemain bersedia untuk beraksi dan bertindak dengan laju apabila pihak lawan smash pemain. Pastikan tidak memegang raket dengan terlalu kuat supaya genggaman boleh ditukar dari backhand grip kepada forehand grip atau sebaliknya dengan cepat dan mampu menggalakkan aksi pergelangan tangan.Ketika menyambut smash dari pihak lawan pastikan pemain sentiasa focus and bertenang. Pastikan bersedia dalam posisi bertahan. Jangan takut akan bulu tangkis kerana is tidak mampu menKetika menyambut smash dari pihak lawan pastikan pemain sentiasa focus and bertenang. Pastikan bersedia dalam posisi bertahan. Jangan takut akan bulu tangkis kerana ia tidak mampu mencederakan anda.

LiftTerdapat 4 cara untuk menyambut serangan iaitu lift, drives, block pada net dan pushes.

Lift perlu dilakukan pada sudut tepi gelanggang bukan ditengah. Jika dilakukan ditengah, pihak lawan akan mendapat peluang yang baik untuk menyerang dan mereka akan menyerang smash pada sudut middle dan menyebabkan pemain tidak berupaya untuk menyerang balas kembali serangan tersebut. Liftkan bulu tangkis kearah bertentangan dengan pihak lawan supaya mereka perlu bergerak dan susah untuk melakukan serangan smash.

Drive boleh dilakukan dengan sudut straight dan ia boleh dikatakan menyerang balas smash daripada pihak lawan walaupun tidak kuat serangannnya dari cross-court drive. Sudut straight lebih senang dilakukan daripada cross-court drive.

Block pada net merupakan cara yang paling sesuai dalam menyambut smash jika pihak lawan berada jauh dari net.Pastikan halangan pemain tidak lambat kerana jika memainkan slow shot menyebabkan pihak lawan ada masa untuk bertindak. Dengan menggunakan block ini juga, pihak lawan terpaksa menggunakan lift untuk bertindak balas. Dan jika pemain melakukan block dan kemudian ke tengah gelanggang, pihak lawan akan membalas dengan menggunakan net shot sebab pemain tidak menjaga bahagian net.Pushes lebih kurang sama dengan block tetapi dengan kadar yang lebih lama. Apabila menggunakan pushes, pemain bertujuan untuk menjatuhkan bulu tangkis pada tengah gelanggang bukan seperti block yang bertujuan menjatuhkan bulu tangkis dekat dengan net. Pushes berkesan digunakan apabila pihak lawan berda dekat dengan net dan jika pihak lawan Berjaya memukul bulu tangkis, mereka akan menggunakan lift. Pushes yang berjaya akan menjadi senjata dalam tindakan menyerang balas.

Drop Shots

Untuk pertahanan dari drop shots, ia bergantung pada masa mana pemain sempat menyambut bulu tangkis. Jika menyambut bulu tangkis bawah dari ketinggian net, pilihan yang ada cuma dengan menggunakan lift. Jika pemain dapat menyambut bulu tangkis lebih awal, pemain boleh menyerang balas shots tersebut. Pilihan yang terbaik jika pihak lawan membuat shot yang lemah ialah dengan mengunakan net kill. Jika pemain menyambut bulu tangkis bawah sedikit dari net, pemain boleh mempertimbangkan untuk mengguna net shot, drives dan pushes.