laporan kem literasi al

8

Click here to load reader

Upload: hamizah-rifai

Post on 31-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

j-QAF KLAQ

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kem Literasi Al

LAPORAN

KEM LITERASI AL-QURAN TAHUN 2013

Tarikh : 28 september 2013

Tempat : Bilik j-QAF SK KERUPANG, W.P. LABUAN

Page 2: Laporan Kem Literasi Al

LAPORAN KEM LITERASI AL-QURAN

Kem Literasi Al-Quran peringkat W.P Labuan telah berlangsung dengan jayanya

pada 28 September 2013 yang lalu bertempat di bilik j-QAF SK Kerupang. Ianya berjalan

seawal 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Kem Literasi Al-Quran ini telah disertai oleh murid-murid tahun enam dari sekolah

kebangsaan seluruh Labuan yang masih membaca Iqra’ 1, 2 dan 3. Kumpulan murid ini

dikategorikan sebagai murid yang perlu dibantu dari segi penguasaan Iqra’ agar mereka

dapat membacanya dengan baik selepas ini.. Kehadiran murid yang diterima oleh tuan

rumah pada kali ini adalah seramai 27 orang.

Bagi melancarkan lagi program Kem Literasi Al-Quran ini, seramai 10 orang

fasilitator telah dilantik bagi membantu para peserta memperbaiki bacaan iqra’ mereka. Hasil

inovasi Ustazah Farida bt. Abdul Rahman selaku ketua fasilitator telah dijadikan panduan

bagi pelaksanaan kem ini. Kaedah HUBAGAM (Huruf-Gambar) menjadi pemudahcara bagi

peserta untuk membaca iqra’ 1 hingga 3.

Para peserta telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang terdiri daripada tiga

orang murid dan seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi Latihan

Dalam Kumpulan (LDK). Sebanyak tiga LDK telah dijalankan yang mana mewakili Iqra’ 1

hingga 3. Murid-murid dikehendaki membaca Iqra’ di hadapan guru berdasarkan muka surat

yang telah diberikan di dalam borang.

Berikut adalah merupakan turutan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut :

Waktu Peristiwa

7.30 pagi Peserta Kem Literasi Al-Quran mendaftar di meja pendaftran dengan

diiringi guru masing-masing.

8.00 pagi Kem Literasi Al-Quran dimulakan dengan pengenalan kaedah HUBAGAM

oleh ketua fasilitator, Ustazah Farida bt. Abdul Rahman, Guru Cemerlang

Inovasi yang juga merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan

Pekan Satu.

Para peserta diperkenalkan dengan gambar serta perwakilan bunyi huruf

Iqra’. Para peserta turut diuji bagi memastikan sebutan mereka adalah

betul dan tepat.

8.30 pagi LDK 1

Para peserta diuji bacaan mereka pada Iqra’ 1 berdasarkan muka surat

yang telah diberi di dalam borang yang disediakan bagi setiap kumpulan.

Page 3: Laporan Kem Literasi Al

Peserta yang masih lemah pada tahap ini dikehendaki merujuk carta

HUBAGAM yang telah dibekalkan. Setiap peserta yang berjaya

menguasai akan dicatat masa pencapaian tersebut.

9.00 pagi LDK 2

Bacaan diteruskan dengan Iqra’ 2. Para peserta diuji dengan kaedah

yang sama seperti sebelumya. Pada kali ini peserta perlu membaca huruf

yang bersambung. Sekiranya peserta tidak dapat mengecam bunyi huruf,

fasilitator perlu menunjukkan gambar dan huruf yang betul pada carta

HUBAGAM kemudian murid perlu membacanya.

9.30 pagi Rehat

10.00 pagi LDK 3

Kem diteruskan dengan bacaan Iqra’ 3. Fasilitator sekali lagi menyemak

bacaan peserta seorang demi seorang sambil dibantu oleh carta

HUBAGAM. Kali ini bacaan Iqra’ agak mencabar kerana murid perlu

mengenalpasti bacaan daripada baris huruf yang berlainan iaitu baris

atas, bawah dan hadapan. Sesi LDK 3 ini diakhiri dengan menanda tahap

penguasaan bacaan murid mengikut muka surat yang telah disediakan.

11.30 pagi Majlis Perasmian Penutup

Majlis penutup ini dihadiri oleh Penolong Kanan 1 SK Kerupang, En.

Pangiran Abd Kadir b. Pangiran Budin serta perasmi program, Ustaz

Mohamad Farihi bin Abdul Halim, Ketua Unit Pendidikan Islam W.P

Labuan. Ucapan alu-aluan oleh perasmi menyentuh kesedaran tentang

penguasaan ilmu al-Quran oleh murid-murid sekolah. Beliau juga

mngucapkan ribuan tahniah kepada pihak penganjur dan SK Kerupang

selaku tuan rumah Kem Literasi Al-Quran bagi tahun 2013. Tidak dilupa

juga sekalung penghargaan kepada para fasilitator yang sanggup datang

mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan kem ini.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati serta sijil

penghargaan kepada barisan fasilitator diikuti dengan pengunguman

peserta terbaik lelaki dan perempuan bagi kem ini.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan

kepada para peserta dari setiap sekolah.

12.00 t/hari Jamuan Makan

Bersurai

Page 4: Laporan Kem Literasi Al

Kem Literasi Al-Quran 2013 dapat dijayakan dengan begitu lancar, selari dengan

jadual perancangan program yang telah disusun sebelum ini. Beberapa objektif telah

berjaya dicapai termasuklah perubahan positif yang berlaku kepada peserta kem. Namun,

beberapa kelemahan perlu diperbaiki untuk kem yang akan datang seperti ketidakhadiran

fasilitator yang telah dilantik. Pihak penganjur perlu memastikan fasilitator yang dilantik

maklum mengenai tugasan tersebut dengan jelas. Selain itu penyertaan peserta tidak

seperti yang disasarkan. Hanya 27 orang berbanding 35 orang murid yang hadir pada kem

ini. Justeru kerjasama daripada setiap guru pengiring perlu diberi perhatian agar murid-

murid yang sepatutnya hadir dapat menyertai tanpa sebarang kesulitan termasuklah

masalah kenderaan dan kekangan-kekangan lain.

Justeru itu, semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan serta sedikit kelemahan

dapat diperbaiki agar Kem Literasi Al-Quran ini dapat dijalankan dengan lebih lancar dan

berjaya pada masa hadapan Inshaallah.

Page 5: Laporan Kem Literasi Al

Pengenalan kaedah HUBAGAM oleh ketua fasilitator.

Para peserta tekun mendengan penerangan daripada ketua

fasilitator.

Fasilitator membantu peserta memperbaiki bacaan Iqra’ mereka

dengan menggunakan kaedah HUBAGAM.

Page 6: Laporan Kem Literasi Al

Peserta membaca Iqra’ 1 berpandukan carta HUBAGAM

yang dibekalkan oleh pihak penganjur.

Barisan Jawatankuasa program, fasilitator dan tetamu kehormat yang hadir bagi memeriahkan

majlis.

Para peserta bergambar bersama-sama tenaga penganjur.

Page 7: Laporan Kem Literasi Al

En. Pangiran menyampaikan cenderamata kepada Ust.

Mohamad Farihi selaku perasmi majlis penutup pada pagi itu.

Penyampaian cenderahati kepada barisan fasilitator yang terlibat.

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta Kem Literasi

Al-Quran 2013.